My dearest followers, thank you very much for supporting me.

Saturday, 26 January 2013

Karna Aku Mencintaimu

Syikin melihat ramai orang yang sedang menghadiri permakaman ibu dan bapa angkatnya. Syikin berasa sangat sedih kerana ibu dan bapa angkatnya mengalami kemalangan yang teruk hingga menyebabkan mereka berdua meninggal dunia. Apa yang lebih menyedihkan buatnya, dia baru mendapat tahu bahawa dia hanyalah anak angkat kepada mereka. Syikin teringat kata-kata terakhir mereka ketika mereka masih di hospital.
   “Syikin, mak nak cakap sesuatu. Mungkin dah...terlambat tapi Syikin perlu...tahu, nak. Sebenarnya, Syikin bukan anak kandung mak dan abah. Syikin anak angkat kami, nak.”
     Berjuraian airmatanya apabila mendengar kata-kata ibu angkatnya itu. Syikin ingin sekali mencari di mana sebenarnya ibu dan bapa kandungnya.
“Syikin,” kedengaran satu suara wanita memanggilnya dari belakang. Syikin menoleh dan melihat seorang wanita dan lelaki yang dikenalinya.
“Aunty Marisa, Uncle Reza,”
    Marisa terus memeluk gadis berusia 19 tahun itu. Reza turut bersimpati atas pemergian sahabat mereka itu.
“Syikin...” ujar Marisa sambil mengusap kepala gadis itu. “...jangan sedih ya sayang. Aunty janji akan jaga kamu macam anak aunty sendiri ya,”
    Syikin terkejut medengar kata-kata Marisa. Dia tahu Marisa ialah sahabat kepada ibu dan bapa angkatnya. Tetapi yang mengejutkannya ialah kata-kaat yang baru diucap oleh Marisa.
“Apa maksud Aunty?” tanya Syikin sambil mengusap air mata dipipinya.
“Baca surat ni. Ini dari ibu dan bapa kamu,”
     Syikin membuka sampul surat dan membaca isi surat tersebut.
Assalamualaikum, Marisa, Reza. Maafkan aku kalau aku akan menyusahkan kau berdua. Aku tak tahu macam mana nak mulakan.
    Sebenarnya, Syikin bukanlah anak kandung aku. Aku temui dia di tong sampah rumah aku pada 12/12/1993. Aku tak tahu siapa bayi aku jumpa tu. Dia menangis teresak-esak. Aku tak sampai hati nak biarkan. Memandangkan aku tak ada anak, aku memutuskan bersama suami aku untuk mengambilnya menjadi anak angkat. Beritahu dia tentang ni kalau aku tak sempat beritahu, Marisa. Jagalah dia walau macam mana pun. Tak perlu bagi dia kemewahan. Cukuplah dia dapat hidup dengan senang, tak perlu mewah. Biarkan dia cari siapa orang tua kandungnya, ya. Kau berdua sahabat aku. Tolong ya.
                                                                                                     - Juliana-

    Syikin menangis setelah membaca isi surat itu. Dia tidak menyangka ibu dan bapa angkat sanggup menjaganya dari kecil hingga besar walaupun dia anak yang dibuang.
“Kamu nak kan tinggal dengan aunty dan uncle kan?” tanya Marisa dengan harapan Syikin bersetuju
“Kenapa aunty nak jaga Syikin? Sebab mak suruh?”
“No, aunty tak ada anak perempuan sayang. Lagipun, kamu anak kawan aunty kan,”
“Tapi aunty tahu kan. Syikin cuma anak angkat bukan anak kandung mak dan abah,”
“Syikin, dengar cakap aunty ni. Aunty dah diberi amanah. Aunty berdosa kalau tak tunaikan amanah,”
     Syikin terdiam. Dia masih keliru dengan permintaan Marisa. Syikin takut kehadirannya akan menganggu keluarga Marisa dan Reza.
“Syikin, uncle nak sangat rasa ada anak perempuan. Masa kami dapat surat ni, kami seronok sangat bila mak Syikin percayakan Syikin pada uncle dan aunty untuk jaga Syikin,”
     Syikin masih berdiam tetapi otaklnya ligat berfikir. Akhirnya Sykin membuat satu keputusan.

                                  ***********************************

    Syikin kini sedang barada di halaman rumah Marisa dan Reza. Rumah banglo yang tersergam indah itu memukau mata sesiapa pun saja yang melihat. Syikin menurunkan beg pakaiannya dari boot kereta. Marisa dan Reza menunggu Syikin di hadapan kereta. Mereka masuk ke rumah banglo itu bersama. Syikin terpegun melihat keindahan perhiasan di rumah itu. Susun atur perabot di rumah itu turut menarik perhatian Syikin. Dua orang pembantu rumah sudah menyediakan makan tengahari untuk mereka bertiga.
“Jom aunty hantar ke bilik,”
    Syikin masuk ke bilik tidur yang disediakan. Syikin kehilangan kata-kata melihat betapa besar dan cantiknya sebuah bilik tidur. Dia tidak pernah menyangka suatu masa dia akan dapat bermalam di bilik semewah ini.
“Ini bilik kamu,” ujar Reza.
“Tak, uncle. Bilik ni besar sangat. Syikin...”
“Syikin, bilik ni memang khas untuk Syikin. Memang kami berdua suruh bibik siapkan bilik ni untuk Syikin,”
“Bilik ni terlalu mewah uncle. Syikin segan,”
“Apa pula nak segan? Semua ni bukan free tau. Syikin kena bayar semua ni,”
    Syikin terkejut mendengar kata-kata Reza.
“Syikin tak ada duit uncle,”
Reza tergelak. “Siapa suruh bayar pakai duit? Uncle cuma nak Syikin anggap kami ni ibu bapa Syikin. Jadi anak yang baik untuk kami. Kalau Syikin buat semua tu, Syikin dah balas jasa kami, boleh?”
    Air matanya mengalir deras. Syikin mengucapka terima kasih kepada Reza dan Marisa. Syikin di suruh untuk berehat dan menenangkan fikirannya. Dia masih sedih atas pemergian ibu dan bapa angkatnya.
    Syikin merebah diri di atas katil setelah Marisa dan Reza beredar. Syikin meminta diri untuk berehat di bilik. Dia tidak berselera untuk makan ketika ini. Dia memejamkan mata dan bayang ibunya muncul di ruang fikirannya.
“Mak,” panggil Syikin.
“Jaga diri baik-baik kat rumah orang. Cari ibu bapa kamu. Jangan susahkan orang lama-lama, nak. Mak pergi dulu. Assalamualaikum,”
       Syikin tersedar dari lena. Hari sudah malam. Kedengaran bunyi bising dari ruamg makan. Syikin bangun dari katil dan menuruni tangga. Dia melihat Marisa dan Reza sedang rancak berbual sambil makan malam. Mereka yang melihat Syikin, terus menyapa dan mengajak Syikin untuk makan bersama.
“Syikin, dah bangun? Lama kamu tidur. Come join us,”
    Syikin duduk di kerusi bersebelahan dengan Marisa. Dia melihat meja makan yang besa itu hanya mereka bertiga yang duduk.
“Aunty tinggal berdua je dengan uncle?” tanya Syikin.
“Dengan anak kami sorang. Eka. Dia biasa balik malam,”
     Syikin hanya mengangguk. Dia menjamu dengan berselera. Seharian perutnya kosong tanpa diisi. Setelah makan, Marisa dan Reza mengajaknya menonton DVD di ruang tamu. Walaupun baru sehari, Syikin benar-benar dianggap sebagai anak oleh mereka berdua.
     Tepat jam 11 malam, semua orang di rumah itu sudah masuk ke bilik. Syikin masuk ke biliknya lalu merebahkan diri  di atas katil. Dia sangat selesa tinggal di rumah itu. Matanya dipejam agar dia dapat tidur dan bangun awal pagi esok. Tiba-tiba tekaknya terasa haus. Dia melangkah keluar dari bilik dan menuju ke dapur di tingkat bawah. Syikin mencapai gelas dan mengisi gelas itu dengan air masak. Dia meminum air hingga tekaknya terasa lega.

       Tiba-tiba dia terdengar seperti suara pintu rumah di ruang tamu dibuka perlahan-lahan. Kedengaran suara tapak kaki seseorang sedang melangkah masuk.  Hatinya berdebar-debar. “Siapa malam-malam ni?” fikirnya. Tanpa dia sedari, tangannya terlanggar gelas yang diletakkan di meja. Gelas itu pecah. Suara tapak kaki itu tidak kedengaran lagi.
“Alamak, pecah pula.” getusnya. Syikin menjengahkan kepalanya ke ar dapur menghala ke ruang tamu. Kelihatan kelibat seorang lelaki sedang menuju ke dapur. Mungkin orang itu telah mendengar bunyi gelas yang pecah tadi. Syikin terus menerjah orang itu. Apabila mereka sudah berdepan satu sama lain, masing-masing menjerit.
“Pencuri! Pencuri!”
     Jeritan itu mengejutkan seisi rumah. Salah satu dari pembantu rumah itu keluar dari biliknya.
“Kenapa cik Syikin?” tanya bibik itu.
“Pencuri, bik.” Syikin terus memukul lelaki itu. Marisa dan Reza menuruni tangga dan menuju ke dapur.
“Kenapa ni?” tanya Reza.
“Perempuan ni pencuri, pa!” ujar lelaki itu.
    Marisa, Reza dan pembantu rumah mereka ketawa terbahak-bahak melihat reaksi wajah Syikin dan lelaki itu yang merupakan Eka, anak lelaki mereka.
“Kamu ni buat lawak malam-malam!” gelak Marisa. “itulah lain kali balik awal, kan dah tak tahu. Ni Syikin, anak kawan mama. Syikin, ini Eka, anak aunty yang aunty cakap tadi,”
     Eka dan Syikin masing-masing berdiam diri. Mereka berdua berdiri tercegat tanpa menegur sesama mereka.
“Malunya!” desir hati Syikin sambil melihat muka Eka yang berkerut. Eka terus menaiki tangga dan menuju ke bilik tidurnya.
“Dah, pergi masuk tidur. Dah malam ni,” ujar Marisa.
“Syikin nak kemas kaca pecah kejap aunty,”
“Tak apa, esok pagi biar bibik kemas,”
      Syikin melihat bibik yang sedang berdiri di sebelahnya.
“Ya cik. Cik Syikin rehat lah, tidur. Esok pagi-pagi saya kemas,” ujar pembantu itu. Syikin kembali ke bilik tidurnya. Dia sangat malu kerana sudah salah menuduh.
“Err, kejap. Bukan salah aku. Dia balik malam-malam. Buka pintu rumah perlahan-lahan. Mana aku tahu dia yang balik,” rungut Syikin lalu merbahkan diri dan memejamkan matanya.

                  ***********************************************


“Ma, siapa perempuan tu?”
“Anak kawan mama lah. Mak dia baru meninggal. Dia tinggal dengan kita mulai sekarang,”
     Eka bertanya tentang Syikin kepada mamanya di dapur. Syikin yang sedang menuju ke dapur terdengar perbualan mereka.
“Ma, tak kisah lah dia anak siapa pun. Mama tak boleh percaya je. Mana tahu dia dah tak ada orang tua, hidup dah susah. Dia nak ambil kesempatan atas kesenangan kita,”
“Astaghfirullah, Eka. Apa ni? Tak baik cakap macam tu. Mama tak pernah ajar cakap macam tu tau. Kalau dia dengar macam mana?”
     Syikin yang mendengar hanya berdiam dan terus mendengar.
“Mama, orang zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. You have to be careful,”
“Orang zaman sekarang susah nak percaya? Dah tu, Eka tu orang zaman batu ke? Boleh percaya sangat lah?”
“Ma, I’m serious,”
Me too,”
    Marisa terus beredar meninggalkan Eka di dapur sendirian. Syikin yang menyedari Marisa datang terus berlari duduk di ruang tamu dan berpura-pura membaca majalah. Marisa beredar menuju ke bilik di tingkat atas. Eka pula menuju ke bilik bacaan. Syikin bangun dari tempat duduk dan terus menuju ke luar rumah.
     Dia terus menuju ke satu kawasan perkampungan berhampiran. Kelihatan sebuah warung yang dipenuhi orang. Syikin menghampiri warung tersebut. Sambil melihat menu yang disediakan, matanya meliar melihat orang yang sedang makan di warung itu. Senyuman terukir di bibirnya apabila dia teringat bagaimana dulu, dia dan ibu bapanya bersusah payah untuk mencari sesuap nasi. Tapi kini, dia telah dibantu oleh sahabat ibu dan bapanya. Marisa dan Reza memang berhati mulia di mata Syikin, meskipun nak mereka Eka, sedikit membuatkan dia tidak senang duduk.
“Dik, makan apa?” tanya salah seorang pekerja warung itu.
“Bungkuskan saya nasi putih, ikan goreng, tauhu sumbat dengan ulam tu,” balasnya. Pekerja itu terus melaksanakan kerjanya lalu memberikan nasi bungkus tersebut kepada Syikin. Gadis itu mengeluarkan not 5 dari sakunya lalu dihulurkan.
     Setelah barangan bertukar tangan, Syikin terus balik menuju ke rumah Marisa dan Reza. Dia masuk melalui pintu belakang agar Marisa tidak melihatnya membeli nasi bungkus.
“Cik Syikin, beli apa ni?” tegur bibik yang melihat Syikin masuk dari pintu belakang secara senyap-senyap.
“Shh! Diam lah sikit, bik. Nanti Aunty Marisa dengar,”
“Cik beli apa ni? Kan bibik tengah masak. Cik dah lapar ke?”
“Bik, saya rindu nak makan nasi bungkus macam ni. Jangan bagitahu aunty dengan uncle eh. Please,” pinta Syikin sambil membuka bungkusan nasi itu. Dia meminta bantuan bibik untuk mengambilkannya segelas air masak.
“Bibik pergi jaga line eh. Jangan sampai aunty dengan uncle tahu tau,”
“Ya lah cik. Bibik nak masak dulu. Cik duduk sini diam-diam tau. Nanti kalau tuan dan puan tahu, dia marah saya,”
“Ok bik.”
    Syikin membaca doa makan. Dia menyuap nasi ke dalam mulutnya. Tiba-tiba dia teringat masa-masa dia makan bersama ibunya di rumah dahulu. Ibunya seolah-olah hadir dan makan bersamanya sekarang.
“Sedap?” tanya Juliana sambil menyuap nasi ke mulutnya.
“Sedap, mak. Mak nak sikit?” tanya Syikin. Juliana hanya menggeleng. Tiba-tiba Juliana tersedak.
“:Mak, Syikin ambil air ya,”
    Syikin bangun dari tempat duduk dan mengambil segelas air untuk Juliana. Apabila dia kembali ke tempat duduk, Juliana sudah tiada.
“Mak,” panggilnya. Kehadiran Juliana yang sekejap tadi masih tidak dapat mengubati rindu Syikin terhadap ibunya. Kehadiran Juliana seolah-olah seperti benar-benar terjadi. Airmtanya berjuraian di pipi. Sebak di jiwa tidak dapat di tahan. Eka yang lalu di situ terlihat Syikin sedang menangis. Dia mengitai Syikin dari tirai yang memisahkan dapur dan ruang makan.
“Mak, Ikin rindu mak. Bapak, Ikin rindu bapak,” tangis Syikin.
      Eka yang melihat tangisan Syikin tiba-tiba terasa sayu. Hatinya hening melihat tangisan gadis kampung itu. Syikin kembali menguyah walaupun air mata masih berlinangan. Eka meninggalkan Syikin dan menuju ke luar rumah. Eka duduk di buaian di halaman rumah sendirian.
“Siapa mak bapak kandung perempuan ni eh? Dia baik ke tak sebenarnya?” soal Eka sendiri dalam hatinya. “Apa kata aku cari tahu sendiri siapa orang tua kandung dia. Then baru aku kasi tahu dia,”

