Fazhan yang sangat dikenali di universiti kerana bakatnya dalam sukan
bola sepak merupakan mahasiswa yang cemerlang dalam bidang akademik dan sukan.
Lelaki berkulit hitam manis itu juga menjadi kegilaan mahasiswa perempuan
kerana ketampanan dan kekacakannya. Tidak dinafikan, Erina sendiri pernah
menaruh perasaan terhadap lelaki itu ketika mula-mula memasuki universiti itu.
Tetapi setelah sekian lama, perasaan itu mula pudar kerana persahabatan yang
terjalin lebih kuat.
Erina masih mencari-cari kelibat rakannya itu. Di balik ramai orang,
akhirnya Fazhan kelihatan. Dia kelihatan sangat segak mengenakan pakaian
graduasi berwarna merah gelap. Sebaik melihat Erina berada di luar dewan,
Fazhan segera mendapatkan gadis itu.
“Rin, kenapa tak masuk?” soal Fazhan sebaik
tiba di hadapan Erina.
“Tak apalah. Saya tunggu sini aje. Awak
masuklah. Majlis dah nak mulakan?”
“Ok, tapi nanti lepas ni kita jumpa kejap eh.
Bye,”
Fazhan
terus memasuki dewan semula. Erina hanya melihat sahabatnya itu dari jauh
sahaja. Pintu masuk semakin dipenuhi mahasiswa perempuan kerana mereka ingin
melihat Fazhan di atas pentas. Dan pastinya, ingin bergambar dengan lelaki itu.
4 jam kemudian, majlis gradusi sudah pun
selesai. Fazhan berjalan pantas mencari Erina di sekitar universiti. Akhirnya,
Fazhan menemui gadis itu sedang duduk menunggunya di kantin. Dia terus
menghampiri Erina yang sedang duduk sendirian.
“Hai,” tegur Fazhan lalu mengambil tempat
duduk di samping Erina. Gadis itu terus tersenyum.
“Dah?” tanya Erina melihat Fazhan yang sudah
tidak memakai pakaian graduasi lagi.
“Dah. Saya akan keluar lepas ni.
Sorang-soranglah awak lepas ni,”
“Tak hairan! Untunglah awak. Dah tamat. Saya
ni, ada setahun lagi. Bilalah nak habis?”
“Awak belajar betul-betul. Jangan sia-siakan
peluang belajar ni. Ramai orang yang nak belajar tapi tak kesampaian. Awak yang
dah dapat ni, appreciate it,”
“Yalah boss.
Awak lapar tak? Pergilah pesan makanan,”
Fazhan terus ke kaunter makanan dan memesan dua bungkus burger keju. Dia turut membeli minuman fresh orange.
************************
Selepas setahun berlalu, Erina kini tamat
pengajian. Hari ini dia akan mencari pekerjaan untuk menyara kehidupannya.
Erina tiba di pejabat syarikat kakaknya, Eyra. Kakaknya yang sudah
berkahwin bekerja sebagai pengarah urusan di syarikat suaminya sendiri. Erina
cuba memohon pekerjaan di situ. Namun, sebelum sempat dia melangkah masuk ke
dalam bangunan Nian Putera Holdings, telefon bimbitnya berdering. Kelihatan di
skrin, Fazhan yang menelefon. Walaupun sudah tidak selalu berjumpa, mereka
masih saling berhubungan melalui telefon.
“Hello,” Kedengaran suara Fazhan yang agak
terburu-buru.
“Hello. Kenapa call?”
“Kau dah habis study kan. I need your help,
Rin. No. Actually, my boss need your help,”
“Ya. What kind of help?”
“He
needs a model. Model tambahan. Designer
banyak sponsor so he needs an extra model,”
“Model? Tapi...” Belum sempat Erina
menghabiskan kata-kata, Fazhan terus memotong.
“I need
to see you. Kita jumpa kat Suria KLCC
tengahari nanti. Saya tunggu awak masa lunch kat Pizza Hut,”
Talian terus dimatikan. Erina masih bingung dengan tawaran Fazhan. Dia
baru sahaja ingin bekerja berteraskan jurusannya. Tapi, Erina tetap memutuskan
untuk bertemu dengan Fazhan dahulu. Dia terus membatalkan niatnya untuk bertemu
Eyra.
