Dania melangkah keluar.
Udara pagi ini sangat segar. Dia seperti mendapat nafas baru hari ini sebaik
bangun tadi. Entah mengapa dia dapat merasakan sesuatu yang tidak di duga akan
berlaku pada dirinya.
Bersemangat sungguh
gadis berusia 23 tahun itu berjalan menuju ke kelas paginya. Senyuman yang
terukir di wajah jelas menggambarkan kegembiraannya. Rakan-rakannya, Julia dan
Safa juga agak hairan melihat tingkah laku Dania. Gadis itu tidak selalu ceria.
Gadis yang mereka kenali biasanya diam dan tidak mudah melemparkan senyuman.
Tapi hari ini, Dania benar-benar berbeza.
“Nia, aku tengok kau
seronok aje hari ni? Ada yang menarik ke?”soal Safa sebaik mereka duduk di
dalam dewan kuliah.
“Tak tahu Fa. Aku rasa
happy sangat. Tapi aku risau jugak. Yalah, kata orang-orang tua suka-suka
lama-lama jadi duka. Tapi tak tahulah, hari ni aku rasa nak senyum aje. Hati
aku melompat-lompat gembira. I don’t know why,” balas gadis itu.
Dania mengeluarkan buku
catatannya dari dalam beg. Sebatang pen diletakkan di sisi buku dan dia
menumpukan perhatian pada pensyarah yang berada di hadapan dewan.
Dewan besar itu semakin
dipenuhi para penuntut. Terdapat juga beberapa orang yang baru. Mungkin mereka
baru saja dimasukkan.
Seorang gadis berkulit
putih mengambil tempat dudu di sebelah Dania. Mereka saling tersenyum. Dania
terus menegur gadis itu untuk berkenalan.
“Hai, nama aku Dania.
Kau?”
“Hai.”
Mereka berjabat tangan.
Begitu juga Safa dan Julia.
“Aku Liyana. Korang
semua ni senior ke?” soal Liyana ragu. Tiga orang gadis itu ketawa kecil.
“Tak adalah. Kita orang
sama macam kau. Baru semester pertama. Cuma kita orang dah masuk minggu lepas
so kelas dah mula. By the way, nanti kalau ada topik yang kau tertinggal just
tanya kita orang. Ok?”
Liyana lega. Meskipun
baru menjejakkan kaki di universiti ini, dia diterima baik oleh tiga orang
gadis itu. bahkan mereka sudah mulai akrab walaupun baru hari pertama Liyana
berkenalan.
-----------------------------------------------------
Kerusi di hadapannya
semua sudah dipenuhi pelajar. Daris berjalan lagi ke hadapan untuk mencari
kalau-kalau masih ada kerusi yang kosong. Azri dan Jamal mengikut saja langkah
Daris mencari tempat duduk. Dewan kuliah menjadi snagat bising meskipun
terdapat tiga orang pensyarah di hadapan. Mujur, Daris mendapat tempat duduk di
bahagian tengah dewan. Cepat-cepat tiga orang lelaki segak itu mendapatkannya
sebelum diambil oleh pelajar lain.
“Nasib baik dah dapat
tempat duduk, Ris. Kalau tak duduk kat mana pun tak tahulah. Kau tengok
belakang tu, dah makin ramai orang,” rungut Jamal. Daris ketawa saja.
“Aku tak tahu pulak
dewan universiti macam dalam pawagam. Penuh gila dengan manusia. Apalah nasib
aku masuk universiti ni!” rungut Azri pula.
“Inilah korang. Kalau
dalam pawagam bersesak-sesak nak pulak. Ni nak menuntut ilmu merungut-rungut.
Apalah!” desis Daris memerli dua rakannya itu.
Mata masing-masing
meliar memandang sekeliling dewan yang besar itu. terlalu bising hingga perlu
meninggikan suara untuk bercakap.
Tiba-tiba Daris
memandang satu susuk tubuh gadis yang sangat dikenalinya. Dari sisi dia yakin
gadis itu adalah rakannya dulu. Daris tersenyum. Namun niatnya untuk menyapa
dibatalkan apabila dia mengingati satu peristiwa yang pernah berlaku antara
mereka berdua.
“Aku tak nak ingat kau
lagi! Tak nak!” teriak hati kecil lelaki itu.
----------------------------------------------------
Julia mencuit-cuit Safa
dan Dania. Dia terpandang sekumpulan lelaki yang kacak dan segak yang duduk
berdekatan mereka.
“Girls, tengok tu! Handsomenya!
Cuba tengok yang baju putih tu. Kacaknya, korang!!! Kulit putih, handsome.
Tengok cara dia duduk pun bergaya!” sorak Julia tidak henti-henti.
“Kau ni Ju. Semua
lelaki kau cakap handsome. Bagitahu aku, lelaki mana tak handsome kat mata
kau?” sindir Safa. Dania dan Liyana ketawa saja.
Julia mencebik tetapi
senyum semula melihat lelaki itu.
“Memanglah, tapi korang
cuba tengok yang ni. Yang ni korang pun akan setuju. Handsome gila! Tengoklah!”
Melayan kerenah Julia
yang tidak habis memuji lelaki, Safa, Dania dan Liyana mengalihkan pandangan ke
arahan lelaki-lelaki yang dimaksudkan gadis itu.
Tanpa di duga,
lelaki-lelaki itu turut memandang mereka. Alangkah gembiranya gadis-gadis itu.
namun tidak bagi Dania. Dia melihat seorang lelaki yang benar-benar
dikenalinya. Lelaki yang membuatnya jatuh cinta. Tapi sikap lelaki itu berubah
hanya kerana kesilapan kecil.
“Daris?!” fikir Dania.
“Apa dia buat dekat sini? Dia pun study sini? Kenapa aku tak tahu? Dia baru
masuk ke?”
Berbagai-bagai
persoalan bermain di fikiran Dania sebaik melihat Daris di kumpulan lelaki yang
dimaksudkan Julia. Dan lelaki yang sedari tadi dipuji-puji oleh Julia adalah
Daris sendiri.
Daris dan Dania saling
berpandangan. Ada perasaan rindu, ada kebencian, ada kemarahan dan kegembiraan
yang bercampur-baur di dalam hati. Tapi masing-masing meninggi dengan keegoaan.
Azri bersama Daris dan
Jamal turut memandang gadis-gadis itu. entah mengapa, hatinya terpikat dengan
keanggunan wajah Dania. Hatinya benar-benar ingin berkenalan dengan gadis jelita
itu.
“Ris, Mal. Kau tengok
awek-awek tu. Cantik seh! Kau tengok yang baju kurung merun tu. Comel gila kot!”
ujar Azri yang masih memandang Dania.
Daris menyedari gadis
ayu yang dimaksudkan Azri adalah Dania. Dia tahu ramai lelaki yang memandang
gadis itu pasti terpikat. Begitu juga dengan dirinya. Sukar diakui tapi itulah
kenyataannya. Selama hubungannya dengan Dania dingin, dia dilanda kegelisahan
dan kerinduan. Namun, acap kali mengingati kejadian memalukan itu Daris berubah
hati. Tapi jauh di sudut hatinya sangat mendambakan Dania.
Dania mengalihkan
pandangan kembali ke arah hadapan dewan sebaik pensyarah bersuara. Begitu juiga
Daris dan mereka yang lain.
------------------------------------
“Kau kenapa pulak? Tadi
pagi punya seronok. Petang dah masam muka pulak! Apahal ni?” ujar Safa.
Dania tidak menjawab.
Pandangannya masih memandang keluar jendela. Daris masih menganggu fikirannya
sejak tadi.
“Nia, kau ni. Kita
orang semua tengah syok-syok ni baru lepas jumpa jejaka-jejaka kacak tadi! Kau
pulak buat muka. Dari balik dewan tadi. Kenapa? Salah sorang lelaki tu dah
pukau kau eh? Kau dah jatuh cinta kan?” usik Julia pula.
