My dearest followers, thank you very much for supporting me.

Saturday, 12 January 2013

Cinta...Maafkan Aku!

Aku duduk sendirian. Bunyi aliran sungai yang deras tidak membuatkan aku kesunyian. Meskipun hatiku sedih dan kecewa namun aku tidak cepat melatah. Aku hadapi semuanya dengan tabah. Lelaki yang selama ini aku puja, sudah menjadikan aku seorang pembenci. Dan lelaki itu jugalah merupakan orang yang pertama aku benci di dalam hidupku.
           Tiada lagi airmata yang menitis di pipi. Hidup aku sememangnya orang yang susah. Aku tidak akan menyusahkan lagi hidupku hanya kerana lelaki yang tidak pandai menghargai cinta. Peristiwa memalukan itu masih jelas terpahat di ingatanku. Penghinaan yang aku terima masih terang di benakku.

Beberapa bulan yang lalu...

“Kalau korang nak tahu, perempuan ni lah yang tiap-tiap pagi bagi aku hadiah.” Teriak Shahrul di hadapan semua pelajar di luar pagar kolej.
          Aku sangat malu ketika itu. Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.
“Betul tu kawan-kawan! Minah ni yang ada hati dekat boyfriend aku! Tak malu ke bagi hadiah tiap-tiap hari dekat boyfriend orang? teriak Ziera pula. Semua pelajar mentertawakan aku. Rasa malu yang teramat sangat. Sampainya hati mereka menjatuhkan aibku.
“Kau tu orang miskin. Mana kau dapat duit beli hadiah-hadiah semua ni? Layak ke kau untuk aku ha?”
        Mereka masih mentertawakan aku. Shahrul dan Ziera sama sekali tidak memikirkan aku dan terus menghina aku di hadapan mereka semua. Aku tidak tahan. Akhirnya aku terpaksa bersuara.
“Diam!” jeritku. Semua pelajar terdiam. “Memang! Aku suka kau, Rul. Aku bagi semua hadiah tu! Aku cintakan kau,”
       Shahrul masih ketawa tetapi agak perlahan. Ziera hanya tersenyum sinis.
“Aku pun manusia ada hati untuk suka orang! Dah Tuhan bagi aku rasa cinta untuk kau, takkan aku nak halang hanya sebab aku miskin dan kau kaya! Hadiah yang aku selalu bagi kat kau tu memang tak mahal dan tak ada nilai pun di mata kau! Tapi itu duit kumpul aku sendiri. Tapi pernah ke aku minta kau balas perasaan aku?”
       Kali ini kesemua mereka terdiam. Aku terus menyuarakan perasaanku.
“Aku tahu, Ziera. Selama ni kau yang intip tiap-tiap pagi kan. Kau nak tahu siapa yang bagi hadiah kat meja pakwe kau kan. Aku tahu. And yes, I love Shahrul. Tapi pernah ke aku jumpa dia merayu-rayu supaya cinta pada aku jugak? Pernah ke?! Tak pernah tau. Bahkan aku rahsiakan siapa yang bagi hadiah tu! Aku tak tulis dari siapa! Sebab aku tahu aku tak layak untuk Shahrul. Aku ni bukanlah cantik sangat macam kau!”
Relax lah,” celah salah seorang di situ. Aku lantas menghentikan kata-katanya.
“Diam, aku tak habis cakap lagi! Dan kau Shahrul. Pernah aku minta balasan dari semua hadiah yang aku kasi. Pernah? Tak! Bahkan setiap kali aku jumpa kau aku lari sebab aku cemburu tengok kau dengan Ziera. Tapi ada aku kisah semua tu? Ada aku minta kau jatuh cinta dengan aku? Aku tak tahulah macam mana aku boleh sukakan kau! Padahal aku tahu kau tu playboy! Ziera ni entah girlfriend kau yang ke berapa entah! Tapi itu perasaan aku, aku tak boleh nak buang rasa tu kalau itu yang aku rasakan!”
         Mereka masih terdiam. Masih mendengarkan luahan hatiku yang sangat malu.
“Dalam sifat jahat kau selama ni aku ingat kau sebenarnya orang baik. Tapi lepas semua ni, aku sedar orang jahat takkan pernah berubah. Kalau sebelum ni aku sangat mencintai kau. Dan aku harap aku  mencintai kau sampai aku mati. Tapi sekarang, kau pegang kata-kata aku ni. Aku benci kau! Sampai mati!”

