Angin
bertiup lembut menampar wajah Anis ketika dia sedang berjalan kaki di
Flourence. Bunga-bunga di taman itu berkembang mekar seolah-olah mengiringi
perjalanannya. Meskipun baju sejuk sudah menutupi tubuh kecilnya tetap saja dia
merasa dingin walaupun matahari sangat bersinar ketika itu. Anis duduk disebuah
kerusi berhampiran. Sambil melihat orang sedang beriadah, dia mengeluarkan
sebuah diari mini dari beg tangannya yang bersaiz kecil bersama sebatang pen
lalu mencoret sesuatu ke diari mininya itu.
Dear Diary,
Sekarang aku sedang berada di Itali. Dapat juga aku menjejakkan kaki ke
sini. Alhamdulillah impianku tercapai.Berjalan di sini tidak sama seperti di
Malaysia. Di sini udaranya dingin hingga membuatku terbersin-bersin. Tapi apa
pun, aku gembira kerana aku telah selamat sampai ke Itali. Aku berharap suatu
hari nanti mama dan papa akan bersmaaku di sini. Aku tahu walaupun mereka
sibuk, mereka tetap ingin yang terbaik untukku. Dan ku berjanji aku akan bawa
kau ke mana saja aku pergi. My beloved diary. Rumah Aunty Alice pun besar dan
cantik. Memang selesa aku di sini.
Aku perlukan ketenangan. Aku perlu jauh dari mereka bertiga. Maafkan aku
sebab melarikan diri tapi aku tak mampu lagi berhadapan dengan mereka. Aku tak mahu
kerana aku persahabatan mereka tergugat.
Tak apa lah. Aku ke sini untuk cari ketenangan. Hari ni aku nak
jalan-jalan sekitar Flourence dulu. Nanti jalan yang jauh-jauh aku ajak Aunty
Alice je. Ok, I gotta go.Aku nak ambil gambar banyak-banyak. J
Setelah menamatkan coretannya, Anis menutup diarinya lalu dimasukkan
semula ke dalam beg tangan. Anis menghela nafas dingin lalu berdiri dan
meneruskan perjalanan. Meskipun letih, Anis tetap melangkah kerana dia teruja
sudah berada di Itali.
Tepat jam 6 petang, Anis
pulang ke rumah Aunty Alice. “Anis, where
have you being?”
“Jalan-jalan, aunty. Maaf lambat balik,” balas Anis sambil menanggalkan kasutnya.
“Oh, ingatkan sesat tadi. Dah, aunty dah siapkan makan malam. Jom
makan,” pelawa Aunty Alice.
Anis menuju ke meja makan lalu melabuhkan punggungnya. Spageti sudah
terhidang dan bau kelazatannya sudah menusuk ke hidung Anis. Rasa lapar terus
menghentam perutnya.
Loceng di pintu berbunyi. “Siapa aunty?”
tanya Anis.
“Entah. Tak ada pula sesiapa yang cakap
nak datang tadi. Cuba Anis tengok. Malas pula aunty nak bangun,”
Anis menuju ke pintu. Pintu dibuka dan kelihatan seorang lelaki
muncul di hadapan pintu. Anis terkejut apabila mendapati dia ialah Harith.
Anis terkedu dan kata-kata terus hilang dari mulutnya. Harith menghampiri Anis
di muka pintu.
“Anis, I miss you so much. Kenapa Anis tinggalkan saya?” ujar Harith
“Apa awak cakap ni? Awak buat apa kat
sini? Pergi, jangan kacau saya!” bentak Anis. Harith berdiam.
“Mana
tahu saya kat sini? Pergilah!”bentak Anis sekali lagi.
Aunty Alice muncul di sebalik Anis yang sedang marah. “Siapa, Nis?” Anis
hanya mendiamkan diri. “Ya, cari siapa?” tanya Aunty Alice kepada lelaki itu.
“Maaf aunty. Saya kawan Anis. Saya bercuti
tapi tak tahu nak tinggal mana. Saya cari Anis, itu yang dapat tahu Anis
tinggal sini.” Jawabnya
“Oh, kalau macam tu stay lah sini. Kan kawan Anis. Aunty tak kisah. Rumah aunty banyak
bilik kosong,” pelawa Aunty . “Anis, ajak lah kawan masuk.”
“Aunty, tak payah lah.” balas Anis.
“Hishh, apa pula tak payah. Kan kawan
tu. Masuk,masuk. Jangan malu-malu,”
Harith masuk atas pelawaan Aunty
Alice. Mereka ditempatkan di satu bilik.
Serta-merta Anis menjadi tidak
selesa dengan keberadaan mereka bertiga di situ. Dia merasakan dirinya tidak
mampu mengecapi ketenangan jika Harith tinggal bersamanya. Dia segera
menghampiri Harith lalu berkata,
“Harith, tolong pergi dari sini. Ini
bukan tempat awak. Pergilah !” pinta Anis.
“Apa Anis cakap ni? Harith sayangkan
Anis. Jangan biarkan Harith jauh dari Anis lagi, sayang.”
“Hubungan kita dah berakhir sejak di
Malaysia. Now, you’re nothing for me.
Baliklah. Anis nakkan ketenangan. Kalau awak kat sini macam Anis nak tenang?”
Harith mengenggam erat tangan gadis itu. “Jangan buat saya macam ni Nis.
I’m still love you. Awaklah orang yang buat saya mengenal cinta !”
Anis tidak sampai hati melihat bekas
kekasihnya itu lalu beredar ke bilik tidur. Hatinya kini berbelah bahagi tidak
tahu apakah perlu dia menerima Harith semula setelah apa yang terjadi di
Malaysia.
3
bulan yang lalu...
Anis sedang duduk di beranda rumah
sambil menikmati angin malam. Tiba-tiba dia medapat panggilan telefon dari ibu
Harith yang menyatakan Harith di hospital. Anis risau dan segera mendapatkan
keretanya menuju ke hospital.
Setelah mendapat tahu wad tempat Harith dirawat dia segera menghampiri
ibu Harith yang sedang kelihatan gelisah di depan pintu wad. “Aunty, Harith
kenapa?” soal Anis yang kerisauan.
“Harith bergaduh dengan Imran dan Alif.
Dengar cerita sebab rebutkan kamu. Anis pun tak faham,”
Anis terkedu mendengar keterangan dari ibu Harith. Anis terkejut kerana
mereka bertiga merupakan sahabat, tetapi sanggup bergaduh hanya untuk dirinya.
“Aunty, Imran dan Alif mana?” soalnya
lagi.
“Imran ke tandas sekejap. Alif ada di
kantin hospital,” jawab ibu Harith.
Anis segera menemui Alif yang sedang duduk di kantin hospital. Mukanya
lebam-lebam mungkin akibat perkelahian tadi. Anis menghampiri Alif lalu
menampar wajah lelaki itu.
“Anis, kenapa ni?”
“Apa kau dah buat dengan Harith? Dia tu
kan kawan kau!” bentak Anis tanpa melihat orang sekeliling.
“Anis, dengar dulu. Biar aku jelaskan.”
“Nothing
else to explain! Mulai hari ni kau jangan berkawan lagi dengan Harith, kau
faham ?!”
Muka gadis itu berubah menjadi merah padam. Hatinya terbakar dengan
pergadyuhan antara mereka bertiga. Anis segera melangkah pergi. Namun sebelum
sempat dia berundur, Alif menarik lengannya. Anis berhenti.
“I
love you Anis. I love you so much!”
ucap Alif lalu mengusap wajah Anis.
“Apahal kau ni? Kau sedar tak aku
girlfriend kawan kau. Jangan merepek Alif!”
“Bila masa aku merepek? Aku betul-betul
cintakan kau. Sejak dulu Nis. Cuma kau tu yang tak sedar. Dulu kita rapat Nis.