Fazhan terus menghampiri Erina yang sedang
menunggunya di Pizza Hut. Reaksi Fazhan ketika itu kelihatan risau.
“Hai, Rin. Sorry saya lambat,” ujar lelaki itu seraya duduk berhadapan dengan
Erina. Gadis itu menyambut kehadiran rakannya itu dnegan senyuman.
“It’s
ok. So, what can I do for you?”
“Lepas saya keluar dari universiti, saya try apply kerja tapi tak dapat. Then, one day I meet my cousin. Dia
pengurus syarikat modelling. At the same time, dia tawarkan saya
sebagai model. And now, I’m one of the
model. Fashion model,”
Erina mendengar kata-kata Fazhan dengan penuh perhatian. Dia tidak
menyangka rakannya yang dulu sangat terkenal dengan kelincahan bermain bola
sepak, kini bekerja sebagai seorang model. Fazhan menyambung kata-katanya.
“Tapi sekarang syarikat modelling ni
tengah top, ramai designer nak sponsor. Tapi, kekurangan model. Model ada lebih kurang 50 orang
tapi semua dah ada job sendiri and designer
sendiri. Boss saya nak ambil model
baru. Saya dah recommand awak kat
dia. Saya harap awak nak,”
“What? Me as a model? No way, Fazhan!”
“Rin. Please.
I’m begging you. Saya tahu ini bukan jurusan awak. And not mind too. Tapi ini rezeki dah depan mata. Apa salahnya
terima kan? Don’t worry. Saya akan
jaga awak macam dulu. You’ll be alright,”
Erina memikirkan tawaran Fazhan berkali-kali. Akhirnya, dia menerima
tawaran itu. Inilah masaya untuk bekerja. Erina dan Fazhan menemui pemilik
syarikat peragaan tempat Fazhan bekerja. Setelah agak lama berbincang, Erina
diminta memulakan kerjanya esok.
***************************************
Fazhan dan Erina sedang bersenam di sebuah taman rekreasi. Sebagai model,
mereka harus menjaga kesihatan dan berat badan supaya dapat mengekalkan badan
yang ideal. Berbekalkan sebotol air mineral, mereka jogging selama 2 jam.
“Study dengan awak. Kerja pun dengan awak,”
ujar Erina yang semakin mendahului pergerakan Fazhan.
“Itulah namanya jodoh,”balas Fazhan sambil
tersenyum melihat gadis di hadapannya.
“Jodoh?” Erina agak tersentak tetapi
menyembunyikan rasa itu. “So funny,”
ujarnya lagi.
“What
funny? Awak pernah dengar tak, mula-mula kawan, lepas tu kahwin? Itulah
maksud saya,” tambah lelaki itu lagi. Erina mulai malu.
“Tak ada maknanya. Awak tu perfect, saya ni apalah sangat.”
“Perfectlah
sangat kan. Err, lepak sana kejap. Penat,” Fazhan menunjukkan satu kerusi di
taman itu.
Mereka duduk berdua di taman itu setelah penat bersenam sejak jam 7 pagi
tadi. Sambil meneguk sebotol air mineral, mereka berbual-bual kosong.
“Lama tak jogging. Bengkak semua otot,” ujar
Erina sambil mengurut-urut lututnya yang lenguh. Fazhan hanya tergelak.
“Apa gelak-gelak? Sakit tau,”
“Saya ni tiap-tiap pagi jog. Ok aje,”
“Yalah. Awak tu dari dulu atlit. Saya ni
duduk dalam hall aje kan,”
Fazhan menjemput Erina di rumah gadis itu
setelah makan tengahari. Mereka akan berangkat ke studio untuk berlatih.
Ramai model sudah pun menunggu masa berlatih di sana. Ketibaan Erina
sebagai model baru disambut baik oleh semua orang di situ. Erina kelihatan
gembira bekerja.