      Setelah makan, Syikin menuju ke bilik bacaan. Pintu dibuka dan dia melihat pelbagai jenis buku tersusun rapi di setiap rak. Rak juga diatur dengan rapi di setiap sudut bilik itu. Syikin masuk lalu menutup pintu. Satu demi satu buku di rak diteliti. “Banyaknya buku. Habis baca ke?” desirnya. Eka masuk dan terkejut melihat Syikin berada di bilik bacaan.
“Awak buat apa dalam ni? Keluar!” usir Eka.
“Maaf, saya cuma tengok-tengok je,” ujar Syikin lalu beredar keluar dari bilik bacaan.
“Awak tu menumpang. Buatlah cara menumpang,” sindir Eka lalu menutup pintu bilik itu dengan kuat. Syikin hanya berdiam dan terus menuju ke biliknya. Badan direbahkan. Dia terpandang sesuatu yang terletak di atas meja sisi katilnya.
Handphone? Siapa punya ni?” desirnya lalu membelek-belek telefon bimbit jenama Samsung itu. Di bawah telefon bimbit tersebut terdapat satu nota kecil.

            Aunty beli untuk Syikin. Aunty keluar kejap. Aunty nak bagi Syikin, tapi kamu tak ada kat rumah pula. Simpan baik-baik. Kalau tak reti, minta tolong Eka.

      Syikin tersenyum. “Terima kasih aunty,” bisiknya sendiri lalu mencuba untuk menghidupkan telefon bimbit tersebut. Apabila telefon berjaya dihidupkan, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
“Aunty suruh minta tolong Eka. Dia nak tolong ke? Tak payah lah. Nanti kena marah,”
    Syikin menuruni tangga dan menuju ke dapur dan meminta bantuan bibik.
“Bik, tahu tak pakai ni?”
“Mana bibik tahu, cik. Handphone canggih ni. Takkan cik tak tahu,”
“Dulu handphone saya Nokia lama yang buruk tu. Yang tekan keluar bunyi tu. Ni touch screen ,mana saya reti.”
“Entahlah cik. Bibik pun tak tahu. Bibik pun tak ada handphone,”
“Tak apa lah bik. Maaf ganggu,”

                            ****************************************


Marisa, Reza dan anak mereka, Eka terlibat dengan mesyuarat mendadak pagi itu. Syikin ditinggalkan sendirian di rumah bersama pembantu-pembantu rumah. Dia berasa sunyi kerana rumah sebesar itu hanya didiami tiga orang saja apabila Eka dan ibu bapanya tiada di rumah.
“Apa aku nak buat eh? Bosan pula jadi kaya ni. Dulu miskin sampai tak cukup masa nak buat kerja. Sekarang...hmmm. Ish! Syikin, bersyukur lah!”
    Tiba-tiba dia mendapat satu idea untuk menigsi masa lapang yang terlalu banyak di rumah itu. Dia melihat bibik sedang mengemas rumah dan menguruskan tanaman bunga diluar rumah. “Aku nak masak hari ni!” soraknya lalu menuju ke dapur dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak. “Hari ni aunty,uncle dengan Eka akan makan msakan kampung,”

      Makanan sudah siap terhidang apabila tiba waktu makan tengahari. Pembantu-pembantu rumah itu terkejut melihat semua makanan yang sudah dimasak oleh Syikin.
“Cik, nanti kami kena marah. Kenapa cik susah-susah masak ni?” ujar seorang pembantu rumah.
“Ala bibik ni. Jangan risaulah. Kalau kena marah, biar Syikin tanggung,” janji Syikin. “Dah bibik pergi kemas dapur dulu,” arahnya.
     Syikin menuju ke bilik mandi dan membersihkan diri. Hari ini penat kerana sudah memasak pelbagai jenis masakan kampung. Akhirnya dia terlelap di atas katil.
    Beberapa jam kemudian, kedengaran suara kereta masuk ke perkarangan rumah. Enjin dimatikan dan tiga beranak itu keluar.
Apbila tiba dimuka pintu, Marisa terhidu bau sesuatu masakan yang enak.
“Sedapnya bau. Bibik masak apa eh hari ni?” soalnya kepada Eka dan Reza.
“Entahlah ma. Jom masuk, boleh cepat makan. Lapar ni,” ujar Eka lalu menuju ke meja makan bersama ibu bapanya. Mereka melihat makanan yang enak sudah siap terhidang dan hanya menunggu untuk dimakan.
“Tuan, puan dah balik?” sapa pembantu itu.
“Syikin mana bik?”
   Kedua-dua pembantu rumah itu berdiam diri. Enggan menjawab tetapi mereka terpaksa menjawab kerana telah ditanya kali kedua.
“Bik, saya tanya. Syikin mana?”
“Cik Syikin tidur dalam bilik.”
“Tak bangun lagi ke?”
“Dah bangun. Tapi tadi dia tidur sebab dia penat kot,”
“Penat? Dia buat apa?”
“Dia tadi...masak, puan,”
     Marisa dan reza terkejut mendengar jawapan bibik. “Masak? Kenapa bibik tak masak? Ni semua, banyak-banyak ni dia yang masak?”
Pembantu rumah berdua itu hanya  mengangguk.
“Perempun tu yang masak? Biar betul!” ujar Eka lalu menuju ke bilik.
“Eka, panggil Syikin turun. Kita makan sama,” arah Reza.
     Eka menuju ke bilik tidur Syikin. Gadis itu sudah lena dibuai mimpi. Eka menghampiri Syikin lalu mulutnya didekatkan di telinga Syikin yang sedang tidur.
“Banguuuun!” teriak Eka membuatkan Syikin terbangun dan dengan tidak sengaja menampar wajah Eka.
“Maaf, maaf Eka. Saya tak sengaja,” ujar Syikin setelah melihat Eka menahan kesan tamparan di wajahnya.
“Saya dah kejut awak. Muka saya yang awak sepak. Tidur pula! Turun, makan!” bentak Eka lalu meninggalkan Syikin. Gadis itu terus ke bilik mandi untuk membasuh muka. Syikin menuruni tangga dan menuju ke meja makan.
“Syikin, kenapa masak semua ni? Kan bibik ada. Kan dah letih,”
“Tak apa lah aunty. Tadi Syikin bosan sorang kat rumah. Itu yang masak. Aunty rasalah, sedap tak?”
     Syikin duduk di sebelah Marisa.
“Bau dah sedap, mesti rasa pun sedap,” puji Reza sambil meletakkan sesenduk nasi ke dalam pinggan makannya.
“Entah-entah dia letak racun dalam ni,” sampuk Eka. Serta-merta Marisa dan Reza memandang Eka. Mereka terkejut mendegar kata-kata Eka. “Dia kan tengah cari mak bapa kandung dia. Mesti dia perlu duit, so dia letak racun then kita semua mati, harta kita dia ambil,” Eka mengeluarkan kata-kata penghinaan itu tanpa memikirkan perasaan Syikin.
Syikin tidak dapat menahan rasa sakit hatinya.
“Baguslah awak dah bagitahu aunty dan uncle. Betul awak cakap, saya letak racun dalam makanan ni,” balas Syikin.
“Syikin, dah lah tu,” pujuk Marisa. “Tak payah layan,”
No aunty. Betul kata Eka. Saya masak tadi memang letak racun. Sebab saya nak ambil semua harta aunty dan uncle. Baguslah Eka  dah tahu. So dia selamatkan aunty dan uncle. Tak apa, aunty dan uncle tak payah makan. Biar Syikin habiskan,” balas Syikin. Dia memakan setiap makanan yang dimasaknya. Eka melihat Syikin dengan rasa bersalah. Marisa dan Reza turut makan dan tidak mengendahkan Eka.
“Aunty, uncle. Kenapa makan? Ada racun ni,” ujar Syikin. Eka yang berasa malu terus meninggalkan meja makan dan menaiki tangga menuju ke biliknya.
      Setelah selesai makan malam, Marisa dan Reza menemui Eka. Tanpa berkata apa-apa Reza terus menampar Eka sebaik saja memasuki bilik anaknya itu.
“Papa dengan mama tak pernah ajar kau macam tu. Apa yang kau tak puas hati sangat dengan Syikin? Pernah dia kacau kau? Susahkan hidup kau ke?” bentak Reza.
“Dia budak baik. Janganlah aniaya dia. Kamu tahu kan, doa orang teraniaya ni makbul. Nak ke dia doakan kamu yang buruk? Mama kecewa dengan Eka,” ujar Marisa pula.
“Papa tak peduli. Eka mesti minta maaf pada Syikin. Dia amanah mama dan papa. Kalau Eka hina dia, sama juga Eka hina papa dan mama. Minta maaf dengan dia sampai dia maafkan,” ujar Reza lalu meninggalkan Eka bersendirian di bilik. Marisa turut mengikut Reza pergi.

     Syikin sedang bersendirian di buaian luar rumah banglo itu. Dia terlalu sedih dengan kata-kata Eka tadi. Dia berasa seperti menyusahkan Eka. Air matanya berlinangan membasahi pipi.
Eka menghampiri Syikin di buaian lalu duduk di sebelahnya. Syikin terus mengesat air mata dan mengalihkan pandangannya ke arah lain. Wajah Eka sama sekali enggan dia pandang.
“Buat apa sorang-sorang kat sini?” tegur Eka. Syikin tidak menjawab dan hanya berdiam. Eka masih cuba memujuknya.
“Syikin, saya nak minta maaf. Saya tahu saya salah,” ujar Eka. Syikin tidak menjawab tetapi hanya menganguk sekali saja. Eka masih tidak berputus asa.
“Saya tahu awak marah dengan saya. I’m really sorry. Will you forgive me?”
“Tak apa. Saya maafkan,” jawab Syikin dan terus berdiri untuk beredar. Eka terus menghentikan langkahnya. Dia menarik tangan Syikin.
“Syikin, saya memang dah sakitkan hati awak. But please, I’m really sorry,” pujuk Eka lagi.
“Eka, kan saya dah cakap saya dah maafkan awak. Dah lah tu,” balas Syikin.
“Syikin dengar sini...” pinta Eka. “...saya tak patut cakap macam tu pada awak. Saya bersalah. Mungkin sekarang di mata awak, saya lelaki tak baik. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya akui awak perempuan yang baik. Mungkin sebelum ni saya cuma tak percaya pada awak. And I know, saya tak patut buat macam tu langsung,”
Syikin memandang Eka. Tangan dilepaskan. “Saya tak kisah kalau awak tak percaya saya. Tapi saya tak suka awak fitnah saya. But  fine, kalau awak nak fitnah saya, tak apalah. Tapi awak dah libatkan arwah ibu dan bapa saya. Saya tak suka. Dia orang besarkan saya dengan baik. Kalau suatu hari saya jadi orang jahat, itu bukan sebab didikan dia orang.  Dia orang ibu bapa terbaik di dunia. Awak jangan risau, sebaik saya jumpa mak bapa kandung saya, saya akan pergi dari sini. So,awak tak perlu risau saya akan ambil harta awak. Terima kasih sebab awak sedarkan saya ni cuma menumpang je,” balas Syikin dan terus beredar. Eka cuba memujuk lagi. Eka menghentikan langkah gadis itu.
“Syikin, listen. Awak boleh hukum saya. Asalkan awak maafkan saya,” rayu Eka yang cuba meraih kemaafan Syikin.
“Saya dah kata saya dah maafkan. Tak faham ke?”
    Syikin terus beredar meninggalkan Eka sendirian di buaian. “Syikin...”panggil Eka tetapi tidak diendahkan.
 Eka menyesal dengan semua kelakuannya terhadap Syikin.
“Ya Allah, apa aku buat ni? Ya Allah, ampuni aku ya Allah. Bukakanlah hati dia untuk maafkan aku,” Eka terus berdoa dan terus berharap Syikin tidak akan bersifat dingin dengannya lagi.