                                        **************************

          Lamunanku hilang sebaik mak menegur. “Buat apa sorang-sorang kat sini? Mak ingat kamu ikut bapak ke pekan?”
Aku tersentak. Wajah mak aku tenung. Lebih tenang menatap ajah seorang ibu. Umpama semua masalahku hilang seketika.
“Tadi ingat nak ikut, tapi tak jadi sebab bapak kata dia balik malam,”
“Tak ke laut? Kata nak belajar betulkan jaring dari Pak Hasan,”
“Petang nanti,” balasku ringkas. Mak mengusap-usap kepalaku. Perlahan.
“Kalau orang yang tak pandai menghargai cinta, satu hari bila dia jumpa cinta sejati dia, dia akan sia-siakan,” ujar mak seolah-olah mengerti apa yang bermain di fikiranku sekarang.
“Kenapa mak cakap pasal ni pulak?”
“Mak tahu kenapa kamu duduk sorang-sorang kat sini. Sudahlah tu. Biarkan yang berlalu tu terus berlalu. Pandang masa depan, jangan toleh masa lalu. Mak balik dulu lah. Banyak barang tak kemas lagi, maklumlah kita ni baru pindah. Rumah bersepah lagi,”
“Nak Nisa tolong ke?” pelawaku yang melihat kepenatan di wajah mak. Tetapi mak menolak.
“Tak apa, Nisa pergilah ke pantai. Mak balik dulu ya,”

          Aku  menuju ke pantai. Ombak yang sudah menjadi pasangan laut berderu menerjah kakiku sebaik aku menghampiri pantai. Angin juga kuat menyelak rambutku. Melihat ramai nelayan sedang sibuk mengemas bot dan sampan. Ada yang sedang membaiki jaring yang sudah koyak. Kelihatan juga Pak Hasan sedang meninjau kerja-kerja di situ.
           Walaupun aku baru 2 hari  pindah ke sini, aku tetap merasakan tempat inilah yang paling nyaman untukku.  Semua nelayan dan penduduk di sini sangat ramah dan membuatkan aku selesa  tinggal di sini.
           Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Lina yang menghubungi aku. Hanya dia seorang saja yang tahu di mana keberadaan aku sekarang.  Rakan-rakanku yang lain tidak mengetahui di mana aku berada. Sengaja aku mendiamkan diri.
“Hello,” kedengaran suara  Lina menegur tetapi agak lemah.
“Hello Lina. Kenapa kau tu? Sihat tak?”
“Aku ok. Kau ok kat sana?”
“Ok aje. Best kat sini, dapat tengok orang tangkap ikan fresh. Nanti free datanglah sini,”
“InsyaALLAH.  Aku jumpa Shahrul,”
“Dahlah, tak payah cerita pasal dia. Buat sakit hati aje,”
             Lina terdiam seketika. Kedengaran bunyi nada suaranya  mengeluh perlahan.
“Dia kata dia rindu kau,” ujar Lina. Aku tergelak. Seakan aku mendengar satu perkara yang sangat lucu.
“Rindu? Kelakarnya. Mestilah dia rindu aku, dia kan rindu nak hina aku lagi. Cakap dengan dia tak payah hina lagi. Lepas ni tak ada lagi orang nak bagi dia hadiah lagi,”
                                    **********************

