Di pinggir Pantai Tanjung
Sedeli, Feruz sedang melayan perasaannya sendirian. Air mata saja yang menemaninya ketika ini. Kesedihan
atas keputusan yang dibuatnya sangat menganggu emosi lelaki itu. Rasa kecewa
dan kesal masih menghantui dirinya. Kini, dia harus menerima hakikat bahawa dia
sudah menjadi kebencian di mata keluarga Dyana.
Telefon bimbitnya berdering. Julia yang
menelefon. Tlian diputuskan. Hatinya masih sakit dengan tindakan ibu kepada
gadis itu. Kerana mereka, Feruz kini mencoret nama yang buruk di mata keluarga
kekasihnya, Dyana.
Feruz mengeluarkan sekeping kad undangan
perkahwinan yang tercatat nama pengantin dengan namanya dan Dyana. Dia
mengoyakkan kad itu dan dicampakkan di balik pokok besar yang tumbuh di pantai
itu. Dia tidak dapat melupakan kekasihnya Dyana yang sengaja dia tinggalkan
atas alasan yang membuatkannya rasa kesal. Bayangan tangis rayuan bakal
isterinya itu masih memenuhi ruang fikirannya.
*************************
Malam
sebelum pernikahannya dan Dyana, Feruz mendapat panggilan daripada Dania, iaitu ibu kepada Julia,
wanita yang sangat dibencinya.
“Saya
tak mungkin buat macam tu, aunty. Dan
saya takkan pernah buat macam tu,” tegas Feruz ketika dia digesa untuk
membatalkan pernikahannya yang tinggal sehari saja dengan Dyana.
“Baiklah
kalau kamu berdegil. Tapi jangan
menyesal kalau baru seminit kamu diijab kabul, kamu dah jadi duda,”
Dania dengan nada tegas mengancam lelaki itu.
“Apa
maksud aunty ni? Jangan berani buat
macam-macam,”
“Kalau
kamu tak nak batalkan perkahwinan kamu esok dan tak nak bertunang dengan Julia,
anak aunty, aunty akan upah orang untuk tembak isteri kamu esok betul-betul
lepas kamu sah ijab kabul,”
Feruz sangat terkejut mendengar ancaman
Dania. Dia sama sekali tidak menyangka wanita itu sanggup membunuh untuk
memenuhi keinginan anaknya sendiri.
Dania terus memutuskan talian. Feruz menjadi
serba salah. Dia tidak mungkin membiarkan wanita itu membunuh kekasihnya tetapi
dia juga tidak mahu membatalkan pernikahannya.
Pagi itu selepas pengantin perempuan tiba
di rumahnya untuk bersiap, Feruz masih tidak tahu untuk membuat keputusan.
Dyana sudah menuju ke bilik solekan untuk bersiap. Sedangkan Feruz masih belum
bersiap sama sekali.
Feruz menjengah keluar jendela dan melihat
beberapa orang lelaki yang tidak dikenali sedang berdiri memerhati rumahnya
dari luar pagar. Dia mulai risau tentang ancaman Dania semalam.
Dia cuba untuk menghubungi Julia di bilik
solekan tetapi talian tidak bersambung kerana telefon bimbit gadis itu
dimatikan.
Dalam keadaan bersalah, dia mengemas
pakaian lalu memasukkannya ke dalam beg pakaian. Dengan sengaja dia berjalan di
hadapan bilik solekan Dyana supaya gadis itu melihat dia keluar. Apabila salah
satu penyolek melihat Feruz beredar, dia terus memberitahu Dyana. Dyana terus mendapatkan
Feruz yang sedang menuju ke luar pagar rumah itu.
“Feruz,
awak nak ke mana ni?” soal Dyana cuba menghalang lelaki itu.
Feruz
melihat kelibat beberapa lelaki yang sedari tadi memerhatikannya sedang memberi
isyarat. Feruz akur dan terpaksa meninggalkan perkahwinannya.
“Maafkan
saya. Saya tak nak nikah dengan awak,” Feruz bercakap dengan keras sekali namun
hati kecilnya sangat berat untuk melakukannya.