      ****************************************

     Marisa memasuki bilik Syikin. Gadis itu sedang bersiap. Syikin disuruh untuk memakai pakaian untuk ke pejabat. Dia akan mula bekerja di syarikat milik Reza dan Marisa.
“Dah siap sayang?” tanya Marisa.
“Dah aunty. Tapi aunty sure nak Syikin kerja kat pejabat aunty? Syikin tak ada pengalaman,”
“Kalau aunty tak yakin, buat apa aunty suruh Syikin kan. Dah jom, semua dah tunggu,” ujar Marisa, “Ha, lagi satu. Nanti turun bawah pakai kasut tinggi yang aunty dah belikan tu,”
Syikin mengangguk lalu mengikut Marisa.
    Eka dan Reza sudah menunggu di luar rumah sambil membicarakan tentang projek terbaru syarikat mereka.
“Mempersilakan...Cik Norasyikin,” Marisa membawa Syikin ke luar rumah.
    Reza dan Eka melihat Syikin. Wajah gadis itu kelihatan sangat cantik setelah dia mengenakan solekan ringkas di wajahnya.
“Siap? Jom,” ujar Reza lalu menaiki kereta. Syikin menuju ke kereta tanpa mempedulikan Eka yang sedang memerhatikannya.
Mereka menaiki kereta dan terus menuju ke pejabat.

      Setibanya di sana, Syikin diperkenalkan sebagai pengurus sumber manusia di syarikat itu. Dia disambut baik oleh semua pekerja dan staf bawahan.
“Saya harap awak semua dapat berikan kerjasama yang baik dengan Cik Norasyikin,” tegas Reza kepada semua pekerja.
 Apabila mesyuarat perkenalan selesai, Marisa meminta Eka untuk membantu Syikin menguruskan semua hal-hal di jabatan sumber manusia.  Syikin dibawa ke ruang [pejabat miliknya sendiri. Ruang pejabat untuk Syikin sudah dihiasi dengan cantik.
“Ini bilik kerja awak, cik Syikin.” Ujar Eka.
“Apa tugas saya?” tanya Syikin. Eka menerangkan tugas Syikin dengan jelas. Syikin mengucapka terima kasih dan duduk di kerusi kerjanya.
“Kalau ada apa-apa,  just give me a call,” ujar Eka lalu beredar meninggalkan pejabat Syikin.
     Syikin memandang ke belakang dan melihat bayak bangunan tinggi berdiri megah seola-olah meneglilingi pejabatnya. Awan yang menyembunyikan matahari membuatkan suasana pejabat itu redup ditutupi cermin kaca.
“Mak, abah, Syikin dah kerja sekarang. Alhamdulillah ya Allah. Engkau berikan rezeki yang melimpah ruah seperti ini,” bisiknya. Dia kembali ke meja kerjanya dan meneliti setiap fail yang terdapat di mejeanya.

      Jam di pejabatnya sudah menunjukkan pukul 1.15 tengahari. Syikin turun ke lobi dan ingin ke kantin untuk makan tengahari. Tiba-tiba dia melihat beberapa staf bawahan menghampirinya dengan muka yang berkerut.
“Eh, kau ni cuma orang baru kat sini. Kita orang yang dah lama kerja sini pun tak naik pangkat. Kau yang tak ada sijil and experience pun terus jadi manager. Bomoh mana kau pakai?’ hina seorang dari mereka.
“Apa awak cakap ni?”
“Yang aku tahu kau cuma menumpang je kat rumah Puan Marisa kan. Entah-entah kau dah guna-gunakan Puan Marisa kot,” hina satu lagi dari mereka.
    Syikin terdiam menghadapi staf-staf yang bermulut biadab itu. Dia dihina dengan teruk oleh staf-staf itu. Ketika itu juga, Eka sedang melangkah keluar dari lif dan melihat kejadian itu. Eka terus menghampiri mereka.
“Apa masalah awak semua? Awak sendiri tahu dia ni atasan awak. Mana rasa hormat? Sampai bila-bila pun awak tak naik pangkat kalau mulut macam longkang!” bentak Eka membuatkan mereka terdiam
“Eka, dah lah tu.” ujar Syikin.
“Lepas waktu makan, saya nak muka awak semua dalam office saya. Faham? Kalau saya balik office awak semua tak ada, saya akan pecat semua!”
    Kesemua staf itu beredar. Eka terus menarik Syikin ke keretanya.
“Kita lunch kat luar,” ujar Eka. Syikin melepaskan pegangan tangan Eka dan berundur ke belakang.
“Saya nak lunch kat sini,” tegas Syikin.
“Awak nak kena hina macam tadi? Awak atasan, sepatutnya awak tegas. Jangan lembik sampai pekerja berani hina awak. Jadilah perempuan tu kuat sikit. Jangan lembut sangat. Be a brave women lah!”: marah Eka membuatkan Syikin terasa hati.
“Ya, saya tahu saya lembik, lembap. Tak kuat macam awak. Saya ni perempuan lembap, kampung, selalu menyusahkan awak! Kalau tadi dia orang hina saya , sekarang awak tak hina saya ke? Saya tak perlulah awk bela, kalau sekarang awak hina saya macam dia orang!” marah Syikin lalu beredar meninggalkan Eka di kereta sendirian.
“Argghh!” Eka sekali lagi menyakiti hati Syikin.

     Mereka berdua pulang ke rumah pada jam 6 petang. Sebaik memasuki pintu rumah,  Syikin dibawa ke sebuah bilik kerja di rumah banglo itu. Terdapat dua buah meja kerja. Satu daripada meja itu milik Eka.
“Itu meja Eka. Meja kerja kamu yang itu ya,” ujar Marisa lalu menunjukkan Syikin meja kerjanya.
“Tak payah susah-susah aunty. Tak ada meja pun tak apa. Syikin boleh buat dalam bilik,”
“Tak apa lah. Memang bilik ni khas untuk bilik kerja. Eka pun buat kerja kat sini. So, Syikin pun kena guna bilik ni juga,”
       Syikin mengucapkn terima kasih. Marisa beredar sementara Syikin duduk di kerusi meja tersebut. Pintu diketuk dan Eka muncul di muka pintu. Syikin sama sekali tidak mengendahkan kehadiran Eka malah dia hanya sibuk mengemas fail-fail yang terdapat di atas mejanya.Eka duduk di meja sebelah untuk melakukan kerjanya yang masih tertunggak. Sesekali mata lelaki itu memandang Syikin tetapi pandangannya tidak berbalas. Syikin sama sekali tidak menganggap Eka berada di bilik itu. Setelah lama kehadirannya tidak diendahkan, Eka bangun dari kerusi dan menuju ke rak yang mengandungi banyak fail. Kononnya hendak mengambil fail. Syikin masih tidak memandangnya. Akhirnya Eka membuat keputusan untuk meminta maaf sekali lagi dari Syikin. Dia menghampiri meja Syikin.
“Ehemm,” desirnya. Syikin masih tidak mempedulikannya. “Syikin, saya minta maaf pasal tadi. Saya tak sepatutnya cakap macam tu pada awak. Saya dah sakitkan hati awak kan,”
   Syikin masih berdiam dan tidak menjawaab sepatah kata pun. Sebaliknya dia bangun dari tempat duduk dan ingin beralu dari situ. Eka dengan beraninya menghentikan langkah Syikin lalu menghampiri gadis itu.
“Syikin, saya dah jalankan apa yang sepatutnya. Saya buat salah dan dah minta maaf. Saya tahu saya dah selalu sakitkan hati awak. Tapi saya dah minta maaf kan. Sekarang terpulang pada awak sama ada nak maafkan saya atau tak.”
“Kemaafan tak boleh dipaksa, Eka.” tegas Syikin. 
“Baiklah, kalau awak tak nak maafkan saya. Saya takkan paksa awak untuk maafkan saya lagi. Tapi saya nak awak tahu yang saya betul-betul minta maaf dan saya tak main-main. Saya memang betul-betul minta maaf. Awak betul. Kemaafan tak boleh dipaksa, jadi saya takkan paksa lagi,”
     Eka terus melangkah keluar dari bilik kerja itu dan menuju ke bilik tidurnya. Kali ini Syikin yang berasa salah kerana tidak memaafkan Eka.
“Aku sepatutnya maafkan dia. Nampak macam serius. Mungkin dia betul-betul rasa bersalah. Aku tak patut buat macam tu kat dia,” bisiknya sendiri lalu melangkah keluar dan menuju ke bilik tidurnya pula.
      Setelah mandi dan menunaikan solat Asar dan diikuti Maghrib, Syikin keluar dari bilik dan menuruni tangga untuk ke meja makan. Syikin bertembung dengan Eka sewaktu menuruni tangga. Mereka saling berpandangan tetapi Eka mendahului langkah ke meja makan. Mereka tidak bertegur sama sekali.
“Bagus, semua dah ada. Papa dah lapar, jom makan.” ujar Reza apabila melihat Eka dan Syikin sudah menghampiri meja makan. Bibik sedang mengisi nasi ke setiap pinggan.
      Selama di meja makan, mereka sama sekali tidak berbual. Hanya perbualan Marisa dan Reza yang rancak kedengaran. Syikin dan Eka sama-sama diam dan tidak mengeluarkan satu suara pun.
     Selepas makan malam, Eka duduk sendirian di buaian luar rumah. Hanya angin malam yang menemani lelaki itu. Syikin menjengah keluar rumah dan melihat Eka sedang bersendirian. Gadis itu menghampiri.
“Nah,” Syikin menghulurkan secawan milo panas untuk Eka. Eka masih tidak tahu maksud pemberian itu. “Ambil. Saya yang buat tadi. Nah,” ujar Syikin lalu cawan itu disambut perlahan oleh Eka.
Actually, saya nak minta maaf sebab dah kasar dengan awak,” ujar gadis itu
     Kata-kata Syikin membuatkan Eka tersedak ketika dia sedang minum dan air yang dimasukkan ke dalam mulutnya terpancut keluar.
“Eka! Ok ke?” tanya Syikin sambil mengusap-usap belakang badan lelaki itu.
“Apa awak cakap tadi? Awak minta maaf?”
“Hmm...,” Syikin berhenti seketika. “...ya, saya minta maaf sebab kasar dengan awak,”
No!”
“Ha?” kaget Syikin.
No! I mean it’s not your fault. Saya yang salah. Awak yang sepatutnya maafkan saya, bukan saya yang maafkan awak. You’ve done nothing wrong,”
Now, dua-dua salah. So, kita sama-sama maafkan antara satu sama lain, ok.”
     Eka tersenyum mendengar kata-kata Syikin. Mereka saling bermaafan dan berjanji tidak akan menyakiti hati masing-masing. Mereka juga menjadi rapat sejak malam itu.
Thank you sebab sudi maafkan saya. Friend?” ujar Eka.
Syikin senyum lalu menjawab, “Sure,” .


