Aris
segera menghampiri doktor yang baru saja keluar dari bilik bersalin. Mukanya
kelihatan tegang dan risau. Tiada sedikit senyuman pun di wajahnya. Aris
terlalu khuatir tentang keadaan isterinya yang sedang menghadapi masa-masa
sulit untuk melahirkan anak sulung mereka. Namun, Aris tidak dibenarkan masuk
tadi membuatkan Aris semakin resah.
“Doktor, macam mana isteri saya? Anak kami macam mana?” tanya
Aris pantas.
“Anak encik telah selamat dilahirkan. Anak perempuan, encik.”
Doktor itu berhenti seketika.
Barulah
kelihatan sedikit senyuman di wajah kacak lelaki itu. Namun senyuman itu
kembali hambar apabila doktor itu kembali berkata-kata, “Tapi...” doktor itu
berhenti sekali lagi. “ Isteri encik tidak dapat kami selamatkan. Kami minta
maaf encik,”
Kali ini Aris
tidak dapat menahan sebak. Inilah kali pertama Atikah melihat sahabatnya itu
menumpahkan airmata. Selama 2 tahun menjadi sahabat Aris, Atikah belum pernah
melihat Aris menangis. Aris yang dikenalinya ialah seorang yang periang dan
ceria. Tetapi, kerana seorang isteri, Aris menumpahkan airmatanya sehingga
suaranya kedengaran serak. Marisa, ibu Aris cuba menenangkan anaknya itu tetapi
gagal apabila Aris segera menerpa pintu masuk bilik bersalin dan mendapati
isterinya sudah terbujur kaku di atas katil. Kedengaran nyaring suara seorang
bayi menangis ketika jururawat sedang membersihkan bayi tersebut.
Aris merapati
katil isterinya lalu dia mendakap erat tubuh kaku isterinya itu sambil
memanggil-manggil nama wanita itu. Aris tidak pernah sesedih ini. Atikah turut
menangis melihat Hana yang sudah tidak bernyawa lagi. Mereka merupakan sahabat
sejak 2 tahun yang lalu ketika mereka masih di universiti.
Setelah
selesai pengebumian Hana, Aris masih melutut memeluk batu nisan arwah isterinya
itu. Airmatanya masih belum kering sejak di hospital. Wajah kacaknya kini
dibasahi airmata kesedihan. Atikah cuba menenangkan Aris dan cuba memujuknya
untuk pulang. Setelah hari hampr senja barulah Aris pulang. Setibanya dirumah,
Aris mengurung dirinya di dalam bilik. Walaupun tidak berkunci, namun tiada
sesiapa pun yang berani memasuki bilik Aris kerana takut Aris akan bertindak diluar
dugaan memandangkan emosinya masih tidak stabil. Tetapi, setelah tiba waktu
makan malam Atikah memaksa dirinya untuk menemui Aris. Marisa juga turut risau
dengan keadaan anak tunggalnya itu.
Tanpa berfikir
panjang, Atikah membawa masuk anak Aris ke dalam bilik untuk menemui bapanya.
Aris sedang duduk dengan wajah yang murung di atas katil sambil menatap foto
arwah Hana. Kelihatan airmatanya masih lagi membasahi pipi. Atikah duduk di
birai katil sambil mengendong bayi yang comel itu.
“Aris, awak tak boleh terus macam ni. Tak baik buat macam ni,
nanti arwah tak tenang. Allah lebih sayangkan dia,” pujuk Atikah.
“Saya rindu Hana
sangat. Saya tak pernah terfikir dia akan tinggalkan saya,” kedengaran sebak
suara Aris.
“Ya Aris. Saya faham. Tapi awak tengok ni. Hana pergi tinggalkan
awak, tapi dia tinggalkan seorang anak. Allah lebih tahu. Allah tahu awak boleh
jaga dan didik anak ni sendirian. Mungkin sebab tu Allah ambil Hana tetapi Dia
tinggalkan seorang anak untuk awak jaga sebagai amanah.”