“Saya
tak nak nikah dengan awak. Saya tak cintakan awak,” sekali lagi lelaki itu
bertegas.
“Apa
awak cakap ni? Kenapa awak amcam ni? Baru semalam awak janji awak akan jaga
saya, sayang saya. Kenapa ni? Apa salah saya?” Dyana mulai menangis. Dia sangat
sedih dan terkejut atas tindakan bakal suaminya itu.
“Jangan
buat saya macam ni, Feruz. Awak kata awak cintakan saya,”
“No! I
said no! Saya baru sedar tadi, kalau saya tak mencintai awak langsung. Saya
tak nak kahwin dengan awak,”
Dyana masih menghalang lelaki itu dari
terus pergi. Tangan Feruz ditarik dan tidak dibenarkan untuk beredar. Tangisan
gadis yang dicintainya itu sangat menyakitkan hati Feruz namun dia tidak mahu
Dania membunuh orang yang sangat dicintainya.
“Please jangan tinggalkan saya. Kalau
saya buat salah, saya minta maaf. Tolong jangan pergi Feruz. Awak kenapa macam
ni?” tangis gadis itu. Kerana tidak sampai hati, Feruz terus mengeluarkan
kata-kata yang menyakitkan hati gadis itu agar kepergiannya tidak dirasai
Dyana. Feruz menolak Dyana ke belakang dan membentaknya.
“Awak
ni tak faham ke? Saya tak cintakan awak. Tak malu ke merayu-rayu macam ni?
Perigi cari timba! Awak nak saya buat apa baru awak faham?” bentak Feruz dengan
sangat kasar.
“Kenapa
awak macam ni? Saya memang tak faham. Tolonglah jangan tinggalkan saya,” Dyana
terus merayu-rayu tanpa mempedulikan semua orang di rumah itu sedang
memerhatikannya. Ibu Dyana yang cuba menenangkan anaknya turut tidak
diendahkan.
“Awak faham ke tidak yang saya tak cintakan
awak. Hati mana boleh paksa-paksa! Awak ni kan memang dasar perempuan murahan!”
Kata-kata Feruz sangat menyakitkan hati
Dyana. Dia sangat terkilan dengan kata-kata itu. Feruz sendiri tidak menyangka
dia akan mengeluarkan kata-kata seperti itu kepada orang yang dicintainya.
“Jaga
mulut kau!” tengking Maria, ibu Dyana. “Apa salah anak aku pada kau? Apa yang
kau cari sebenarnya?!”
“Tak
apa ibu,”
Dyana bersuara. Tapi kali ini, tanigsannya
sudah berhenti. Dan nada suaranya agak serak.
“Saya
bukan perempuan murahan. Saya akan buktikan itu pada awak. Kalau awak...awak
nak pergi, pergilah. Saya..saya takkan kejar awak lagi. Selamat tinggal,”
Dyana
terus kembali ke rumah lelaki itu dan duduk sendirian di dalam bilik solek.
Hana, ibu kepada Feruz berasa sangat malu atas perbuatan anaknya.
Feruz terus beredar dan meninggalkan
rumahnya tanpa bercakap sepatah pun. Hana memasuki bilik solekan dan
mendapatkan Dyana.
“Mama
minta maaf, sayang. Mama tak sangka Feruz sanggup buat macam tu. Kamu sendiri
kenakl dia mcam mana kan. Mama pun tak faham kenapa semua ni terjadi,” Hana
meminta maaf kepada Dyana kerana berasa sangat malu kepada gadis itu dan
seluruh keluarganya.
Pernikahan yang selama ini dirancang
berbulan-bulan akhirnya terbatal juga tanpa alasan yang munasabah dari Feruz.
“It’s ok mama. Tak ada jodoh. So, lepas ni you’re not my mama anymore,”
ujarnya dan dia mulai menangis lagi. Air matanya tidak tertahan. Hana terus
mendakap gadis itu.
“No, sayang. You are still my daughter what ever happened.” Pujuk Hana. Dia
sendiri tidak dapat menahan kesedihan walaupun dia tidak berada di tempat
Dyana. Dia mengusap-usap kepala gadis itu.