         ****************************************************

Syikin sedang menuju ke ruang pejabatnya. Telefon berdering dan langkahnya menjadi perlahan. Panggilan dijawab dan Marisa yang menelefon.
“Sayang, uncle Reza ada kat office ke?” tanya Marisa dengan nada suara yang cemas.
“Tadi ada aunty. Tapi dah keluar,”
“Dah lama ke dia keluar?”
“Ada lah dalam satu jam. Kenapa aunty? Is that anything wrong? Kenapa aunty risau ni?”
I don’t know. Tadi aunty  terlelap, then aunty mimpi uncle macam mengerang kesakitan. I’m just worry. Tolong cari uncle sekitar office boleh tak?”
Sure. Don’t worry ok. Ada apa-apa nanti, Syikin call aunty,”
      Talian diputuskan. Syikin segera menemui pengawal keselamatan di pondok pengawal di luar bangunan pejabat.
“Pak cik, uncle Reza dah balik belum?” tanya Syikin kepada lelaki tua itu.
“Kereta dia dah lama kat situ, cik.” Pengawal itu menunjuk ke arah kereta Reza yang sudah diparkir di tempat parkir. “Tapi, dari balik tadi, Encik Reza tak keluar-keluar.” Sambung lelaki itu lagi.
“Jom pak cik. Teman saya jumpa uncle,”
     Mereka berdua menuju ke tempat kereta Reza diparkir lalu mengetuk tingkap cermin kereta itu.
“Uncle, uncle. Uncle kat dalam ke?”
      Tiada yang menjawab dari dalam. “Tak ada orang lah pak cik. Tapi kereta ada kat sini. Mana uncle ni?”
Pengawal itu pula yang cuba mengetuk tingkap cerim kereta itu. Dia medekatkan pandangannya ke cermin tingkap hingga dapat melihat apa yang ada di dalam kereta walaupun masih gelap kerana cermin hitam yang digunakan.
“Cik!” Tiba-tiba pengawal itu separuh menjerit. Syikin terkejut. “Encik Reza kat dalam!”
“Biar betul pak cik?” Syikin cuba melihat dan memang Reza berada di dalam kereta itu. Mukanya berdarah-darah dan kemungkinan dia pengsan.
Syikin menarik pintu kereta tetapi tidakberjaya. Akhirnya pengawal itu terpaksa mencungkil pintu kereta untuk mengeluarkan Reza. Apabila pintu kereta berjaya dibuka, Reza terjatuh ke lantai parkir. Hidung dan mulutnya berdarah. Reza pengsan.
“Ya Allah! Uncle!” kaget Syikin lalu menelefon Eka yang sedang bermesyuarat.
“Eka, turun parking sekarang! Cepat,” gesa Syikin.
“Saya tengah meeting. Kenapa?”
“Uncle Reza pengsan. Bedarah dalam kereta. Mungkin kena belasah,”
      Eka terkejut dan terus memutuskan talian. Dia meninggalkan bilik mesyuarat tanpa meminta izin dari ahli mesyuarat. Dia begitu cermas dengan keadaan Reza.
      Eka dan Syikin terus membawa Reza ke hospital menaiki kereta Eka. Syikin menelefon Marisa dan meminta wanita itu ke hospital sekali gus memberitahu apa yang terjadi kepada Reza. Setibanya di hospital, Marisa mencari Eka dan Syikin.
“Nurse, mana pesakit bernama Reza bin Jamaluddin, baru dibawa sebab pengsan dipukul sekitar setengah jam lalu?”
“Oh, pesakit tu sedang dalam ICU kerana luka parah. Mari saya tunjukkan,”
      Jururawat itu membawa Marisa ke ICU untuk menemui Reza. Syikin dan Eka sedang menunggu doktor yang merawat Reza di luar bilik ICU.
“Eka, Syikin. Kenapa jadi macam ni?” gesa Marisa.
“Syikin cari uncle masa aunty suruh tadi. Syikin jumpa uncle dah berdarah macam ni dalam kereta yang terkunci dan enjin tak hidup. Dia pengsan. Syikin terus call Eka and bawa uncle ke sini. Syikin rasa kesan bengkak-bengkak macam kena belasah,”
“Siapa yang pukul dia? Apa orang tu nak?” tangis Marisa. Syikin cuba menenangkan Marisa.
Apabila doktor keluar dari wad ICU, Eka terus menemui doktor dan bertanya tentang keadaan bapanya.
“Dia dah sedar dan saya akan pindahkan dia ke wad rawatan. Saya dapati kesan luka pukulan itu memang teruk tapi Alhamdulillah dia ok,”
“Thank you so much doktor. Alhamdulillah. Masukkan dia ke wad persendirian,”
     Doktor itu membawa Reza ke wad rawatan. Marisa dan yang lain dibenarkan masuk untuk menemani Reza.
“Abang, are you ok?” tanya Marisa sambil mengusap kepala suaminya. Reza tersenyum hambar.
I’m fine. Jangan risau ok,” balas Reza. “Siapa tolong abang?”
“Syikin, abang. Dia jumpa abang dah pengsan and berdarah dalam kereta,” jawab Marisa sambil memandang Syikin.
“Terima kasih ya, nak. Kamu dah tolong uncle. Kalau tak, mungkin uncle dah mati lama sangat dalam tu,”
“Uncle tahu siapa yang pukul uncle?” tanya Syikin ingin tahu. Reza memandang wajah isterinya, Marisa lalu menyebut satu nama. “Zani,”
What?!” Eka terperanjat mendengar nama lelaki itu. “Apa lagi dia nak? Tak cukup ke buat keluarga ni susah dari dulu?”
“Papa pun tak tahu apa dia nak. Masa papa parking kereta, pintu kereta papa terus ada orang sentap sampai terbuka dari luar. Zani terus tumbuk papa, lepas tu papa tak sedar,”
     
       Setelah makan malam, Eka pergi menemui Zani di rumah lelaki itu. Syikin mengikuti Eka kerana risau lelaki itu akan bertindak kasar kepada Eka pula.
“Eka, awak kena bertnang. Jangan ikut perasaan sangat. Nanti awak pula yang dia belasah,”
“I don’t care. Sejak saya kecil dia tak habis-habis menyusahkan papa dan mama. Saya tak tahu kenapa dia dendam sangat dengan papa dan mama.”
     Kereta diberhentikan di luar pagar sebuah rumah banglo besar milik Zani. Eka masuk tanpa menemui pengawal dan terus meluru ke pintu utama. Eka mengetuk pintu dengan kuat dan membuatkan semua orang di rumah itu terkejut.
“Uncle Zani! Keluar !” teriak Eka berang.
      Zani membuka pintu dan melihat Eka sedang berdiri di depan pintu rumahnya.
“Apa kau nak?” tanya Zani.
“Apa uncle nak dari papa sebenarnya? Apa salah dia pada uncle? Dari saya kecil, uncle selalu buat kami susah! Apa yang tak puas hati sangat?” bentak Eka. Muka Zani merah padam dan terus menarik kolar baju Eka seolah-olah ingin menumbuknya.
“Papa kau dah buat hidup aku sengsara! Papa kau dah buat aku hilang satu-satunya anak aku! Papa kau  jadikan isteri aku sakit sampai berbulan-bulan sebab kehilangan anak! Itu salah dia pada aku dan seluruh keturunan aku! Kau jangan nak back-up papa kau yang tak bertanggungjawab  tu. Dia takkan hidup tenang kat bumi ni selagi aku masih hidup! Faham! Sekarang kau berambus dari sini ! Aku benci kau dan seluruh keturunan Reza Jamaluddin!”
     Eka masih tidak beredar dan masih mahu masalah ini diselesaikan.
“Uncle, sejak dulu lagi papa dah cakap. Anak uncle hilang bukan sebab dia. Papa tak salah!”
“Masa tu kau bayi. Apa kau tahu?! Baik kau berambus dari sini sebelum kau yang aku belasah  kau pula!”
“Saya takkan pergi dari sini sebelum uncle hentikan semua ni! Cukuplah uncle dah berpuluh tahun buat kami macam ni!”
    Zani semakin hilang kesabaran dan dia menumbuk Eka. Nasib Eka baik apabila tumbukan Zani dihalang oleh Syikin. Meskipun perempuan, Syikin berusaha untuk menhalang tumbukan itu mengenai Eka.
Stop it uncle! You’re getting too much! Kalau uncle masih nak kacau keluarga Eka, saya takkan segan-segan untuk report polis!,”
     Syikin mengancam Zani untuk melaporkan perbuatannya kepada polis. Zani masih berkeras.
“Kau siapa nak masuk campur? Kau tu perempuan! Jaga mulut kau!” bentak Zani lalu mengangkat tangannya untuk memukul Syikin.
“Hei !” teriak Eka. Kali ini Eka pula yang menarik kolar baju Zani. “Jangan berani sentuh dia!” Eka mulai berkasar dan hilang rasa hormat kepada Zani yang jauh lebih tua darinya.
“Apasal? Bini kau?” sindir Zani membuatkan Eka terdiam.
    Eka melepaskan kolar Zani. Syikin cuba menarik Eka ke belakang. Tiba-tiba di sebalik Zani, muncul isterinya, Suriani.
“Eka,” tegur wanita itu.
“Maaf aunty. Saya datang dengan cara macam ni. Tapi uncle Zani melampau. Papa masuk wad sebab kena belasah,”
     Suriani terkejut. “Abang, sudah-sudah lah tu. Perkara  dah lepas bertahun-tahun dah,” rayu Suriani.
“Baik awak halau dia sebelum saya belasah dia macam bapa dia!” tegas Zani lalu masuk ke rumah dan meninggalkan mereka bertiga di luar rumah.
“Maafkan suami aunty. Perkara tu dah lama lepas. Sampaikan kemaafan aunty untuk Reza dan Marisa. Aunty minta maaf. Kita lupakan saja hal itu,”
 Eka tidak menjawab. Syikin yang membalas kata maaf Suriani.
“Kami pun minta maaf sebab datang ganggu aunty dan uncle. Saya harap perkara cepat selesai ya,”
    Suriani tersenyum hambar. Mukanya menggambarkan kesedihan.
“Kamu ni isteri Eka?”
    Eka dan Syikin saling berpandangan. Mereka kehilangan kata-kata sebentar. “Tak, saya Syikin, kawan Eka. Anak kawan aunty Marisa,”
“Oh,” Suriani menghampiri Syikin dan mengusap-usap rambut gadis itu. Tiba-tiba air matanya berlinangan.
“Aunty ok?” Eka dan Syikin risau melihat Suriani tiba-tiba menangis.
“Aunty rindu anak aunty. Kalau dia ada sekarang mesti dah besar. Tahun ni dia 19 tahun. Kamu?”
     Syikin terkejut mendengar kata-kata Suriani. “Umur saya 19 tahun, aunty.”
Marisa tersenyum sambil membelai wajah Syikin.
“Cantiknya kamu. Sebaya dengan anak aunty,” Suriani mengusap air mata di pipinya. “Aunty masuk dulu ya. Assalamulaikum,”
    Syikin dan Eka beredar dari rumah itu. Mereka menaiki kereta menuju ke wad Reza.
Dalam perjalanan, Syikin bertanya beberapa soalan tentang Zani dan Suriani kepada Eka.
“Eka...,” panggil Syikin sambil melihat lelaki itu. Eka hanya memandang Syikin sekilas kerana dia sedang memandu. “...saya nak tanya boleh?”
“Apa?”
“Sebenarnya apa yang terjadi antara keluarga awak dan keluarga dia?”
“Kita jumpa papa. Nanti biar papa yang cerita semuanya,”
     Apabila mereka tiba di hospital, Reza sedang baring di katil sambil ditemani isterinya.
“Pa, Syikin sebahagian keluarga ni. We should let her know about you and uncle Zani,”ujar Eka.
No, kalau uncle keberatan nak cerita, it’s ok. Ini kan hal peribadi kelurga,”ujar Syikin.
“Tak apa, biar uncle bagitahu. Kamu perlu tahu sebab kamu dah sebahagian keluarga ni,” balas Reza pula.