         Pagi-pagi  lagi aku sudah ke pantai untuk bertemu dengan Pak Hasan.  Hari ini aku akan melakukan kerja sambilan membaiki jaring seperti yang diajarkannya semalam.
         Ketika kau sedang menuju ke pondok mebaiki, aku melihat beberapa kanak-kanak lelaki sedang mengerumuni seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menangis. Aku segera menghampiri  mereka.
“Bukannya kau tu cantik sangat!” kedengaran suara seorang kanak-kanak lelaki sedang memarahi kanak-kanak perempuan itu.
“Kenapa kalau dia tak cantik?” sampukku.
“Akak ni siapa?” tanya kanak-kanak lelaki dengan bengisnya.
“Bukan siapa-siapa,”
“Dah tu, kenapa sibuk?”
“Sebab akak ni perempuan jugak. Awak tahu tak menghina tu berdosa. Buat orang malu. Macam mana kalau awak yang dihina? Mesti awak malukan? Kita ni manusia, kadang-kadang apa yang kita buat pada orang akan berpatah balik pada kita tau. Jadi...” Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, seorang lelaki bersuara dari belakangku.
“Jadi, kita kena hargai orang. Sebab nanti orang yang kita hina tu nanti akan kita rindui satu hari nanti,” Shahrul meuncul dari belakangku. Kanak-kanak lelaki itu terus beredar. Shahrul tersenyum melihat aku.
        Aku sangat membenci lelaki itu. Aku segera berlari meninggalkannya. “Nisa!” Shahrul mengejar aku. Dia menarik lenganku dan aku terpaksa berhenti.
“Nisa,”
“Buat apa sini? Tak cukup hina saya kat kolej, nak hina kat sini pulak! Sudah,sudahlah tu!”
“Saya tahu saya salah. Saya tak sepatutnya hina awak,”
        Aku tidak mengendahkannya.  Aku terus beredar meninggalkannya lagi. Tetapi dia terus mengejar langkahku.
“Saya betul-betul rindukan awak. Dah 3 bulan, saya datang pagi kat kolej, tak ada  kejutan atas meja saya dari ‘gadis rahsia’ saya,”
“Oh, awak rindu nak dapat hadiah. Ok, kalau macam tu saya akan pos setiap minggu hadiah dekat rumah awak jadi awak akan dapat hadiah lagi dari gadis bukan rahsia lagi. So, now pergi dan jangan muncul depan saya lagi,”
“Tak! Bukan tu,”
“Habis tu awak nak apa?”
“Saya nak minta maaf pada awak. Saya betul-betul menyesal,”rayunya.
Oh forget it!” balasku ringkas. Dia masih menarik aku sebaik aku mahu beredar.
No, I can’t. Saya menyesal buat awak  macam tu. Saya tak patut buat macam tu,”
“Dah tu kenapa buat? Awak tahu tak betapa malunya saya dihina macam tu? Dihina oleh orang yang saya cintai. Saya malu sangat,”
Yes, I know...
No, you don’t  know. “ Aku segera memotong kata-katanya. “Saya bagi hadiah pada awak, ikhlas. Tak minta balasan. Saya cintakan awak,ikhlas. Tak minta balasan. Bahkan saya tak pernah beritahu awak tentang perasaan saya, tentang siapa yang bagi hadiah tu. Saya pendam semua tu sendiri. Saya tak pernah merayu-rayu pada awak suruh jatuh cinta dengan saya.”
              Shahrul masih memujuk. “Listen...” pintanya
No, you listen!” bentakku menyuarakan kesakitan di hati.  “Siapa yang tak harapkan cintanya terbalas? Saya pernah berharap awak pun cintakan saya. Tapi itu perasaan masing-masing. Dah awak tak suka saya, mana saya boleh paksa.  Awak tak cintakan saya tak apalah. Itu soal hati. Kalau awak tak nak berkawan dengan saya pun tak apa, at least, jaga aib saya. Saya ni manusia macam awak ada perasaan! Awak tak fikir semua tu! Saya tak kisah kalau awak tak nak dekat dengan gadis miskin macam saya! Fine, saya faham siapalah saya. Tapi saya malu dengan apa yang awak buat! Malu, awak faham tak?!” Aku meninggikan suara. Rasa sakit hati ini masih membuajk hingga aku lupa bahawa aku pernah jatuh hati padanya.
“Sebab tu saya ke sini. Saya nak minta maaf pada awak,”
“Ok, saya maafkan awak. Tapi dengan satu syarat,”
“Cakaplah. Saya sanggup,” pintanya.
“Jangan muncul depan saya lagi. Pergi dari kampung ni. Jangan jumpa saya lagi. Just go,” balasku yang mula terganggu dengannya.
“Tapi...”
            Aku memotong kata-katanya lagi. Meluat aku mendengar suaranya.
“Apa? Nak apa lagi? Kata nak minta maaf. Saya dah maafkan. Nak apa lagi?”
“Saya nak tebus kesalahan saya,” ujarnya. Matanya mula berkaca. Dia menggengam tanganku kuat. Dia semakin merapati aku. Sejujurnya aku tidak sampai hati, tetapi apalah dayaku. Aku telah dihanyutkan rasa benci padanya. Aku segera  menolaknya.
“Tak ada maknanya. Saya dah benci awak, awak tak boleh halang kebencian tu. Tak perlu tebus kesalahan. Pergi jauh dari saya dan kehidupan saya, saya akan anggap awak tak pernah wujud dan tak pernah buat salah pada saya  jadi  semuanya settle. Pergi,”
“Saya takkan pergi selagi awak tak bagi saya tebus kesalahan saya,” Sahrul mula bertegas. Akhirnya aku terpaksa melawan.
“Lantaklah Rul!”
             Aku terus meninggalkan Shahrul sendirian. Meskipun dia cuba menarik, aku menolak pegangannya dan beredar.