“Jangan
risau ya. Mama yakin Dyana akan dapat jodoh yang lebih baik dari anak mama tu.
Mama tak sangka dia jadi macam ni. Entah apa dah sampuk dia. Mama faham kalau
lepas ni, kamu nak benci mama sekeluarga pun tak apa. It’s my fault. Mama sepatutnya cari tahu dulu apa masalah dia
sebelum semua ni terjadi,”
“No, mama. Dyana takkan benci mama.
Dayana cuma terlalu sedih atas apa yang dia buat. Dan apa yang dia cakap tadi.
Dia cintakan saya sebelum ni. Dia takkan benarkan sesiapa pun sakiti saya. Tapi
kenapa sekarang dia yang sakiti saya, ma? Apa salah saya?”
********************
Peristiwa
itu
masih membayangi Feruz. Dia sangat merindui Dyana. Namun, dia terpaksa
bertunang dengan Julia malam tadi dengan hati yang berat.
Telefonnya berdering lagi tetapi tidak
dijawab. Tidak lama kemudian, satu pesanan masuk ke peti mesej telefon bimbitnya.
Aku tahu kau sakit hati. Tapi ingat kau
sekarang tunang anak aku. Kau kena pentingkan
dia. Kalau dia sampai sakit hati, kau akan menyesal !
Feruz segera mematikan telefon bimbitnya.
Dia berjanji dia akan menebus kesalahannya terhadap Dyana suatu hari nanti.
5 Tahun kemudian...
Dyana
sedang menyiapkan kerjanya di pejabat. Banyak kerja yang perlu disiapkannya
sebelum pulang ke rumah hari ini. Tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk. Fitri
yang berada di muka pintu. Dia tersenyum sebaik Dyana memandangnya.
“I
ganggu you ke?”
Dyana menggeleng. “Masuklah,” pelawa gadis
itu.
“Tak
keluar lunch ke?” tanya lelaki
berkulit putih itu. Fitri, seorang lelaki kacukan Belanda dan Melayu itu sangat
bergaya dan memikat mana-mana gadis pun yang mengenalinya.
“Tengoklah
ni,” balas Dyana sambil mengangkat beberapa helai kertas kerja yang sedang
disiapkan. “Banyak lagi ni kena siapkan. You pergi sorang-sorang ok kan?”
“You
anak pemilik syarikat. Apasal busy
sangat. Tak lama lagi kita akan kahwin. I tak nak lah you busy sangat nanti I yang diabaikan pulak,”
“I
know, tapi I memang busy sangat ni. Ha, kalau tak, you
belikan I food then kita makan
sama-sama kat ofis I, nak?”
“Alright.”
Fitri terus bangkit dan beredar dari
situ. Dyana menyambung pekerjaanya. Gadis muda yang rajin bekerja itu memang
menjadi ikon di pejabatnya. Tambahan pula, dia merupakan anak pemilik syarikat
tempatnya bekerja.
Sudah hampir 5 tahun Dyana bertunang
dengan Fitri. Dan mereka merancang untuk bernikah bulan hadapan.
****************
Dyana
dan Fitri sedang menuju ke sebuah kedai berlian di pusat beli belah. Mereka
akan memilih sendiri cincin pernikahan pilihan mereka.
Dyana cuba menyarung sebentuk cincin yang
disarankan oleh tunangnya. Cincin berlian bertahtakan emas putih itu bertambah
serinya apabila dikenakan di jari manis gadis itu.
“Makan
hatilah I lepas ni, sayang!” ujar Fitri selepas mereka bersetuju untuk membeli
cincin itu sebagai cincin pernikahan.
“Kenapa
pulak?” Dyana agak hairan dengan kata-kata tunangnya itu.
“Yalah.
You ni kan cantik, tak lama lagi you akan jadi isteri I. I jealous tau ramai
lelaki kat luar tu asyik tengok you aje. Untung I dapat isteri cantik macam
you, tapi rugilah I sebab lelaki ramai jugak yang berkenan kat you. Kalau I
salah sikit je, mesti you terlepaslah dari I,”
Dyana tergelak mendengar kata-kata Fitri.