Erina diarahkan untuk ke bilik persalinan untuk mengganti pakaian untuk
latihan di pentas. Setelah setengah jam gadis itu ditacap, dia keluar dan
menuju ke pentas. Gaun labuh bertemakan Inggeris rekaan dari pereka fesyen luar
negara itu sungguh cantik diperagakan oleh Erina. Dia kelihatan sangat anggun
di atas pentas.
Erina memperagakan pakaian itu dengan baik. Selain mengikut arahan, dia
turut menjadikan dirinya selesa di atas pentas supaya dia tidak gemuruh apabila
berhadapan dengan ramai penonton nanti.
“So
pretty of you!” sapa Fazhan sebaik Erina menuruni pentas.
“Pretty
lah sangat. Lepas ni saya ada photoshoot pulak. Awak?”
“Untuk cover
eh?” soal Fazhan.
Erina mengangguk. Fazhan menawarkan diri untuk menunggu sehingga
rakannya itu selesai. “Saya tunggu awak ajelah. Saya dah habis dah,”
“No, it’s ok kalau awak nak balik dulu. Saya
boleh naik teksi,”
“Tak apa. Saya tunggu awak,”
Setelah tiba di rumah pada jam 6 petang, Erina
terus membersihkan diri. Hari pertamanya bekerja, dia sangat keletihan. Dia
tidak menyangka dia akan mendapat pengalaman bekerja sebagai model. Ketinggian
dan bentuk badan yang dimilikinya cukup sesuai sebagai model, tapi dia tidak
pernah berfikir untuk memperagakan pakaian.
Erina menuju ke meja maka dan melihat makan malam sudah terhidang di
atas meja. Sebelum keluar, rakannya Isma sudah memasak untuknya seperti biasa.
Dia menagmbil pinggan di rak dan mencapai gelas kosong. Duduk di meja lalu
mengambil nasi dan beberapa satu jenis lauk saja beserta jus oren daripada peti
sejuk.
Telefon di sebelahnya tiba-tiba berdering ketika Erina sedang makan.
Eyra yang menelefon.
“Hello,” Kedengaran suara Eyra.
“Hello, kak. Ada apa?” soalnya seraya
menghabiskan sisa makanan dalam mulutnya.
“Hari tu kata nak datang ofis. Dah dua hari
kakak tunggu. Tak datang pun,”
“Alamak, lupalah kak. Erin dah kerja dah. Kat
tempat lain,”
“Lah pulak. Kerja kat mana? Jawatan apa?”
Erina agak risau untuk menjawab. Dia takut
jika kakaknya akan menghalang kerjayanya.
“Erin...model sekarang. Baru aje kerja hari
ni. Syarikat modelling tempat Fazhan kerja,”
“Model? Apa mabuk kau kerja model pulak? Tak
ada kena mengena langsung dengan pengajian kau dulu,”
“Erin pun tak sangka juga. Tapi dah rezeki
kan, nak buat macam mana. Kakak tak kisah kan?”
Suasana diam sebentar sebelum Eyra kedengaran
menghela nafas yang agak kasar. Erina semakin risau.
“Tak apa lah. Dah rezeki kan. Oklah tu. Janji
jangan buat benda tak elok pulak. Dah jadi model tu, tahu-tahu ajelah ‘adat’nya,”
“Ok, don’t
worry. I’ll take care myself. Bye kak,”
Talian diputuskan. Erina menghembus nafas lega. Dia gembira kakaknya tidak
menghalang kerjayanya sekarang.
Pintu rumah dibuka ketika Erina sedang
menonton televisyen di ruang tamu. Isma baru saja pulang dari pejabat.
Gadis yang berbadan gempal itu terus melabuhkan diri di sofa tempat
Erina duduk. Beberapa kali dia menghembus nafas. Kedengaran kasar. Mungkin
gadis itu penat dan keletihan.