                                              ******************

               Pintu rumah diketuk ketika aku baru bangun tidur. Aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Tiada sesiapa di rumah. Mak dan bapak sudah ke pasar awal-awal lagi. Sebaik membuka pintu, aku melihat Shahrul sedang berdiri dan membawa sebuah kotak besar.
“Dahlah awak tahu saya duduk kat kampung ni. Macam mana jugak awak tahu saya tinggal di rumah ni?” soalku.
“Lina bagitahu semuanya,” balasnya. “Tapi, jangan marah dia. Saya tahu awak suruh dia sorokkan keberadaan awak. Saya paksa dia,”
“Habis tu, nak apa datang sini?” soalku yang tidak mengharapkan kehadirannya.
“Boleh saya masuk?”
“Tak boleh.”
“Ok, kita cakap kat luar ni aje,”
               Aku duduk di beranda luar rumah kampungku. Shahrul mengambil tempat disisiku. Dia membuka kotak besar itu. Lelak iitu mengeluatkan satu per satu barang dari dalam kotak itu. Dan kesemua barang-barang itu adalah hadiah pemberianku kepadanya.
“Apa benda awak buat ni?” soalku setelah melihat dia mengeluarkan semuanya.
“Awak tahu saya paling suka yang ni,” Shahrul menunjukkan satu patung beruang bersaiz kecil. “Ini hadiah pertama yang awak bagi kan,”
         Memang patung itu merupakan hadiah pertama dariku untuknya. Tetapi aku sengaja menidakkanya.
“Entah. Tak ingat pulak,”
“Saya tahu awak ingat,” ujarnya. Aku hanya mendiamkan diri. “Ha, ni pulak. Surat yang awak tulis ‘dari gadis rahsia’ untuk saya. Saya suka surat ni sebab dalam ni tulisan awak cantik sangat,”
“Drama berapa episod ni?” sampuk aku memotong kata-katanya. Dia tersentak.
“Ha?”
“Yalah. Awak berlakon drama berapa lama ni? Saya dah nak boring ni,”
         Shahrul meletakkan semula semuanya di dalam kotak. Dia sedikit megeluh. Kali ini, dia memandang aku. Aku tidak melihatnya. Wajah aku palingkan ke arah pantai yang sedang berombak yang dapat dilihat dari luar rumahku. 
“Saya  takut,” ujarnya.
“Takut apa pulak?”
“Perbezaan cinta dengan benci tu sikit sangat. Saya takut kebencian awak akan jadi cinta,”
“Tak mungkin rasanya. Sebab apa? Sebab cinta saya yang dah tukar jadi benci. Jadi, benci tu takkan berubah jadi cinta semula,” balasku. Sengaja aku menyindir.
         Shahrul masih bersamaku. Entah apalah yang cuba dia lakukan untuk memujukku.
“Macam ni ajelah. Tak baik kita berdua-duaan macam ni. Orang tua saya tak ada kat rumah, so tolonglah balik dan jangan ke sini lagi,” pintaku. Shahrul tidak menjawab dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mengendahkan kata-kataku sama sekali.
“Awak dengar tak ni?!” Aku sedikit teriak di telinganya. Sakit hati pula melihat dia tidak mendengar kata-kataku.
         Shahrul terus berdiri dan menarik aku bangun. Apa yang dia hendak lakukan sekarang? Wajah Shahrul berubah. Dia mengerutkan dahi.
“Tolong beritahu saya apa yang perlu saya buat supaya  awak dapat maafkan saya dengan ikhlas dan takkan benci saya. Saya tahu saya salah. Sebab tu saya ke sini untuk cari kemaafan awak.” ujarnya sambil mengegarkan bahuku.