16 tahun yang lalu...
                 Suriani disahkan hamil 2 bulan. Zani sangat gembira mendengar khabar berita itu. Dia membuat majlis doa selamat untuk isterinya yang baru saja hamil. Semua rakan kongsi bisnes turut hadir, sama-sama mendoakan isteri Zani. Termasuklah Reza dan Marisa.
Mereka sangat gembira dengan kehamilan Suriani.
“Tahniah ya Su,” ucap Marisa sambil bersalaman dengan Suriani.
“Boleh kita jodohkan anak kita bila dah besar nanti,” ujar Zani yang tiba-tiba muncul. Mereka bertiga tergelak.
“Boleh berbesan lah kita ni nampaknya. Masih kecil dah green light,” senda Marisa.
         Setelah tiba waktu bersalin, Suriani dikejarkan ke hospital kerana air ketubannya sudah pecah. Suriani menahan kesakitan dengan muka yang merah padam. Dalam keadaan cemas, Zani masih dapat merasakan sedikit kebahagiaan kerana isterinya akan melahirkan anak sulung mereka. Tidak henti-henti mulut Zani kumat-kamit membaca doa untuk keselamatan Suriani.
      Apabila bayi yang dikandung selamat dilahirkan, Zani berasa lega dan puas. Dia kini sudah bergelar bapa. Senyuman dapat dilihat menerusi wajahnya. Suriani turut berasa gembira. Marisa dan Reza datang untuk menyambut kelahiran anak rakan bisnes mereka.
Bayi perempuan yang sedang menangis itu dibawa untuk bertemu dengan Zani untuk diazan dan diiqamatkan. Reza dan Marisa hanya tersenyum melihat bayi yang comel itu.
“Alhamdulillah anak kau selamat dilahirkan,” ucap Reza sambil menepuk bahu Zani.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih sebab sudi datang ke sini,” ucap Zani setelah selesai mengazan dan mengiqamatkan bayi itu.
    Marisa dan Reza mengikut Zani menemui isterinya di bilik rawatan. Bayi diserahkan ke tangan Suriani yang masih lemah. Walaupun keadaannya sangat lemah, hatinya kuat untuk mendukung bayinya sendiri.
“Anak mama,” agah Suriani apabila mendukung bayi itu.
“Dah fikir nama untuk anak ni?” tanya Marisa.
“Sudah. InsyaAllah nama yang baik untuk dia. Kami dah sepakat untuk beri nama bayi ni...Zafirah yang bermaksud beruntung,” jawab Zani lalu meleretkan senyuman Suriani.
“Alhamdulillah, Zafirah. Such a nice name,” ujar Reza.
“Kalau macam tu, Eka bolehlah dijodohkan dengan dia. Semoga bayi ni besar nanti jadi anak yang baik dan solehah. Plus, jadi menantu saya,” . Mereka gelak besar.
      Setelah 2 bulan berpantang, Suriani membawa bayinya berjalan-jalan di taman bersama Marisa. Mereka berbual-bual kosong sambil menikmati udara segar di waktu petang.
“Eka tak ikut ?” tanya Suriani.
“Tak, dia dengan bibik kat rumah. Malas nak bawa,” jawab Marisa
   Mereka duduk di sebuah kerusi panjang yang tersedia di taman itu. Tidak lama selepas itu, Reza tiba untuk menjemput isterinya pulang kerana hari sudah senja. Marisa meminta diri dari Suriani untuk pulang.
“Su, saya balik dulu lah ya. Nak senja ni. Awak pun baliklah. Tak baik senja-senja bawa bayi. Nak kami  hantar ke?” pelawa Marisa.
“Tak pa, saya tunggu Zani ambil. Kejap lagi dia sampai lah,”
“Ok lah jaga diri baik-baik,”
     Sebelum pulang, Reza meminta izin untuk mendukung Zafirah sebentar. Lelaki itu mengucup bayi itu beberapa kali.
“Sudah,sudahlah tu. Rimas menantu tu asyik dicium je,” gurau Marisa kepada suaminya.
 Reza hanya tersenyum. Ketika Reza sedang menyerahkan semula bayi itu kepada Suriani, tiba-tiba dua orang lelaki yang tidak dikenali terus meragut bayi itu dari tangan Reza. Ketiga-tiga mereka terkejut dengan kejadian yang sangat pantas itu. Reza cuba mengejar dua orang lelaki itu tetapi gagal apabila salah seorang lelaki itu mengenakan pisau ke lengan kanan Reza membuatkan Reza kehilangan banyak darah dan menjadi lemah. Suriani menangis meraung-raung tidak mampu berbuat apa-apa. Marisa yang terkejut terus menelefon pihak polis. Ketika itu jugalah, Zani tiba.
“Apa jadi ni? Kenapa semua menangis? Zafirah mana?” tanya Zani cemas.
“Firah kena culik, bang!” tangis Suriani. Zani yang terkejut mendengar kata-kata isterinya terus memarahi semua orang yang ada di situ.
“Kenapa awak tak jaga dia betul-betul? Apa kita nak buat sekarang?” bentak Zani.
“Masa tu, Reza pegang. Dia nak balikkan Firah pada Su tapi tiba-tiba ada orang terus rampas Firah macam tu je bang! Benda tu berlaku terlalu cepat bang!”
    Tanpa berfikir panjang, Zni terus menemui Reza yang sedang berdarah-darah. Ditariknya kolar baju Reza lalu Zani tanpa simpati terus menumbuk Reza hingga lelaki itu tersungkur. Beberapa kali dia menumbuk Reza hingga membuatkan Reza tidak berdaya dan lemah.
“Sebab kau anak aku kena culik! Mana anak aku! Mana anak aku!” bentak Zani sambil menumbuk Reza berulang kali.
“Aku...tak tahu. Dia dicu...lik,” terbatuk-batuk Reza cuba menjawab.
“Kau lalai sebab tu dia diculik! Aku akan laporkan kau pada polis,” bentak Zani lalu melepaskan Reza.
     Beberapa minit kemudian, tiga orang pegawai polis datang ke tempat kejadian setelah ditelefon oleh Marisa tadi.
“Saya yang telefon tadi, encik. Anak kawan saya tu diculik.” Lapor Marisa.
“Pukul berapa kejadian tu?”
“Dalam pukul 6.30, encik.”
“Sila berikan butiran peribadi mangsa,” arah pegawai itu.
    Marisa memberi keterangan tentang butiran Zafirah secara terperinci. Sementara itu, Zani cuba menenangkan isterinya walaupun dirinya sendiri tidak tenang. Setelah penat menangis, akhirnya Suriani menjadi lemah dan pengsan. Zani yang hilang kesabaran terus menemui pegawai polis itu.
“Encik. Tangkap lelaki tu! Dia penyebab anak saya diculik!” teriak Zani membuatkan Marisa terkejut.
“Maaf encik Zani. Kami tak boleh tahan tanpa menyiasat. Kami dah terima laporan yang jelas dari Puan Marisa. Dia dah jelaskan kejadian ni,”
“marisa ni isteri lelaki tu. Memanglah dia bela suami dia. Tolonglah encik, dapatkan anak saya balik! Tahan lelaki tu, dia yang buat anak saya diculik!”
“Encik...” panggil Reza dalam keadaan lemah. “Kalau dia nak saya ditahan, saya sanggup untuk beri keterangan sebab bayi tu memang di tangan saya masa tu. Saya sanggup ditahan untuk bantu siasatan ni,” ujar Reza.
    Pegawai polis itu bersetuju untuk membawa Reza ke balai polis untuk memberi keterangan lanjut.
     Beberapa hari selepas itu, Suriani seperti wanita yang kehilangan semangat hidup. Dia duduk bermurung sendirian di bilik tanpa bertemu dengan sesiapa pun. Zani pula sibuk mencari jalan untuk menemui anknya yang hilang. Sesekali Reza dan Marisa datang melawat, mereka dihalau oleh pengawal rumah atas arahan Zani.
“Firah! Firah!” kadang-kadang dalam kesunyian rumah terdengar raungan suara tangis Suriani yang merindui bayinya. Zani menjadi seorang lelaki yang kasar setelah kejadian itu dan terus menganggap Reza dan Marisa sebagai musuhnya. Sejak itu juga, hubungan perniagaan mereka terputus.
     Setiap hari Zani akan mengancam Reza untuk mencari anaknya. Berkali-kali Reza bersabar dengan kelakuan Zani tetapi suatu hari kesabaran lelaki itu sudah hilang dan dia mula menunjukkan rasa tidak bersalahnya.
“Cukup Zani! Kau dah melampau! Aku tahu aku salah, tapi masa tu isteri kau pun ada
! Dia saksikan semua yang berlaku. Anak kau disambar orang dalam sekelip mata je. Tak ada sesiapa yang sempat bertindak masa tu. Aku sendiri terluka sebab kena pisau penculik tu!”

    Sejak hari itu, Zani tidak henti-henti menghantar orang untuk menyakiti Reza. Zani menganggap Reza lah orang yang bersalah kerana sudah menjadi penyebab anaknya diculik orang.


                                     *********************************

      Syikin sedang berjalan-jalan di taman bersama Eka. Kawasan taman rekreasi yang indah itu menjadi tempat pilihan mereka. Mereka duduk di sebuah kerusi. Kelihatan ramai kanak-kanak sedang bermain di situ. Sesekali mereka tergelak melihat gelagat lucu kanak-kanak di situ.
“Syikin,” panggil Eka sambil menatap wajah ayu Syikin. “Eka ada perkara nak cakap,”
“Cakap lah. Apa?” balas Syikin sambil menyedut minuman yang dibeli.
“Sebenarnya, Eka...dah mula sayangkan Syikin,”
    Syikin tersedak mendengar kata-kata Eka.
“Mungkin Syikin kenal Eka sebagai lelaki yang jahat. Tapi Eka akan berubah. Eka cintakan Syikin,”
“Apa Eka cakap ni? Syikin tak ada keluarga. Syikin tak tahu siapa orang tua kandung Syikin. Lagipun Syikin orang kampung,”
I don’t care who are you. Yang jelas, Syikin dah ubah Eka. Eka tahu, Syikin masih muda. Masih banyak benda Syikin nak teroka. Eka takkan paksa awak. Eka cuma nak Syikin tahu yang Eka betul-betul jatuh cinta dengan Syikin,”
“Terima kasih sebab sudi lahirkan rasa cinta untuk saya. Syikin nak cari keluarga kandung dulu, lepas tu baru Syikin buat keputusan. Tapi Syikin tak berani bagi harapan pada Eka. Eka tak payah tunggu Syikin ya,”
    Pandangan mereka kembali kepada kanak-kanak yang berada  di situ. Syikin berasa terharu dengan pengakuan Eka tetapi hatinya masih kuat untuk mencari ibu bapa kandungnya.
    Mereka pulang ke rumah sewaktu makan malam. Reza dan Marisa sudah berada di meja makan. Mereka bersama menuju ke meja makan.
Come join us,” pelawa Reza kepada mereka berdua.
‘Uncle, aunty. It’s ok. Syikin naik bilik dulu ya. Syikin tak lapar,”
    Syikin terus beredar menuju ke bilik tidurnya. Eka yang melihat perubahan kelakuan Syikin terus mengejar gadis itu hingga ke pintu biliknya. Belum sempat Syikin melangkah masuk ke bilik, dia berhenti apabila Eka menegurnya.
“Syikin marah Eka ke?” soal Eka. Dia menghampiri gadis itu. Syikin tidak menoleh sebaliknya hanya menggelengkan kepala.
“Habis tu kenapa tak nak makan sama?”
“Syikin kan kata tak lapar,”
“Eka tak paksa Syikin untuk terima Eka. Eka tahu mungkin Syikin masih tak percaya Eka sebab dulu Eka dah banyak kali sakitkan hati Syikin,”
  Syikin terus menoleh lelaki itu. “Tak!” jawab Syikin pantas. “Syikin percaya Eka. Syikin dah tak marah Eka lagi. Syikin dah lama maafkan Eka.  “It’s just Syikin tak sangka Eka...”
I really in love with you. Eka sayang Syikin. Eka tak nak kehilangan Syikin,”
“Syikin cuma tak ready. I’m just 19 years old. Syikin sendiri tak kenal keluarga Syikin. Masa depan Syikin sendiri pun Syikin tak nampak,”
“Eka janji Eka akan bantu Syikin cari family Syikin. Eka tak paksa Syikin terima Eka sekarang. I just want you to know that I love you so much,”
    Syikin terdiam. Eka mulai pasrah. “Tak apa lah. Syikin rehat lah. Eka tak ganggu lagi. Good night,”
    Sebaik Eka berpaling untuk beredar, Syikin terus memanggil lelaki itu. “Eka,”
  Eka menoleh. “Saya pun sayangkan awak,” .mereka saling berpandangan. Hati mereka mulai bertaut ketika itu.