“Betul dugaan aku. Aku
suka-suka pagi tadi, sekarang dah macam ni. Tak ada apalah. Aku letih aje,” balas
Dania yang masih berkerut dahi.
“Ok, ok. Untuk release
tension, jom pergi makan. Aku laparlah. Jom girls!” ajak Safa.
“Jom!” Liyana dan Julai
serentak bersuara. Namun Dania masih dengan perasaannya.
“Korang pergilah. Aku
letih, nak tidur. Malam nanti kita borak lagi ok. Kita borak pasal Liyana,
roommate baru!” ujar Dania yang cuba menyembunyikan susah hatinya.
----------------------------------------------------
Daris berbaring sambil
termenung. Wajah Dania masih bermain di benaknya. Kata-kata pujian Azri
terhadap Dania sama sekali tidak diendahkan.
“Aku nak kenal dengan
perempuan tu. Esok pagi-pagi aku nak cari dia, nak kenal dia. aku nak tanya
nama dia, nombor telefon dia. kalau sampai aku dapat jadi boyfriend dia, korang
nak bagi aku apa?” ujar Azri.
“Perempuan yang cantik
tak semestinya baik, Ri.”
Tiba-tiba Daris
bersuara. Jamal dan Azri saling berpandangan.
“Dah lima jam, Ris.
Baru sekarang aku dengar suara kau. Memang tak semua perempuan cantik, baik.
Tapi tak semua yang cantik tu tak baik. Dan aku sangat yakin, perempuan tadi
memang baik. Confirm punya!”
Daris diam semula. Dia
terkenang kembali bagaimana dia mula bersikap kasar dengan Dania.
Suasana kelas yang
senyap menambahkan kehangatan peperiksaan. Duduk bersebelahan dengan Dania
ketika peperiksaan memang perkara yang selalu diingini Daris. Gembira hatinya
dapat sama-sama menjawab soalan dengan gadis idamannya.
“Nia, Nia.”
Panggilan Daris yang
seolah berbisik itu tidak diendahkan. Sebatang pembaris yang dipinjam oleh
Dania masih belum dipulangkan. Daris yang memerlukan pembaris memanggil Dania
namun gagal apabila Dania tidak mendengar suara lelaki itu.
“Nia!” Daris
meninggikan suaranya sedikit. Namun malang tidak berbau. Guru yang menjaga
peperiksaan menyedari kejadian itu.
“Daris! Apa kamu buat
tu? Nak meniru ke?” bentak Pn. Sakinah. Daris menjadi malu apabila seisi kelas
memandangnya.
“Bukan, cikgu. Saya nak
pembari dari Nia.”
“Apa? Kamu ni nak
periksa tak ada pembaris sendiri ke? Kamu tahu kan ni periksa mana boleh
bersuara. Kamu boleh dikatakan meniru. Nak saya gagalkan markah kamu? Pembaris
pun tak ada. Pelajar apalah kamu ni?”
Sebaik Pn Sakinah
beredar, Daris memandang Dania yang sedang tersenyum mentertawakannya.
Daris benar-benar malu
apabila semua rakan-rakanya mentertawakannya. Namun yang paling menambah
kesalnya, Dania turut mentertawakannya.
Sejak kejadian itu, dia
tidak pernah lagi menganggap dania sebagai rakan. Malah mereka tidak bertegur
lagi sejak itu. hubungan persahabatan mereka yang sangat akrab menjadi sangat
renggang kerana peristriwa memalukan itu. daris tidak menyangka Dania turut
mentertawakannya bukan sebaliknya membantunya membela diri di hadapan guru.
Itulah yang membuatkan Daris marah besar dengan Dania.
Namun, sukar dinafikan
dan dia sendiri tidak mampu menolak hatinya. Daia sangat merindui Dania. Tapi
apakan daya, ego kelelakiaan menyekat kerinduannya kepada gadis itu.
Daris tersentak dari
lamunannya. Jamal yang tiba-tiba menerjahnya terkedu apabila Daris membentak.
“Korang boleh jangan
kacau aku tak! Aku penat, nak rehat! Korang bla lah!”
Jamal dan Azri
tersentak. Daris tidak pernah seberang itu. mereka berdua terus meninggalkan
Daris sendirian di dalam bilik.
Daris mengiring memandang
ke arah dinding. Ada sedikit rasa menyesal kerana mengasari Dania setelah
kejadian itu. namun ada rasa geram juga pada gadis itu kerana tidak membelanya.
-------------------------------------------------
Dania mengenakan
cardigan dan melangkah keluar untuk membeli minuman ringan di tingkat bawah.
Udara berangin malam
ini membuat Dania kedinginan. Sambil berjalan, dia mengusap-usap lengannya.
Perlahan mengatur langkah menuju ke mesin minuman. Dari jarak dekat, Dania
dapat melihat bangunan asrama lelaki yang berada berhadapan dengan bangunan
asrama perempuan. Mesin minuman berada di lorong pejalan kaki yang memisahkan
bangunan asrama lelaki dan perempuan.
“Daris.”
Nama itu tiba-tiba
muncul di fikirannya. Sambil memasukkan syiling ke dalam mesin, fikirannya
melayang mengenangkan pertama kali Daris yang tidak pernah mengasarinya
serta-merta memarahinya hingga hubungan persahabatan mereka terputus begitu
saja.
Dania mendapatkan Daris
yang segera melangkah keluar untuk berehat dari kelas setelah tamat
peperiksaan. Dia benar-benar ingin meminta maaf atas silapnya yang
mentertawakan Daris dan bukan membantu lelaki itu.
“Ris, aku betul-betul
mintak maaf. Aku tahu sepatutnya aku jelaskan pada cikgu tapi aku...”
Daris segera memintas.
“Kau tahu apa yang sepatutnya kau buat tapi, ada kau buat ada yang sepatutnya?
Kau ikut dia orang ketawakan aku! Baguslah tu! Macam ni kawan aku, baguslah!”
bentak Daris.
“Sebab tu aku mintak
maaf. Kau nak aku buat apa biar kau tak marah lagi?” kesal Dania.
“Jangan ganggu aku!
Pergi!” usir Daris yang masih geram.
“Tapi Ris...”
Sekali lagi Daris
memintas dan tidak membenarkan Dania bersuara.
“Kau tahu tak kau tu
kawan tak guna! Tahu tak?! Hei perempuan, kau diamlah!! Bingit tahu tak!”
Kata-kata Daris
benar-benar mengguris hati Dania. Sejak kejadian itum, mereka langsung tidak
pernah bertegur antara satu sama lain.
Hanya kerana perkara
sekecil itu mereka menjadi dingin. Dania yang berusaha bersungguh-sungguh untuk
meminta maaf sama sekali tidak diendahkan. Malahan, Daris menghinanya.
Lamunan Dania terhenti.
Air tin mnuman yang keluar dari mesin itu memeranjatkan Dania. Dia mencapai air
tin itu dan beredar.
Namun langkahnya
terhenti apabila dia menoleh ke arah kanan untuk kembali ke bilik, Daris sedang
berjalan menuju ke mesin yang sama dari asrama lelaki.
Dania serba salah
apabila Daris berhenti di pertengahan jalan sebaik melihatnya. Dania
memberanikan diri untuk melewati Daris.
Mereka berjalan semula
dan bertembung. Namun, masing-masing tidak bertegur. Marah dan kekesalan masih
memenuhi ruang hati mereka. Pandangan mata juga dialihkan. Mereka seolah-olah
tidak mempedulikan satu sama lain.
-------------------------------------------------
“Kau pergi mana Nia?”
soal Safa sebaik Dania membuka pintu bilik. julia dan Liyana turut memandang
Dania yang bermasam muka.
“Aku beli air kat
bawah. Korang tak tidur lagi? Kan dah lewat ni,” balas Dania seraya mengunci
pintu bilik dan menuju ke katilnya yang dikongsi dengan Julia. Dania memilih
tingkat bawah kerana mudah baginya untuk bangun.