Aris terus memandang bayi yang ada ditangan
Atikah lantas hatinya terpanggil untuk mengendong mahluk kecil itu. Wajah Aris
membuahkan senyuman manis ketika melihat bayi comel itu. “Tengok budak ni, ada
tak macam muka Hana?” Aris bertanya sambil mengusap-usap kepala bayi itu.
“Mestilah ada. Kan tu anak korang. Mesti ada sikit iras muka
awak dan sikit iras muka Hana,” Atikah menjawab dengan yakin walaupun
sebenarnya dia turut bersedih.
Aris mulai tertawa
kecil. Senyuman semakin kelihatan di wajah muramnya.
“Papa janji akan jaga anak papa sampai besar ya. Anak papa
jangan tinggalkan papa ya,”
Atikah terlalu gembira mendengar kata-kata Aris. Dia mulai yakin
bahawa Aris akan mulai redha dengan pemergian isterinya yang tercinta.
“Malam ni ada jemaah nak datang buat tahlil. Awak turun kan?”
Aris hanya mengangguk
tanda setuju. Dia tidak berhenti-henti menguis hidung bayinya .
*******************************************
Atikah menghampiri Aris
yang sedang duduk bersama anaknya di beranda rumah. Atikah memang selalu ke
rumah Aris memandangkan mereka tinggal bersebelahan. Aris sedang merenung
anaknya yang baru saja berusia sehari. Dia menyuruh Atikah duduk bersama
mereka.
“Ris, apa nama anak awak? Dah fikir?”
“Saya tak tahu lah Tikah. Tak fikir lagi. Awak ada cadangan?”
“Hmm...ha ! Awak ingat tak dulu masa Hana baru-baru pregnant, kan dia ada cakap pasal nama
anak yang dia nak bagi. Ingat tak?”
“Aah ya. Dia kata kalau anak dia lelaki dia nak letak pangkal
nama Putra kan. Kalau anak perempuan pangkal nama Putri. So,”
“Ok, itu kan kemahuan Hana. Apakata awak tunaikan sebab saya
rasa inilah permintaan terakhir Hana kan,” terang Atikah. Aris mengangguk.
“Ya. Nama anak saya Putri Nur Hananiah. Dan saya akan panggil
dia Putri,”
Atikah
berjalan menuju ke kubur arwah Hana. Dia membawa sebakul bunga kemboja dan satu
jag air. Berbekalkan surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi dia melutut di sisi kubur
itu. “Aris bagi nama anak kau Putri. Sama macam yang kau nak kan. Aku janji aku
akan jaga anak kau macam anak aku sendiri. Aku akan didik dia dari kecil sampai
besar. InsyaAllah dia takkan kurang kasih sayang walaupun kau tak sempat
curahkan sayang kau sebagai seorang ibu. Aku janji...demi persahabatan kita,”
bisik hati Atikah setelah membaca surah untuk arwah Hana.
Aris baru saja
keluar dari kereta ketika Atikah baru sahaja tiba di rumah. Mereka bertukar
senyuman dan Aris segera menghampiri Atikah.
“Tikah, saya dah fikir masak-masak. Saya nak pindah ke luar
negara,” ujar Aris pantas sambil menunjukkan senyuman manis di wajahnya. Riak
wajah Atikah mulai berubah. Dia seperti mendapat suatu berita buruk apabila
mendengar kata-kata Aris. Namun dia tetap memberi riaksi yang positif kepada Aris walaupun mukanya sedikit
menunjukkan rasa terkilan.
“Oh...pindah mana?” Atikah bertanya ingin tahu.
“Tengok ni.” Aris menunjukkan sekeping peta negara Switzerland.
Atikah benar-benar terkejut.
“Serius? Switzerland? Awak biar betul Ris. Takkan lah. Jauh tu,”
“Ya, saya dah buat keputusan untuk pindah sana. Semua urusan
kerja saya dah transfer ke cawangan
pejabat saya di Switzerland.”
Atikah hanya
mengangguk tanpa bersuara.
“Dah lah. Awak tunggu apa lagi. Pergilah siap-siap,” tiba-tiba
Aris bersuara membuatkan Atikah berfikir.
“Ha? Nak pergi mana?”