Tapi kenapa Harith yang kau pilih? Apa kurangnya aku?” marah Alif pula. Anis
terdiam seribu bahasa. Hatinya ingin memberontak tapi tidak mampu.
Anis segera berlari dan meninggalkan Alif serndirian di situ. Airmatanya
jatuh berlinangan. Dalam perjalanan, dia berjumpa dengan Imran yang sedang
menuju ke wad Harith.
“Anis,” lelaki berkulit hitam manis itu
menegur.
“Kau buat apa kat sini?” tanya Anis
tanpa melihat wajah Imran kerana terlalu marah. “Puas kau Harith dah terbaring
kat hospital? Dia tu kawan baik kau. Kawan terbaik kau! Sampai hati kau buat
dia macam ni? Apa salah dia dengan kau ha?” Airmatanya tidak berhenti
berjuraian.
“Kau nak tahu kenapa aku buat semua ni?
Sebab aku cintakan kau, faham! Yes, you
are right. Kami memang bestfriend.
Kau pilih dia? Kenapa? Sebab dia kaya ha?”
“Aku ikhlas sayang Harith. Kau tak boleh
paksa aku. Kalau kau memang suka aku kenapa tak dari dulu kau beritahu? Kenapa
lepas aku berhubungan dengan harith baru kau dan Alif nak macam ni pula? Kau
orang memang gila tahu tak!”
“Memang aku gila! Aku gilakan kau Anis.
Dah lama aku simpan perasaan ni tapi kau tak pernah ambil tahu!” bentak Imran.
Anis tidak dapat menahan kemarahan. Dia segera kembali ke wad Harith. Kelihatan
ibu harith masih menunggu.
“Aunty, ada perkembangan?” soal Anis
risau. Ibu lelaki itu hanya menggelengkan kepala.
“Harith kena teruk tadi. Berdarah-darah.
Sedih aunty tengok,”
“Sabar ya. Aunty jangan risau,”
“Aunty nak tanya Anis. Kamu sayang ke
tak sebenarnya dengan anak aunty ni? Kenapa sampai dua orang bergaduh dengan
dia pasal kamu? Apa yang jadi sebenarnya ni?”
Anis hanya menunduk. Dia tidak tahu hendak menjawab apa. Hatinya kini
tidak tenang. Tidak lama kemudian doktor keluar dari wad dan memberitahu
tentang keadaan Harith.
“Harith dah stabil dan sedarkan diri.
Tapi jangan buat dia tertekan dulu.” ujar doktor itu. Anis dan ibu Harith masuk
untuk menemui Harith di dalam wad. Harith sedang baring dengan kepalanya
dibalut.
“Mak, Anis. Dah lama ke kat sini?” soal
Harith tak bermaya.
“Lama juga,” balas ibunya. Anis hanya
berdiam.
“Nis, are you ok?” soal Harith. “Mak, boleh Harith bual dengan Anis
berdua kejap?”
Wanita itu mengangguk lalu beredar keluar dari wad.
“Anis, kenapa ni sayang?” tanya Harith
lembut.
“Apa awak buat ha? Kenapa jadi macam ni?”
Dia orang tu kan kawan awak,” balas Anis.
“Dah lah tak payah cakap pasal tu. Just forget it ok dear,” pujuk Harith
sambil memebelai jari jemari Anis.
“Forget?
Macam mana? What happened dengan
Harith yang saya kenal. Harith yang hargai kawan baik. Mana Harith saya dulu?
Harith sekarang yang depan saya ni sanggup bergaduh dengan kawan sendiri. Where is my old Harith?”
“Saya sanggup buat apa saja untuk awak.
Saya tak rela dia orang cintakan awak,”
“Cinta tu satu perasaan. Tiada orang
yang boleh halang perasaan cinta, sayang. Biarlah dia orang cintakan saya. Yang
penting saya cintakan awak. Saya milik awak!”
“Maknanya awak suka lah dia orang suka
awak? Rasa famous sebab ramai orang
suka? Habis macam mana dengan hati saya? Awak tak fikir pun!” Harith membentak.
“Perguilah kat dia orang. Awak suka kan? Just
go ok. Leave me alone! Go!”
Dengan tidak semena-mena Harith mengusir Anis. Anis berasa serba salah
tetapi dia tetap keluar dari wad itu dan terus pulang ke rumah.
*************************************************
Sejak kejadian itu Anis tidak lagi berhubungan dengan Harith. Dia membuat keputusan untuk tinggal sementara bersama Aunty Alice di Itali untuk menenagkan hatinya yang masih terluka.
Pintu bilik diketuk. “Anis, nak makan tak?” soal Aunty Alice. “Tak. I’m full aunty,” jawab Anis. Anis berasa
sangat sedih. Dia tidak dapat membayangkan Harith akan mencarinya hingga ke
Itali.
Matahari sudah bersinar. Jam menunjukkan pukul 10 pagi.
Meskipun matahari bersinar cerah, angin bumi Itali sangat mencucuk dan membuat
Anis memakai pakaian sejuk untuk keluar rumah. But disarungkan ke kaki lalu
melangkah ke luar rumah.
“Anis nak pergi mana?” tanya Harith
muncul dari belakangnya. Anis menoleh dan melihat Harith sudah siap berpakaian
sejuk sama sepertinya.
“Nak pergi Colosseum jap,” jawab Anis
ringkas lalu meneruskan perjalanan tanpa menunggu harith. Harith segera memakai
but lalu mengikut Anis tanpa diajak.
Mereka bersama-sama berjalan ke Colosseum tanpa sepatah kata bicara.
Masing-masing seperti orang asing. Mereka masuk ke dalam Colosseum bersama. Melihat
keindahan seni bina antik itu. Ramai orang juga sedang mengunjungi tempat itu.
Anis duduk di tangga kerana penat berjalan.
“Letih?” tanya Harith lalu mengeluarkan
botol minuman air mineral dari beg galasnya. Botol itu dihulurkan kepada Anis
yang kelihatan penat. Anis ragu-ragu untuk mengambil air itu. Lama dia
memerhati air botol itu. Harith yang melihat kelakuan Anis segera menegur. “Jangan
risau. Air mineral je,” ujar Harith. Anis memandang wajah Harith pula. Harith
tergelak kecil. “Apasal awak ni? Tak ada apa lah. Tak ada racun. Nak cuba buka.
Baru beli, tak buka lagi pun,” Harith membuka botol yang masih baru itu.
Barulah Anis menerima minuman itu. Dahaganya beransur hilang dan mukanya tidak
lagi kelihatan penat.
“Thank
you,” ucap Anis. Harith mengangguk lalu memulakian perbualan.
“Saya tak pernah sangka kita akan dating kat tempat ni. Pergi tempat ni pun
tak pernah mimpi,” ujar Harith sambil menghirup udara dingin.
“Dating?
Kita dating ke?” soal Anis.
“Ya lah. Habis tu buat apa ni?”
“Kita jalan sama-sama. Bukan dating. Saya bukan girlfriend awak,”
“Anis, seriously Harith nak minta maaf dengan apa yang terjadi dulu.
Harith salah sebab salah faham dengan Anis. Will
you forgive me?”
“Anis dah lama maafkan benda tu. Lupakan
je lah ya. Benda dah lepas pun. Tak payah ungkit ok,”
“Anis nak terima Harith semula? Salah
Harith memang besar pada Anis tapi cinta Harith melebihi semuanya. I really need you and I love you so much.
Sampai sekarang, I’m still loving you.”
Ujar Harith.
Anis berdiri dan berjalan meninggalkan Harith. Dia melangkah keluar dari
Colosseum. Harith hanya mengikut langkah Anis.
“Teman Anis pergi Venice. Nak naik
sampan,” ajak Anis. Mereka menaiki pengangkutan awam menuju ke Venice.
Setibanya di sana, kelihatan banyak sampan berada di permukaan air.