       *************************************************************

Syikin sedang makan tengahari sendiri di restoran. Hari ini dia tidak ditemani oleh Eka kerana lelaki itu terpaksa menghadiri mesyuarat penting. Syikin duduk di sebuah meja paling hujung di restoran itu.
    Suriani memasukim restoran itu dan melihat Syikin sedang duduk sendirian. Dia terus menghampiri Syikin.
“Syikin,” tegur Suriani. Syikin berhenti makan apabila melihat Suriani.
“Aunty Suriani ke?” soal Syikin yang agak lupa dengan wanita itu.
“Ya, aunty ni. Tak ingat aunty ke?”
“Maaflah aunty. Dah lama tak jumpa. Lagipun kita jumpa sekali je kan,”
“Boleh aunty duduk sini?” tanya Suriani.
“Boleh, boleh. Jemput duduk aunty,” pelawa Syikin. Syikin terus memanggil pelayan.
Suriani memesan makanan yang sama seperti yang sedang dimakan oleh Syikin.
“Kalau Syikin dah habis makan, nak pergi dulu, pergilah.”
“Err, tak apa aunty. Syikin teman aunty makan eh,”
“Syikin tak kisah ke? Mana tahu Syikin busy ke?”
“Tak ada lah aunty. Take your time ok,”
     Mereka makan bersama-sama. Walaupun makanan Syikin sudah habis, dia tetap menemani wanita itu. Mereka begitu akrab padahal Suriani adalah isteri kepada Zani iaitu musuh Reza. Sambil mereka berbual-bual, timbul rasa bersalahnya kepada Reza. Dia merasakan seperti sudah mengkhianati orang yang menjaganya selama ini. Namun, Syikin dan Suriani begitu akrab sehingga tiada sedikit pun rasa janggal antara mereka.
“Aunty, maaf saya nak tanya sikit boleh?”
“Tanya je. Apa?”
“Aunty tak pernah nak cari anak aunty ke?”
     Suriani terus berhenti makan. Mukanya terus menjadi muram.
“Dah berpuluh tahun dia hilang. Entah hidup lagi ke tidak. Tapi aunty berdoa setiap hari, lepas solat agar aunty dapat jumpa dia dalam keadaan apa sekali pun. Aunty selalu berdoa supaya dia masih hidup dan aunty dapat jumpa dia sebelum aunty meninggal,”
“Aunty jangan cakap macam tu. InsyaAllah, Allah akan pertemukan aunty dengan dia.”
“InsyaAllah ya. Oh ya, Syikin kata kawan Eka kan,” tanya Suriani.
    Syikin mengangguk.
“Syikin tinggal kat rumah Eka?” tanya Suriani lagi.
     Tiba pula giliran Syikin yang mencurahkan isi hati.
“Ya aunty. Syikin menumpang je sementara nak cari ibu bapa kandung saya,”
“Ibu bapa kandung? Maksudnya?” Suriani bertanya lagi.
“Sebenarnya...Syikin tinggal situ sebab amanah dari orang tua Syikin yang dah meninggal. Dia minta tolong Aunty Marisa jaga Syikin sementara Syikin cari ibu bapa kandung Syikin.”
“Syikin cari ibu bapa kandung? Habis tu yang meninggal tu...”
“Mereka ibu bapa angkat Syikin,”
     Ketika itu jugalah Suriani seolah-olah yakin bahawa Syikinlah anaknya yang hilang.
Entah kenapa dia beranggapan Syikinlah anaknya yang hilang.
“Syikin cakap...umur Syikin 19 kan? Anak aunty pun,”
“Maksud aunty?”
“Jangan-jangan Syikin anak aunty yang hilang tu.”
    Syikin agak terkejut mendengar kata-kata Suriani. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa Suriani akan menganggap bahawa dia ialah anaknya yang hilang.
“Aunty cakap apa ni?”
“Besar kemungkinan, Syikin. Anak aunty pun 19 tahun sama macam Syikin,”
    Syikin masih ragu dengan Suriani. Suriani kini kuat menyatakan bahawa Syikin adalah anaknya.
“Tarikh lahir Syikin yang Syikin tahu bila?” Suriani bertanya lagi.
“12/12/1993.” Jawabnya.
“Anak aunty diculik masa tu, 11/12/1993. Tarikhnya cuma beza sehari je,”
     Tidak lama kemudian, Zani masuk ke restoran untuk menjemput Suriani. Apabila melihat Syikin bersama isterinya, mukanya terus berubah menjadi tegang. Air mukanya menjadi muram. Syikin sudah dapat merasai dia akan dimarah oleh Zani kerana bersama Suriani.
“Budak perempuan ni buat apa kat sini?” tanya Zani sinis.
“Maaf uncle. Saya teman aunty makan. Saya balik dulu,”bals Syikin
    Belum sempat Syikin bangun dari kerusi, Suriani menghalangnya untuk pergi. Suriani terus berkata bahawa Syikin adalah anaknya.
“Bang, ni Zafirah, bang. Syikin ni Zafirah, anak kita, bang. Anak kita bang,”
“Apa awak merepek ni, Su? Dia ni ahli keluarga Reza. Dah, jom balik!” tegas Zani.
“Bang, dengarlah dulu bang. Syikin ni lahir 12/12. Anak kita diculik 11/12. Abang, tolonglah saya. Dia ni anak kita,”
“Apa awak cakap ni? Manusia boleh lahir bila-bila masa je. Jom!”
“Abang!” Suriani membentak. Hampir semua pelanggan di restoran itu melihat mereka bertiga. Syikin berdiam diri, tidak tahu apa yang hendak dilakukan. “Macam mana kalau dia memang anak kita? Takkan sebab dia kawan Eka, abang nak buang anak kita macam tu je? Bang, percayalah. Dia anak kita”
“Ok, kalau nak puaskan hati awak. Kita pergi jumpa Reza. Kita selesaikan hari ni juga!”
    Zani terus menarik Syikin dan Suriani ke dalam keretanya. Mereka terus menuju ke rumah Reza dan Marisa. Kereta diparkir di luar pagar dan mereka bertiga menuju ke pintu rumah banglo itu.
“Aunty, uncle. Tolonglah jangan buat keadaan bertambah rumit. Tak mungkin saya anak aunty dan uncle. Tolong jangan buat kecoh kat rumah ni. Saya ni orang menumpang,”
“Awak dengar tu, Su. Dia sendiri tak yakin dia anak awak. Kenapa awak beria-ia sangat?” tegas Zani.
“Syikin, kalau memang Syikin bukan anak aunty, tak apa lah. Tapi selagi perkara belum jelas, kita masih boleh cuba kan. Aunty yakin Syikinlah anak aunty yang hilang,” Suriani sekali bertegas bahawa Syikin adalah anaknya.
      Apabila mendengar bunyi riuh-rendah di luar rumah, Reza dan marisa melihat ke luar pintu dan mendapati Syikin sedang bertengkar dengan Zani dan isterinya.
“Apa yang kecoh sangat? Buat apa kau datang sini?” tanya Reza tegas. Tanpa sempat Zani menjawab apa-apa, Suriani terus menghampiri Reza dan Marisa.
“Reza, Marisa. Syikin anak kami yang hilang. Syikin ialah Zafirah,” tangis Suriani. Reza dan Marisa terkejut mendengar kata-kata Suriani.
“Su, apa awak cakap ni? Memang dia tengah cari mak bapa kandung dia, tapi bukan awak,” ujar Marisa.
“Mar, tolonglah. Saya yakin dia anak saya. Saya akan buktikan,”
“Macam mana awak nak buktikan?” tanya Reza.
“Ibu bapa dan anak kandung ada DNA yang sama. Cuma itu yang boleh buktikan. Tolonglah saya. Syikin ni anak saya yang hilang bertahun-tahun lepas. Percayalah,”
“Baiklah,” putus Reza. “Kita semua akan ke hospital sekarang. Syikin akan buat ujian DNA. Tapi kalau dia bukan anak awak, Su, tolong jangan ganggu kami lagi,” tegas Reza. Zani hanya memandang dengan wajah yang sinis.
“Terima kasih Reza, Marisa.”
     Syikin masih ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat oleh 2 buah keluarga itu. Dia berharap agar dapat bertemu dengan ibu bapa kandungnya dengan segera tapi dia tidak pernah menyangka bahawa Zani dan Suriani adalah ibu bapanya. Tiba-tiba fikirannya teringatkan Eka.
“Macam mana kalau Eka tahu? Macam mana kalau aku memang anak Aunty Su dan Uncle Zani. Eka mesti marah sangat. Ya Allah, tunjukkanlah semua ni salah,”
   Syikin cuba menghubungi Eka tetapi tidak dijawab kerana Eka masih dalam mesyuarat. Mereka bersama-sama menuju ke hospital untuk membuat ujian DNA. Suriani sudah kelihatan gembira kerana dia begitu yakin bahawa Syikin ialah anaknya. Manakala Syikin masih ragu dengan ujian itu.
“Ya Allah, kalau betul mereka ialah ibu bapaku, Kau bukakanlah hatiku untuk menerima mereka walaupun mereka ialah musuh orang yang aku cintai,”
     Syikin, Zani dan Suriani masuk ke bilik rawatan. Darah mereka diambil. Syikin menjadi lemah setelah dia darahnya diambil. Zani dan Suriani tertidur di atas katil rawatan.
     Setelah sejam, barulah mereka keluar. Marisa dan Reza masih menunggu Syikin di luar bilik itu.
“Syikin ok?” tanya Marisa risau. Syikin hanya mengangguk. Dia masih lemah.
“Aunty, Syikin nak balik.” pinta Syikin.
Marisa dan Reza terus membawa Syikin untuk pulang. Tetapi Suriani terus mencegah.
“Syikin nak pergi mana?” tanya Suriani.
“Maaf aunty. Syikin balik dulu. Syikin harap aunty boleh tunggu sampai keputusannya keluar minggu depan,” Syikin terus meninggalkan hospital. Reza dan Marisa mengikut Syikin.
Setibanya di rumah, Marisa menghantar Syikin ke bilik. Syikin berbaring di katil.
“Aunty,” panggil Syikin sebelum Marisa keluar meningglkan bilik itu.
“Ya sayang?”
“Aunty...janji jangan bagitahu Eka pasal ni. Biar nanti saya yang bagitahu Eka masa hari keputusan tu keluar minggu depan,”
“Ya. Aunty janji. Kamu rehat ya. Tidur. Aunty turun dulu,”
    Syikin melelapkan mata.

     Seminggu berlalu dengan pantas. Hari yang ditunggu-tunggu oleh Suriani kini tiba. Hatinya semakin kuat berfirasat bahawa Syikin adalah anaknya. Zani dan Suriani kini dalam perjalanan menuju ke hospital. Syikin masih belum tiba ketika Suriani sampai di hospital.
“Mana Syikin ni?” tanya Suriani sendiri.
   Tidak lama kemudian, Syikin tiba bersama Marisa dan Reza. Syikin sengaja berjalan perlahan kerana dia takut untuk mengetahui keputusan ujian DNA itu.
“Syikin,” panggil Suriani sebaik melihat Syikin dari jauh. Dia terus menghampiri Syikin dan memeluk gadis itu.
“Kenapa perasaan tiba-tiba berubah macam ni? Kenapa aku rasa mak yang tengah peluk?” bisik hatinya ketika dipeluk erat oleh Suriani.
“Hari ni semuanya akan terbukti. Mudah-mudahan kamu memang anak aunty,” ujar Suriani sambil memandang Syikin sebagai anaknya walaupun keputusan masih belum mereka dapati.
    Tidak lama selepas itu, seorang jururawat mengiringi seorang doktor keluar untuk menemui mereka berempat.
“Puan, ini keputusan DNA yang puan jalani minggu lepas,” ujar doktor itu sambil menghulurkan sekeping sampul surat kepada Suriani. Zani yang pada mulanya tidak mengendahkan, akhirnya dia juga berharap bahawa Syikin adalah anaknya sebaik sampul surat itu berada di tangan isterinya.
     Apabila sampul itu dibuka, Suriani terus membaca isi surat itu dengan laju sehingga dia mendapati bahawa di surat itu tertulis DNA mereka sama. Suriani terlalu gembira dan terus memeluk Syikin. Zani juga turut tersenyum. Marisa dan Reza turut bergembira. Mereka tidak menyangka Syikin adalah Zafirah yang selama ini hilang diculik.
“Tahniah puan. Cik Syikin anak puan,” ucap doktor itu dan terus beredar bersama jururawat.
“Terima kasih doktor,” ucap Suriani. “Syikin, anak mama. Zafirah,” ujarnya sambil mengusap-usap wajah gadis itu.
“Masa kali pertama mama jumpa kamu, hati mama cakap kamu memang anak mama malam tu. Tapi kamu dengan Eka masa tu, jadi mama tak sempat nak beritahu. Ya Allah, alhamdulillah. Kau telah pertemukan aku dengan anakku sebelum Kau mengambil nyawaku,” Suriani yang terlalu gembira terlpa bahawa Zani sedang tersenyum di belakang.
    Syikin, kita mesti bagitahu Eka berita gembira ni,” ujar Marisa. Syikin yang masih tidak percaya dengan apa yang berlaku hanya tersenyum hambar.
“Bagus. Kita mesti beritahu Eka cepat, supaya mereka tidak akan berhubungan lagi,” ujar Zani. Kata-kata itu membuatkan kesemua mereka terkejut. “Aku tak nak kehilangan anak aku lagi disebabkan kau orang sekeluarga. Terima kasih kerana jaga anak aku dengan baik. Mulai hari ni Syikin tak boleh berhubungan dengan Eka lagi,” tegas Zani.
“Tapi...,” balas Syikin.
“Tak ada tapi-tapi. Papa tak nak kehilangan kamu lagi. Dia orang lah penyebab kamu diculik dulu. Papa tak nak kamu berhubungan dengan mereka lagi, faham?”
     Suriani yang cuba menenangkan hati suaminya turut gagal. Zani terus membawa Syikin dan Suriani pulang.
“Marisa, jom balik.” Pinta Reza.
“Bang, macam mana Eka? Dia mesti cari Syikin,” ujar Marisa yang kerisauan.

      Setelah mengambil pakaian Syikin di rumah Marisa, Zani terus membawa Syikin pulang tanpa mengucapkan sepatah kata kepada Reza dan Marisa.  Syikin sempat mengucapkan terima kasih kepada Marisa dan Reza ketika dia mengemas pakaian di biliknya.
“Aunty, uncle. Terima kasih sebab sudi jaga Syikin macam anak sendiri. Syikin takkan lupa jasa uncle dan aunty. InsyaAllah, satu hari nanti Syikin akan balas jasa aunty dengan uncle. Syikin harap Syikin  tak dianggap musuh uncle hanya sebab Syikin anak Uncle Za...err...Papa Zani. Syikin sayang uncle macam ayah dan aunty macam ibu Syikin sendiri. Doakan Syikin gembira dengan keluarga baru Syikin,”
“Uncle pun sayang kamu. Kamu jagalah diri baik-baik. Jangan nakal-nakal,”
     Walaupun sedih untuk meninggalkan Syikin, Reza masih sempat berseloroh untuk menyembunyikan kedukaannya.
“Aunty pun sayang sangat kat Syikin. Jangan lupa aunty ya, nak. Jangan lupakan Eka,”
    Marisa dan Syikin saling berpelukan. Mereka sudah begitu dekat dan akrab. Berat hati Syikin untuk meninggalkan rumah itu.
“Aunty...” panggil Syikin sambil mengusap air mata di pipinya. “Nanti jangan cakap apa-apa pada Eka ya. Kalau dia tanya baru aunty jawab. Ya?”
    Marisa mengangguk mengiakan kata-kata gadis itu. Syikin bersalaman dengan Reza dan Marisa sebelum pergi meninggalkan mereka. Syikin dihantar hingga ke kereta Zani. Zani yang sedang menunggu Syikin, hanya memandang keakraban mereka.
“Syikin minta diri dulu. Aunty dengan uncle, jaga diri baik-baik tau. Jangan lupakan Syikin,” ujarnya. Marisa mengangguk. Dia tidak mampu bersuara kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan gadis itu.
“Jom balik, Syikin. Kesian mama dah lama tunggu kat rumah,” ujar Zani lalu memasuki kereta tanpa bersalaman atau menegur  dengan Marisa dan Reza.
    Syikin akur dan memasuki kereta. Zani terus memecut laju tanpa menoleh ke belakang. Ketika itulah, Eka pulang dari pejabat dan mendapati kereta Zani baru saja meninggalkan perkarangan rumahnya.
    Apabila melihat Marisa menangis, Eka sudah menduga pasti ada sesuatu yang terjadi antara mereka.
“Mama, uncle Zani buat apa ke sini? Kenapa mama nangis?”
    Reza tidak menjawab sebalik terus memasuki rumah. Eka mendapatkan Marisa dan bertanya lagi.
 “Ma, what’s hapenning? Tell me,” tanyanya lagi. Marisa mengenggam tangan anaknya lalu menceritakan semuanya kepada Eka.
“Zani dah bawa Syikin pergi.” Tangis Marisa.
“Uncle Zani bawa Syikin pergi mana?”
“Minggu lepas, Suriani datang rumah dan cakap Syikin ialah anak dia. Hari tu juga, papa dan mama ikut dia orang buat ujian DNA kat hospital. Hari ni, ujian tu keluar dan memang terbukti Syikin anak mereka yang diculik dulu,”
    Eka terkejut mendengar kata-kata Marisa. Dia terus meninggalkan ibunya dan memandu kereta menuju ke rumah Zani. Sebaik Eka tiba di rumah itu, Syikin sedang mengeluarkan beg pakainnya dari boot kereta Zani dan dibantu oleh Zani dan isterinya.
“Syikin!” jeritnya. Syikin memandang dan melihat Eka berada di pintu pagar rumahnya. Syikin melangkah menghampiri Eka tetapi dihalang oleh Zani.
“Apa kau buat kat sini? Pergi kau dari sini!” usir Zani.
“Uncle, tolonglah. Saya tak tahu apa-apa pasal anak uncle. Tolonglah uncle, saya nak jumpa Syikin kejap je,” rayu Eka dari luar pagar.
“Jangan kacau anak aku! Mulai hari ni, aku larang kau berhubungan dengan Syikin lagi. Dia anak aku,” bentak Zani. Lelaki itu terus membawa Syikin masuk ke dalam rumah.
Syikin tidak mampu berkata apa-apa. Dia sangat ingin bertemu Eka tetapi dalam masa yang sama dia harus menuruti kata bapanya sendiri.
    Eka masih terus berdiri dihadapan pagar dan memanggil agar Syikin menemuinya.
“Syikin! Saya nak jumpa awak kejap! Tolonglah!” jeritnya berulang kali walaupun sudah berkali-kali dimarahi oleh pengawal.
     Zani yang hilang kesabaran terus meluru keluar dan menemui Eka di luar pagar. Tanpa sepatah kata dia menumbuk Eka bertubi-tubi hingga lelaki itu tersungkur di jalan raya.
“Aku dah cakap dengan kau jangan kacau anak aku! Tapi kau tak nak dengar kan,” herdiknya lalu menumbuk Eka lagi.
    Syikin yang sedih melihat Eka disakiti terus berlari mendapatkan Eka yang sudah berdarah-darah.
“Papa, enough!” jerit Syikin lalu menghalang Eka dari ditumbuk lagi. Seluruh muka lelaki itu sudah dipenuhi darah. Syikin melutut untuk menarik Eka ke pelukannya.
“Papa, dah lah tu! Eka nak jumpa Syikin kejap je,”
“Papa tak nak Syikin ada hubun gan lagi dengan lelaki ni! Cukup dulu bapa dia pisahkan kamu dari mama dan papa. Papa cuma tak nak kejadian tu berulang lagi!” bentak Zani.
“Pa, sekarang Syikin dah dewasa. Syikin boleh jaga diri pa!” balas Syikin.
“Syi...kin. Ja...ngan tinggal...kan say...ya,” Eka memegang erat tangan gadis itu. Dia rebah di pangkuan Syikin dalam keadaan yang sangat lemah.
“Eka, baliklah. Ini tempat saya,” tangis Syikin sambil megusap-usap rambut lelaki itu.
“Saya..cinta...kan awak...Syikin. Saya...sayang aw...awak,”
“Saya pun cintakan awak, Eka. Baliklah,” pinta Syikin sambil teresak-esak menangis melihat keadaan Eka yang sangat lemah.
     Zani semakin marah dan menarik Eka. Satu lagi tumbukan keras mengen di muka lelaki itu. “Pa!” teriak Syikin sambil memeluk Eka. Eka terduduk.
“Baik kamu suruh dia pergi, kalau tak papa bunuh je dia!” herdik Zani lagi menampakkan kemarahnnya.
“Pa, janganlah pujkul dia macam ni! Sakit pa!” tangis Syikin.
“Baiklah. Kalau tu yang kamu nak. Papa takkan pukul dia lagi, denagn syarat kamu putuskan hubungan dengan dia dan jangan berhubungan dengan dia langsung lepas ni!”
“Ok. Mulai hari ni Syikin takkan berhubungan lagi dengan dia. Tapi papa kena janji takkan usik dia dan keluarga dia sikit pun,”
     Zani terus memanggil pemandunya, Pak Osman untuk menghantar Eka ke rumah Reza dan Marisa.
“Hantar budak ni balik rumah dia. Gunakan kereta dia. Ambil duit ni, kamu balik naik teksi ke sini!” arah Zani. Pak osman terus menjalankan arahan majikannya. Pak Osman terus membawa Eka ke dalam kereta Eka sendiri dan memandu menuju ke rumah lelaki itu. Syikin terus berlari masuk ke dalam rumah dan mengunci diri di dalam biliknya. Suriani yang melihat kesedihan anaknya, menjadi tidak sampai hati.
  