“Saya dah cakap saya maafkan awak kan, dah lah. Nak apa lagi? Kalau masalah benci, saya tak boleh buat apa-apa. Dulu saya cintakan awak, tapi sekarang saya dah benci awak. Biarlah Tuhan yang tentukan semuanya. Saya tak boleh nak halang rasa benci tu,” tegasku yang cuba membuat  lelaki itu faham apa yang aku rasakan.
         Aku terus lari meninggalkannya. Aku menuju ke pantai. Dari belakamg kelihatan dia masih mengejar aku. Geram aku dibuatnya! Aku terus berhenti sebaik langkahnya semakin mendekati aku.
“Nisa, tunggu dulu. Dengar saya dulu,” ujar Shahrul sebaik dia mendapatkan tanganku. Aku segera melepaskan tangannya.
“Kenapa awak  ni? Nak saya cakap bahasa apa? Tak faham ke? Jangan kejar saya, tolonglah! Saya  merayu pada awak kali ni aje. Go away!” bentakku.
“Bagilah saya peluang. Saya bersalah, saya kena betulkan keadaan,” rayunya lagi. Aku semakin menyirap.
Listen! Saya takkan pernah maafkan awak seumur hidup saya kalau awak masih cuba kacau saya macam ni. Saya hanya akan maafkan awak kalau awak pergi dari hidup saya,faham? Jangan mimpi awak akan dapat kemaafan saya kalau awak terus macam ni,” kali ini aku terpaksa menarik kemaafanku terhadapnya. Aku sangat terganggu dengan kehadirannya.
“Baiklah, saya pergi.” ujarnya. Aku tersentak. “Yang penting awak maafkan saya. Saya takkan ganggu awak. Maafkan saya sebab ke sini dan gangui ketenangan awak,”
           Shahrul terus beredar meninggalkan aku sendirian. Kelibatnya hilang di sebalik nelayan-nelayan yang sedang menuju ke pantai. Entah kenapa aku berasa serba salah selepas kepergiannya.

                                                    **********************

               Sejak peristiwa itu, Shahrul tidak pernah muncul lagi. Mungkin dia kecewa dengan sikapku yang ego. Namun, aku tidak menafikan bahawa ketiadaannya membuatkan aku merasa rindu. Rindu yang tidak dapat aku gambarkan. Setiap malam wajahnya akan muncul di ingatanku.
               Aku menuju ke pantai. Aku memerhati sekeliling kampung. Dengan harapan, Shahrul kembali untuk menemui aku. Tapi, harapanku kosong. Aku  duduk sendirian di pondok. Memerhati nelayan sedang sibuk di pantai.
                “Assalamualaikum,”
Satu suara memberi salam dari belakangku.  Sebaik aku menoleh, Ziera yang tersneyum memandangku.
“Waalaikumsalam. Buat apa kat sini?”
“Aku ke sini nak minta maaf pada kau. Kita sama-sama perempuan. Aku sepatutnya faham perasaan kau. Semua orang berhak mencintai dan dicintaikan? Aku betul-betul minta maaf,”
Aku terkejut mendnegar kata-kata Ziera. Benarkah apa yang aku sedang dengar? “Tak ada modal lain ke si mamat tu? Sampai hantar kau ke sini minta maaf,”
“Apa kau cakap ni?” soal Ziera.
“Salah ke aku cakap? Shahrul suruh kau ke sini, kononnya minta maaf. Padahal dia nak kacau aku lagi kan?”
“Tak! Bukan! Shahrul asyik sebut nama kau aje. Setiap malam dia akan mimpi dan sebut nama kau! Aku sedar dia cintakan kau bila dia sebut aje nama kau,”
“So?”
“Dia sekarang koma. Kat hospital Ampang,”
“Apa?!”


