“Amir, siapa perempuan
itu?” soal Haris kepada rakan di sebelahnya, Amir sambil matanya masih melihat gadis
bertudung labuh itu. Amir tersenyum.
“Itulah Ustazah
Karmila. Guru mengaji di kelas Ustazah Halimah. Kenapa? Cantik kan?” balas Amir
lalu memandang Haris dengan pandangan mengusik. Haris serba salah.
“Semua ciptaan ALLAH tu
kan cantik,” ringkas balasan anak ketua kampung itu yang baru saja pulang dari
Mesir.
“Betul tu! Karmila tu
lah awek aku,”
Kata-kata Amir
mengejutkan Haris. Amir sekadar ketawa apabila Haris tersedak. Suka benar dia
mengusik rakannya itu. Tapi hakikatnya, Amir memang menyimpan perasaan terhadap
Karmila.
“Kau suka dia ke?”
sambung Amir. Haris memandang rakannya itu seraya menggeleng walaupun
sebenarnya dia mula suka dengan Karmila yang sama sekali tidak dikenalinya.
~~~~~~~~~~~~~
Haris menghampiri
sebuah rumah tempat biasa Ustaz Halimah mengajar mengaji. Dia melihat
kalau-kalau ada gadis bernama Karmila itu. Sedang Haris terjengah-jengah ke
dalam rumah, seorang wanita menegurnya.
“Haris ke ni?” soal
Ustazah Halimah yang muncul dari belakang. Haris menoleh.
“Ya, saya ni. Ustazah
apa khabar?”
“Alhamdulillah, sihat.
Bila kamu balik Malaysia? Abah kamu kata kamu balik lusa kan?”
“Sepatutnya lusa, tapi
saya balik awal sebab dah tak ada urusan lagi. Rindu sangat kat kampung. Itu
yang Haris nak balik cepat-cepat.”
“Alhamdulillah, ingat
juga kamu pada kampung halaman. Buat apa kat sini? Nak tengok budak-budak
mengaji?”
Perbualan mereka
terhenti apabila Haris melihat kelibat Karmila keluar dari rumah tersebut
bersama pelajar mengaji. Nampaknya kelas mengaji sudah selesai.
“Baiklah, ustazah.
Budak-budak pun dah siap. Rasanya baik saya mintak diri dulu.”
“Ha yalah. Ustazah pun
masuk dulu ya.”
Haris segera menuju ke
arah Karmila yang sedang berjalan menuju ke kereta milik gadis itu. Tiba-tiba
Karmila terpelecok. Nasibnya baik, Haris segera menyambut Karmila.
“Astaghfirullah!”
Karmila terus
melepaskan Haris. Dia membetulkan tudungnya yang sudah tidak kemas.
“Maaf, saya cuma bantu.
Tadi awak nak jatuh,” ujar Haris supaya niatnya tidak disalah anggap.
“Terima kasih. Maaf
menyusahkan encik,” balas Karmila. Dia kembali ke keretanya.
“Sekejap!”
Karmila menoleh lagi.
Kali ini Haris tersenyum. Gembira hatinya hendak berkenalan dengan Karmila.
Dengan perlahan dia menghampiri Karmila.
“Ustazah Karmila?” ujar
Haris sambil tersenyum. Karmila mengerutkan dahi. Dia tidak mengenali lelaki di
hadapannya itu. “Err, lupa nak kenalkan diri. Nama saya Haris. Anak Pak Osman,”
sambung Haris apabila Karmila tidak menjawab.
“Oh, anak ketua kampung
yang baru balik dari Jordan.”
“Mesir...” balas Haris
yang membetulkan kesalahan Karmila.
“Maaf. Mesir.
Assalamualaikum,” balas Karmila sebagai tanda perkenalan mereka.
“Waalaikumsalam.
Selamat berkenalan, Ustazah Karmila.”
Karmila hanya
tersenyum. Bukan saja Haris yang gembira berkenalan dengan Karmila, malah gadis
itu juga senang dengan perkenalan itu.
Tidak lama kemudian,
Karmila meminta diri untuk pulang memandangkan hari sudah hampir senja.
Setibanya di rumah, Karmila disapa oleh ibunya, Hajar.
“Macam mana kelas hari
ni, Mila?” soal Hajar yang sedang duduk menjahit pakaian.
“Alhamdulillah ok, umi.
Mila masuk bilik dulu ya.”