“Lambat balik hari ni. Dah makan?” soal Erina
sambil melihat rakannya itu. Isma mencapai air kosong milik Erina di atas meja
lalu meneguknya. “Hei, air aku. Dahlah, pergi mandi. Lepas tu makan. Aku ada
tinggalkan lauk tu,”
“Aku penatlah hari ni. Boss aku tu buat hal
pulak. Dia nak proposal projek tu
esok pagi sedangkan hari tu dia kata ‘take
your time’. Sekarang, nak esok pulak. Aku tak settle satu apa pun ni,” rungut Isma.
“Anything
I can help for you?” tawar Erina.
“Ha? Betul kau nak tolong aku? Ya ALLAH,
Alhamdulillah aku ada kawan macam kau. Ok, lepas mandi nanti aku letak proposal tu dalam bilik kau. Tapi make sure jangan hilang. Aku settle kerja yang lain jugak,”
Erina membantu Isma menyelesaikan kerjanya
hingga lewat malam. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi dan Erina masih belum
tidur. Begitu juga dengan Isma yang masih sibuk menyelesaikan kerjanya di
biliknya sendiri. Bertemankan lampu meja, Erina meneliti satu per satu kertas
cadangan itu. Erina dapat membantu rakannya kerana Isma bekerja di bahagian
jurusan yang diambil Erina semasa di universiti dahulu.
Isma mengetuk pintu bilik rakannya. “Masuk,” ujar Erina. Isma melangkah
masuk.
“Kalau kau dah ngantuk, tidurlah. Kesian kau
pulak kena buat kerja aku,”
“Err, tak apalah. Esok aku free. Latihan aku esok pukul 2 petang. Don’t worry lah,”
“Ok, tapi kalau kau dah tak larat, stop tau.
Aku tak nak lah menyusahkan kau. Aku sambung kerja eh,”
Isma melangkah keluar dari bilik Erina. Erina masih mengerjakan kertas
cadangan rakannya itu. Menyiapkan kerja ini membuatkan dia merasa ingin untuk
bekerja di pejabat seperti cita-citanya dahulu. Dia sangat ingin duduk di
sebuah meja dan menyiapkan tugasan hingga larut malam seperti ini. Tapi,
rezekinya tidak mengarah ke situ. Erina tetap redha dan menerima kerjayanya
kini dengan terbuka.
*************************
Hari ini Fazhan tidak menjemput Erina di
rumah. Erina ke studio latihan menaiki teksi. Setibanya di sana, Erina melihat
Fazhan sedang berjalan keluar dari studio. Mukanya kelihatan sedih dan hampa.
Erina terus mendapatkan Fazhan. Tetapi sebaik melihat gadis itu, Fazhan
terus melarikan diri. Fazhan menaiki keretanya dan memecut laju. Erina
tertanya-tanya dengan tindakan Fazhan itu.
“Kenapa dia ni?”
Erina memasuki studio dan mendapati pihak polis baru saja berjabat tangan
dengan pemilik syarikat itu, Encik Rafi.
“Polis? Ada apa ni?” soal Erina kepada salah
seorang model di situ.
“Semalam Fazhan curi barang-barang kat
studio. Hari ni dapat tangkap sebab dia pegang kunci stor. Dah jadi kes polis
dah. Tapi, nasib baik Encik Rafi dah baik hati lepaskan dia. Cuma sekarng ni
nama dia dah kotorlah. Rekod berhenti dia pun blacklisted,” jawabnya.
Erina sangat terkejut mendengar penjelasan gadis itu. Dia masih
berpendapat Fazhan tidak bersalah dan rakannya itu tidak mungkin melakukan
perkara itu. Mereka sudah lama kenal dan Erina tahu siapa rakannya itu. Erina
cuba untuk bercakap dengan Encik Rafi.
“Encik, dah siasat ke semua perkara ni? Saya
rasa ada salah faham ni. Saya kenal Fazhan. Dia takkan buat macam tu,” tegas
Erina cuba untuk membela Fazhan.
“Kunci stor ada pada dia. Banyak baju
mahal-mahal dah hilang. And dia orang terakhir masa saya jumpa pagi tadi kat
stor,”
“Yala. Takkan terus jadi kes polis. Siasat
dulu, encik.”
“Saya dah lepaskan dia dah cukup baik dah.