“Tadi kau cakap nak
borak-borak pasal Liyana. Kita orang tunggu kau ni. Jomlah,” ujar Safa.
Dania berbaring. Air
tin yang dibelinya tadi diletakkan di atas meja belajarnya.
“Aku tak sedap
badanlah. Korang ajelah yang borak ok. Aku tidur dulu. Good night korang!”
Dania terus berpaling menghadap
dinding dan melelapkan matanya. Dia mengharapkan semasa bertemu dengan Daris
tadi, lelaki itu akan menegurnya dan meminta maaf kerana pernah mengasarinya.
Namun, hampa. Daris masih dengan egonya yang sentiasa merasa benar.
Jam sudah menunjukkan
pukul 2 pagi. Mata yang sedari tadi dipejam masih belum lena. Daris masih
mengganggu fikirannya. Dania bergerak-gerak di atas katil sedari jam 10 malam
tadi.
Liyana tersedar dan
menyedari sikap Dania. Gadis itu duduk menghadap katil Dania. Julia dan Safa
sudah lena diulit mimpi.
“Nia...” panggil
Liyana. Dania tersentak. Dikirakan siapa yang menegurnya di waktu seperti ini.
“Err Yana. Tak tidur
lagi.”
“Aku tahu kau ada
msalah kan. Sikap kau berubah lepas dari dewan siang tadi. Ada apa ke yang kat
dewan tu? Ada orang yang ganggu kau ke?” soal Liyana ingin tahu.
Dania bingkas duduk
emnghadapa Liyana.
“Aku dapat rasakan yang
kau sembunyikan sesuatu dari kita bertiga. By the way, kalau kau ada masalah,
just share. Aku kan kawan kau, Nia,” sambung Liyana yang simpati melihat Dania
yang seperti orang tidak tenang.
“Aku ok cuma...” Dania
berhenti seketika. Lebih baik dia tidak menceritakan tentang Daris kepada
rakannya. Rakan-rakannya tidak perlu tahu mereka saling kenal dan pernah
mengalami maslaah hingga ke hari ini.
“Cuma apa?” soal
Liyana.
Dania menggeleng seraya
berbaring semula.
“Oklah. Aku tak paksa
kau untuk cerita. Whenever kau rasa nak share, aku ada ok. You can trust on me.
Oklah, aku sambung tidur. And kau pun tidur, esok pagi ngantuk nanti. Dah
ponteng kelas. Esok kan kelas pertama aku aku nak pergi dengan korang semua,”
ujar Liyana. Gadis itu kembali berbaring.
“Thank you Yana.”
--------------------------------------------------------
Azri sedang leka
memerhati Dania yang melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Jamal dan Daris
yang sedang membaca surat khabar di sisinya tidak diendahkan. Perhatiannya
sepenuhnya kepada Dania yang sedang menuju ke arah rak buku psikologi.
“Kau rasa tepat tak
masa ni untuk aku tackle die?” bisik Azri. Daris memandang sebaik Azri
bersuara.
“Siapa?” soal Daris.
Pantas jari telunjuk Azri menunding ke arah Dania yang sedang mebelek-belek
buku.
Daris diam semula. Dia
tidak mahu berkata apa-apa. Walaupun agak kesal dengan Dania, namun dia tidak
dapat menepis rasa cemburu apabila Azri berusaha merapati Dania.
Azri mengatur langkah
dan menghampiri Dania yang sedng berada di rak buku. Ia membetulkan rambutnya
walaupun sudah kemas. Dia ingin kelihatan segak ketika berhadapan dengan gadis
itu.
Sebaik berada di
belakang Dania, Azri sengaja berdehem. Dania menoleh seraya tersenyum.
“Hai,” tegur Azri
sambil melemparkan senyuman nakalnya kepada Dania.
“Hai.”
Azri menghulurkan
tangan lalu memperkenalkan dirinya. “Saya Azri. Awak?” Azri memulakan perbualan.
“Saya Dania. Ada apa
ya?”
Azri bengang.
“Tak ada apa. Saja nak
berkenalan. Boleh kan Cik Dania?” ujar Azri. Dania tergelak kecil.
“Oh! Ingatkan ada apa
tadi. Ok, ok. Maaflah ya.”
“It’s ok. By the way,
awak senior ke?” soal Azri yang semakin mesra berbual dengan Dania.
Daris hanya memerhati
saja dari tempat duduk. Rasa cemburu terus-menerus membakar hatinya. Namun,
apakan daya dia bukanlah sesiapa bagi Dania. Tidak mungkin dia menghalang
perkenalan antara Azri dan gadis itu.
Walaupun begitu, jauh
di sudut hatinya gembira. Sudah lama dia merindukan senyuman Dania seperti hari
ini. Sejak bertelagah, mereka tidak pernah lagi berteguran atau menyapa walau
hanya dengan senyuman.
“Ris, kau rasakan, Azri
tu dapat tak tackle awek tu?”
Tiba-tiba Jamal menegur.
Daris tersentak.
“Entah,” ringkas
jawapan Daris. Enggan bersuara lebih.
“Tak adalah. Aku tengok
macam sesuai aje dia orang berdua tu. Azri memanglah tak se-handsome aku, tapi
awek cun tu nak ke dengan dia?” usik Jamal sambil terkekek-kekek ketawa.
Daris diam saja. Itu
lebih baik dari bersuara. Dia tidak mahu ada sesiapa tahu bahawa dia dan Dania
saling kenal.
“Daris, kau dengar tak?
Aku cakap dengan tunggul ke ni?” desir Jamal apabila kata-katanya tidak
dilayan.
Daris mengeluh. “Mana
aku tahu. Yang kau sibuk-sibuk apahal? Kau pun nak awek tu jugak?” soal Daris
dengan mimik muka yang masam. Dia kiurang senang mendengar Jamal bercerita
hubungan Azri dan Dania. Sakit rasa hatinya!
“Aku? No way man! Taste
aku lain.”
“Apasal? Kau nak cakap
yang Dania tu bukan taste kau? Macam tu?”
“Dania tu bukan tak
cantik. Tapi tak adalah lawa mana. Muka macam dia tu, tepi jalan boleh dapat.”
Daris bingkas berdiri.
Tidak semena-mena menjadi sangat marah apabila Jamal seolah menghina Dania.
“Kau apahal?! Kalau dia
bukan taste kau sekali pun, tak payahlah hina. Dania tu perempuan paling
sempurna yang aku pernah kenal dan kau...”
Daris tersedar.
Suaranya memenuhi perpustakaan yang senyap sunyi. Dia sendiri terkejut dengan
tindakannya. Azri dan Dania turut memandang Daris. Beberapa orang pustakawan
emmerhati dengan pandangan bengis apabila perpustakaan menjadi bising.
Tanpa sepatah kata
lagi, Daris pantas berjalan melangkah keluar dari perpustakaan. Azri agak
keliru apabila mendengar Daris menyebut nama Dania.
“Itu Daris, awak kenal
dia?” soal Azri. Dania tidak menjawab. “Dania, are you ok?”
Dania terpaksa senyum.
Dia tidak mahu mengundang prasangka buruk Azri terhadap dirinya.
“Entah. Mana saya tahu.
Dia kan kawan awak.”
Dania terus
meninggalkan perpustakaan dan menuju ke tandas. Dia membasuh mukanya seraya
merenung wajahnya di cermin kaca. Dania menunduk semula.
‘Dania tu perempuan
paling sempurna yang aku pernah kenal...’
Kata-kata Daris masih
terngiang-ngiang di telinga. Benarkah apa yang didengarinya tadi. Mengapa dia merasa
gebira mendengarnya?
“Dania, enough! Tak ada
maknaya semua cakap dia. Aku salah dengar dan aku yang perasan! Dia benci aku,
aku kawan yang tak guna! Nia, please, just forget it ok!”
Dania bermonolog
sendiri. Dia cuba menyangkal perasaannya sendiri.
--------------------------------------------------------
Daris membuka pintu.