Karmila merebahkan diri
di atas katil. Entah kenapa baru saja berkenalan dengan Haris, hatinya sudah
terpaut. Tetapi dia cuba menolak perasaan itu kerana dia belum betul-betul mengenali Haris. Gadis itu mencapai bantal
dan memeluknya. Senyuman girang masih terserlah di bibirnya.
Wajah kacak dan
keindahan budi bahasa lelaki itu mengusik mindanya. Melihat lelaki itu
merupakan satu anugerah dari ALLAH untuknya. Karmila tersenyum sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Meskipun tinggal di kawasan
kampung, tetapi rumah Pak Osman sudah diubahsuai dan dibatukan. Tidak lagi kayu
seperti rumah kampung lain.
Pintu rumah itu dibuka
perlahan. Sarah , adik kepada Haris baru pulang pada jam satu pagi. Haris sudah
lama ingin menegur kelakuan adiknya yang sering pulang lewat ke rumah dan
berfoya-foya tetapi sering dihalang oleh ibunya kerana wanita itu tidak ingin
hubungan abang dan adik itu menjadi dingin.
Meskipun adik dan
abang, mereka berdua memiliki sifat yang berbeza. Pak Osman sendiri sudah berkali-kali
memarahi Sarah, tetapi gadis itu masih enggan mendengar kata.
“Kenapa balik?” sergah
Haris yang sedang duduk dalam kegelapan di ruang tamu. Sarah terus menuju ke
suis lampu dan menghidupkan lampu.
“Rumah ni rumah Sarah
jugak. Suka hatilah nak balik ke tak.”
“Ingatkan dah tak tahu
rumah. Tak reti nak tengok jam pukul berapa sekarang?” tambah Haris. Tapi kali
ini dia berdiri menghadap Sarah yang keras kepala itu.
“Abang tahu tak, selama
abang dekat Mesir rumah ni aman, tenteram. Tak ada sesiapa bising Sarah balik
bila! Sejak abang balik, rumah ni kecoh, bingitlah!”
“Sebab tu selama abang
tak ada, Sarah makin menjadi-jadi. Kalau abah dan mak tegur, Sarah tak jalan.
Biar abang aje yang cakap.”
“Dah tu, kalau abang
yang cakap ingat Sarah nak dengar! Dahlah, Sarah ngantuk. Tidur lagi bagus dari
dengar bunyi anjing menyalak!”
Kata-kata Sarah bisa
menusuk ke telinga Haris. Entah bagaimana lagi dia hendak mengawal kelakuan
adiknya itu.
Keesokannya, pagi-pagi
lagi Sarah sudah bersiap untuk keluar. Itulah rutinnya. Disuruh ke kolej, dia
menolak. Disuruh duduk di rumah, juga enggan. Aktivitinya hanyalah lepak
bersama teman-teman. Bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa batas. Pernah
sekali gadis itu ditangkap basah bersama kekasihnya ketika sedang berdua-duan
di tempat sunyi.
Haris dan keluarganya
sedang duduk bersarapan di meja makan. Melihat Sarah, Haris terus menegur.
“Tak sarapan dulu?”
“Tak seleralah nak
makan satu meja dengan orang alim ni,” balas Sarah dan terus menuju ke pintu
tanpa berjumpa dahulu dengan ibu bapanya. Haris segera meminta diri dari ibu
bapanya dan terus menyusul Sarah ke muka pintu rumah.
“Jangan biadab boleh
tak, Sarah? Sebelum keluar boleh tak minta izin mak abah dulu. Salam cium
tangan diaorang. Apa masalah Sarah ni? Apasal liar sangat?” bentak Haris
perlahan, seperti berbisik yang hanya boleh didengari Sarah. Dia enggan ibu
bapanya mendengar. Mereka mungkin akan sedih.
“Sarah tahu, abang tu
baik. Tapi tak payah nak menunjuk sangat depan mak abah. Meluat sangat!” balas
Sarah yang mengejek abangnya.
Sarah terus
meninggalkan rumah. Haris kecewa dengan sikap adiknya yang keterlaluan. Dia
buntu, apalagi cara untuk menjadikan adiknya orang yang berguna.
~~~~~~~~~~~~~~~
Azan
Maghrib berkumandang. Malam ini
Haris diminta untuk mengimamkan jemaah di masjid kampung. Jemaah berdiri dan
memulakan solat Maghrib.