Banyak kerugian yang perlu saya tanggung sekarang,”
“Tak perlu nak berhentikan dia sampai nak blacklisted nama dia. Macam mana dia nak
cari kerja kat luar sana?”
Erina berkali-kali menghubungi Fazhan. Tetapi lelaki itu tidak menjawab
panggilannya. Erian akhirnya menghantar mesej kepada Fazhan.
I trust you. Saya tahu awak tak buat semua
tu. I know you. Semua ni dugaan, bersabarlah. Saya tak tahu pasal semua ni. You
should tell me before. If you get this message, then call me. Please
Erina masih tidak tenang memikirkan rakannya itu. Dia sangat yakin
bahawa Fazhan tidak bersalah. Erina bertekad untuk membantu Fazhan membersihkan
namanya.
Beberapa
bulan kemudian...
Fazhan cuba menghubungi Erina tetapi
panggilannya tidak pernah dijawab. Erina
kini sudah menjadi model terkenal dan diminati ramai. Jadualnya semakin padat
dan dia tidak sempat berhubung dengan dunia luar. Setiap panggilan yang
diterima tidak berjawab kerana telefonnya sentiasa berada di tangan
pengurusnya.
Selepas berkali-kali melihat kemunculan Erina di majalah dan
media, Fazhan berhenti menghubungi Erina. Dia tidak mahu menganggu rakannya
yang sedang mencipta nama sekarang.
Tanpa disangka-sangka, syarikat peragaan milik Encik Rafi mengalami
kemunduran yang sangat teruk. Banyak model yang telah dikeluarkan. Termasuklah
Erina. Namanya terus lenyap dari persada.
Kini, Erina kembali ke zamannya untuk mencari pekerjaan. Dia tidak mahu
mendapatkan kerja dari syarikat kakaknya kerana malu. Dia merasa serba salah
kerana dulu pernah melepaskan peluang yang diberi oleh kakaknya.
Erina akhirnya mendapat pekerjaan sebagai akauntan di sebuah syarikat
perkapalan yang bekerjasama dengan syarikat kakaknya, Eyra. Kerana Erina
menunjukkan prestasi yang sangat baik dan kerja yang cemerlang, dia telah
dinaikkan pangkat sebagai pegawai tinggi akauntan.
Hidupnya kini semakin mewah. Perubahan yang berlaku mengajarnya satu
pengalaman baru. Tapi, dia sudah lama tidak berjumpa Fazhan sejak kejadian itu.
Fazhan seumpama hilang tanpa jejak. Pernah beberapa kali sebelum dikeluarkan
dari syarikat peragaan, dia menelefon Fazhan. Tetapi nombor yang dihubungi
sudah tidak ada perkhidmatannya.
Rakan sepejabatnya, Kamal sudah mulai memerhatikan Erina sejak dia
dinaikkan pangkat. Sebenarnya, dia menaruh hati kepada Erina dalam diam. Dan
sedang cuba mendekati Erina tanpa gadis itu sedari.
Lelaki itu menghampiri meja kerja Erina ketika gadis itu sedang leka
membuat kerjanya.
“Lunch?”
ajak Kamal ringkas. Erina melihat ke arah jam dan mendapati jam sudah pun
menunjukkan pukul 12.30 tengahari.
“Dah lunch rupanya. Tak perasan. Tak apalah.
Awak pergi dulu. Saya nak siapkan ni,” Erina menolak ajakan Kamal kerana dia
sedang menyiapkan kerjanya.
“Makan dulu. Baru ada tenaga nak sambung
kerja lepas ni,”
Erina akur. Dia mengikut Kamal ke kantin dan makan tengahari bersamanya.
Dalam pada itu, Kamal cuba memikat Erina.
“So,
hope boyfriend awak tak marah saya ajak awak lunch,” ujar lelaki itu selamba.
“Boyfriend?
Mana ada,” baals Erina sambil tergelak kecil.
“Mana ada marah ke, mana ada boyfriend?”
“Saya tak ada boyfriend lah. Siapalah nak dekat saya,” balas Erina lagi.