“Jom lah buat pasport.
Lepas tu ikut saya pergi airport beli
tiket. Lagi cepat kita pergi, lebih cepat kita ke Switzerland,” Atikah semakin
keliru.
“Kita? Maksud awak?”
“Yalah. Takkan saya nak pindah then tinggalkan awak sorang kat sini kan. Awak akan ikut saya dan
mama pindah ke sana. Cepat lah jom, mama dah siap pack baju tu. Balik nanti awak siap-siap kemas baju pula ok,”
Atikah
menarik tangan Aris. “Awak betul ke ni nak bawa saya sekali?” Sambil
menunjukkan reaksi risau kepada lelaki itu.
“Ya Allah, takkan lah saya main-main pula. Jom lah pergi airport.” Aris kembali berjalan sambil
menarik Atikah bersama.
Gelap
semakin menyelubungi malam namun Atikah masih belum tidur. Dia masih berfikir
tentang kejadian siang tadi. Apakah benar Aris mengajaknya pindah bersama ke
Switzerland? Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Ada perasaan gembira di
dalam hatinya kerana Aris adalah lelaki yang dicintai sejak di universiti lagi.
Namun impiannya untuk memiliki Aris tidak kesampaian apabila Aris mencinta
Hana, teman sekuliah mereka. Dan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang
pelamin membuatkan Atikah hanya menyimpan hasrat hatinya itu.
Atikah
menelefon Aris untuk mendapatkan kepastian yang terakhir. Talian disebelah sana
diangkat.
“Hello Aris. Saya nak tanya sesuatu boleh?” suara Atikah
putus-putus.
“Ya?”
“Kenapa awak ajak saya ikut awak pindah sekali? Kan dah ada
Putri dan mama awak,”
“Sebab saya dah kehilangan Hana. Saya dah kehilangan seorang
isteri dan sahabat. Saya tak nak kehilangan seorang lagi sahabat saya. Awak
sahabat saya yang tinggal sekarang. Lagipun saya perlukan awak untuk tolong
jaga saya dan Putri,”
“Sahabat?”nada suara Atikah hambar
“Yalah. Kenapa, selama ni awak anggap saya musuh ke?”
“Err... tak lah. Tak sangka pula awak akan anggap saya best friend. Anyway thank you sebab jadikan saya sahabat awak. Kita berangkat
bila?”
“Esok petang, insyaAllah.” Jawab Aris sambil menguap dari nada
suaranya. Atikah memutuskan talian setelah masing-masing mengucapkan salam.
Tepat jam 5 petang,
mereka berempat telah siap untuk penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang
Zurich. Di sana mereka akan menetap di sebuah rumah yang dibeli oleh Aris di
kaki pergunungan di Grindelwald.
Suasana dingin terus
menampar wajah mereka apabila mereka melangkah kaki keluar dari pesawat.
Perjalanan yang lama itu membuat Atikah merasa mengantuk dan lesu. Udara sejuk
di Zurich seolah-olah mengejutkan Atikah dari kelesuannya. Aris hanya memeluk
tubuh menahan udara dingin bumi Eropah itu.
Manakala Marisa mengendong Putri dengan kuat agar bayi itu tidak
merasa dingin.
“Terima kasih
Aris,” itulah perkataan pertama yang Atikah nyatakan kepada Aris begitu mereka
menuruni pesawat. Aris hanya tersnyum lalu membawa mereka semua menaiki teksi
ke Bandar Zurich.
Meskipun
matahari terik di atas kepala, namun tidak sedikit pun kehangatan yang
dirasakan. Hanya hembusam bayu sejuk yang mereka rasakan selama di Bandar
Zurich.
Aris menahan teksi dan meminta pemandu
teksi itu ke Grindelwald. Aris memang tidak pernah berengang dengan kameranya
sejak di universiti lagi. Malah akan menjadi satu tanda tanya jika sehari pun
Aris tidak membawa kameranya ke dewan kuliah. Aris mengambil gambar-gambar
menarik di sekitar Bandar Zurich. Setibanya di Grindelwald, suasana dingin
menghembuskan bayunya dengan lebih kuat lagi memandangkan kawasan itu terletak
di kaki pergunungan.