Dia tidak menyangka tunangnya itu seorang yang cemburu. Selama ini, hubungan
mereka hanya dari jarak jauh saja. Baru beberapa bulan ini, Fitri pulang ke
Malaysia untuk mengurus pernikahan mereka. Dan selepas mereka berkahwin, Dyana
akan menetap di Paris bersama Fitri.
Dyana segera membelai wajah lelaki itu dan
mencubit-cubit pipinya.
“Apalah
you ni? Ke situ pulak you fikir? Anyway
dear, I sayang you. Bukannya I sayang pun lelaki yang tengok I kat luar tu.
Yang penting I cantik pada you kan. Lagipun, you tu apa kurangnya. Ramai girls dekat ofis you tu asyik tergedik-gedik depan bilik kerja you
kan, duk tayang muka. You tu pun handsome jugak, I pun makan hati. Isn’t fair, darling?”
Fitri menarik tangan gadis itu
menghampirinya. “So, kira ni
balas-balaslah ni. Lepas ni I operate
muka I biar hodoh,”ujar lelaki itu.
“Ewww,
tak nak lah. Kalau macam tu, I pun cabut tinggalkan you tau,”
“Amboi,
suka-suka dia aje eh. Dah, jom. Kita lunch dulu, lepas tu kita ke butik tempah
baju,”
Dyana
dan
Fitri memasuki sebuah restoran di tingkat 4 pusat beli-belah itu. Mereka
mengambil tempat duduk di meja makan paling hujung restoran.
“I
nak pergi gents kejap. You order dulu apa-apa ok,”
Fitri beredar menuju ke tandas. Sementara
itu, Dyana memesan spageti dan jus tembikai untuk mereka berdua.
“Sorry, bro.” Ujar Fitri sebaik memasuki
tandas dan hampir berlanggar dengan Feruz yang ketika itu baru saja hendak
keluar dari situ.
“Never mind. It’s ok,” Feruz terus
melangkah keluar. Tanpa dia sedari, wallet kulit miliknya terjatuh ke di lantai
tandas.
“Bro, wallet kau ke tu?” soal Fitri lalu
menunjukkan wallet yang terjatuh di atas lantai.
“Ya,
it’s mine. Terima kasih,”
Feruz melangkah keluar dari tandas. Dia
sedang menuju ke meja makan Julia. Mereka sedang makan tengahari bersama di
restoran itu. Langkahnya terhenti apabila dia melihat Dyana berada di restoran
itu.
Dengan penuh yakin, lelaki itu
menghampiri meja Dyana. Gadis yang sedang menanti tunangnya itu tidak sedar
adanya Feruz di situ.
“Dyana,”
Feruz menegur. Alangkah terkejutnya Dyana sebaik mengangkat muka, kelihatan
Feruz dihadapannya. Rasa sakit hati yang selama 5 tahun dikuburkan, kini
menyemarak lagi. Kebenciannya terhadap lelaki itu jelas keliahtan di matanya.
“What are you doing here? Get lost!” usir
Dyana.
“I need to talk to you. Saya perlu
jelaskan semuanya,” balas lelaki itu lalu duduk di sebelahnya. Dyana terus
bangun dari kerusi dan memrahai lelaki itu.
“Tak
ada apa yang perlu awak jelaskan! Pergi dan jangan muncul depan saya lagi. I hate you!” bentak Dyana. Suaranya yang
agak keras didengari semua pelanggan di restoran itu. Julia yang melihat
kejadian itu, terus menemui Feruz dan Dyana.
“I need...,” Belum sempat Feruz
menghabiskan kata-kata, Julia menegur.
“Dear.
Kenapa ni? Who’s this?”
soalnya sebaik melihat Dyana.
“Oh,
jadi perempuan ni lah yang buatkan kau jadi macam dulu. Patutlah,” panats Dyana
menerjah pertanyaan Julia dengan selamba.
“Eh!
Kau ni siapa? Jangan biadab eh,” bentaK Julia pula. “Dear, siapa perempuan ni?” soal Julia lagi.