Kelihatan Azri dan Jamal sedang duduk di atas katil masing-masing. Daris
menutup pintu dan berbaring di atas katilnya. Jamal dan Azri yang sedari tadi memandangnya,
tidak diendahkan. Daris malu dengan tindakannya di perpustakaan tadi.
Jamal bersuara.
“Sorry pasal tadi,”
desir Jamal perlahan. Azri memerhati saja dua orang sahabatnya itu. Daris masih
berdiam.
“Apahal ha korang ni?
Sorang bisu, sorang buat hal sendiri. Korang tak nampak aku kat sini ke?
Helo!!!” celah Azri.
Daris duduk. Jamal dan
Azri serentak memandangnya.
“Mal, sorry pasal tadi.
Aku pun tak tahu apahal tapi aku...” Daris diam semula.
“Dahlah. Tak ada hal
lah.”
Azri menggaru-garu
kepalanya yang tidak gatal. Sikap aneh dua orang rakannya itu membingungkannya.
“Peliklah aku dengan
korang berdua ni. Kejap elok, kejap tak! Lantaklah,” rungut Azri.
------------------------------------------------------
Awal-awal pagi lagi
Dania, Liyana, Julia dan Safa sudah bersiap. Dia perlu menghadiri persatuan
yang baru disertainya semalam. Mereka akan mengadakan perjumpaan ahli.
Setibanya di bilik
persatuan, mereka melihat Daris dan rakan-rakannya turut berada di situ.
“Dia orang pun kelab ni
ke? Bestnye!!!” bisik Julia gembira apabila melihat tiga orang lelaki itu
berada di situ.
Mereka berempat
mengambil tempat duduk. Daris duduk betul-betul berhadapan dengan Dania. Mereka
berdua menjadi tidak senang duduk.
“Pertama sekali saya
nak ucapkan selamat datang kepada para junior yang baru menyertai Kelab
Pencinta Alam,” ucap pengerusi kelab itu.
“Memandangkan kelab ni
menerima banyak kemasukan junior baru, kami dah berbincang dengan pihak
universiti untuk mengadakan perkhemahan. Sebagai permulaan, kita akan adakan
opertandingan. Antara para senior dan junior lawan, kutip sampah paling banyak.
Ok! Semua ahli kelab digalakkan untuk menyertai. Terutama para junior. Tapi tak
ada paksaan. Di camping tu nanti, kita akan berkenalan antara satu sama lain.
So, kalau ada sebarang pertanyaan atau nak tahu apa-apa, boleh jumpa salah
seorang dari kami. Tarikh dan tempat akan kami umumkan bila dah confirm ok.”
------------------------------------------------------
“Aku tak nak pergi. Tak
faham ke?”
Julia dan Safa berkeras
mendesak Dania untuk menyertai perkhemahan itu. dania enggan menyertai
perkhemahan itu kerana Daris akan turut serta.
“Jomlah Nia. Mesti
best. Daris and the gang pun ada. Come on lah Nia! Tak best kalau kau tak ada.
Liyana pun nak pergi. Jomlah Nia, jomlah!!!”
Liyana mencelah,
“Seronok kalau kau ada. Jomlah eh.”
Dania tetap dengan
pendiriannya untuk tinggal. Julia dan Safa putus asa. Dibiarkan Liyana pula
yang memujuk gadis itu.
“Kau bagitahu aku,
apasal tak nak pergi? Camping kan seronok. Inilah masanya kita refresh. Jom
Nia... Hmmm...” Liyana cuba memujuk tapi masih hampa.
Dania masih berkeras.
Begitu juga dengan Daris. Ternyata lelaki itu juga enggan mengikuti perkhemahan
kerana adanya Dania.
“Tak macho lah kau ni
Ris! Apasal yang kau tak nak ikut? Kat sana best punya! Nanti aku boleh
kenalkan dengan awek aku, yang Dania tu,” ujar Azri.
Daris sengaja menguap
walaupun dia tidak mengantuk. Bantal peluknya dibiarkan menutupi muka. Malas
dia hendak mendengarkan Azri dan Jamal yang tidak habis-habis memaksanya
mengikuti perkhemahan itu.
“Payahkan cakap dengan
korang ni. Aku cakap tak nak, tak naklah. Tak faham ke? Nak aku cakap Jawa baru
faham?” rungut Daris sambil matanya terpejam.
“Apasal yang kau tak
nak? Ini first aktiviti luar kita tau. Tak bestlah kalau ada yang tak join.”
“Aku malaslah join
camping bagai ni! Tak minat ok.”
“Banyaklah kau punya
tak minat! Jangan nak buat-buat tak minat konon! Aku kenal kau dari kecil tau.
Kau jiran sebelah rumah aku! Kaulah orang paling minat camping, boleh kata gian
lah kalau dengar camping mesti join punya! Setiap bulan aje ada camping yang
kau join, jangan nak membohong lah Ris! Cakap ajelah apahal?”
------------------------------------------------
Akhirnya setelah dua
minggu dipujuk dan didesak, Dania dan Daris mengalah. Mereka terpaksa mengikuti
perkhemahan itu.
Setibanya di tapak
perkhemahan, semua penuntut diarahkan untuk mendirikan khemah masing-masing
yang dibawa dari universiti. Lokasi yang mereka pilih adalah di sebuah
perkampungan. Mereka mendirikan khemah di seberanmg sungai supaya mudah
mendapatkan sumber air tambahan.
Usai makan tengahari,
mereka memulakan pertandingan mengutip sampah paling banyak. Peserta yang
memperolehi sampah terbanyak akan memenangi pertandingan itu. penuntut senior
dibahagikan kepada dua kumpulan begitu juga dengan junior yang mana kesemuanya
ialah empat kumpulan.
Tanpa diduga, Liyana,
Dania dan Daris dan Azri berada di dalam kumpulan yang sama.
“Hai,” sapa Azri sebaik
mereka berkumpul dalam kumpulan masing-masing. Dania hanya tersenyum.
“Tak sangka pulak dapat
sekumpulan dengan awak. Untungnya saya ni kan,” sambung Azri.
“Apa yang untungnya?”
balas Dania selamba. Azri tersengih.
“Yalah, saya bertuah sangat
sebab diletakkan dalam satu kumpulan dengan awak. Memang saya nak selalu ada
dengan awak.”
Dania mula tidak
selesa. Nampaknya Dania mula menyedari cara Azri mendekatinya. Azri sudah
terpikat dengannya.
“Oh ya ke?” Dania tidak
terlalu melayani kata-kata Azri. Malah kata-kata Azri membuatkan dia teringat
kepada seseorang. Ya! Daris!
Dia teringat bagaimana
sewaktu di tingkatan 3 mereka sering ditempatkan bersebelahan semasa
peperiksaan.
‘Beruntung aku duduk
sebelah budak pandai...’
Itulah kata-kata yang
selalu diucap oleh Daris apabila mereka ditempatkan bersama. Dania tersenyum
sendiri apabila mengenang Daris. Dia masih berharap daris akan kembali seperti
dulu.
“Nia? Nia?”
Dania tersentak.
Lamunannya terhenti sebaik Azri bersuara.
“Ha?! Apa Azri?”
“Awak tu kenapa
senyum-senyum sendiri? Awak pun suka eh ada dengan saya selalu? Maknanya saya
ni tak bertepuk sebelah tangan kan?”
Dania mencebik. Geram
pula dia dengan Azri yang kuat perasan itu.
“Ish! Merepek seh!
Perasan. Dahlah, malas layan awak. Bye!”
-------------------------------------------
Mereka semua duduk
membelakangi unggun api. Acara waktu malam adalah santai di mana mereka semua
saling berkenalan dan berbual-bual kosong.
“Topik malam ni... apa
best eh? Hmmm... ha! Zaman sekolah,” ujar pengerusi kelab. Mereka semua
bersorak. “Korang yang junior ni pun baru je tinggalkan zaman sekolah kan.
Mesti ingat lagi kenangan-kenangan yang best kat sekolah. Kita orang yang dah
empat lima tahun tinggalkan pun masih ingat.