Dia sangat disanjung oleh orang kampung
kerana satu-satunya anak lelaki jati
kampung itu yang berjaya ke menara gading tanah arab. Jika anak gadis pula,
Karmila lah yang berjaya melanjutkan pengajian ke Jordan.
Setelah selesai solat, Haris diminta
memberi ceramah ringkas sementara menunggu masuknya waktu Isyak. Tanpa disangka,
Karmila turut berjemaah di masjid malam ini. Semasa memberi ceramah, tirai
pemisah tempat solat dibuka dan pada masa itulah Haris ternampak Karmila yang
ayu bertelekung putih suci. Sejuk matanya memandang gadis muslim seperti
Karmila.
Setelah solat Isyak dilaksanakan, semua
jemaah pulang. Karmila melangkah keluar dari masjid dan menuju ke rak kasut.
Sarung kaki sudah sedia dipakai dari dalam masjid lagi.
“Assalamualaikum,” ucap Haris yang
muncul dari beranda masjid. Karmila menoleh lantas tersenyum. Mata mereka
bertentangan dan masing-masing berdebar-debar. Karmila menjawab salam.
“Waalaikumsalam.”
“Balik naik apa ni?” soal Haris.
“Jalan kaki. Kereta rosak, petang tadi
baru hantar ke workshop.”
“Baiklah, kalau tak keberatan saya
temankan awak balik. Tapi kalau keberatan, it’s ok.”
Akhirnya, Karmila bersetuju pulang
bersama Haris. Sepanjang perjalanan, mereka berjalan sejarak dua depa dari
sisi. Tidak mahu menimbulkan fitnah. Mereka berkongsi cerita tentang pengalaman
masing-masing ketika di luar negara.
“Ada sekali tu, masa nak ke kampus ada
ribut pasir melanda. Apalagi, kami ambil kesempatan tu untuk ponteng kelas hari
tu. Esoknya kami datang dengan niat nak bagi alasan sebelum kena marah
pensyarah. Sekali... pensyarah tu pun tak hadir jugak. Sama-sama ponteng.”
Haris bercerita seperti sudah lama
berkenalan dengan Karmila.
~~~~~~~~~~~~~
Pintu bilik ditutup. Karmila
menanggalkan tudung labuhnya dan disidai di birai katil. Bayangan Haris masih
bermain di mindanya. Perbualannya dan Haris benar-benar mengusik jiwanya. Suara
lelaki itu membuatnya kagum.
“Mila?”
Pintu bilik dibuka perlahan. Hajar
muncul. Tersenyum melihat anaknya sudah dewasa dan menjadi anak yang baik.
“Ya, umi?”
“Ada perkara mak nak cakap sikit. Mak
harap Mila terima ya, nak.”
Tertanya-tanya dibuatnya. Karmila
bingung melihat air muka Hajar. Terus didakap ibunya itu. “Apa umi nak cakap?”
“Mila dah besar. Dah habis belajar pun.
Tapi...” kata-kata Hajar dihentikan. Sayu melihat wajah murni anak tunggalnya
itu.
“Tapi apa umi?”
“Tapi Mila anak dara. Susah payah umi
dan abah besarkan Mila untuk jadi macam sekarang ni. Umi rasa nak tiba masanya
umi serahkan Mila pada orang lain,”
Karmila yang tersenyum kini hambar. Dia
faham benar maksud kata-kata ibunya walaupun cuba berkias. “Maksud umi...
suami?” balas Karmila sambil tersenyum hampa. Hajar mengangguk dengan harapan
Karmila bersetuju.
“Umi cuma nak Mila hidup dengan suami.
Umi rasa ini dah tiba masa untuk...”
Karmila terus memintas kata-kata Hajar.
“Mila ikut aje. Apa yang terbaik pada umi, mesti terbaik untuk Mila. Mila tahu
umi sayang Mila sebab tu umi nak semua ni. Mila ikut cakap umi. Umi jangan
risau ya.”
Karmila sememangnya anak yang baik. Dia
sama sekali tidak menolak kehendak ibnya meski hatinya berat untuk memulakan
kehidupan baru sebagai isteri. Hajar mengucup dahi anaknya. Jauh di sudut hati
kecil wanita itu, dia enggan melepaskan anak daranya. Namun, seorang perempuan
perlu menjalani kehidupan sebagai isteri. Dan dia perlu menyerahkan anaknya
pada orang yang bakal bergelar suami kepada Karmila.
2
minggu kemudian...