     Semalaman berlalu, Syikin masih bersendirian di biliknya. Dia tidak makan sama sekali. Bahkan bertemu Zani juga dia enggan.
“Syikin marah papa?” tanya Suriani yang menemui Syikin di biliknya. Syikin tidak menjawab, hanya berdiam diri.
    Tiba-tiba Zani masuk ke bilik dan memberikan tiket penerbangan antarabangsa kepada isteri dan anaknya.
“Kita akan berpindah esok ke Kanada. Papa nak kamu lupakan dia. Kalau kita terus di Malaysia, kamu takkan dapat lupakan dia. Ini je caranya,”
    Zani terus meninggalkan bilik anaknya. Air mata Syikin yang sudah kering semalam, kembali membasahi pipi dengan keputusan yang dibuat oleh Zani.



                              **************************************











Zakopane, Poland.
 1 tahun kemudian...
      
         Zafirah masih  tidur walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Jam sudah berbunyi sejak jam 7 pagi tetapi Zafirah tidak mengendahkan.
“Ya Allah, budak ni! Firah, bangun. Matahari dah atas kepala!”
    Suriani menggegarkan badan anaknya yang sedang tidur nyenyak. Meskipun  matahari tidak bersinar terang di Kanada, angin dingin menghembus kuat, Suriani tetap membangunkan anaknya awal.
     Zani sedang bersiap untuk berangkat ke kerja. Baju sejuk sudah dikenakan tetapi udara dingin masih terus menerpa ke kolar bajunya hingga tengkuknya seperti dicucuk-cucuk.
“Su, abang pergi dulu,” teriak Zani dari ruang tamu kepada isterinya yang berada di bilik Zafirah. Zani terus melangkah keluar dari rumah. Salji turun dengan lebat sekali sehingga bumbung rumah mereka putih dipenuhi salji tebal. Jalanraya juga dipenuhi salji membuatkan Zani terpaksa berjalan kaki saja ke restoran miliknya hari itu. Sejak berpindah ke Zankopane, Zani membeli sebuah kedai untuk dijadikan restoran makanan Malaysia di situ. Usahanya berjaya apabila restorannya mula dikunjugni ramai pelanggan dari negara itu dan juga pelancong-pelanciong dari negara luar.
    
     Zafirah bangkit satu jam kemudian. Dalam keadaan yang masih mengantuk, dia menuju ke dapur dan terus duduk di meja makan. Suriani yang melihat anaknya itu terus menegur.
“Anak dara apa kamu ni, bangun terus makan? Pergi basuh muka,” arah Suriani.
“Ala, relax lah mama. Lapar ni,” balas Zafirah.
No. Basuh muka dulu baru makan. If not, jangan makan.”
     Zafirah terus bangkit dari kerusi dan menuju ke bilik air. Dia membasuh mukanya lalu memberus gigi. Tiba-tiba kepalanya terasa pening. Dia cuba menahan tetapi kesakitan itu semakin mencengkam kepalanya.
“Argghhh !” teriaknya. Suriani yang terdengar jeritan itu terus menuju ke bilik air dan mendapati Zafirah sedang mengerang kesakitan.
“Firah! Kenapa ni, nak? Firah,”
      Sebaik Suriani mendapatkan Zafirah, gadis itu terus rebah dan tidak sedarkan diri. Suriani menjadi cemas dan segera menelefon Zani di restoran.
“Bang, Firah sakit lagi! Dia pengsan dah ni,” ujar Suriani dengan nada suara yang cemas. Setelah memutuskan talian, Zani segera menyuruh pekerjanya untuk menguruskan restoran sementara dia segera menaiki teksi untuk pulang ke rumah.

     Setelah tiba dirumah, Zani segera membawa anak dan isterinya menuju ke hospital untuk dirawat. Kereta dipandu laju merentasi salji di jalan raya. Setibanya di hospital, Zafirah dikejarkan ke wad kecemasan. Doktor sedang memeriksa Zafirah sementara Zani dan Suriani menunggu di luar bilik kecemasan.
“Bang, macam mana ni bang? Firah tu makin hari makin teruk pula,”
“Sabar aje lah. Lama-lama sembuh lah dia tu,”
“Bang, kita patut cerita semuanya pada dia. Saya tak sampai hati tengok dia macam ni,” tangis Suriani.
“Masanya belum tiba. Abang akan cerita semuanya kalau masa dah tiba,” balas Zani sambil mengusap-usap bahu isterinya.
      Tidak lama kemudian, seorang doktor berbangsa Inggeris yang memeriksa  Zafirah  keluar menemui Zani dan Suriani.
How is she, doctor ?” tanya Zani kepada doktor itu. Doktor itu menyatakan bahawa keadaan Zafirah tidak seteruk mana. Sakit kepala yang dialami hanyalah kesan kemalangan yang pernah dialaminya. Setelah melaporkan kesihatan Zafirah kepada Zani, doktor itu terus beredar dan membiarkan Zafirah dilawat oleh ibubapanya. Gadis itu dipindahkan ke wad biasa.
     Zafirah mulai sedar ketika Zani dan Suriani melangkah masuk ke bilik rawatan. Zafirah memandang wajah ibu bapanya dengan penuh kesayuan.
“Firah ok?” tanya Suriani sambil mengucup dahi anaknya. Zafirah hanya mengangguk lalu tersenyum.
“Ma, tadi Firah nampak bayangan tu lagi,” ujar gadis itu.
“Itu sebab Firah kemalangan teruk dulu. Tak ada apa lah. Lama-lama ok lah,” balas Zani seolah-olah menutup sesuatu dari anaknya itu.
“Tapi, setip kali bayangan tu muncul, mesti ada bayang lelaki tu. Siapa lelaki tu? Kalau papa kata saya tak kenal, kenapa dia selalu muncul dalam bayangan tu?”
      Zani dan Suriani saling berpandangan. Mereka seolah-olah sedng memberi isyarat antara satu sama lain.
“Firah rehatlah. Tidur. Papa dan mama nak beli makanan dulu ya,”
Mereka terus beredar meninggalkan Zafirah sendirian di wad itu. Reaksi Zani tetap sama setiap kali Zafirah bertanya tentang lelaki yang selalu muncul dalam bayangannya itu. Meskipun wajah lelaki itu kelihatan kabur, Zafirah yakin dia sangat mengenali lelaki itu. Jika tidak, masakan lelaki itulah yang selalu muncul di bayangannya. Zafirah terus melelapkan matanya.

        ***************************************************

       Eka  masih duduk di lapangan terbang sambil menunggu Adrian datang menjemputnya. Sesekali dia melihat jam di tangannya. “Mana mamat sorang ni tak sampai lagi? Janji pukul 5, ni dah pukul 6.30. Aku telefon pun tak angkat,”
      Beberapa minit kemudian, kelihatan Adrian sedang berlari sambil mencari-cari Eka. Eka terus mengangkat tangannya sebagai isyarat kepada Adrian. Adrian tersenyum dari jauh lalu mendapatkan sahabatnya itu.
Sorry bro. Aku jumpa tunang aku masuk hospital,” ujar Adrian.
“Apasal aku call kau tak angkat? Kalau aku gerak dulu tadi, datanglah kau sorang-sorang,”
Sorry gila bro. Tunang aku tiba-tiba masuk hospital. Aku dapat call terus pergi jumpa dia. Tu pun jumpa sekejap aje,”
“Dah lah. Petang dah ni. Rumah kau kat mana?”
    Adrian membantu Eka membawa masuk beg pakaiannya di dalam boot kereta. Tepat jam 7.30 malam, mereka tiba di rumah Adrian.
“Besar juga rumah kau,” ujar Eka sambil meletakkan beg pakaiannya di ruang tamu.
“Biasalah bro. Bisnes aku baik kat sini,”
“Alhamdulillah. Ha, anyway mak aku kirim salam.”
       Adrian membawa Eka keluar lagi. Kali ini mereka menuju ke restoran kerana Adrian tidak menyediakan makanan di rumah. Lelaki Melayu kacukan Inggeris itu tidak selalu masak di rumah memandang lelaki itu masih bujang dan duduk sendirian.
     Sambil menghirup udara dingin bersalji di Zankopane, mereka menjamu di sebuah restoran makanan Melayu yang sungguh enak.
“Terbaiklah. Makan dekat sini macam makan dekat Malaysia,”
“Memanglah. Anyway, restoran ni bakal bapa mertua aku yang punya tau,” ujar Adrian.
“Oh, that’s mean tunang kau Melayu lah,”
Of course lah. Walaupun aku tinggal Poland, citarasa aku Melayu tau. Awek sini memang cun habis, tapi tak sama dengan awek Melayu,”
“Itu kebetulan kau jumpa awek Melayu kat sini. Kalau tak, awek sini juga kau kebas,” gurau Eka. Mereka ketawa.
     Telefon bimbit Adrian berdering. Dia menjawab panggilan itu. Eka hanya berdiam diri memerhati sahabatnya itu.
“Hello, pa. Kenapa?” ujar Adrian. Setelah agak lama di talian, Adrian segera menghabiskan makanannya sebaik selesai perbualannya.
“Kau nak jalan dulu ke nak balik terus?” tanya Adrian.
“Apasal, kau ada hal eh?”
“Bapa mertua aku call ,dia suruh teman anak dia kat hospital malam ni. Mak mertua aku tak sihat, dia orang nak balik rumah. Aku kena teman tunang aku malam ni,”
“Oh, anak menantu dah dipanggil. Pergilah, aku boleh balik sendiri,”
“Kau tahu ke jalan balik rumah aku?”
“Kau mesej aje lah alamat kau, nanti aku balik naik teksi aje,”
“Betul eh? Oklah, aku gerak dulu. Nak jumpa yang tersayang ni,”
      Adrian segera beredar dari situ setelah membayar harga makanan. Eka terus meninggalkan restoran dan berjalan di sekitr kawasan itu. Udara sejuk menyelubungi tubuhnya. Kedinginan salji semakin dirasai apabila tiba waktu malam.
  