Suasana di situ memang indah. Dapat menaiki sampan di tengah-tengah bandar.
“Anis,” sapa Harith ketika Anis leka
melihat orang menaiki sampan. “Anis tak jawab lagi pertanyaan Harith,”
“Harith, macam ni lah...”
Belum sempat Anis menghabiskan
kata-katanya, kedengaran seseorang memanggilnya dari belakang. Anis menoleh ke
belakang lalu dia dan Harith saling berpandangan dengan lelaki yang
memanggilnya tadi. Anis menjadi resah.
“Alif?”
Angin bertiup
kencang petang itu di Venice. Suasana yang dingin menjadi semakin dingin dengan
angin itu. Begitu juga dengan hati Harith yang masih dingin dengan kehadiran
Alif ke Itali. Mata lelaki itu tajam memerhati perbualan Anis dan Alif dari
jauh.
“Kenapa
datang sini?” tanya Anis tanpa menoleh ke wajah Alif.
“Saya
tahu awak suka Itali. Rumah mak cik awak pun kat sini,” balas Alif.
“Awak
tak faham soalan saya eh?” Anis meninggikan suaranya.
“Saya
cari awak, Anis. Awak pernah cakap rumah mak cik awak kat Florence so saya
cari. Kebetulan tadi jumpa awak kat Venice,” jawab Alif lembut.
Anis merengus. Dia berasa Alif hanya
menganggu ketenangannya di sini. “Cukuplah Harith datang sampai sini. Kenapa
Alif ni datang juga?” soal hati kecilnya sendiri. Alif hanya melihat reaksi
perempuan itu yang kelihatan tidak selesa. Dia datang menghampiri Anis
perlahan-lahan.
“Nis,”
ujarnya sambil memegang tangan gadis itu. Anis segera menjauh.
“Don’t touch!” bentak Anis.
Harith yang sedang duduk terus berdiri menghampiri
mereka berdua di tepi tasik.
“Apa
benda kau ni?” marah Harith sambil memandang Alif dengan penuh kebencian.
“Apa
masalah kau? Ada aku cakap dengan kau!” bentak Alif pula. Keadaan mereka
semakin tegang. Anis berasa serba salah.
“Stop it! Kalau kau orang nak gaduh, bla
dari sini!” bentak Anis pula lalu beredar meninggalkan mereka berdua.
Harith melarang Alif untuk mengikuti
Anis. Alif yang berkeras terus meninggalkan Harith dan mengejar Anis dari
belakang.
“Anis,
tunggu! Jangan buat saya macam ni?” rayu Alif sambil menarik lengan Anis. Anis
cuba melepaskan pegangan tangan Alif. Dalam beberapa saat sahaja, satu tumbukan
harith mengena ke pipi Alif. Alif terduduk.
“Harith!
Dah lah!” jerit Anis lalu menarik Harith dari terus berkelahi. Harith segera
menarik Anis untuk beredar dari situ. Alif yang masih kesakitan berusaha untuk
bangun.
Dalam perjalanan, Anis melepaskan
kemarahannya terhadap Harith.
“Tak
puas gaduh kat Malaysia? Kat sini pun nak tunjuk hebat? Jangan ganggu saya
lagi! Tolonglah!” bentak Anis berjalan mendahului Harith.
“Anis,
saya sayang awak. Saya tahu awak pun sayang saya lagi kan,”
Kata-kata Harith kali ini membuatkan
langkah Anis terhenti. Dia menoleh Harith dengan pandangan yang sayu. Matanya
berkaca dan airmata menitis di pipinya. Harith segera menghampiri Anis lalu
mengusap airmata gadis itu. Anis hanya melihat tindakan Harith.
“Harith...,”
panggil Anis. Harith mengangguk. “...saya masih sayang awak. Jangan tinggalkan
saya lagi ya,”
Harith tersenyum lalu berkata, “Saya
minta maaf sebab pernah sakiti awak. Saya bersalah sebab meragui cinta awak
Anis Syazwani. Saya takkan tinggalkan awak lagi. Saya cintakan awak,” ucap
Harith lalu menarik Anis ke pelukannya. “Saya hantar awak balik,” ujar Harith.
*******************************************
Matahari sudah terik di atas kepala namun
Anis masih belum bangun dari tidur. Entah kenapa badannya panas sekali pagi
ini. Aunty Alice mulai risau. Dia cuba membangunkan Anis tetapi gadis itu masih
enggan bangun.
“Anis
tak sedap badan aunty. Anis rehat je ya. Tak payah pergi jumpa doktor,” pinta
Anis lalu menarik selimutnya hingga ke paras dada.
“Ya lah. Anis rehat ya sayang. Tak payah kelur
hari ni. Tidur je, berehat. Aunty nak ke pasar sekejap ya,” balas Aunty Alice.
Anis kembali melelapkan matanya. Badannya
terasa berat untuk duduk apatah lagi untuk
berdiri. Sinar matahari yang menerangi kamarnya tidak dapat membantunya
bangun. Tubuhnya sakit-sakit seperti di pijak orang.
“Kenapa
ni ya Allah? Aku tak penat pun. Kenapa jadi macam ni?” bisiknya. Matanya
terbuka kembali apabila telefon berdering. Harith yang menghubunginya.
“Hello,” ucap Anis lemah.
“Sayang,
are you ok? Kenapa suara lembik je?”
soal Harith.
“Tak
sihat sikit. Jangan risau ok sayang.” balas Anis.
“Kalau
tak sihat, saya bawa pergi klinik nak?”
Harith menawarkan diri untuk
membawa Anis tetapi Anis enggan dan lebih memilih untuk berehat di rumah
sahaja.
“Sure? Nanti saya call awak lagi ya. Rehat banyak-banyak. Kalau sakit ingat saya,
nanti mesti sihat,” ujar Harith sambil tertawa kecil.
“Kalau
sakit ingat Allah lah, barulah sihat. Kalu ingat awak makin sakit nanti,” gurau
Anis.
“Ya
lah Cik Anis. Bye sayang,”
Mereka memutuskan talian dan Anis
kembali tidur. Sehingga jam 12 tengahari, Anis masih terbaring di atas
katilnya. Aunty Alice semakin risau dan menghubungi ibu bapa Anis di Malaysia.
Mereka meminta agar Aunty Alice dapat membantu menjaga Anis di Itali.
Anis mulai segar apabila tiba jam 3
petang. Badannya terasa ringan dan bertenaga.
“Anis
dah sihat?” tanya Aunty Alice.
“Dah
elok sikit aunty. Tak tahu lah tadi memang Anis tak larat betul nak bangun.
Alhamdulillah, much better now,”
balas Anis sambil menyuap secebis roti ke dalam mulutnya.
Pintu
rumah Anis diketuk. Alif cuba mengetuknya sekali lagi. Lelaki itu duduk di
sebuah kerusi di halaman rumah Anis apabila pintu masih tidak dibuka.
“Tak
ada orang ke?”
Telefon bimbitnya berdering. “Hello,”
“Alif,
bila nak balik?” soal ibunya dari Malaysia.
“Alif
hanya akan balik kalau Alif dapat bawa balik Anis. Masanya akan tiba, ma. Mama
sabar ya,” balas Alif.
“Dah
lah tu. Dia dah tak nak. Jangan dipaksa nak,” pinta ibunya. Alif segera
memutuskan talian. Dia tetap berkeras hendak membawa Anis pulang ke Malaysia
sebagai isterinya.
“Excuse me,” kedengaran suara seorang
wanita menegur Alif dari belakang. Aunty Alice baru pulang.
“Aunty,
I’m Alif. Is Anis in?”
“Sorry
but Anis went out few hours later,”
“May
I know with who?”
“His
friend, Harith, maybe,”
Alif segera meninggalkan Aunty Alice dan
terus memandu kereta. Aunty Alice yang kehairanan hanya menggeleng. “Apa kena
budak ni?” ujar Aunty Alice.