Hari pertunangan sudah tiba tetapi
gerangan bakal tunang masih belum diketahui. Hajar sengaja merahsiakan daripada
pengetahuan Karmila supaya anaknya tidak kecewa jika dia tidak menyukai lelaki
itu.
“Siapa lelaki tu, kak?” soal Karmila
kepada jirannya Kak Tiya.
“Akak pun tak tahu. Cik Hajar tak
bagitahu akak. Mungkin dia tahu mesti Mila akan tanya kat akak kot.”
Selang beberapa minit kemudian,
rombongan peminangan sudah tiba. Kak Tiya sekadar membilas tacapan di wajah
Karmila. Gadis itu semakin berdebar-debar. Entah kenapa sejak awal lagi, dia
berharap Harislah yang akan meminangnya.
Kedengaran bunyi suara orang ramai di
ruang tamu. Karmila yang berada di dalam bilik gugup tidak menentu. Bagaimana
kalau lelaki yang meminangnya bukan Haris? Bagiamana jika Haris tidak
menyukainya seperti mana dia menyukai Haris? Fikirannya buntu. Siapalah
gerangan pemuda itu.
Hajar muncul di muka pintu bersama dua
orang wanita. Dan salah seorang wanita
itu memegang bekas cincin di tangannya. Wajah Karmila berubah apabila melihat
wanita itu adalah Saleha, ibu Amir. Hancur harapan hatinya. Namun, dia
menyambut kedatangan bakal mertuanya dengan senyuman manis yang terpaksa
dilahirkan walaupun hatinya sedih.
“Assalamualaikum,” ucap Saleha sebaik
melihat Karmila sedang duduk di katil dengan lengkap berpakaian jubah dan
bertudung putih. Manis sekali bakal menantunya.
“Waalaikumsalam,” balas Karmila dan Kak
Tiya serentak.
Saleha duduk di samping Karmila dan mula
menyarung cincin di jari manis gadis itu. Tangan Karmila dingin seperti ais.
Saleha tersenyum. Setelah cincin lekat di jari Karmila, wanita itu segera
memeluk bakal menantunya. Karmila tersenyum.
“Mak cik harap hubungan ni sampai ke
jinjang pelamin. Mak cik bertuah sangat nak dapat menantu macam Karmila. Mulai
hari ni panggil mak cik dengan panggilan ‘ibu’. Mak cik nak nanti bila dah
nikah, dah selesa dah panggil ibu.”
Karmila mengangguk. Mereka berpelukan
sekali lagi. Hajar terus mengiringi Saleha keluar meninggalkan bilik. Kak Tiya
menyusuli wanita-wanita itu.
Hari demi hari berlalu, pernikahan
antara Amir dan Karmila semakin hampir. Banyak persiapan telah dilakukan. Baju
pengantin juga sudah disewa. Kad undangan perkahwinan juga sudah mula diedarkan
kepada tetangga dan sanak-saudara.
Sejak bertunang, Karmila menjadi seorang
yang jarang senyum dan pendiam. Mungkin
dia masih cuba memujuk hatinya yang luka sendiri.
Dan apa yang menambah sakit di hati ialah
pertemuannya dengan Haris ketika gadis itu sedang jalan menuju ke kebun
abahnya. Senyuman yang dilempar Haris disambut hambar olehnya.
“Apa khabar ustazah? Sihat?” tegur Haris
yang masih tersenyum.
“Alhamdulillah, saya sihat. Awak?”
“Ya, Alhamdulillah. Sihat juga. Tapi
kenapa awak nampak muram aje? Are you having a problem?”
Karmila tunduk dan menggeleng. Dia segan
apabila Haris sedar perubahan wajahnya. Dia masih cuba tersenyum. Haris pula
terus menunggu jawapan gadis itu.
“Orang kata kalau kita berkongsi masalah
dengan orang, beban fikiran akan ringan sikit. Itupun kalau orang tu sudilah
berkongsi masalah dengan saya,” ujar Haris.
“Saya ok,” balas Karmila sambil
tersenyum. Dia tidak mahu kelihatan sedih di hadapan lelaki itu. “Cuma nervous sikit. Yalah, lagi sebulan saya
akan berkahwin,” sambung Karmila.
Haris tersentak. Kata-kata Karmila
bagaikan satu peluru menembak ke hatinya. Namun, dia berlagak biasa di depan
Karmila.