“Ok, macam ni. Kita
pilih aje mana yang kita nak mula dulu. Pilih sorang demi sorang.”
Tiba-tiba Julia
berteriak, “Dania! Dania!”
Dania tersentak. Apa
yang hendak dia ceritakan tentang zaman persekolahannya. Tiada apa yang
menarik.
“Ok, Dania. You may
start now.”
“Hmm... cerita apa?”
“Anything about your
school. Your teachers, your friends. Or maybe your boyfriend.”
Semua bersorak lagi.
Dania memandang Daris. Hanya lelaki iu yang mengetahui kisah persekolahannya di
antara yang lain.
“Saya nakl share
tentang seorang kawan saya. Dia baik dan mudah tersenyum. Dia selalu ketawa
sama-sama saya, buat kerja, borak-borak. Tapi tiba-tiba dia berubah.”
“Berubah?” soal
pengerusi kelab. Dia dan semua ahli seperti tertarik mendengar cerita Dania.
“Berubah macam mana?”
“Saya cuma buat sikit
kesalahan tapi dia benci saya seumur hidup. Bahkan sampai sekarang. memang saya
akui saya salah. Tapi saya dah mintak maaf tapi apa dia cakap. Dia kata saya
perempuan tak guna! Saya cuma buat kesalahan yang hanya effect dia sekejap aje.
Memang satu kelas ketawakan dia tapi ia tak kekal. Esok-esok dah tak ada apa.
Tapi kerana hal kecil macam tu, dia benci saya dan mungkin dia anggap saya
musuh dia seumur hidup.”
Semua orang yang
mendengar cerita itu mengeluh. Sepertinya mereka tidak puas hati dengan
tindakan lelaki yang diceritakan Dania.
Daris dalam diam
menyedari siapakah lelaki yang dimaksudkan Dania.
“Mana lelaki tu
sekarang?” tanya salah seorang senior. Mereka yang lain juga turut ingin tahu.
“Dia masih ada. Jarak
antara kami sangat dekat tapi kenyataannya jauh. Dia terlalu bencikan saya
hinggakan kami tak bertegur sejak kejadian tu.”
“Ok, ok. Permulaan
cerita dah bad. So, Dania ada kenangan manis ke dengan lelaki tu?”
Dania mengerling ke
arah Daris. Lelaki itu juga sedang memerhati Dania.
“Kami cukup rapat. Dia
baik sangat sebelum ni. Tak ada sorang pun dari kawan-kawan saya yang pernah
puji saya macam dia. dia selalu puji saya budak pandai, dia kata lukisan saya
cantik padahal tak,” Dania tergelak kecil apabila mengenang detik-detik manis bersama
Daris.
“Dania masih harap yang
dia akan berbaik semula dengan awak ke?” soal salah seorang dari mereka lagi.
“Saya tak harapkan dia
rapat semula dengan saya macam dulu. Saya sedar keadaan dah ebrubah. Apa yang
saya harap, dia akan maafkan kesalahan saya dan kami berbaik semula. Saya cuma
rindukan gelak tawa dia dengan saya, saya rindu the way dia senyum kat saya.
Saya rindu nak berbual dengan dia.”
Daris mengalihkan
pandangannya. Rasanya ingin saja dia bangkit dan mendapatkan gadis itu. dia
juga sangat merindukan Dania. Namun, keegoannya menidakkan segalanya. Tidak
mungkin dia mahu memaluka dirinya sendiri dengan menceritakan segalanya di
hadapan semua orang.
-----------------------------------------------------
Dania dan Liyana
mengangkat piring-piring kertas ke atas meja kayu yang mereka bina kelmarin.
Usai sarapan mereka akan bertolak pulang ke universiti.
“Nia, aku hantar roti
kat sana eh. Kau tolong Kak Era tu buat air. Nanti aku datang,” ujar Liyana.
Dania setuju.
Liyana terus menuju ke
arah penuntut lelaki dan menghulurkan makanan untuk mereka.
“Nah, korang!
Breakfast! Abang Khai suruh cepat kemas lepas ni nak terus balik.”
“Ok, thank you Yana. So
nice of you,” balas Jamal nakal. Lelaki itu turut mengenyit matanya. Menyampah
Liyana dibuatnya!
Sebaik Liyana menoleh,
dia tidak sengaja terlanggar Daris dari belakang. Liyana terseliuh dan hampir
terjatuh. Mujurlah Daris sempat menyambut Liyana.
Semasa dia dibantu
daris, hatinya berdegup laju. Dia dapat merasakan sesuatu yang aneh. Sesuatu
yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.
“Err Yana. Ok tak?”
soal Daris sebaik Liyana dapat berdiri stabil semula.
“Ok, ok. Saya ok.”
“Baguslah. Baik-baik
ok,” Daris beredar.
“Ris...” panggil
Liyana. Daris menoleh. Entah mengapa pandangan Daris benar-benar menusuk hingga
ke hati gadis itu. daris betul-betul memandang tepat ke mata Liyana.
“Kenapa Yana?” soal
Daris. Liyana tersneyum.
“Terima kasih ya.”
Daris membalas senyuman
gadis itu seraya membalas, “Sama-sama. Tak ada hal lah.”
Hati Liyana melonjak
gembira. Rasa sakit kakinya yang terseliuh umpama hilang. Sehingga pulang ke
universiti Liyana masih senyum-senyum sendiri dan mengingati Daris yang telah
membuatnya jatuh cinta.
“Hoi!” terjah Safa yang
duduk bersebelahan Liyana di dalam bas. “Yang kau ni dari tadi sengih
sorang-sorang ni apahal? Angau eh?”
“Ish, mana ada! Aku
senyum sebab aku gembira. Happy sangat!”
“Yalah! Happy kenapa
cik akak hoi? Dengan kawan sendiri pun tak nak cerita?” balas Julia yang berada
di belakang tempat duduk mereka. Dania yang berada di sebelah Julia turut
mencelah.
“Betul, betul.
Ceritalah dengan kita orang! Ha... Liyana ingat pakwe tak?!” ujar Dania.
Julia dan Safa pantas
bersorak. Hampir semua penuntut yang menaiki bas bersama mereka memandang
gadis-gadis itu.
Liyana
menggeleng-geleng sambil tersenyum malu. “Ok, ok. Malam nanti sebelum tidur aku
cerita kat korang ok.”
5 BULAN KEMUDIANÃ
“Daris, kau tolong
Dania angkat kotak-kotak tu? Letak bawah meja tu,” arah salah seorang senior
ketika semua ahli kelab sedang bergotong-royong mengemas bilik kelab mereka
sempena Hari Alam Sekitar yang akan disambut minggu depan.
Daris mengangkat
beberapa buah kotak berisi kain rentang untuk diletakkan di bawah meja. Dania
pula sedang menyap di bahagian bawah meja. Daris terus menghampiri gadis itu
untuk meletakkan kotak-kotak itu.
“Jangan letak sini.
Tepi dulu. Tengah nak sapu,” ujar Dania.
Namun, Daris tidak
mengendahkan kata-kata Dania. Dia terus menolak masuk kotak-kotak itu ke bawah
meja.
“Kau tak faham ke aku
cakap? Letak sana dululah. Aku nak sapu,” desir Dania. Daris masih berdegil.
“Daris!” teriak Dania.
“Apa? Apahal kau ni?”
“Kau tak faham ke apa
ha? Aku cakap tengah sapu kan? Pekak ke apa?!”
“Buat apa aku nak
dengar cakap kau! Abang Am suruh aku letak bawah meja, aku letaklah. Kau nak
sapu kau punya pasallah!”
“Masalahnya sekarang,
aku tengah menyapu! Buta ke apa? Kau memang dari dulu tak pernah berubah asyik
dengan cakap kau aje!!!”
Mereka mula bergeduh
sesama sendiri. Ahli-ahli yang lain tidak diendahkan. Semua yang berada di situ
menyaksikan pergaduhan yang mereka tidak tahu mengapa.