“Mesti ada punyalah,” celah Kamal lagi. Erina
hanya tersenyum.
Seorang lelaki yang memakai baju staf sedang memesan makanan di kantin.
Erina tersentak apabila mendengar suara lelaki itu. Suara Fazhan. Tanpa melihat
wajahnya, dia yakin bahawa Fazhan yang berada di situ.
Sebaik Erina menoleh, dia melihat Fazhan yang sedang berada di
belakangnya di kaunter makanan.
“Fazhan?” tegur Erina. Fazhan menoleh dan dia
turut terkejut melihat Erina. Fazhan hanya berdiam apabila melihat di leher
gadis itu tergantung pas pegawai tinggi. Sedangkan dia hanya staf bawahan biasa.
Erina terus bangkit dan menemui Fazhan. Dia sangat gembira kerana
akhirnya mereka dapat bertemu lagi setelah sekian lama terputus hubungan.
Fazhan hanya berdiam. Mungkin risau dengan taraf antara mereka sekarang. Erina
menegur lelaki itu dengan ramah. Masih seperti dulu.
“Fazhan? Ya Allah. Saya tak sangka jumpa awak
kat sini. Mana awak pergi selama ni? Dah lama saya cari awak,” sapanya. Kamal
yang agak terkejut dengan pertemuan itu hanya melihat saja. Fazhan tersenyum
melihat Erina.
“Saya...saya...” Fazhan serba salah untuk
berkata-kata.
“Anyway,
come and join me. Saya tengah makan ni. Jom sekali,” pelawa Erina namun
ditolak oleh Fazhan sebaik lelaki itu melihat adanya Kamal di situ.
“No,
it’s ok. Saya nak bungkus aje makanan, nak makan di locker,”
“Saya ikut awak. Banyak benda saya ak
beritahu awak dan tanya awak,”
Erina meminta diri dari Kamal lalu menacapai beg tangannya di atas meja
dan mengikut Fazhan ke locker di stor staf. Kamal ditinggalkan begitu saja.
Mereka berdua duduk di lantai. Erina memulakan
perbualan. Agak lama juga perbualan mereka bermula. Masing-masing masih kekok
dengan suasana. Seorang pegawai tinggi duduk di lantai bersama seorang staf
bawahan biasa di stor. Fazhan serba salah membiarkan Erina duduk bersamanya.
“Awak tak nak cerita apa-apa pada saya
tentang kes curi tu?” ujar Erina. Fazhan berubah wajah. Kelihatan air mukanya
sangat malu kerana sudah dituduh sebagai pencuri.
“I’ve nothing to tell you,” balasnya ringkas.
Erina masih cuba mendapatkan cerita yang sebenarnya. Erina sangat ingin
membantu Fazhan untuk membersihkan namanya.
“You
have to tell me. I need to know because I know bukan awak yang buat semua
tu. I know you, Fazhan. Saya kenal
awak dari kampus,”
“Kenapa awak percaya sangat pada saya?”
“Sebab awak kawan saya. Now tell me what actually happened?”
Fazhan diam sebentar sebelum memulakan cerita. Rasa sedih untuk
mengungkit kembali cerita lama. Apatah lagi, semua tuduhan terhadapnya salah
sama sekali.
“Malam tu saya di stor pakaian. Encik Rafi
suruh kunci sebab saya last person
kemas stor masa tu,” Fazhan memulakan cerita. “Then, I saw someone. I think I know him. Orang tu macam ambil
sesuatu dari situ. I don’t know what is
it. Saya tegur orang tu. Bila dia nampak saya, dia terus tumbuk saya. Then,
he took something heavy and campak
atas kepala saya,”
Fazhan menceritakan segala apa yang terjadi malam itu. “Saya tak sedar
lepas tu. Bila saya sedar paginya tu, Encik Rafi tengah berdiri depan saya.
Stor pulak dah bersepah. Macam kena rompak. Apalagi, dia tuduh saya sebab dia
tahu saya orang terakhir yang tinggalkan stor tu. Masa tu gelap, lelaki yang
curi tu, saya tak dapat cam,”
“Then,
why you’re here now?” soal
Erina.