“Oh ya? By the way, tahniah. Siapa lelaki bertuah tu?” soal Haris cuba
tenang walaupun hatinya berkecai.
“Amirul. Amirul Hakim.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Haris rebah di katil. Air matanya mula
mengalir. Fikirannya kosong ketika ini. Rakan baiknya sendiri akan berkahwin
dengan Karmila. Berkali-kali dia menumbuk katil.
Pintu bilik diterjah. Sarah muncul.
Dengan muka selamba, dia meminta duit dari abangnya tanpa segan silu.
“Orang nak shopping ni. Mintak duit.”
Haris tidak menjawab. Hanya menunding ke
arah dompetnya yang berada di atas meja sisi katil. Sarah agak terkejut dengan
abangnya. Tidak pernah diberi apa pun yang diminta. Malah adiknya akan
dimarahi. Tapi hari ini, Haris sama sekali tidak peduli.
Situasi ini dimanfaatkan. Dia mencapai
dompet Haris dan menarik keluar semua wang bernilai RM50. Hanya meninggalkan
beberapa helai wang RM1. Sarah
mencampakkan saja dompet itu dan keluar.
“Ya
ALLAH, kuatkan hati aku. Gadis pilihanku akan berkahwin dengan rakan baikku
sendiri. Jika perasaan ini salah, ampunkan aku ya ALLAH!” bisik Haris sendiri
lalu menekup wajahnya dengan tangan.
Setelah ke kebun, Karmila menemui Amir
di sungai. Setiap petang Amir akan berada di situ untuk duduk-duduk. Melihat
kehadiran Karmila, Amir pantas berdiri. Dia ingin menjelaskan segalanya.
“Amir nak mintak maaf pada Mila,” ujar
Amir sebaik Karmila tiba di hadapannya. “Memang Amir yang bagitahu ibu kalau
Amir suka kat Mila. Tapi Amir tak sangka ibu ambil serius perkara ni sampai
bertu...”
“ALLAH penentu segalanya. Mungkin ini
takdir hidup kita berdua. Amir adalah pasangan Karmila mungkin,”
“Jujur, Amir pun tak menolak bila ibu
nak meminang Mila sebab Amir memang sayangkan Mila. Dan Amir ada niat untuk
memperisteri Mila. Amir mintak maaf sekali lagi.”
“In Syaa ALLAH, Amir. Mila dah janji
pada diri sendiri untuk terima siapa pun suami Mila. Tapi Mila nak jujur dulu
sebeklum kita kahwin. Mila tak cintakan Amir. Mila...cintakan orang lain.”
Amir tersenyum. Dia tahu bukan dia
pilihan hati Karmila. Amir akur dengan pengakuan bakal isterinya. Lebih baik
menjelaskan segalanya sekarang sebelum mereka sah diijabkabulkan.
“Amir faham. Amir berdoa supaya suatu
hari Amir akan jadi pilihan Mila walaupun Amir sendiri tak tahu bila.”
“Mila terima Amir seadanya. Kalau Amir
memang ditakdirkan jodoh untuk Mila, ALLAH akan teruskan perkahwinan ni. Tapi
kalau Amir bukan jodoh Mila, maka ALLAH jugaklah pemisah nanti,” kata-kata
Karmila menenangkan perasaan Amir yang serba salah.
“Saya cintakan awak, Karmila. Sangat
cintakan awak.”
Berjaya juga Haris meluahkan rasa
hatinya terhadap Karmila. Tapi, semua sudah terlambat. Air mata terus membasahi
pipi gadis ayu itu. Tidak tertahan sebak di dada mendengar kata-kata indah itu.
Namun, dia perlu sedar dia akan bernikah tidak lama lagi.
“Lupakan saja,” balas Karmila lalu
mengesat air mata.
“Ya, saya kena lupakan jugak. Walaupun
saya tak nak lupakan. Sebab awak bakal isteri orang. Saya cakap ni pun, supaya
awak tahu yang saya mencintai awak. Dan saya gembira walaupun tak dapat
memiliki awak. Perasaan yang hadir tu tak dapat saya gambarkan. Awak gadis yang
saya damba, tapi sayangnya awak bukan milik saya. Awak milik Amir, kawan saya
sendiri. Mabruk Alaiki,”
Karmila sedih mendengarkan Haris.
Jiwanya seperti ingin mengatakan bahawa dia juga mencintai Haris tetapi...
apakan daya. Status menghalang cintanya kini.