“Tak payah nak cakapkan
akulah! Kau pun sama! Asyik kau aje yang rasa betul kan. Dulu pun m,acam tu,
kau buat salah bila mintak maaf kau harapkan orang maafkan kau! Kau tahu ke macam
mana aku punya malu! Ada kau nak faham?!!!”
“Kau yang ego! Memang
aku salah sebab gelakkan kau sekali tapi aku dah minta maaf kan! Aku pun ngaku
memang aku yang salah tapi apa kau buat? Kau cakap aku ni kawan tak guna! Habis
kau tu, lelaki ego yang tak reti maafkan kawan sendiri tu berguna sangatlah!!!”
“Seorang kawan takkan
buat macam apa yang kau buat pada aku! Kalau kau anggap aku kawan sepatutnya
kau bela aku bukan kau gelakkan sekali! Aku bengang kau tahu tak!!!”
“ya, aku tahu aku
salah! Aku tahu!!! Tapi aku minta maafkan! Lagipun apa yang kau nak bengang
sangat? Dia orang cuma ketawakan kau aje effectnya sejam pun tak sampai tapi
kau... hanya kerana benda kecil macam tu kau benci aku seumur hidup!”
“Habis tu kau expect
kau cerita dekat dia orang masa camp tu aku tersentuh hati lah! Lepas tu
maafkan kau! Tak ada maknanya!”
“So what!!! Lantak
kaulah! Aku dah buat apa sepatutnya! Aku dah mengaku dan aku nak rendahkan diri
aku minta maaf dekat kau yang sombong gila!!! So sama ada kau maafkan atau tak,
itu masalah kau! Kau ada otak, fikirlah sendiri!”
Kedua-dua mereka ingin
beredar namun langkah mereka terhenti sebaik menoleh dan melihat semua orang
yang berada di situ sedang melihat pergaduhan mereka. Masing-masing agak keliru
dengan Dania dan Daris.
“Apasal tengok?! Free
show ke?” bentak Daris dan terus beredar meninggalkan semua orang di situ.
----------------------------------------------
Dania menghempas pintu
bilik. Julia, Safa dan Liyana tidak mahu bersuara. Mereka takut mereka pula
yang akan jadi mangsa kemarahan Dania.
Masing-masing duduk dan
membuat hal sendiri di katil masing-masing. Sesekali memandang Dania, muka
gadis itu masih merah dalam keadaan kemarahan.
Tiba-tiba suara Dania
kedengaran serak. Apabila mereka mendekati Dania, gadis itu sedang menangis.
“Err Dania, kenapa ni?
Ish, janganlah nangis. Kenapa ni Nia?”
“Aku ke yang teruk? Aku
yang salah ke?” tangis Dania teresak-esak.
“Tak, tak. Kau tak
salah! Dia yang salah! Dahlah, jangan menangis. Janganlah macam ni.”
“Aku dah minta maaf
kan? Dia tak maafkan pun salah aku ke? Aku ni memang kawan tak guna ke? Korang
pun anggap aku kawan tak guna ke?”
“Cuba kau cerita
betul-betul. Kau ada masalah apa dengan Daris? Teruk gila korang bertekak
tadi?”
“Kalau kau nak tahu
dialah lelaki yang aku cerita masa camping dulu.”
“Lelaki masa camping?
Kau cerita apa eh?” soal Safa yang masih tidak faham.
“Sibuklah kau Fa!”
teriak Julia pula.
“Maksud kau, lelaki tu
Daris? Daris lelaki yang yang cerita tu?” celah Liyana pula.
-----------------------------------------------------
Azri dan Jamal duduk
berhadapan dengan Daris walaupun dia tahu lelaki itu masih dalam keadaan marah.
Mereka masih menunggu jawapan dari Daris sendiri.
“Apasal kau diam?
Jawablah!” gesa Azri. Jamal sekadar mendengar saja.
“Tak ada apa yang nak
aku ceritakan pada korang. Baik korang pergilah.”
“Apa yang susah sangat
nak jawab. Aku cuma tanya betul ke kau kenal Dania tu dari sekolah, dan kenapa
tak pernah bagitahu?”
“Aku cakap tak ada apa,
tak adalah! Yang kau beria sangat nak tahu apahal? Kau siapa dia?” Daris mula
membentak.
Azri juga tidak mahu
kalah. Dia berdiri apabila Daris mula meninggikan suara.
“Aku suka dia! kalau
korang kawan lama, maknanya kau tahu banyak pasal dia. aku cuma nak tahu je.
Dan aku pun nak tahu apa hubungan korang sampai korang gaduh teruk sangat? Dia
tu ex girlfrend kau ke?”
Daris bingkas berdiri
dan memandang tepat ke mata Azri. Ada riak geram di wajahnya. Namun dia tidak
mahu mengasari sahabatnya sendiri hanya kerana seorang gadis.
“Korang ni dahlah!
Apahal sampai nak gaduh pulak ni?” celah Jamal apabila melihat keadaan mereka
semakin tegang.
“Dia bukan girlfriend
atau ex aku. Dia bukan sesiapa aku,” balas Daris yang mulai lembut.
Daris segera melangkah
pergi meninggalkan Azri dan Jamal. Namun dia berhenti sebaik berada 5 meter di
hadapan mereka berdua. Daris menoleh.
“Tapi aku sayangkan
dia. Lebih dari seorang kawan. Dari dulu sampai hari ni, aku cintakan dia.
Hanya dia. Sorry.”
Daris terus beredar.
Azri dan Jamal sama sekali tidak menduga kata-kata Daris. Padahal sebelum ini
Daris tidak pernah menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mengenali Dania.
“Kenapa dia tak pernah
bagitahu? Selama aku cakap aku suka Dania, dia fikir apa? Kenapa baru
sekarang?” desir Azri. Jamal tidak bersuara. Dia masih tidak percaya dengan apa
yang dikatakan Daris tadi.
Daris yang masih tegang
terus menuju ke perpustakaan. Di sana sajalah baginya dapat mengurangkan beban
fikirannya dan melupakan sejenak pergaduhan besarnya dengan Dania.
“Sepatutnya aku kena
kawal emosi tadi. Aku tak patut marah dia macam tu,” bisiknya sendiri.
Daris menuju ke meja
yang berada paling hujung perpustakaan. Dia ingin bersendirian untuk masa ini.
Sebaik melabuhkan punggung, dia menekup wajahnya di atas meja. Sukar baginya
meluahkan kesedihan di hadapan semua orang. dia tidak mahu kelihatan lemah
apalagi di hadapan Dania.
“Maafkan aku Nia.
Maafkan aku!”
Hatinya terus meraung
sepi. Dia benar-benar kesal sudah memarahai gadis yang paling dicintainya. Sakit
jiwanya apabila harus menengking Dania.
“Daris...”
Kedengaran satu suara
menegurnya. Daris mengangkat mukanya. Liyana kelihatan sedang berdiri di
hadapan mejanya.
“Boleh saya duduk?”
soal Liyana perlahan. Gadis itu juga khuatir kalau-kalau Daris akan memarahinya
pula.
“Duduklah,” balas Daris
ringkas. Dia mengusap matanya yang sudah berkaca tanpa dia sedari.
“Awak ok?”
“Kenapa tanya? Dania
suruh?” dingin jawapan lelaki itu. Liyana tersenyum.
“Saya tahulah saya
kawan dia. Tapi takkanlah awak benci saya juga,”
“Apa maksud awak?”
“Dania dah cerita
semuanya. Tentang awak. Tapi saya tak kisah, saya masih nak berkawan dengan
awak.”
Daris tidak menjawab
sebaliknya memandang Liyana saja.
“Tapi... itu pun kalau
awak nak berkawan dengan sayalah. Kalau tak, tak apa. Saya boleh cari kawan
lain,” sambung Liyana.
“Saya ok. Saya boleh
berkawan dengan semua orang, walaupun kawan Dania.”
Liyana tersenyum lega.