                   Aku  menaiki lif menuju ke tingkat dua. Ziera bersama aku sejak tadi. Apalah nasib Shahrul? Sudah dua hari dia ditempatkan di hospital kerana kemalangan.
                   “Mana wad dia?” soalku sebaik tiba di tingkat dua. Ziera menunjukkan wad tempat Shahrul dirawat.
                   Shahrul masih koma dan terbaring ketika aku tiba. Kelihatan dua orang rakannya turut berada di situ. Aku terus menghampiri katil lelaki itu.
                   “Sebelum kemalangan, dia ada cakap yang dia cintakan kau. Dia harap sangat kau dapat maafkan dia dengan ikhlas tanpa syarat. Esoknya, dia terus kemalangan. Mungkin dia terlalu rindukan kau,” ujar Ziera.
                   Aku mendekati Shahrul. Aku duduk di kerusi yang sudah tersedia di situ.  Aku menatap wajahnya. Masih kacak seperti kali pertama aku mengenalinya.
                   “Shahrul? Kenapa boleh accident? Kan aku dah kata aku maafkan kau,” Aku menggenggam erat tangannya.
                    “He loves you, Nisa. Dia harap sangat kau cintakan dia macam dulu lagi. Cinta tanpa bersyarat. Cinta yang tulus dan murni,” ujar Ziera.
“Shahrul, saya dah maafkan awak. Seriously, saya rindu pada awak. Tak tahu bila rasa benci saya pada awak hari tu hilang. Apa yang saya tahu, saya semakin cintakan awak.  Without any condition.  I love you. I love you,” Aku meletakkan kepalaku di telapak tangannya. Aku sangat sedih melihat dia terbaring.
                   “I love you too, sayang.”
Suara Shahrul kedengaran.  Aku mengangkat kepala. Shahrul sedang tersenyum memandang aku. “Ziera! Apa semua ni?” bentakku kepada Ziera. Ziera dan rakan-rakan yang lain terus ebrlari keluar meninggalkan aku sendirian bersama Shahrul. Shahrul terus menarik tanganku sebaik aku bangun untuk mendapatkan mereka semua.
                  “Nisa, saya cintakan awak. Jangan tinggalkan saya lagi. Please?” pinta Shahrul.
“Oh, maknanya awak tak accident lah? Pembohong!”
“Saya tak niat nak bohong awak. Ini aje cara supaya saya tahu awak cintakan saya atau tak. But now, saya dah tahu yang awak suka saya,”
“Tapi tak payahlah sampai nak bohong macam ni! Saya risau awak tahu tak! Malaslah layan awak,”
“Err, nantilah. Pandang saya,” Shahrul menarik aku. Dia menatap mataku. Jantung aku berdebar tidak menentu.  Dia merapati wajahku. “Saya cintakan awak. Saya janji takkan buat awak macam dulu lagi. I need you. You’re my heart. I love you, Nisa. Forever,”
                   Aku terkesima. Wajahnya benar-benar di hadapan wajahku. “Saya pun cintakan awak.  You’re everything I need. Jangan tinggalkan saya. Saya maafkan awak,”
                   Shahrul terus melepaskan aku. Dia bangun dari katil. Terus berdiri dan kembali merapati aku. “Will you marry me?” soalnya sambil berbisik di telingaku. Aku sekadar tersenyum dan mengerti maksudnya itu.


                                                        TAMAT

2 comments:

  1. love this ending...
    { love not to hate but to be appreciated...}

    ReplyDelete