“Aku takkan lepaskan kau Harith. Kau memang
kawan tak guna. Kau rebut Anis dari aku. Jaga kau!” desir hati Alif sambil
memandu menuju ke Colosseum. Dia ingin menenagkan fikiran di sana sambil
melihat seni bina antik tempat itu. Kisah masa lalu membangkitkan rasa
bencinya.
3 bulan yang lalu...
Alif
menemui Harith di sebuah tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah.
Mukanya kelihatan marah dan tegang.
Imran
pula sedang mengikuti Alif dari belakang. Dia ingin tahu di mana Harith berada.
Mereka
berdua tiba di tempat yang ditunggu oleh Harith.
“Hai,
Alif. Apa hal nak jumpa bro?”
Tanpa sepatah kata, Alif terus mengenakan
satu tumbukan ke arah Harith. Hrith tersungkur di tempat letak kereta. Imran
terkejut dengan tindakan kasar Alif.
“Woi,
apahal kau ni Lif?” bentak Harith. Harith segera bangun untuk menghampiri Alif.
“Kau
tahu apa salah kau? Kenapa kau lamar Anis?” Alif sangat berang dan marah. Imran
hanya memerhati dari jauh.
“Aku
cintakan dia. Apa masalah kau? Kau suka dia?” soal Harith.
“Bodoh!
Sejak dulu aku suka dia. Kenapa dia pilih kau? Bomoh mana kau guna?” penghina
Alif membuatkan Harith marah dan mengenakan tumbukan ke arah Alif pula.
Imran segera menuruni motorsikalnya lalu
cuba untuk menghentikan pergaduhan itu.
“Woi,
apa hal kau orang ni?” bentak Imran cuba meleraikan pertelingkahan. Alif dan
Harith tetap berkeras. Tanpa berfikir panjang Imran menumbuk kedua-dua mereka
hingga tersungkur.
“Kau
orang tak payah gaduh pasal perempuan boleh tak? Sebab Anis kau orang gaduh
macam ni? Dengar sini! Aku cintakan Anis. Puas?” bentak Imran lagi.
“kau
jangan macam-macam Imran. Anis tu tunang aku!” teriak Harith.
“Aku
dah lama sayang Anis. Tapi ada orang nampak semua ni? Aku simpan perasaan ni
macam orang gila sorang-sorang. Ada kau orang kisah?” teriak Imran pula.
“Tak
guna kau Imran!” Harith segera menumbuk Imran hingga dia terduduk. “Kau orang sanggup
makan kawan sendiri! Anis tunang aku dan selamanya milik aku, faham?”
Imran segera menunggang motorsikalnya lalu
melanggar Harith hingga kepalanya terhentak di tiang tempat letak kereta hingga
dia tidak sedarkan diri.
******************************
Anis sedang berjalan-jalan bersama Harith di
Verona. Pusat beli-belah di situ memang memuaskan hati para pengunjung.
Barangan yang dijual dengan harga yang murah membuatkan Verona menjadi pusat
beli-belah tumpuan pelancong.
Harith terpandang sebuah kedai menjual topi
musim sejuk dan segera menarik Anis ke kedai tersebut. Anis hanya mengikut
Harith. Lelaki itu memilih satu topi yang bersaiz besar dan berwarna ungu lalu
ditunjukkan kepada Anis.
“Besar
sangat lah sayang. Awak ingat kepala saya besar sangat?”
“Boleh
tahan lah besar juga saya tengok,” balas Harith membuatkan Anis merajuk. “Ala,
jangan merajuk,” pujuk Harith sambil mencuit dagu Anis. Anis memalingkan muka.
“Anis !”
Kedengaran suara perempuan memanggil Anis
dari kejauhan di belakang. Anis dan Harith menoleh lalu melihat Fara, sahabat
lamanya. “Fara !”panggil Anis pula lalu berlari mendapatkan Fara. Harith hanya
menggeleng melihat kelakuan kekasihnya itu.
“Anis!
Rindunya kat kau!” ujar Fara kegirangan.
“Err,
Fara. Kau buat apa kat sini?”
“Aku
baru habis study. Dah tiga tahun aku kat sini. Apasal tak pernah jumpa kau?”
“Aku
baru je lah kat sini. Tengok tu, aku dengan Harith,” jawab Anis sambil menunjuk
ke arah Harith yang sedang menunggunya di kedai. “Jom jumpa Harith,” ajak Anis.
Mereka berdua menuju ke Harith. “Hai,
sihat?” tanya Fara.
“Sihat.
Tengok ni,” balas Harith. “Jom join
kita orang nak pergi jalan-jalan,”pelawa Harith.
“Boleh
juga,” ujar Fara lalu mengikut pasangan itu jalan-jalan sekitar Verona. “Kau
duduk mana Nis?”
“Kat
rumah Aunty Alice, mak cik aku tu,”
Setelah
seharian berjalan, mereka bertiga pulang ke rumah Aunty Alice. Fara
diperkenalkan kepada Aunty Alice. Mereka menjamu makan malam bersama. Malam itu
Anis dan Fara yang memasak.
Harith duduk di ruang tamu sementara Anis
dan Fara sedang membersihkan dapur. Aunty Alice menyapa lelaki itu.
“Harith,
termenung ke?” soal Aunty Alice lalu duduk berhampiran Harith yang sedang
melihat ke arah dapur. Harith tersenyum. “Perempuan ni, kalau dah jumpa geng.
Memang lupa pasal boyfriend kejap
tau,”
“Biarlah
aunty. Saya tak kisah pun,” balas Harith.
“Kamu
ni memang dah lama ke bercinta dengan Anis tu? Tak takut?”
“Lama
lah juga. Tapi kenapa nak takut pula?” Harith bingung.
“Anis
tu kan garang. Silap sikit je kena marah. Baik-baik lah ya,” gurau Aunty Alice.
“Saya
suka perempuan garang-garang ni aunty. Tapi jangan garang sangat,”
Mereka berdua ketawa. Anis dan Fara hanya
menoleh apabila mendengar bunyi ketawa dariruang tamu.
“Apa
yang kelakar tu?” tanya Anis.
“Entah
lah. Aunty Alice tu baik juga kan,” ujar Fara.
“Aunty
aku, mesti baik macam aku kan,”
“Perasan
nya!”
Tiba-tiba Fara bertanya tentang hubungan
Harith dan Anis.
“Aku
tahu dulu kau suka Harith. Tak tahu pula aku sampai dah pernah tunang,”
“Haha.
Dia romantic tau,”
“Ya
lah tu!”
*********************************
Harith dan fara sedang menunggu Anis yang
berada di tandas awam. Mereka bertiga jalan-jalan sekitar Flourence berdekatan
dengan rumah Aunty Alice.
“Mana
awek sorang ni?” soal Fara.
“Sabar
lah. Kejap lagi keluar lah dia,” balas Harith.
Tiba-tiba seseorang menepuk bahu Harith
dari belakang.
“Ma?”
“Harith.
Mama ni.” ujar wanita itu. Harith segera bersalaman dengan ibunya lalu mendakap
wanita itu.
“Mama
bila sampai? Kenapa ke sini?”
“Harith
kan dekat sini. Mama cari Harith lah. Mama tahu kamu mesti kat Flourence sebab
kamu kan selalu cakap pasal tempat ni dulu,”
Mereka melepaskan rindu anak dan emak hingga
terlupa Fara di belakang. Ibu Harith melihat Fara berada di belakang Harith
lalu menyapa gadis itu. Wanita itu turut mencium dahi Fara. Harith yang bingung
dengan kejadian itu hanya berdiam dan memerhati sahaja.