Rumah
yang dibeli oleh Aris sangat cantik dan luas. Ruang tamunya dilengkapi dengan
sofa, televisyen, meja, fireplace dan
sebagainya. Terdapat 4 buah bilik di rumah itu. Dapurnya juga dilengkapi dengan
tempat memasak yang berkualiti tinggi dan kemas. Terdapat dua jenis dapur iaitu
dry kitchen dan wet kitchen. Bilik mandi di rumah itu juga dilengkapi dengan shower yang dapat memanaskan air.
Atikah memang
sangat mengidamkan kediaman seperti itu ketika di Malaysia namun dia hanya
mampu membeli rumah teres bersebelahan rumah Aris kerana Atikah merupakan anak
yatim piatu sejak kecil lagi. Ibu bapanya meninggal kerana kemalangan jalanraya
dan ketika itu Atikah baru saja berusia 2 tahun.
Fikirannya
melayang apabila membuka jendela melihat persekitaran rumah yang dipenuhi
rumput yang tumbuh menghijau. Bunga-bunga yang mekar berwarna-warni. Ketika
inilah Aris menegurnya.
“Tikah ! Apasal, tak suka ke tempat ni?” tanya Aris sambil
menghirup udara segar pergunungan itu.
“Err, tak lah. Mestilah saya suka. Cuma tak sangka saya dapat
jejakkan kaki kat tempat impian saya ni. Dapat menetap lagi. Terima kasih
banyak-banyak Aris,”
Dia dapat
merasakan kebahagiaan yang tidak dapat dia gambarkan dengan kata-kata. Dia dapat
menjalani hidupnya di Switzerland bersama Aris, lelaki idamannya.
“Hana, aku akan jaga anak dan suami kau. Aku janji,” bisik hati
kecilnya.
Aris
sedang mengemas bilik tidurnya sebelum membaringkan Putri di atas katil.
Gambar-gambar Putri dipakukan di dinding bilik. “Aris janji akan jaga anak kita
sampai besar. Sampai jadi pandai, cantik dan baik macam Hana,” desir Aris lalu
mencium dahi anaknya.
Atikah dan Marisa
sedang mengemas bilik masing-masing. Atikah menoleh apabila kedengaran pintu
bilik diketuk. Aris muncul di muka pintu.
“Aris, kenapa?” tanya Atikah.
“Awak tak kisah kan tinggal dengan saya?”kali ini Aris yang
bertanya.
“Tak pe. Bukan tinggal berdua dengan awak. Kan ada aunty Marisa dengan Putri. Kenapa?”
“Tak ada lah. Saya takut je awak rasa susah tinggal dengan saya.
Saya cuma tak nak Putri kurang kasih sayang. Mungkin dia takkan dapat kasih
sayang dari ibu kandungnya tapi sekurang-kurangnya dia dapat kasih sayang dari
sahabat ibunya. Awak tak kisah kan jaga Putri dengan saya?”
Atikah tersenyum
lalu menjawab, “Saya dah janji dengan Hana depan kubur dia saya akan jaga Putri
macam anak saya sendiri. Saya akan jadi sahabat awak dan Putri,” Aris tersenyum
lega. Hatinya kini tenang dengan jawapan Atikah.
8 tahun kemudian...
Atikah
baru sahaja mengunci butik pakaian miliknya ketika kereta Aris tiba di hadapan
Boutique of Asia milik Atikah. Aris tersenyum-senyum malu kerana terlambat
menjemput Atikah pulang.
“Tikah, sorry. Saya meeting tadi lepas tu pergi tea kejap. Terlupa kena ambil awak pukul
5. Tak marah kan?”
“Tak apa. Lagipun baru sekali awak lambat ambil. Bukan selalu.
Lagipun saya yang susahkan awak tiap hari kena ambil saya kan. Jom,” ujar
Atikah.
“Mana ada susahkan. Dah kita tinggal sama-sama mestilah saya
ambil awak sekali. Tak marah kan?”