“I’m
working. Saya tak dapat kerja bagus macam awak. Sekarang awak pegawai
tinggi and me...” balas lelaki itu
sambil menunjukkan pas pegawai di leher Erina. Erina serba salah. Dia terus
menanggalkan pas itu dan memasukkannya ke dalam beg tangannya.
Tanpa mereka sedari, Kamal sedang memerhatikan mereka. Kamal merasa
cemburu terhadap mereka berdua.
******************
Erina dan Fazhan sedang melangkah masuk ke
bangunan pejabat Nian Putera Holdings. Walaupun Erina masih serba salah
terhadap kakaknya, dia terpaksa menemui kakaknya untuk membantu Fazhan. Mereka
menuju ke aras 3 di mana terletaknya bilik kerja Eyra.
Erina bertemu dengan setiausaha Eyra dan meminta izin untuk menemui Eyra
di pejabat.
Setelah Eyra memberi masuk, mereka duduk di
hadapan meja Eyra.
“Ada apa ni?” soal Eyra.
“Kak, I’m
really sorry pasal hal tu. If I know
semua tu akan jadi, Erin takkan kerja tu dan menyusahkan masa depan sendiri
macam ni,”
“Pengalaman mendewasakan kan? It’s ok. Lets bygone be bygone. So,
kenapa ke sini and bawa this guy?”
Erina memperkenalkan Fazhan kepada kakakanya
dan menyatakan hasrat mereka ke sana.
“He is
my friend. Fazhan Salam. Orang yang selalu Erin cerita tu,”
“Oh, so
this is that guy.”
“He
needs a work. I know him kak. Dia tak pernah mencuri tetapi dia dituduh
mencuri and now, dia susah untuk
dapatkan kerja sebab nama dia dah blacklisted
dari syarikat modelling tu. Tapi dia
ada kelulusan dalam bidang akaun.”
“Kerja apa awak perlukan?” soal Eyra kepada
Fazhan.
“Apa-apa saja asalkan halal.” balasnya lelaki
itu ringkas. Dia tidak mahu meminta apa-apa kerana tahu bahawa dia sedang
berdepan dengan seseorang yang dapat membantunya.
“No! I
mean...he can be an accoutant. Pity him,” sampuk Erina.
“Nasib baik kau ni apply kat company suami
kakak sendiri. Ok, fine. So, he can start work next week lah.
Kakak akan buat perjanjian gaji dan elaun. Kau tu, tak nak kerja sini ke?”
“Dah, kakak nak kau resign dari company tu.
Kerja sini. Aku letak pangkat kau tinggi sikitlah. Lagipun kau ngam kan dengan
abang ipar kau tu,”
“Terima kasih kak. So, Erin pun start next
week ke?”
Mereka gembira. Mereka akan memulakan
kehidupan baru. Fazhan sangat gembira.
Erina dan Fazhan keluar dari pejabat dengan penuh senyuman. Erina
menghembus nafas lega. Fazhan juga sangat berterima kasih kepada rakannya itu.
“Thank
you sebab awak dah bantu saya,” ujar Fazhan.
“Don’t
mention. Itulah gunanya kawan,”
“Saya tak tahu macam mana nak balas bantuan
awak dan Eyra tu,”
“Ala, tak payahlah susah-susah. Ikhlas ok,”
“Saya akan balas bantuan awak tapi dengan
cara saya sendiri,”
“Oh ya? Apa cara awak agaknya tu?”
Fazhan mendekati Erina. nTangan wanita itu di pegang erat. Tanpa
disangka, kata-kata itu keluar dari mulutnya.
“I’ll
marry you, sayang.”
Erina terkejut dengan kata-kata itu. Mulutnya seumpanma terkunci dan
tidak mampu membalas-kata-kata Fazhan.
“I’ll
marry you cause I love you,”










ceritanya best as always...
ReplyDeletetp yg ini yaya sndri agk xpuas hati, xcapai target... :) tp apepun, thanks for reading...
ReplyDelete