“Kau
orang berdua tolong pergi dari sini!” bentak Dyana. Gadis ayu itu semakin
hilang kawalan diri.
“Kau
siapa nak halau kami? Ini tempat umum,” balas Julia yang masih tidak tahu
masalah antara mereka.
Fitri tiba di meja. “Apahal ni?” soalnya
kepada Dyana.
Dyana
segera menarik tunangnya keluar dari restoran. Tanpa mengendahkan Julia, Feruz
terus mengejar mereka hingga ke luar restoran.
“Dyana,
please dengar dulu. I need to explain everything,” rayu Feruz. Fitri yang mula
hilang kesabaran, menghalangi Feruz dari terus mengikuti mereka. “Bro, jangan
macam ni lah. Jangan paksa dia,”
“Kau
diam! Ini bukan urusan kau!” bentak Feruz.
“Kau
yang diam! Apahal kau ni kejar-kejar tunang aku! Tak ada perempuan lain ke?”
Feruz terkejut mendengar kata-kata Fitri.
Dyana tidak berkata sepatah pun. Dia hanya berdiam kerana dfia sendiri tidak
mahu bercakap dengan lelaki yang pernah menyakiti hatinya. Dia hanya membiarkan
Fitri yang menyelesaikan masalah antara mereka walaupun lelaki itu tidak pernah
tahu apa masalah mereka berdua.
“Tunang
kau?” Feruz kecewa dengan pengakuan itu. Dia masih berharap Dyana tidak akan
melupakannya. Tapi, harapannya kosong kerana kini Dyana sudah bertunang dengan
lelaki yang berada di hadapannya itu.
Fitri terus membawa Dyana beredar dari
pusat beli-belah itu. Se karang, Fitri yang berasa risau tentang tunangnya.
“Siapa
dia?” soal Fitri sebaik mereka masuk ke dalam kereta. Dyana masih berdiam dan
tidak menjawab.
“I
tanya you, siapa dia?” Fitri mengulangi pertanyaannya. Dyana tergagap-gagap
untuk menjawab pertanyaan itu. Dia tidak mahu lagi mengakui pernah berhubungan
dengan Feruz kerana dia terlalu sakit hati dengan lelaki itu.
“Who is he?!” Kali ini Fitri membentak.
“Dia...my ex...ex fiancee,” jawab Dyana
perlahan. Suaranya tenggelam dan hampir tidak kedengaran.
“Why don’t you tell me you ada bekas
tunang?”
“I
sendiri tak nak ingat lagi yang I pernah bertunang dengan dia. I hate him,”
“Apa
maksud you?”
Dyana bersedia menceritakan kisah
hubungannya dengan Feruz 5 tahun yang lalu kepada tunangnya. Meskipun berat,
dia cuba untuk mengungkap kembali kisah masa lalunya yang sangat menyakitkan
hati.
“Kami
saling mencintai dulu. Kami dah nak kahwin pun. But...” Dyana mulai menangis. Air matanya yang sudah dihapuskan
bertahun-tahun lalu, kini mencurah kembali.
“But what?”
“Pagi
sebelum majlis nikah tu, I tengah bersiap dalam bilik solekan kat rumah dia. Then, mak andam I nampak dia bawa beg pakaian keluar rumah. I kejar
dia sampai luar rumah,”
“Then, what happened?”
“Dia
batalkan perkahwinan and tinggalkan
I. I tak tahu kenapa dia buat macam tu. Dia kata dia tak cintakan I padahal
baru malam tu dia cakap dia akan jaga I, sayang I sampai mati. Dan dia tak
sabar nak tunggu ijabkabul esoknya. But,
suddenly... that thing happened. Dia hina I, dia kata I perempuan murahan
sebab kejar orang yang dah tak nak dekat I,”
Feruz bersimpati dengan kejadian yang
menimpa tunangnya. Dia sama sekali tidak menyangka gadis yang berada di sisinya
ini pernah mengalami peristiwa sedih seperti itu.
Tangannya pantas mengusap air mata yang
masih berjuraian di pipi Dyana. Dyana bersuara,
“I’m sorry. I bukan... tak nak cerita pada you. It’s just...”