      Adrian tiba di hospital. Dia segera menemui tunangnya di wad.
“Assalamulaikum Firah sayang,” ucap Adrian sebaik memasuki bilik.
“Waalaikumsalam. Ingatkan tak datang,” jawab Zafirah yang berbaring di katil.
“Lambat sikit lah sayang. Tadi jumpa kawan kejap. Dia yang nak tinggal dengan saya tu,”
“Oh, yang Eka tu.”
   Adrian mengangguk lalu duduk di sisi katil Zafirah.
“Mama dan papa dah balik ke?” tanya Adrian sambil melihat tunangnya,.
“Baru aje. Awak lambat, kalau tak boleh jumpa dia orang,”
“Awak dah makan?” tanya Adrian sambil membelai jari jemari tunangnya itu.
“Belum, kejap lagi kot.”
      Mereka berbual-bual sementara menunggu makan malam di hospital itu.
“Awak, lelaki tu muncul lagi,” ujar Zafirah.
“Yang selalu buat awak sakit kepala tu? Awak sebenarnya kenal tak?”balas Adrian sambil mengerutkan dahinya.
Zafirah menggeleng sambil memikirkan kalau-kalau dia memang mengenali lelaki itu.
“Habis tu, kenapa dia yang selalu awak nampak? Muka dia macam mana?”
“Saya tak tahu. Dia kabur sangat.”
“Tak apalah. Mudah-mudahan tak ada apa-apa,” Adrian cuba menenangkan bakal  isterinya  itu.

          **********************************************

       Zafirah melangkah keluar dari kedai bunga setelah membeli bunga yang dipesan oleh Suriani. Baru sehari keluar dari hospital, Zafirah sudah ligat berjalan di sekitar Zankopane. Zafirah berjalan untuk menuju pulang kerumah. Tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali, memanggilnya. Zafirah yang kehairanan hanya menoleh.
“Ya?” soal gadis itu sambil melihat wajah lelaki itu dengan penuh tanda tanya.
“Syikin,” tegur lelaki itu. Eka lah yang memanggil Zafirah.
“Maaf, nama saya bukan Syikin. Awak salah orang ni,” balas Zafirah.
“Syikin ni saya Eka. Takkan awak tak kenal. Akhirnya saya jumpa awak kat sini,”
      Tanpa disangka, Eka terus memeluk Zafirah. Zafirah menjadi takut. Dia merasa tidak mengenali lelaki itu tetapi mengapa lelaki itu seperti benar-benar mengenalinya.
Tanpa berfikir panjang, Zafirah terus menolak tubuh Eka. Tangannya ringan memberikan tamparan kepada Eka.
Don’t be rude ! Awak ni siapa? Saya memang tak kenal awak! Baik awek pergi sebelum saya report polis!”
Zafirah terus beredar meninggalkan Eka di situ sendirian. Zafirah berlari mendapatkan teksi dan terus pulang ke rumah.
“Itu Syikin, kenapa dia tak kenal aku?” bisik Eka sendirian.

       Setibanya dirumah, Zafirah terus berlari ke dalam bilik. Panggilan Suriani tidak diendahkan. Kerana risau dengan kelakuan anaknya, Suriani menemui Zafirah di bilik.
“Firah, kenapa ni nak?”  .Zafirah tidak menjawab sebaliknya memegang kepalanya yang agak sakit.
“Firah ok tak?” tanya Suriani sekali lagi.
“Ma, tadi Firah jumpa...” kata-kata Zafirah terhenti seketika.
“Jumpa apa?” soal Suriani yang cemas melihat anaknya.
“Firah jumpa...lelaki,” jawab Zafirah sambil melihat wajah ibunya itu.
“Lelaki? Dia buat apa pada Firah? Lelaki siapa?” soal Suriani ingin tahu.
“Dia kata nama dia...Eka. Siapa Eka tu, ma?”
    Suriani terdiam seketika. Dia sedang memikirkan sesuatu untuk dikatakan kepada anaknya tentang lelaki yang bernama Eka.
“Ma?” panggil Zafirah sambil memegang lengan Suriani. Suriani memandang anaknya.
“Entah, mama pun tak tahu pula. Dia kenal Firah ke?” tanya Suriani seolah-olah tidak tahu apa-apa.
“Dia kata...akhirnya dia dapat jumpa Firah kat sini. Tapi dia...panggil Firah..Syikin,”
     Suriani semakin cemas dengan kenyataan Zafirah. Wajahnya terus berubah. Hatinya menjadi tidak tenteram.
“Firah rehatlah dulu. Mama nak keluar jap. Jangan keluar rumah sampai mama balik tau,”pesan Suriani kepada Zafirah.
    Zafirah mengangguk lalu merbahkan diri di katilnya. Suriani bersiap meninggalkan rumah lalu menghantar pesanan ringks kepada  suaminya yang sedang berada di restoran.
“Bang, Su nak jumpa abang kejap. Kita jumpa kat restoran abang. Kejap lagi saya sampai,”
Tanpa membuang masa, Suriani terus menuju ke restoran milik suaminya. Sewaktu kedatangannya, Adrian berada di restoran itu bersama Zani.
“Mama, nak jumpa papa eh?” tanya Adrian sebaik melihat Suriani melangkah masuk ke dalam restoran itu. Suriani hanya mengagguk. Adrian memanggil Zani yang sedang sibuk di stor restoran.
“Mama, kenapa mama nampak risau? Firah ada masalah ke?” soal Adrian.
“Err...tak lah. Mama ada hal sikit nak jumpa papa. Kamu tak kerja hari ni?”
       Suriani menukar topik perbualan untuk mengelakkan Adrian terus bertanya tentang Zafirah.
“Kerja sendiri ma. Cuti sendiri,” balas Adrian. Wajah Suriani masih kelihatan cemas. Adrian dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
    Zani keluar dari stor dan terus menemui isterinya. Mereka berdua keluar dari restoran dan berdiri di hadapan pintu. Adrian yang ingin tahu, terus mencuri dengar perbualan bakal mertuanya itu.
“Bang, dia ada kat sini.” Ujar Suriani cemas.
“Dia? Siapa?”tanya Zani kehairanan dengan kelakuan isterinya itu.
“Anak Reza ada kat sini. Tadi dia jumpa Firah,” balas Suriani.
     Zani sangat terkejut dengan kata-kata isterinya. Dia terus membawa Suriani pergi dari situ.
“Reza? Siapa Reza?” soal Adrian sendiri. Dia semakin risau dengan tunangnya. “Anak Reza yang jumpa Firah? Siapa anak Reza tu?”
    Adrian terus memandu kereta menuju ke rumah Zafirah. Dia menekan loceng rumah tetapi tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia cuba memanggil Zafirah tetapi tiada yang menajwab.
“Mana Zafirah ni?” fikirnya. Tiba-tiba kereta milik Zani tiba di perkarangan rumah.
“Ian, buat apa? Cari Firah eh?” tanya Zani. Suriani hanya memandang wajah Adrian tanpa sebarang kata.
“Ian tekan bell dari tadi. Macam tak ada orang je,” balasnya.
“Firah tidur,” jawab Suriani ringkas. “Nak kejutkan ke?”
“Err...tak payah. Biarlah dia tidur. Saya minta diri dulu lah ya,”
     Adrian terus beredar setelah bersalaman dengan Zani.
“Aku mesti cari tahu siapa yang dimaksud mama tadi. Mungkin tak dia lah lelaki yang muncul dalam bayangan Firah? Tapi dia tu siapa? Kenapa mama dan papa kenal, tapi Firah tak kenal?”
      Adrian menetapkan tekadnya untuk mencari tahu orang yang  dicakapkan Suriani dan Zani tadi.

    Zani dan Suriani terus mendapatkan Firah di biliknya. Begitu pintu dibuka, Zafirah tiada di bilik.
“Bang! Mana Firah?” ujar Suriani sebaik melihat anaknya tiada di dalam bilik.
“Mana saya tahu. Awak yang kat rumah tadi,”
“Pa, ma,”panggil gadis itu.
      Zafirah muncul di belakang mereka. “Firah pergi mana ni?” tanya Suriani cemas.
“Ma, kenapa ni? Firah pergi toilet aje. Are you ok?”
“Firah ada keluar rumah tak masa mama tak ada tadi?”tanya Zani. Zafirah menggeleng lalu bertanya klagi kepada mereka.
“Pa, ma. Kenapa macam risau aje ni? Ada masalah ke?”
“Tak ada apa.,” balas Zani. Dia terus menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa. Fikirannya melayang memikirkan Eka yang dikatakan oleh isterinya tadi.
“Aku takkan biarkan Eka berhubungan dengan anak aku lagi,” desirnya perlahan.
“Bang...” Suriani memanggil. “...saya rasa, kita mesti beritahu Firah semuanya. Lambat laun, semuanya akan terungkap juga, bang. Kesian saya tengok dia. Dah selalu sangat Eka muncul dalam bayangan dia. Sekarang Eka betul-betul muncul depan dia, bang,”

“Tak. Zafirah tak boleh tahu tentang masa silam dia. Dia tak patut tahu pasal Eka langsung!”balas Zani.
“Yang sudah tu sudah lah bang. Dah setahun dah. Henti-hentikanlah dendam tu,bang. Tak elok,”
“Awak yang macam orang gila masa Firah hilang dulu. Kenapa sekarang mudah sangat awak maafkan keluarga dia,”
“Bang, istighfarlah banyak-banyak. Ingat  tuhan bang. Kita ni sama-sama orang Islam, tak baik bermusuhan. Kan kita dah jumpa Firah balik, dia orang juga yang dah jaga Firah dulu kan. Sudah-sudahlah tu bang,”
     Zani tidak berkata lagi sebaliknya dia meninggalkan isterinya sendirian di ruang tamu.

                                    ******************************

      Suriani jalan sendirian di taman bunga berdekatan. Fikirannya masih berfikir tentang Zafirah. “Ya Allah, Kau lembutkanlah hati suamiku,” doanya.
     Sedang dia berjalan melihat keindahan pagi Zankopane yang dipnuhi pelbagai jenis dan warna bunga yang mekar, telefon bimbit yang dipegangnya jatuh. Seorang lelaki membantunya mengambil telefon itu. Apabila melihat lelaki itu, Suriani menjadi terkejut. Lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ialah Eka.
“Eka?” ujarnya. Eka juga terkejut melihat wanita yang dibantunya ialah Suriani, ibu kepada wanita yang dicintainya.

     Mereka duduk berdua di sebuah kerusi panjang di taman itu. Suriani kehilangan kata-kata apabila dia sendiri yang berhadapan dengan Eka.
“Aunty sihat?” tanya Eka. Wanita itu hanya mengangguk.
“Hari tu Eka jumpa Syikin, tapi dia tak kenal Eka. Is it any problem?”
“Oh ya. Jumpa kat mana?”
“Syikin tak ada beritahu aunty yang dia jumpa Eka ke?”
    Suriani menggeleng. “Aunty pergi dulu lah ya,” ujar Suriani. Eka segera menghalang.
“Aunty, jangan macam ni. Tolonglah. Apa dah jadi pada Syikin? Kenapa dia tak kenal Eka lagi?”
     Suriani pasrah dan akhirnya menceritakan segala yang terjadi.

post signature 
Setahun yang lalu...

      Syikin keluar dari rumah setelah tiba di Zankopane. Dia sangat kecewa dengan tindakan Zani yang membawanya berpindah ke luar negara untuk memisahkannya dengan Eka.
Zani tidak dapat menghalang anaknya yang sedang kesedihan itu. Suriani yang cuba memujuk juga gagal.
“Sampai hati papa pisahkan Syikin dari Eka. Apa salah dia? Kenapa papa buat macam ni?” tangisnya sendirian. Tanpa diduga, beberapa orang lelaki asing cuba merompak Syikin. Mereka sempat mengambil beberapa barangan milik Syikin. Gadis itu cuba mengejar perompak itu tetapi gagal apabila dia  telah berlanggar dengan sebuah lori yang sedang melalui jalan raya di situ.
     Berhari-hari Syikin ditempatkan di wad. Dia  koma selama 4 bulan. Kepalanya terhentak kuat pada penghadang jalan dan doktor telah mengesahkan Syikin mengalami amnesia yang teruk. Zani dan Suriani menemui Syikin di hospital. 4 bulan berlalu dan Syikin sedar tanpa mengenali ibu bapanya.
“Syikin,” tegur Suriani yang sedih melihat anaknya terbaring di katil wad tidak berdaya.
“Siapa mak cik ni?”
     Suriani sangat sedih dengan kejadian itu. Zani yang masih menyimpan dendam kepada Reza dan Marisa membuat satu keputusan.
     Zani memutuskan untuk menukar nama Syikin kepada  nama  asalnya iaitu Zafirah Insyirah supaya mereka dapat memulakan kehidupan baru sebagai orang baru. Sejak itu, Suriani dan Zani terus menjadi ibu bapa Syikin tetapi dengan identiti baru anaknya. Syikin tidak pernah diingatkan tentang masa lalunya. Sejak itu juga Syikin beranggapan bahawa dia ialah Zafirah Insyirah.

                           TAMAT

6 comments:

  1. x nak buat lg ke mini novel
    awak hantarla kt penulisan2u

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dh hantar tp belum dpt respond lg... thap novel mcm blum smpai kott... tp now mmg tgh otw wat novel jge...
      nanti yaya buat sambungannye,,, insya Allah...

      Delete
  2. mana sambungannya??? sambunglah lagi cerita ni!! x best lah x jumpa ending.

    ReplyDelete
  3. kesalahan ejaan bukan 'suara kereta' tapi 'bunyi kereta' dan jugak bukan 'suara pintu' tapi 'bunyi pintu'... harap diperbetulkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. error occur...hehe. thank you for reminding... :)

      Delete