“Awak salah. Saya bukan milik sesiapa.
Saya milik ALLAH. Jadi biarlah ALLAH yang tentukan siapa pemilik saya di dunia
ni. Tapi, boleh saya mintak sesuatu?”
“Apa saja.”
“Saya harap awak boleh jadi saksi untuk
perkahwinan saya. Boleh tak... Haris Osman?”
Haris tersenyum tetapi air matanya
mengalir. Sama seperti Karmila. Mereka berpisah di situ. Ini adalah pertemuan
terakhir mereka sebelum Karmila dinikahkan dengan Amir.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Pagi ini cerah tetapi hati Karmila
mendung. Akad nikah telah dilafazkan dan kini Amir dan Karmila sah menjadi
suami isteri. Amir menuju ke Karmila. Cincin disarungkan ke jari manis
isterinya untuk pembatalan air sembahyang. Haris yang menjadi saksi pernikahan
hanya diam dan tidak berkata sepatah pun. Solat sunat nikah dilaksanakan.
Amir mengucup dahi Karmila setelah gadis
itu mencium tangan Amir. Amir tersenyum walaupun jauh di sudut hatinya ingin menangis
melihat Karmila tidak gembira seperti selalu.
Haris pulang setelah selesai majlis
perkahwinan sahabatnya. Memasuki bilik tanpa mempedulikan Sarah yang
memerhatinya sejak tadi.
“Ada orang tu berpelajaran tinggi, alim.
Tapi suka bini orang. Kesian,” sindir Sarah bisa. Haris menoleh.
“Manusia berhak mencintai sesiapa saja
asalkan tidak melebihi batas. Lagipun cinta tak seharusnya memiliki, dik.”
“Cinta tu buta, bang. Sekarang abang
boleh cakap, tapi nanti abang takkan sangguip lagi bertahan. Kita ni kan
manusia, bang.”
“Betul tu! Sebab tu manusia diberi akal
untuk berfikir. Bukan main buat aje tak fikir dulu. Macam Sarah kan!”
Hari demi hari, pernikahan Amir dan
Karmila mula bahagia. Karmila sedang menghadiri ceramah Ustazah Halimah di
masjid ketika Sarah tiba di rumah Amir petang itu.
“Assalamualaikum Amirul Hakim.”
“Waalaikumsalam,” Haris menoleh. Sarah
di belakangnya. “Hai, Sarah. Sihat?”
“Well, sihat aje. Amir, aku ni bukan
apalah. Aku cuma nak cakap dengan kau, kau tu orang alim macam Abang Haris. So,
why not kau didiklah isteri kau jadi isteri solehah. Jangan curang belakang
suami.”
Kata-kata Sarah mengejutkan Amir. Sarah
hanya tersenyum sinis setelah menabur fitnah ke atas abangnya sendiri.
“Awak cakap apa ni Sarah? Jangan cuba
fitnah Karmila. Saya tak suka.”
“Fitnah? Kau tahu tak, abang aku dah
lama sukakan Mila tu. Tiap-tiap malam isteri kau masih hubungi Abang Haris walaupun korang dah
kahwin. Kau apa tahu bila tengah tidur kan.”
“Maksud awak Haris dan Karmila pernah
ber...cinta?”
Sarah tersenyum. Puas hatinya dapat
melagakan tiga orang itu. Dia ingin membalas rasa sakit hati terhadapa abangnya
yang selalu mengokong dirinya. Walaupun pada awalnya Amir cuba menolak
kata-kata Sarah tapi sebagai manusia, dia kalah dengan hasutan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Karmila terkejut apabila Haris muncul di
hadapan rumahnya. Haris juga agak bingung apabila Amir mengajaknya bertemu di
rumah. Amir keluar dari rumah dan melihat Karmila sedang menjemput Haris masuk
ke rumah.
“Ada perkara aku nak tanya. Aku harap
sebagai kawan yang aku percaya, kau dapat jujur.”
Haris masih tidak mengerti maksud
kata-kata Amir. Karmila jugak nampak keliru dengan perubahan suaminya sejak
kelmarin. Amir menghela nafas panjang sebelum bertanya.
“Aku cuma nak tahu sejauh apa hubungan
kau dengan Karmila, isteri aku? Dari dulu sebelum aku kahwin sampai sekarang
aku dah kahwin?”