“Mama
suka pilihan kamu yang sekarang ni. Baguslah kamu dah dapat lupakan Anis,”
Harith dan Fara terkejut dengan
kata-kata ibu Harith itu. Mereka tidak menyangka bahawa ibuharith beranggapan
bahawa mereka berpasangan.
“Aunty,
maaf. Tapi aunty dah salah fa...”
Belum sempat Fara menghabiskan
kata-katanya, wanita itu sudah memeluknya membuatkan Fara kehilangan kata-kata.
Fara takut bersuara kerana risau menyingung perasaan wanita itu. Anis yang baru
sahaja keluar dari tandas berhenti apabila melihat ibu Harith sedang memeluk
Fara.
“Bila
nak nikah ni? Kenapa Harith tak bagi tahu mama?”
Harith, Fara dan Anis terkejut mendengar
pertanyaan ibu lelaki itu.
“Ma,
apa mama ni? Dia ni kawan Harith je,” ujar Harith yang cuba meleraikan salah
faham itu.
“Ala,
dengan mama pun nak sorok. Ngaku je ni girlfriend baru kan. Mama gembira sangat
harith dah ada pengganti Anis,” balas ibu Harith yang tidak sedar bahawa Anis
berada di sekitar situ.
Anis yang mendengar kata-kata itu segera
meniggalkan mereka dan terus pulang ke rumah. Anis tidak menyangka bahawa ibu
Harith lebih suka Harith mendapatkan pengganti dirinya.
Jam menunjukkan pukul 9 malam. Fara
dan Harith masih belum pulang. Anis mulai yakin bahawa ibu Harith betul-betul
serius dengan kata-katanya tadi. Anis akhirnya memutuskan untuk menghalau Fara
dan Harith apabila mereka pulang nanti.
Sementara itu, Harith dan Fara sedang dalam
perjalanan pulang ke rumah Aunty Alice.
“Harith,
kau kena bagitahu mak kau siapa aku ni. Jangan sampai salah faham. Aku rasa
Anis dah dengar sebab dia dah tak ada tadi,” pinta Fara.
“Aku
pun tak tahu kenapa mak aku cakap macam tu. Main cakap je. Bukan nak tanya
dulu,” rungut Harith. Setibanya di rumah Aunty Alice, mereka melihat beg-beg
pakaian mereka sudah berada di luar rumah. Pintu rumah sudah dikunci. Rumah
sudah gelap.
“Kan
betul, Anis dah marah! Aku dah cakap,” ujar Fara.
Harith menelefon Anis namun panggilannya
tidak diangkat. Mereka mulai risau. Fara menghantar pesanan ringkas kepada
Anis.
Anis,
tolong jangan macam ni. Aku boleh jelaskan semua ni. Ini salah faham je. Anis
buka pintu ni. Please.
Anis tidak membalas pesanan itu. Harith cuba
menelefon lagi ttapi masih tidak diangkat. Anis sedang berbaring di atas katil
dan menangis. Dia berasa sangat sedih kerana ibu Harith masih menyalahkannya
dan masih mencari pengganti dirinya
untuk Harith. Sudah hampir 10 panggilan tidak dijawab tetapi telefon bimbitnya msih dibiarkan di meja sisi katilnya.
Kerana terlalu marah panggilan dari Harith terus masuk ke telefon bimbitnya,
dia turun ke tingkat bawah dan menemui mereka di luar rumah.
Pintu rumah dibuka dengan kuat lalu
membentak Harith yang berada di muka pintu.
“Apa
masalah kau orang ni ha? Semua barang-barang kau orang dah ada kan, bla lah!”
“Sayang,
jangan macam ni? Mama tadi tu salah faham je. Mama masih tak tahu apa-apa,”
balas harith cuba memujuk Anis.
“Nis,
jangan macam ni. Takkan kau tak percaya kawan kau sendiri?” ujar Fara pula.
“Baik
kau orang pergi dari sini sebelum aku jadi hantu! Jangan kacau aku lagi,”
“Anis
tolonglah. Kita pernah janji takkan tinggalkan satu sama lain lagi kan? Please jangan macam ni sayang,”
“Apa
sayang? Siapa sayang kau? Baik kau orang pergi sekarang sebelum heboh satu
tempat ni nanti. Bla!”
Harith masih cuba memujuk Anis. Tangan Anis
diraih namun Anis melepaskannya dengan penuh kekerasan.
“Jangan
sentuh aku! Pergi! Pergi dekat mak kau. Dan kau Fara, pergi kat bakal mak
mertua kau tu! Get lost!” bentak Anis lalu menutup pintu dengan kuat. Fara dan
Harith tidak mampu berbuat apa-apa.
“Jom
lah. Kau tidur hotel dengan aku malam ni. Mak aku pun kat sna,”
Fara hanya mengikut kerana tiada pilihan
lain. Mereka menuju ke hotel tempat penginapan ibu Harith.
“Fara,
buat apa kat sini? Kata tidur rumah kawan,” ujar ibu Harith.
“Kawan
dia tak ada kat rumah. Dia tidur sini,” jawab Harith.
“Kalau
macam tu, tidur sebilik je lah dengan aunty. Tak payah Harith bayar
banyak-banyak bilik”
**************************************
Badan
Anis terasa sakit-sakit. Kakinya terasa berat untuk berdiri. Hatinya juga tidak
berasa tenteram. “Kenapa aku ni?”
Sudah hampir dua bulan keadaan seperti ini
menimpanya. Dia mulai risau. Wajahnya juga tidak sesegar dulu.
“Tak
mungkin ini sebab pertunangan Fara dan Harith. Dia orang bertunang tak ada kena
mengena dengan aku,” bisiknya sendiri. Dua bulan sudah berlalu sejak kejadian
malam itu. Anis mendapat khabar bahawa Harith sudah ditunangkan dengan
sahabatnya Fara. “mereka dah happy
sekarang. Buat apa aku kisah?”
Alif muncul di muka pintu rumah Aunty
Alice. Wajah kelihatan risau dengan keadaan Anis sekarang. gadis itu sudah
menjadi murung. Tidak seperti Anis yang dikenalinya dulu. Anis kini hanya duduk
diam di rumah dan kurang bercampur orang. Anis menyedari kehadiran Alif lalu
menegur lelaki itu.
“Masuklah.
Buat apa tercegat situ?”
Alif melangkah masuk ke rumah Aunty Alice.
Dia duduk disebelah Anis.
“Anis,
kalau awak jadi macam ni sebab lelaki tak guna tu, baik awak ubah diri awak.
Jangan seksa jiwa awak macam ni,” rayu Alif yang kasihan melihat keadaan Anis
seperti orang kehilangan harapan.
“Alif,
saya langsung tak terfikir pasal dia orang. Memang smpai sejkarang saya still
cintakan Harith. Tapi saya bukan orang yang akan seksa diri sendiri hanya
kerana saya tak dapat miliki apa yang saya nak,” balas Anis sambil
terbatuk-batuk.
“Habis
tu kenapa awak jadi macam ni? Awak dah lain Anis,”
“Saya
tahu semua tu. Saya sedar perubahan pada diri saya. Tapi percayalah, semua ni
tak ada kena mengena dengan Harith. Saya dah tak kisah dia tunang dengan siapa
pun. Suka-suka dia lah!” Anis bertegas kali ini. Alif hanya berdiam. Dia tidak
sampai hati melihat perempuan yang dicintrainya menderita seperti itu. Alif
memutuskan untuk ke Malaysia dan mencari Harith.
Penerbangan Alif tiba pada jam 5 petang
di KLIA. Alif akhirnya dapat kmbali ke tanh air walaupun untuk mencari keadilan
untuk Anis. Dia berjanji akan membalas dendam kepada Harith. Dia terus
menelefon salah seorang rakannya untuk mengambilnya. Naim datang dengan
keretanya lalu menjemput Alif di KLIA.
“Kau
nak buat apa pergi JB?” soal Naim.