“Shhh,”
Fitri meletakkan jari telunjuknya di bibir gadis itu. Lelaki itu memandang
tepat ke dalam mata bakal isterinya itu. Dyana tidak dapat menahan sebak. Dan
terus mendakap tubuh lelaki di sampingnya itu.
“I
takkan biarkan you rasa macam tu lagi. I
really love you and I’m not going to let it happen again,” Fitri berjanji
kepada Dyana. “Mulai hari ni, dia masa lalu you. And I tak nak you ingat dia
lagi. You milik I, from now until we die,”
janjinya lagi.
*****************************
Dyana
melangkah keluar dari rumah Hana. Dia sudah lama tidak mengunjungi wanita itu.
Dia ke sana untuk memaklumkan tentang pernikahannya dengan Fitri esok. Sekali
gus menjemput wanita itu.
“Dyana,”
Kedengaran suara Feruz menegurnya. Lelaki itu berada di luar rumah. Dyana
termangu melihat lelaki itu.
“Buat
apa datang sini? Dah bertahun tak balik, apasal balik pulak? Aku ni bukan mak
kau kan,” Hana menengking anaknya itu. Rasa sakit hatinya terhadap Feruz masih
menular dan semakin berbisa sebaik melihat kepulangan anaknya. Meskipun hati
seorang ibu merindui kepulangan anaknya, tapi rasa malunya terhadap keluarga
Dyana terlalu besar kerana tindakan Feruz 5 tahun yang lalu.
“Mama,
ampunkan Feruz. Feruz ada alasan buat semua ni. Dyana, maafkan saya,” pinta
Feruz sambil melutut di hadapan dua orang perempuan yang sangat dicintainya.
Hana
terus meninggalkan Feruz di luar bersama Dyana. Dia masuk ke dalam dan
menghempas kuat pintu.
“Just go. No one need you,” ujar Dyana.
Dia terus melangkah menuju ke keretanya.
“Saya
cintakan awak dari dulu. Dan saya tak pernah lupakan awak. Tapi sekarang awak
dah bertunang. Saya ikhlas lepaskan awak,” Kata-kata lelaki itu menghentikan
langkah Dyana.
“Saya
nak balik. Dah selesai cakap?”
“Saya
faham kalau awak sakit hati dengan saya. Tapi saya harap awak nak dengar
penjelasan saya,”
Dyana tidak mengendahkan kata-kata Feruz.
Dia terus memandu kereta menuju ke rumahnya. Dia perlu bersiap-siap untuk
majlis pernikahannya esok.
*********************
Dyana
sudah
cantik berpakaian baju pengantin. Fitri juga sudah bersiap di rumahnya. Mereka
akan menuju ke masjid dengan tiga kereta. Tiba-tiba, telefon bimbit Dyana
berdering ketika mereka sedang dalam perjalanan ke masjid. Dyana berada di
kereta paling belakang manakala Fitri berada di kereta yang pertama.
“Hello,
Dyana. Dyana kat mana ni?” Kedengaran suara Hana yang cemas. Hatinya
serta-merta tidak tenang.
“Dyana
on the way to masjid. Kejap lagi nak
akad nikah. Kenapa mama?”
“Maaf
mama ganggu kamu. Feruz...Feruz kat hospital sekarang. Dia accident teruk,”
“What?!”
Dyana tersentak. Dia seakan-akan tidak
percaya dengan apa yang dikatakan Hana.
“Mama,
Dyana datang sekarang. Mama tunggu,”
Gadis itu terus menghubungi Fitri dan
memberitahu bahawa Feruz berada di hospital. Fitri pada mulanya tidak
mengizinkan bakal isterinya untuk menemui Fitri tetapi setelah Dyana merayu
berkali-kali, akhirnya Fitri memberi izin. Dia juga turut mengikuti Dyana ke
hospital.
Setibanya di sana, mereka semua terus
menuju ke wad kecemasan apabila seorang misi memberitahu tempat Feruz dirawat.
Kelihatan Hana dan Julia sedang menunggu Feruz diluar wad kecemasan.
“Mama!”
panggil Dyana.