---------------------------------------------------
“Untung Dania. Seorang
lelaki macam awak sayangkan dia sepenuh hati. Kenapa awak tak pernah bagitahu
dia?”
Daris duduk di sisi
Liyana setelah menghulurkan semangkuk ais krim kepada gadis itu. Sebaik tiba di
kafe, dia menceritakan tentang perasaannya terhadap Dania. Terus- terang Liyana
sedikit kecewa mengetahui Daris mencintai rakannya itu.
“Saya rasa teruk. Tak
mungkin saya layak untuk dia. Liyana, sejujurnya saya dah lama maafkan dia.
Cuma saya tak tahu macam mana nak bagitahu dia tentang perasaan saya lepas apa
yang saya dah buat pada dia. mesti dia bencikan saya.”
“Kalau awak cintakan
dia, awak kena jujur. Saya yakin ramai lelaki kat luar sana yang sukakan Dania.
Kalau awak lambat, awak yang terlepas. Awak pulak lelaki, lagi senang nak
ungkapkan isi hati awak. Awak bukannya perempuan yang nanti orang cakap perigi
cari timba.”
Daris memikirkan
kata-kata Liyana. Perlukah dia mengatakan semuanya pada Dania sekarang?
“Dan satu lagi
Daris...”
Belum sempat Liyana
meneruskan kata-katanya, telefon bimbitnya di atas meja berdering. Kelihatan di
skrin nama Dania tertera.
Daris mendiamkan diri
sementara Liyana menjawab panggilan Dania.
“Helo, Nia. Ada apa?”
“Kau kat mana tu? Aku
nak keluar dengan Safa pergi minum kat kafe. Nak join tak?”
Liyana tersentak. Dia
dan Daris sedang berada di kafe berdekatan kolej.
“Boleh. Kebetulan aku
pun kat kafe jugak tengah makan ais krim. Aku tunggu kat kafe ok.”
Talian dimatikan. Daris
pula segera menggalas begnya dan berdiri.
“Yana, saya rasa saya
pergi dulu. Saya harap awak jangan cerita apa yang saya cerita pada awak kat
Dania. Bila-bila saya rasa sesuai, saya akan bagitahu dia,” ujar Daris.
“Tapi Ris...”
“Awak kawan saya kan?
Tolong. Jangan cerita apa-apa.”
Daris segera beredar
sebelum Dania tiba di kafe. Dia masih enggan bertemu dania buat masa ini. Dia
masih malu dengan tindakannya mengherdik Dania tadi.
-------------------------------------------
Daris termenung
sendirian. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam tetapi lelaki itu masih duduk
termangu di pondok hadapan mesin minuman. Dia belum bersedia menghadapi Azri
dan Jamal di bilik. Daris duduk sendiri sambil memikirkan kata-kata Liyana
siang tadi.
Daris menoleh ke
belakang sebaik mendengar bunyi tapak kasut menuju ke arahnya. Sebaik menoleh,
dia melihat Dania yang sedang menuju ke arah mesin minuman. Langkah Dania
terhenti sebaik melihat Daris ada di pondok berhampiran. Dania mendengus. Gadis
itu berpatah balik tetapi pantas dicegah oleh Daris.
“Nia, tunggu!” panggil
Daris nyaring. Langkahnya terhenti lagi tapi Dania tidak memandang Daris yang
menuju ke arahnya.
“Apa?” soal Dania
tegang. Hatinya masih panas walaupun dia ingin sekali melihat wajah lelaki itu.
Daris berjalan menuju
ke hadapan Dania. Sekarang mereka sedang bertentangan. Dania mengalihkan
pandangannya ke pondok sementara Daris memandang tepat ke arah Dania.
“Aku nak cakap sesuatu
dengan kau. Aku harap kau dengar sampai aku habis cakap,” ujar Daris perlahan.
Lelaki itu cuba mencetuskan pertemuan yang damai di antara mereka. Dia ingin
meluahkan segalanya malam ini kepada Dania.
“Dania, aku
sebenarnya...”
Belum sempat Daris
meneruskan kata-katanya, telefon bimbit Dania berdering. Daris berdiam
sementara Dania menjawab panggilannya.
Dania kelihatan serius
ketika bercakap di talian. Sebaik mematikan talian, Dania terus beredar.
Daris segera menarik
lengan Dania. Dia perlu menjelaskan kepada gadis itu malam ini juga. “Dania,
aku nak cakap dulu. Tolong dengar.”
“Sorry Daris. Aku kena
balik bilik. Liyana pengsan. Kalau penting, kita cakap esok aje.”
Dania melepaskan
pegangan Daris dan terus beredar.
---------------------------------------------
Daris, Azri dan Jamal
baru tiba di hospital. Mereka terus menuju ke aras empat di mana Liyana dirawat
akibat pengsan semalam. Menurut Safa, Liyana mencuba untuk bunuh diri malam
semalam.
Setibanya di bilik
rawatan Liyana, mereka bertiga melihat Liyana sedang berbaring di atas katil.
Safa dan Dania sedang menemani gadis itu.
“Mana Julia?” tanya
Azri apabila melihat hanya ada Safa dan Dania saja.
“Beli makanan,” balas
Dania ringkas. Dia terus membangunkan Liyana. “Yana, dia orang datang nak
melawat kau. Bangunlah.”
Liyana membuka matanya
yang sembap. Sekeliling matanya sudah bengkak. Sebaik melihat Daris ada di
situ, dia mula menangis.
“Boleh korang
tinggalkan Daris dengan aku kejap?” pinta Liyana. Mereka semua agak terkejut
dengan permintaan gadis itu.
Semua orang
meninggalkan bilik rawatan Liyana. Pintu ditutup dan Daris menghampiri gadis
itu. Liyana bangun dan duduk.
“Kenapa buat macam ni?”
soal Daris lembut. Liyana semakin galak menangis.
“Daris, saya cintakan
awak.”
Daris benar-benar
terkeju dengan kata-kata gadis itu. dia sama sekali tidak emnyangka Liyana
memendam perasaan terhadapa dirinya
“Saya cintakan awak
tapi saya tahu awak tak cintakan saya. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh
bertindak sampai macam ni, fikiran saya kosong malam tadi. Saya tak boleh
fikir! Saya...”
Daris terus menggenggam
jari jemari Liyana. Liyana terdiam. Air matanya terus berlinangan tetapi segera
dikesat oleh Daris.
“Kenapa awak tak
bagitahu?” soal Daris lembut.
“Apa guna saya bagitahu
awak? Sedangkan saya tahu awak encintai orang lain.”
Daris diam. Dia
menyesal Liyana sanggup bertindak nekad kerana dirinya. Liyana melepaskan
tangan Daris dan mengusap air matanya.
---------------------------------------------
2 minggu kemudian...
Daris mengemas beg
pakaiannya. Azri dan Jamal hanya melihat. Tidak mampu menghentikan rakannya
itu.
Daris bertekad untuk
meninggalkan kolej dan negara. Dia telah menempah tiket untuk ke luar negara.
“Kau dah fikir masak-
masak ke?” soal Azri. Sudah berkali- kali cuba menghentikan rakannya tetapi
tidak berjaya. Daris benar- benar bulat dengan keputusannya.
“Apa guna aku duduk
sini? Aku cuma akan jadi punca orang bunuh diri. Aku cuma akan rosakkan
perasaan orang yang cintakan aku. Kehadiran aku cuma tambahkan rasa cinta
Liyana yang aku tak dapat nak balas. Leave is the best way now.”
Setelah siap berkemas,
Jamal dan Azri membantunya membawa beg- beg pakaian ke dalam kereta. Dia akan
terus menuju ke lapangan terbang dari asrama kerana keluarganya sudah menunggu
di sana.
Daris mencapai sebatang
pen di atas meja. Lelaki itu mengeluarkan buku nota catatan hariannya dan
menulis sesuatu. Dia merobek helaian yang itu dan menyimpannya di dalam beg
galas.