“Tak...” Atikah tersenyum.
Mereka
berdua menaiki kereta yang dipandu Aris untuk pulang ke rumah. Aris memarkir
kereta di garaj. “Aris !” kedengaran
suara Sandra memanggil dari jauh. Wanita Perancis itu sedang menghampiri
mereka. Mereka menoleh lalu wajah Atikah berubah tetapi dia tetap menjaga emosi
di depan Aris dan Sandra.
“Aris, you’re home. I’ve cooked something for you. Here,”
ujar Sandra sambil menghulur semangkuk ikan masak lemak cili api.
“Thank you Sandra. Anyway
where did you learn to cook cili api?”
“Actually, Atikah taught
me last week. But I just get the things to cook yesterday,”
Aris
memandang Atikah sambil mengerutkan dahi. Atikah tersipu malu namun menahan
rasa itu. Marisa keluar sebaik melihat Sandra di luar rumah.
“Hi, Sandra. What are you
doing here?” tanya Marisa.
“Hi, aunty. I’m just wanna
send this dish to Aris.”
“Oh, just for Aris?
Nothing for me?”
“No,no. This is for all of
you,” Sandra segera menjawab. Marisa hanya tergelak kecil.
“Sandra, relax. I’m just
joking. Anyway, Thanks,”
Aris meminta
diri untuk masuk ke rumah dahulu. Sandra pula meminta Atikah untuk menemuinya
di luar rumah.
Sandra
memastikan bahawa tiada sesiapa di situ kecuali dia dan Atikah. Tiba-tiba dia
menyatakan sesuatu kepada Atikah yang membuatkan Atikah terkejut.
“Atikah, sekarang saya dah boleh cakap bahasa Melayu sikit-sikit,”
ujar Sandra yang mentuturkan bahasa Melayu. Namun, masih terdapat bunyi loghat
Inggeris. Atikah tersenyum.
“Awak belajar bahasa Melayu? Wow !”
“Yes, saya belajar
bahasa Melayu hanya untuk Aris. Masih belum betul tapi sikit-sikit ok?” Sandra
masih gagap menuturkan bahasa Melayu.
Atikah hanya tersenyum
melihat usaha Sandra untuk mendekati Aris. Sejak mereka berpindah ke
Grindelwald, Sandra merupakan jiran mereka dan banyak membantu mereka di
kawasan perumahan itu. Namun setelah setahun hidup berjiran, Sandra mula
menyukai Aris membuatkan Atikah sedikit tidak selesa bersama Sandra walaupun
mereka berkawan.
“But Atikah, please don’t tell this to Aris.
I wanna make a suprise for him later. I’m sure he will be happy,” pesan
Sandra kepada Atikah sebelum Atikah masuk ke rumah. Kelihatan Aris sudah
menjenguk Atikah di muka pintu.
Atikah masih memikirkan
tentang Sandra yang semakin berusaha keras untuk menawan hati Aris. Perasaannya
terhadap Aris semakin sukar untuk diluahkan kerana memikirkan tentang Sandra.
Atikah tidak mahu Sandra dan dia putus kawan hanya kerana menyukai lelaki yang
sama.
Akhirnya,
Atikah membuat keputusan untuk memberitahu persaannya kepada Aris esok. Setelah
10 tahun dia memendam persaan itu, Atikah bersedia meluahkan segalanya esok di
hadapan keluarga Aris.
Atikah
menemui Aris ketika dia sedang mencuci kereta di luar rumah. Atikah
perlahan-lahan menghampiri Aris dan bersedia memberitahu segalanya. Aris yang
menyedari kehadiran Atikah segera menoleh ke arah wanita itu. Aris melemparkan
senyuman.
“Aris, saya ada sesuatu nak tanya. Awak sibuk tak?” tanya Atikah
sambil melabuhkan punggungnya di sebuah bangku pendek di sebelah Aris.
“Tak sibuk pun. Cakap lah,” jawab Aris.
“Kenapa sampai sekarang awak tak cari pengganti Hana?”
Aris berhenti
dan duduk di lantai bersebelahan Atikah.