“Aku
nak cari Harith,” balasnya sinis. Naim hanya berdiam dan memandu keretanya
menuju ke JB.
Tepat jam 9 malam, mereka berdua tiba di
Taman Mawar. Sekarang mereka berada bertul-betul di depan rumah Harith. Tanpa
mengucap salam, Alif segera menggegar pintu pagar rumah mewah itu.
“Harith!
Kau keluar sekarang!” bentak Harith membuatkan seisim rumah itu bangkit dari
tempat duduk dan menuju ke muka pintu. Harith melihat Alif sedang berang di
hadapan rumahnya. Harith terpaksa menemui Alif dengan berani.
“Apahal
kau ni jerit depan rumah orang?”
Tanpa sepatah kata, Alif mengenakan satu
tumbukan ke wajah Harith. Harith terduduk hingga badan belakangnya terlanggar
pintu pagar. Alif menarik Harith bangun dan mengenakan satu tumbukan lagi. Naim
yang cuba menghentikan tindakan Alif itu gagal kerana Alif bertindak di luar
kawalan. Hidung dan mulut Harith sudah berdarah-darah. Alif terus memukul
hingga Harith terduduk lemah. Tiba-tiba Fara datang dan menarik Alif ke
belakang. Fara segera menampar wajah Alif.
“Aku
tahu kau cintakan Anis. Tapi kau kena tahu Harith tak salah!” bentak Fara.
“Tak
salah kau cakap? Anis sakit macam orang putus nyawa kat Itali! Anis tak pernah
lupakan Harith tapi lelaki belakang kau tu, seronok bertunang dengan kau! Kau
ni kan memang jenis kawan makan kawan tahu tak!” balas Alif pula.
“Kau
dengar sini baik-baik Alif. Pertunangan aku dengan Harith tak ada mekna
apa-apa. Kita orang terpaksa ikut cakap parents.
Harith dah rancang macam mana nak terangkan pada Anis,”
“Fara...”panggil
Harith. “Biar dia puaskan hati dia. Bar dia jadikan aku tempat lepas geram,”
ujarnya. “Kau tahu tak sebenarnmya kau tu pengecut! Kau tak berani sentuh aku
depan Anis kan? Tu sebab kau datang sini tanpa pengetahuan Anis. Kalau Anis
tahu dia akn benci kau sebab dia sayangkan aku! Kau tak dapat hati dia, aku kau
nak lepas geram!” bentak Harith yang betul-betul mencabar Alif.
“Harith,
enough. Biarkan dia. Jom masuk,” Fraa
menarik tangan Harith. Mereka masuk ke rumah tanpa mempedulikan Alif. Naim
segera membawa Harith pulang ke rumah ibu bapanya.
Telefon bimbit Alif berdering. Anis yang
menelefon.
“Alif kat mana ni? Kenapa Anis call tak angkat dari tadi?” tanya Anis dengan suaranya yang serak.
“Alif
tidur tadi. Nanti Alif telefon lagi. Bye,”
Alif menampar-nampar mukanya sendiri.
Dia menangis. “Lif, kenapa kau ni?” tanya Naim.
“Aku
benci diri aku! Aku memang cintakan Anis. Tapi Harith kawan aku, tak patut aku
buat dia macam tu.Dia betul, aku memang pengecut. Aku nak nampak baik depan
Anis. Aku tak nak Anis benci aku. Tapi aku syaang dia Im,” ujar Alif. “Patah
balik rumah Harith sekarang!” pinta Alif
keras. Naim hanya menurut saja kehendak rakannya itu.
Alif keluar dari tempat duduk penumpabng
hadapan dan mengetuk pagar rumah Harith.
“Apa
lagi ni?” rungut Fara yang sedang mengubati luka di bibir Harith. “Biar fara
tengok,”
Harith menarik Fara dan menghalangnya.
“Biar aku tengok. Kau tunggu sini. Kalau dia buat hal lagi, telefon polis,”
Harith menemui Alif di luar. Harith sudah
bersiap sedia jika dia akan diserang lagi oleh Alif. Tapi kali ini Alif
menghampirinya lalu melutut di hadapan harith.
“Aku
memang pengecut. Aku cintakan Anis sampai lupa kau kawan aku dulu. Sekarang kau
buatlah apa pun. Balaslah semua prbuatan aku pada kau. Aku minta maaf,”
Harith menarik Alif berdiri dan menarik
kolar baju lelaki itu.
“Kau
kawan aku. Kau kena tolong aku. Tolong buat Anis faham tentang pertunangan aku
dengan Fara. Itu je yang perlu kau buat untuk aku,”
*******************************************
Anis
terpaksa di bawa ke hospital. Aunty Alice menelefon ibu bapanya di Malaysia dan
memberitahu tentang keadaan Anis. Aunty Alice sangat risau akan keadaan anak
saudaranya itu. Anis sedar sebaik sahaja dia dirawat oleh doktor.
“Aunty,
mana ni?”
“Hospital
sayang. Dah jangan banyak cakap. Rehat ya,”
Doktor mengesahkan Anis keadaan Anis stabil
dan dia tidak menghidapi apa-apa penyakit serius. “Anis kurang rehat ke sayang?
Doktor kata Anis ok. Doktor pun tak tahu kenapa jadi macam ni?” ujar Aunty
Alice sambil mengusap-usap kepala Anis.
“Aunty
tahu kan, Anis tak buat kerja berat pun. Tak penat pun. Anis sakit apa aunty?”
tanya
Anis ingin tahu. Sesekali dia batuk berdarah tetapi menurut doktor dia tidak
ada sebarang simtom penyakit.
“Anis
nak tak balik Malaysia, nak? Kita buat perubatan tradisional,”
Anis akhirnya bersetuju untuk pulang ke
Malaysia dan menjalani rawatan tradisional. Dia sudah tidak tahan dengan
keadaan tubuh badannya sekarang. Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi, Aunty Alice
dan Anis sudah bersiap untuk ke lapangan terbang.
Mereka tiba di Malaysia pada jam 4 petang.
Mereka terus menuju ke Pasir Gudang dari KLIA. Pemandu Aunty Alice sudah
menunggu mereka sejak pagi di lapangan terbang itu.
Setibanya
di Pasir Gudang, mereka menuju ke rumah ibu bapa Anis di Taman Scientex.
Dua hari kemudian, Anis, Aunty Alice dan
ibu bapanya pergi ke Taman Mawar kearana mendapt saranan dari tetangganya.
Terdapat satu pusat perawatan Islam di situ. Darussyifa’. Mereka masuk dan
melihat ramai orang sedang menunggu untuk perawatan. Giliran Anis tiba pada
pukul 9 pagi. Anis masuk dan melihat seorang ustaz sedang membaca ayat-ayat
Al-Quran.
“Sila
masuk,”jemput ustaz itu. Anis duduk berhadapan dengan ustaz itu.
“Apa
masalah boleh syaa bantu?”
“Anak
saya ni ustaz. Dah hampir dua bulan dia sakit tak baik-baik. Saya risau ni,”
jawab ibu Anis.
“Dia
tinggal mana sebelum ni?”
“Sebelum
dia ke luar negara, dia memang tinggal dengan saya. Tapi bila dia ke luar
negara, dia tinggal dengan adik say kat sna,”
“Luar
negara mana?”
“Itali,
ustaz.”
Ustaz itu memberikan Anis sebotol air yang
sudah dibaca dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa mustajab. “Minum air ni
setiap kali bangun tidur, sebelum tidur, sebelum makan dan lepas makan. Kalau
ada lebihan, sapukan pada kepala dan berselawat. Solat jangan tinggal. Air ni
boleh ditambah dengan air biasa,” pesan ustaz itu.
Anis pulang ke rumah dan dis disuruh untuk
berehat di biliknya sahaja. Anis baring di atas katil lalu melelapkan mata. Ibu
bapanya dan Aunty Alice menuju ke ruang tamu dan membiarkan Anis berehat di
dalam bilik.