Haris dan Karmila terkejut. Dari mana
Amir mengetahuinya? Wajah Amir nampak tegang walaupun suaranya masih lembut
sepert biasa. Tiada tanda-tanda dia akan mengasari rakannya sendiri.
“Aku mintak maaf. Aku sepatutnya cerita
benda ni dari awal lagi,” balas Haris. Amir masih tenang.
“Aku maafkan. Now, aku nak dengar apa yang aku sepatutnya dengar dari dulu tu.”
“Sejak kau bagitahu siapa Karmila, aku
dah sukakan dia. Dan sejak tu aku cuba dekati dan pikat dia. Tapi kami tak
pernah ada hubungan lebih dari kawan. Hubungan aku dan Karmila sama macam
hubungan aku dan kau. Hanya kawan. Cuma bezanya, aku cintakan dia,” Haris
menerangkan segalanya. Karmila yang cuba bersuara dihalang oleh Haris.
“Abang, sebenarnya...”
“Mila, tak apa. Biar saya jelaskan,”
pinta Haris. “Amir, bila aku tahu kau dah bertunang dengan Karmila baru aku
cakap pada dia yang aku suka dia. Tapi dia tolak. Dia sedar dia tunang kau.”
“Tapi, korang masih berhubungan di
belakang aku sekarang kan?” sergah Amir dengan nada suara yang tegas.
“Tak!” jawab Karmila pantas. Haris dan
Amir segera memandang gadis itu. “Sejak hari pertama kita nikah, kami langsung
dah tak berhubung. Hari ni kali pertama Mila jumpa balik dan berbual dengan dia
lepas kita kahwin,” sambung Karmila. Dia tidak mahu dituduh lagi oleh suaminya
sendiri.
“Mila betul, Mir. Aku berani sumpah
dengan nama ALLAH, apa yang kau cakap tu tak betul sama sekali. Aku dan Mila
dah terpisah sejak perkahwinan korang. Dan masa tu jugak aku terus nekad
lupakan perasaan aku pada dia. Sebab kau kawan aku. Percayalah,”
“Aku memang percaya korang. Tapi aku
dengar dari mulut orang cakap kau selalu terima phone call dari Mila tiap
malam. Aku nak percaya korang sebab tu aku tanya.”
“Ada orang cakap? Siapa?” soal Haris
ingin tahu. Karmila juga tegang.
“Biarlah orang tu. Dia fitnah, dia
tanggunglah kan. Tapi ada lagi sesuatu aku nak tanya.”
Karmila dan Haris saling berpandangan.
Apalagi yang akan disoal oleh Amir.
“Apa lagi, bang?” soal Karmila.
“Abang pasrah. Abang nak Mila fikir
betul-betul. Abang bagi pilihan, Mila pilihlah abang atau Haris? Abang janji
akan lepaskan dengan baik kalau Mila pilih Haris.”
Haris terkejut. Dia tidak menyangka Amir
akan berkata sedemikian.
“Apa kau cakap ni Mir? Jangan merepek!”
bentak Haris.
“Abang! Saya nak mengaku sesuatu. Apa
yang saya nak cakap ni Haris pun tak tahu. Saya memang cintakan dia,” Haris
termangu apabila Karmila bersuara. Dia tidak menyangka ternyata gadis itu juga
mencintainya. “Tapi itu dulu. Lepas Mila jadi isteri abang, hati Mila cuma
untuk abang. Mila dah buang jauh-jauh cinta Mila pada Haris. Lagipun kami tak
pernah bercinta, jadi memang mudah Mila lupakan Haris.”
Akhirnya, Karmila berjaya menetapkan
pendirian hatinya. Dia pernah berjanji akan menerima sesiapa pun jodohnya. Dia
tetap memilih Amir kerana Amir adalah suaminya. Dan kini dia sangat menyayangi
Amir. Tiada lagi ruang di hatinya untuk Haris walaupun Haris lelaki pertama yang
cintainya. Namun, dia bertekad untuk menjadikan Amir sebagai cinta terakhirnya
sampai ke syurga. Dan dia juga menerima seadanya, takdir hidupnya bukan milik
Haris Osman. Tapi milik suaminya, Amirul Hakim.
T
A M A T
***Mabrur Alaiki à
Tahniah (bahasa arab)










congrats!!! best cerpen versi islamik ni!!
ReplyDeletethank you so much :D
Deletehuhu.syahduuuuuuuuu sgt2...ad ke patut dgn si amir uwh...eeeee
ReplyDelete