“Entahlah, saya rasa macam tak nak khianati dia,”
“Tapi dia dah meninggal. Saya rasa dia mesti tak kisah sebab ini
kan demi kebahagian awak. Takkan awak tak ada suka sesiapa pun?”
“Saya dah bahagia sekarang. Cukup ada Putri, mama dan awak dalam
hidup saya,”
“Saya?” Atikah menyoal. “Saya ni penting ke dalam hidup awak?”
“Apa awak cakap ni? Mestilah penting. Awak ni kenapa tanya yang bukan-bukan?”
“Sandra?”Atikah bertanya lagi.
Aris segera memandang Atikah.
“Sandra...saya senang dengan dia. Tapi saya tak cintakan dia,”
“Aris, saya rasa Sandra suka kat awak tau,” ujar Atikah sambil
menyelak rambutnya ke belakang.
“Yalah, awak. Entah-entah awak yang suka saya tak,”
Atikah terkejut. Aris hanya tergelak-gelak.
“Memang saya suka awak,” bisiknya dalam hati.
Atikah akhirnya bersedia
menyatakan semua isi hatinya kepada Aris.
“Aris, saya nak cakap sesuatu,”
“Apa?”
“Saya...sebenarnya...” Atikah cuba berterus-terang.
“Aris !” tiba-tiba kedengaran suara Sandra memanggil Aris.
Kata-kata
Atikah terhenti apabila mendengar panggilan itu dan melihat Sandra sedang
menghampiri mereka.
“Aris,hye. I’m not disturbing
you all right?” ujar Sandra
“Of course not. Come and join us,” ajak Aris.
“I’m sorry. I think I have
to cook for dinner first. It’s already evening,” Atikah segera meninggalkan
Aris dan Sandra berdua di luar dan dia melangkah ke dalam rumah lalu menuju ke
dapur.
Harapannya untuk
memberitahu segalanya kepada Aris gagal. Atikah segera mengesat airmata yang
jatuh di pipinya. “Mungkin dia memang bukan jodoh aku. Mungkin Sandra untuk
dia,” desirnya sambil membasuh muka di dapur.
*************************************************************
Atikah dan Aris baru saja tiba di rumah pada jam 6 petang.
Suasana rumah sangat sunyi seolah-olah tiada penghuni. “Mana Putri? Biasa dia
sambut kita balik,” tanya Aris. Atikah hanya mengangkat bahu.
Tiba-tiba kedengaran
suara Marisa sedang menyanyi di bilik tidur Putri. Mereka merasa hairan dan
terus menerpa bilik Putri.
Kelihatan Putri
sedang baring di atas pangkuan Marisa. Wanita separuh usia itu sedang
mengusap-usap wajah Putri yang dipenuhi airmata. Begitu melihat Aris masuk ke
bilik, Putri segera memeluk ayahnya sambil menangis.
“Kenapa ni, sayang?” tanya Aris lembut sambil mengusap-usap
kepala anaknya itu. Putri hanya menggeleng, enggan menjawab. Atikah segera
menarik Putri dan mendakapnya.
“Sayang, ceritalah dengan aunty.
Kenapa nangis ni?”
“Just now teacher asked me
to write an essay,” jawab Putri sambil menangis.
“Then, why are you
criying?”
“Tajuknya Mother, You are
Queen of my heart. Tapi Putri Cuma tulis nama arwah mama je. Putri tak tahu
nak tulis apa?”
Mata Aris
serta-merta berkaca. Luka di hatinya seolah-olah ditoreh kembali hingga
mengalirkan darah pedih yang sangat menyakitkan. Atikah turut menitiskan
airmata mendengar penjelasan Putri. Dia memeluk Putri dengan erat.
“Putri, nanti aunty
tolong Putri buat esei tu ya. Lepas makan malam kita buat sama-sama ya sayang,”
pujuk Atikah dan segera meninggalkan bilik Putri. Aris turut mengekori rakannya
itu.
“Atikah tunggu !” Aris menarik tangan Atikah sebelum dia sempat
masuk ke dalam bilik. “Atikah, awak jangan nangis,” pujuk Aris sambil mengesat
airmata di wajah Atikah.