Anis teras haus sebelum sempat melelapkan
matanya. Dia menuang segelas air yang diberi oleh ustaz tadi dan meminumnya.
Anis kembali merebah diri di atas katil. Matanya mulai pejam dan bayangan gelap
menyelubunginya. Tiba-tiba tekaknya terasa panas dan dia muntah darah. Muntah
darah yang dipenuhi kaca-kaca. Anis merasakan tubuhnya seperti dibakar. Dia
menggelupur hingga jatuh dari katil tekaknyam bagai dihirs-hiris pisau yang
amat tajam.
“Argghhhhhh!”
Jeritan Anis membuatkan Aunty Alice dan ibu
bapanya terkejut. Mereka segera berlari ke bilik Anis dan mendapati Anis sudah
terbaring di atas lantai tanpa sedarkan diri. Anis segera di bawa ke hospital.
“Alice,
Anis kenapa sebenarnya ni? Dia buat apa je kat rumah kau?”
“Tak
tahu Kak Long. Dia ok je mula-mula. Lama-lama makin teruk sampai macam ni,”
Anis tidak sedarkan diri hingga waktu
malam. Semua pelawat sudah pulang melainkan Aunty Alice dan ibu bapa Anis.
“Maaf,
puan. Masa melawat dah habis. Sila tinggalkan pesakit,” arah jururawat di
hospital itu. Mereka meminta izin untuk menemani Anis tetapi jururawat itu
tidak membenarkannya.
Sebaik
sajaha mereka melangkah keluar dari wad Anis, Anis menjerit dengan nyaring
sekali hingga mengejutkan semua staf di hospital itu. Doktor dan beberapa orang
jururawat segera menuju ke wad Anis. Mereka melihat Anis sedang duduk
mencangkung di atas katil dengan muka berwarna hitam. Matanya merah menyala.
Doktor itu cuba berbicara dengan Anis tetapi gagal apabila Anis tidak
mengendahkan doktor itu malah dia trus ketawa mengilai-ngilai di aatsa katil.
Rambutnya menutupi hampir searuh wajahnya.
“Anis,”
panggil Aunty Alice. “Ni Aunty Alice sayang,”
Anis terus pengsan dan rebah diatas katil
hospital. Mereka segera meminta izin doktor untuk membawa Anis berubat di
kampung. Doktor memberi keizinan kerana khuatir dengan keadaan Anis yang
meragukan itu.
Anis dibawa ke Kampung Cahaya Baru.
Terdapat seorang bidan ustaz yang tinggal di situ yang biasa menangani kes
seperti itu. Anis dibaringkan di hadapan ustaz itu. Ustaz itu meminta
pembantunya membawa beberapa keping Surah Yassin. Al-Quran bersaiz kecil
diletakkan di sisinya. Ustaz itu memulakan rawatan setealh mendengar masalah
Anis dari ibu bapanya.
“Kita
mulakan sekarang ya puan?”. Ibu Anis hanya mengangguk dengan kata-kata ustaz
itu. Ustaz itu memulakan dengan bacaan basmallah dan selawat. Anis masih tidak
sedarkan diri. Ustaz itu kemudian membaca surah AL-Ikhlas tiga kali dan setelah
itu Anis bangun dari baring. Matanya hitamnya meliar melihat keliling rumah itu.
Kepalanya dipusingkan ke belakang sambil melihat Aunty Alice dengan senyuman
menyeramkan.
“Awak
siapa?” tanya ustaz itu lembut. Anis kembali menoleh wajah ustaz itu.
“Aku
Anis lah. Takkan tak kenal?”
“Apa
nama penuh kau?”
“Anis
Syazwani lah bodoh!”
Anis melihat sekeliling rumah itu sudah
dipenuhi oleh pembantu ustaz. Dia menunduk lalu perlahan-lahan dia berdiri. Usaz
dan seisi rumah turut berdiri.
“Aku
tahu kau bukan Anis.” Ujar ustaz itu.
“Kalau
bukan Anis siapa? Harith?”
Kata-kata itu mebuatkan Aunty Alice
terkejut besar. “Siapa Harith?” tanya ustaz itu kepada keluarga Anis yang
berada di situ.
“Kekasih
dia,” jawab Aunty Alice takut-takut.
“Kekasih?
Siapa cakap dia kekasih aku? Dia musuh aku!” teriak Anis yang jiwanya sedang
dikawal oleh sesuatu.
“Diam!
Aku tak tanya kau iblis!” bentak ustaz itu membuatkan Anis marah dan menampar
wajah ustaz itu. “Allahu Akbar!” laung ustaz itu lalu menangkap kepala Anis.
Anis menggelupur seolah-olah menahan kesakitan.
“Siapa
hantar kau untuk usik tubuh gadis ini?” tanya ustaz itu lembut.
“Tuan
aku lah! Takkan kau pula!” jerit satu suara yang keluar dari mulut Anis.
Ustaz itu segera mebaca ayat Kursi dan
berulang-ulang kali melaungkan azan. Anis mulai panas dan mukanya hampir hitam
seluruhnya. Aunty Alice dan ibu bapa Ans semakin risau melihat anaknya.
“Nama
tuan kau siapa?” tanya ustaz itu lembut lagi.
“Kau
sibuk nak tahu kenapa? Sedara kau ya?”
Sesuatu yang merasuk Anis semakin
mencabar ustaz itu. Tiba-tiba Anis menjerit kesakitan. “Imran! Lepaskan aku!
Sakiiiiit!” jerit suara yang keluar dari mulut Anis. Aunty Alice dan ibu bapa
Anis terkejut mendengar kata-kata anak gadisnya itu. Imranlah yang selama ini
telah menganggu anaknya secara halus. Tiba-tiba suatu bayang hitam terus keluar
dari mulut Anis dan bayang itu terus keluar menuju ke satu rumah berhampiran
rumah ustaz itu.
“Imran?”
bisik ustaz itu. “Itu rumah Imran. Imran itu ke yang ‘dia’ maksudkan?” ujar
ustaz itu sambil melihat bayang hitam itu. Ustaz segera menghampiri rumah
Imran. Anis sudah pengsan kerana terlalu penat badannya dikawal oleh makluk
halus. Ustaz menendang pintu dan melihat Imran sedang terbaring dia atas lantai
rumah. Ustaz itu terus meletakkan jarinya ke urat nadi di leher Imran dan
mendapati Imran sudah meniggal.
“Innalillahi
Wainailaihirajiun,”
*****************************************
Anis
dibawa ke hospital dan ditempatkan di wad ICU. Dia pengsan sejak malam tadi dan
jantungnya berdegup kencang kerana terlalu penat. Hampir seluruh badannya
dikuasai oleh kuasa jahat Imran malam tadi. Setelah diberi suntikan penenang,
barulah Anis kelihatan sedikit kesegaran pada wajahnya. “Alhamdulillah semua
dah selesai,” ujar Aunty Alice. Ibu Anis sedang duduk di samping katil anaknya
itu.
Anis sedar pada jam 2 petang. Ubat
penenang itu membuatkan gadis itu lena dan melupakan sebentar kejadian malam
tadi.
“Ma,
kat mana ni?”
“Anis
kat hospital, nak. Anis dah rasa sihat ke?”
“Anis...”
Anis cuba untuk duduk. “...pening sikit. Tapi rasa segar sangat ma,”
Ibunya tersenyum puas melihat keadaan
anaknya sekarang.
Anis menuju ke luar wad kerana ingin
berjalan-jalan untuk mendapatkan udara segar petang itu. Apabila tiba di satu
selekoh tembok hspital, dia hampir berlanggar dengan seorang gadis.
“Fara?”
tegur Anis apabila melihat gadis yang dilanggarnya ialah Fara.