Hana terus memeluk Dyana sebaik melihat
gadis itu tiba. Air matanya bergenangan. Tidak lama selepas itu, seorang doktor
keluar dari wad kecemasan.
“Doktor?”
“Maafkan
saya. Ajalnya sudah sampai. Saya tidak dapat menyelamatkan dia,”
Dyana terduduk di kerusi. Dia tidak dapat
sempat menemui Feruz sebelum ajal lelaki itu. Hana sudah menangis teresak-esak.
Dyana tidak dapat menahan sebak. Dengan berpakaian pengantin dia masuk ke wad
kecemasan untuk bertemu dengan Feruz yang sudah terbujur kaku di atas katil.
Dia
melihat jenazah lelaki itu sudah dilitupi kain putih. Dia menyelak kain itu dan
melihat wajah Feruz yang sangat dirinduinya. Seorang jururawat datang
menghampiri Dyana lalu menghulurkan sepucuk surat berwarna biru muda kepada
gadis itu. Tertulis nama Dayan di atas surat itu.
“Kami
temui surat ini dari dalam saku seluar beliau,” ujar misi itu.
Dia membuka lipatan surat itu dan membaca
isinya. Semua orang di situ turut membaca surat itu. Termasuk Fitri.
Dyana...
Saya takkan masuk lagi dalam
kehidupan awak lepas ni. Saya akan pergi jauh dari sini. Saya dah putuskan
untuk ke luar negara dan memulakan kehidupan saya yang baru di sana. Saya
sekarang dalam perjalanan nak pos surat ni pada awak. Mungkin masa awak dapat
surat ni, saya dah tak ada di Malaysia.
Saya sayang wak sampai akhir hidup saya. Demi Tuhan, saya tak pernah
cintakan Julia, wanita yang buat saya tinggalkan awak. Saya dipaksa oleh ibunya
untuk bertunang dengannya. Dan saya terpaksa tinggalkan awak pagi tu sebab dia
dah upah orang depan rumah saya untuk tembak oleh kalau saya lafaz ijab kabul
awak.
Saya tak sanggup tengok awak mati Saya terlalu sayangkan awak. Jadi,
saya putuskan untuk tinggalkan awak dengan cara yang kejam supaya awak tak rasa
sakit bila saya pergi. Tapi, saya yang sakit. Saya hidup menderita sebab buat
awak macam tu. Saya cari awak tapi saya selalu diancam oleh ibu Julia. Julia
adalah perempuan yang dengan saya masa saya jumpa wak di restoran tempoh hari.
Saya tahu awak akan benci saya. Dan mungkin takkan maafkan saya
langsung. Tapi sebagai pesalah, saya akan tetap minta maaf walaupun awak takkan
maafkan saya. Saya janji saya takkan muncul lagi depan awak. Dan selamamnya
awak akan bahagia dengan tunang awak. I love you till the end of my life.
Selamat tinggal wahai cintaku.
Love, Feruz.
Dyana sekali lagi menangis. Dia merasa
sangat menyesal kerana tidak pernah memberi peluang kepada Feruz untuk
menerangkan keadaan sebenar.
Julia yang turut membaca isi surat itu
merasa bersalah atas semuanya. Dia memang mencintai Feruz tetapi tidak pernah
menyangka ibunya sanggup membunuh untuk memenujhi keinginannya. Dia terus
meminta maaf kepada Dyana atas apa yang terjadi.
Akad
nikah Fitri dan Dyana berjalan lancar. Pengebumian Feruz dilakukan selepas
Dyana dan Fitri diijab kabulkan. Dyana kini sah menjadi isteri kepada Fitri.
Dan rasa bencinya kepada Feruz sudah padam dengan pengakuan Feruz dari surat
itu.
Pasangan pengantin baru itu menghadiri
pengebumian Feruz. Mereka turut berduka cita atas kepergian Feruz. “Aku janji
akan jaga Dyana untuk kau, Feruz,” bisik Fitri sendirian. “Aku janji,”










cinta manusia sampai hujung nyawa.... tapi cinta ALLAH SWT hingga ke syurga..
ReplyDeletekeep think about it?!