“Guys, aku minta maaf
kalau selama berkawan ni aku selalu buat korang menyampah dengan aku. Aku sedar
aku memang kawan tak guna,” ujar Daris lalu memeluk kedua- dua rakannya itu.
“Ris, aku rasa kau kena
bagitahu Dania tentang hati kau,” Azri bersuara. Daris mengerutkan dahinya.
“Kenapa pulak? Bila aku
pergi, kau boleh dapatkan Dania. Dan takkan terjadi permusuhan antara aku dan
kau. Kau yang terbaik untuk dia, bukan aku. Aku cuma tahu sakitkan hati dia
dari dulu sampai sekarang.”
“Percaya tak aku cakap
yang sebenarnya... sebesar mana kau bencikan dia, sebesar itu kau cintakan dia.
Hidup kau kosong tanpa dia. Bagitahulah. Apa yang aku tengok, dia pun sukakan
kau, bukan aku.”
Daris diam lantas
tersenyum. Sekali lagi Azri memeluk Daris.
“Ok, aku akan
bagitahu,” ujar Daris sambil memasuki kereta. “Tapi kau jangan menyesal eh,”
usik Daris.
Mereka bertiga ketawa.
Bagi Azri, lebih baik dia kehilangan seorang gadis daripada harus memusuhi
rakan karibnya sendiri. Dia pasrah dan merelakan cinta anatara Daris dan Dania.
---------------------------------
Julia berlari menaiki
tangga. Dia terus menerjah pintu bilik dan mendapatkan Dania yang sedang duduk
bersama Liyana. Safa yang sedang menogok air terkejut.
“Nia, aku jumpa surat
ni kat bawah tadi. Ada orang letak kat tangga tingkat bawah.”
Dania mengambil surat
itu dari tangan Julia dan melihat di atas sampulnya tertulis, ‘Untuk Dania.’
Perlahan Dania membuka
sampul surat dan mengeluarkan isinya. Terdapat sekuntum mawar merah dan sehelai
surat yang berlipat.
“Surat apa tu?” soal
Safa ingin tahu. Pantas kesemua mereka mengerumuni Dania untuk turut membaca
isi surat yang tidak diketahui dari siapa.
Sejak kita ditempatkan di satu kelas
masa sekolah, sejak tu aku jatuh cinta pada kau.
Sejak aku tengok kau gelak dan senyum,
sejak tu aku jatuh cinta pada kau.
Sejak aku menjadi sahabat kau, sejak tu
aku cintakan kau.
Dan sekarang... Aku tak tahu bila dan
bagaimana...
Tapi aku masih mencintai ka u.
Tak ubah seperti 2 tahun lalu.
Kalau pun hari ni kau bencikan aku, aku
masih cintakan kau.
Dan meski sekarang kebencian kau pada
aku sangat besar, sebesar itu jugalah aku cintakan kau.
Sejak kita bergaduh untuk hal yang
remeh, sejak tu aku kesepian.
Sejak kau pergi tinggalkan aku, sejak
tu aku kesepian.
Sejak aku kehilangan kau, baru aku tahu
yang aku tak mampu mencintai gadis lain selain dari kau.
Dan hari ini aku nak beritahu yang aku
masih sayang dan mencintai kau.
Ke mana pun aku pergi lepas ni, ke situ
jugalah aku akan bawa cinta kau.
Dan aku akan terima kalau kau akan
bencikan aku seumur hidup. Tapi tolong biarkan aku jatuh cinta. Biarkan aku mencintai kau seumur hidup.
Lebih baik aku pergi dari aku
berhadapan dengan kebencian gadis yang sangat aku cintai.
Aku benar- benar mencintai kau...
Dania. Sangat mencintai! Maafkan aku.
-Daris-
Dania menutup semula
surat itu. matanya yang sudah berkaca terus bergenang air mata. Benarkah apa
yang ditulis di dalam surat itu?
“Kenapa dia tulis macam
ni? Apa lagi yang dia cuba buat?” soal Dania yang masih berbelah bahagi.
Tiba- tiba Liyana
bersuara.
“Apa yang Daris tulis
tu betul,” ujar Liyana. Dania tersentak. Begitu juga Safa dan Julia.
“Kau tahu Yana?”
“Ya. Daris pernah
bagitahu aku yang dia cintakan kau dari dulu. Sejak di bangku sekolah. Cuma
pertelingkahan korang buat dia rasa ego. Dia rasa dia betul dan kau salah. Tapi
hari demi hari, dia sedar dia sayangkan kau walaupun dia cakap yang dia
bencikan kau.”
“Kenapa kau tak pernah
cakap?” Dania sedikit keras.
“Daris tak izinkan aku
bagitahu kau. Dia kata dia rasa tak layak untuk dapatkan cinta kau setelah apa
yang dia buat pada kau. Tapi percayalah, sampai hari ni dia hanya cintakan kau
sorang aje.”
“Yana, tapi kau
cintakan dia,” balas Dania. Liyana tersenyum.
“Tapi dia cintakan kau.
Dan aku tahu kau pun cintakan dia kan?”
Dania terdiam. Dia
mengusap air matanya yang deras mengalir. Dia menyedari hatinya juga sangat
mencintai Daris walaupun dia sering membenci lelaki itu.
“Baik kau cari dia
sekarang sebelum dia pergi,” ujar Liyana.
“Pergi?” serentak Julia
dan Safa bersuara. “Dia ada tulis ‘lebih baik aku pergi’, apa maksud dia?”
Dania bersuara pula.
“Helo?” ujar Dania
dengan suaranya yang serak.
“Nia... Aku nak
bagitahu yang Daris dah pergi. Dia baru bertolak ke lapangan terbang. Flight
dia ke Kanada lagi dua jam. aku rasa cuma kau boleh halang niat dia tu.
Please!” balas lelaki itu. tanpa sepatah kata lagi, Dania menarik ketiga- tiga
rakannya itu dan segera berlari menuju ke luar kawasan asrama untuk mendapatkan
teksi.
Sepanjang perjalanan,
Dania menghubungi Azri untuk mengetahui ke mana Daris pergi.
------------------------------------
Tinggal beberapa minit
lagi semua penumpang dikehendaki menaiki pesawat setelah boarding. Daris dan
keluarganya berdiri dan mula berjalan menuju ke kaunter untuk menyerahkan beg pakaian.
Daris terhenti apabila
dia mendengar bunyi tapak kasut seseorang yang sedang berlari ke arahnya. Sebaik dia menoleh, Daris melihat Dania
sedang mengah berlari ke arahnya. Ibu bapanya yang sudah berada di hadapan
dibiarkan dulu.
Dania tercungap-
cungap. Dia berhenti di hadapan Daris. Kini mereka bertentangan mata.
“Sejak kau puji lukisan aku yang buruk, sejak tu aku cintakan kau. sejak kau selalu pandang aku dengan lirik mata yang nakal, sejak tu aku cintakan kau. Sejak kau bela aku msa kena kacau, sejak tu aku cintakan kau. Dan sejak bila pun aku tak tahu yang akus egan bila bercakap dengan kau. Aku tak tahu macam mana aku boleh suka kau tapi... tapi... aku sangat mencintai kau."
Daris dan Dania tersenyum. serentak juga mereka ketawa. Ada sedikit segan di antara mereka.
"Ris, cukuplah sekali kau pergi dari hidup aku. Tolonglah jangan pergi lagi. I love you. Really love you."
Daris mendekati gadis itu. "So am I. I love you too. Really love you."










nice story!!! best tapi tak sampai gila....
ReplyDelete(p/s: best gila....)
thank you for reading... ;)
Deletesalam,
ReplyDeletesaya nak tanya. ini awak punya ke?
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2242&idc=10735#.Ur20etIW1cw
wasalam...bukan. kenapa yea? :)
Deletesebab ceritanya sama macam karya awak. :D
ReplyDeleteoh yeke... x itu bkn sy punye. ini blog yg sy punya... xde yg lain :)
Delete