“Anis,
kau buat apa kat sini?” tanya Fara yang melihat keadaan Anis yang lemah. Anis
tidak menjawab sebaliknya meninggalkan Fara. Fara terus mngikuti Anis dan
menghentikan langkah gadis itu.
“Nis,
kau masih marah aku ke?”
“Tak
lah Fara. Relax ok,”
“Aku
ada benda nak cakap. Jom duduk kejap,”
Fara membawa Anis ke sebuah bangku. Mereka
duduk berdua dan Fara memulakan perbualan.
“Masa
tu, mak dia ingat aku ni girlfriend dia. Mak dia memang marah dengan kau.
Setiap kali dia puji aku dan hina kau, Harith selalu bela kau. Pernah sekali
Harith kena halau kalau tak nak tunang dengan aku. Aku terpaksa plan dengan Harith supaya pertunangan tu
berjalan tetapi mak dia tak tahu yang kita nanti akan tunangkan kau dengan
Harith.”
“Kenapa
aku pula? Mak dia kan suka kau,” balas Anis.
“Harith
sayangkan kau sorang je Nis. Dah dua bulan kat Malaysia dia tak pernah lupakan
kau. Setiap hari dia tengok gambar kau orang. Dia memang tak cakap dengan aku
tapi aku tahu dia sedih. Lelaki mana nak tnjuk kan?”
Anis hanya mendengar kata-kata Fara tanpa
mengulas apa-apa.
“Kau
tahu semalam, dia gaduh dengan mak dia sebab mak dia kata kau perempuan tak
tahu malu. Mak dia kata kau tu dengan dia kau nak, Imran kau nak, Alif kau nak.
Harith berang lah apa lagi. Harith marah mak dia sampai dia kena halau dari
rumah. Dia kemalangan dalam perjalanan. Sekarang dia koma kat sini,”
Anis terkejut mendengar kata-kata Fara. Dia
segera berdiri.
“Mana
dia? Mana dia, Fara?”
“Dia
ada kat wad tingkat 3. Jom aku hantar,”
Anis segera menarik Fara ke wad Harith.
Harith sedang terbaring di katil wad dengan alat hospital. Harith koma sejak
semalam. Anis menghampiri Harith dan duduk di samping lelaki itu.
“Harith,
bangun. Saya ni,” bisik Anis ditelinga Harith. Air matanya berjuraian di pipi
melihat keadaan Harith yang terbaring. Fara terharu melihat kasih sayang Anis
kepada Harith. Terkadang dia merasa cemburu dengan cinta Anis.
“Anis,
aku nak bagitahu kau sesuatu,” ujar Fara.
“apa?”
“I love him Anis. I love Harith,”
Anis terkejut mendengar kata-kata Fara. Dia
tidak menyangka Fara akan menyakiti hatinya.
“Apa
kau cakap ni?”
“Aku
cintakan dia sejak aku bertunang dengan dia. Bukan sebab dia tunang aku tapi
sebab walaupun dia tunang aku tapi rasa cinta dia untuk kau sorang. Dia tak
pernah pandang aku macam pandang aku. Tak pernah senyum pada aku macam dia
senyum apda kau. Itu buat aku jatuh cinta dengan dia. Aku jatuh cinta pada
kesetiaan dia Anis.”
Anis
terdiam. “Dia ada sesuatu untuk kau. Ambil ni,” Fara menghulurkan topi sejuk
berwarna ungu. Saiznya cukup muat untuk dipakai oleh Anis. Anis menangis
apabila Fara memeberinya barang tersebut.
“Aku
jatuh cinta dengan Harith sebab ketulusan dia. Dia tulus mencintai kau Anis. But you don’t have to worry. Aku takkan
rampas dia dari kau. Kau kawan aku. Sahabat aku. Jadi Harith pun kawan aku. Aku
sayang kau orang,”
Anis memeluk Fara dengan erat. Anis
mengucapkan terima kasih kepada Fara. Fara segera beredar dan meninggalkan Anis
sendirian di wad Harith. Harith masih tidak sedarkan diri.
Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Harith
masih belum sedar. Anis terus setia menemani Harith dan dia tidak kembali ke
biliknya. Anis merebahkan kepalanya di sisi tangan harith. Tiba-tiba jari
Harith bergerak perlahan-lahan. Anis gembira melihat perkembangan Harith.
Namun, ibu Harith masuk ke wad dan melihat Anis berada di sisi katil anaknya.
“Anis,
buat apa kat sini?” tanya wanita itu dengan nada suara yang tinggi.
“Aunty...Anis
cuma...”
“Pergi
dari sini! Jangan ganggu Harith!” usir wanita itu lalu segera menarik tangan
Anis kelua dari wad. Anis akur dan terpaksa mengikut. Anis kembali ke biliknya.
Sementara itu, Harith sedar dan dia merasakan seperti Anis sedang bersamanya.
“Ma,”
panggil harith. Ibunya mendekatinya lalu mengusap dahi anaknya itu. “Anis ada
ke ma tadi?”
Wanita
itu terkejut. “Anis? Tak ada pun. Dari tadi mama kat sini dengan Harith,”
“Tipu!”
Fara masuk tanpa mengetuk pinu lalu
memotong kata-kata wanita itu.
“Bukan
aunty dengan Harith tadi. Tapi Anis. Anis datang tadi,” ujar Fara tanpa
menghiraukan perasaan ibu Harith.
“Fara,
stop it!”
“No. Harith kena tahu. Anis yang jaga dia
dari petang tadi. Aunty baru je sampai,”
Wanita
itu terkejut dengan kata-kata Fara. “Maafkan Fara, aunty. Anis kawan Fara.
Aunty tak boleh hina dia,”
“Anis
mana?” tanya Harith. Fara memberitahu Anis berada di wad ICU. Harith segera
menanggalkan peralatan rawatan dan terus menuju ke wad ICU. Dia meninggalkan
ibunya dan Fara.
Harith menolak pintu wad Anis. Anis yang
sedang makan malam terkejut melihat Harith di muka pintu.
“Harith?”
ujar Anis.
“Anis...”
Harith terus memeluk gadis itu. “Maafkan saya Anis. Saya dah banyak kali
kecewakan awak. Saya cintakan awak,”
“Harith,
saya pun cintakan awak. Jangan tinggalkan saya lagi,”
“Saya
takkan tinggalkan awak. Saya janji saya akan nikahi awak,”
Ibu Harith terkejut mendengar kata-kata
anaknya itu.
“Harith,
apa kamu buat ni? Kamu tunang Fara!” bentak wanita itu.
“Tak!
Saya bukan tunang Harith,” balas Fara cuba meleraikan kekusutan itu.
“Ma,
Harith hanya akan kahwin dengan Anis. Bukan orang lain. I love Anis, ma. Only Anis,”
Ibunya akur dengan kehendak anaknya. Dia
tidak mahu kehilangan Harith.
“Anis,
maafkan aunty ya. Aunty tak patut cakap macam tu. Kamu nak kan menikah dengan
Harith,”
Anis mengangguk lalu mendakap wanita itu.
Anis bersedia memaafkan ibu Harith memandangkan dia akan bernikah dengan Harith
tidak lama lagi.
“Anis,
awak tercipta untuk saya. Saya cintakan awak,” ujar Harith. Anis tersenyum.
Alif masuk ke wad Anis.
“Congratulation guys!” ucap Alif. “Avctually, aku dan fara dah tolong kau
orang tau. Better thank to us,” gurau
Alif. Fara hanya ketawa.
Anis
dan Harith gembira bersama. Akhirnya impian mereka untuk hidup bersama
tercapai. Harith berjanji akan melamar Anis sebaik mereka keluar dari hospital.










ceritanya best!!! thumbs up to you!!!
ReplyDeletethumbs up for u too...sbb sudi membaca :)
Delete