“Kesian Putri. Dia rasa apa yang saya rasa dulu. Saya ingat dia
takkan dapat rasa kesedihan kehilangan ibu macam saya. Tapi akhirnya dia rasa
juga. Kesian dia,”
Aris menatap
Atikah lalu mengusap-usap rambut wanita itu. “Malam ni kita sama-sama tolong
dia buat esei pasal Hana ok,” Aris cuba menenangkan Atikah.
Suasana
di bilik tidur Putri menjadi senyap ketika Atikah memulakan cerita tentang
sahabatnya, Hana. Sesekali Aris mengiakan kata-kata Atikah. Putri hanya
mencatat kisah yang diceritakan tentang arwah ibunya dalam bentuk esei. Marisa
sesekali mengusap-usap belakang badan cucu tunggalnya itu. Namun, ketika tiba di satu kisah ketika
saat-saat terakhir Hana bersama Aris dan Atikah, semua orang di situ kelihatan
sedih terutama Aris.
Setelah beberapa
jam berlalu, barulah Atikah tamat bercerita dan Putri mulai mengantuk. Aris dan
Atikah keluar dari bilik. “Terima kasih Tikah. Terima kasih atas segalanya,”
ucap Aris sambil memandang tepat wajah rakannya itu. Atikah hanya mengangguk
lalu beredar ke biliknya. Dia tidak menyangka cerita lama akan dibuka semula
untuk diceritakan kepada Putri. Atikah mengeluarkan satu bingkai gambar yang
terdapat fotonya, Hana dan Aris. Dia mengusap-usap gambar itu lalu menitiskan
airmata. “Hana, kami semua rindu kau. Rindu sangat,” Air mata semakin deras
mengalir di wajahnya. Walaupun dia mengesat, tetap saja air mata itu mengalir.
Dia menyimpan semula gambar tersebut lalu menuju ke bilik air untuk mandi
sebelum tidur.
Atikah tersedar
dari lena apabila mendengar bunyi benda jatuh dari arah dapur. Dia lekas menuju
ke dapur dan mendapati Aris sedang menyiapkan sarapan.
“Buat apa Ris?” tanya Atikah sambil mengusap matanya yang masih
mengantuk. Aris tersenyum.
“Buat sarapan. Pergilah mandi, nanti boleh makan sama-sama,”
“Tak pernah buat sarapan, hari ni ‘angin’ apa awak buat sarapan?
Tak kerja?” tanya Atikah lagi.
“Saya ambil cuti hari ni. Nak bawa awak, Putri dan mama
jalan-jalan hari ni. Putri kan cuti,”
Atikah hanya
mengangguk lalu menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri sebelum
bersarapan.
“Putri, mama. Jom breakfast.
Sarapan siap,” kedengaran Aris memanggil Putri dan Marisa dari dapur.
Mereka
menuju ke satu kawasan rekreasi untuk berkelah sambil menikmati suasana segar
bumi Eropah itu. Kelihatan ramai orang turut berada di situ. Kawasan lapang dan
hijau menjadi tempat mereka berkelah. Atikah sedang mengeluarkan semua makanan
yang dibawa dan meletakkannya di atas sebuah tikar.
“Ya Allah, tenangnya kat sini !” ujar Aris sambil menggeliat dan
menghirup udara. “Hilang sekejap problem kt
pejabat tu,”
“Memang tenang. Tapi tak buka lah butik saya hari ni,” ujar
Atikah pula.
“Tak apa lah. Satu hari je. Dah telefon pekerja awak belum?”
Atikah hanya
mengangguk sambil menoleh ke arah Putri yang sedang berlari-lari bersama gadis-gadis
seusianya.
“Tikah, kenapa awak tak nak kahwin? Tak ada ‘mat saleh’ yang
awak berkenan ke kat sini?” tanya Aris. Wanita itu hanya menggeleng sambil
mengambil sepotong buah epal.
“Saya pernah suka pada seseorang tapi sekarang orang tu dah
hidup bahagia dengan keluarga dia,” Aris memalingkan mukanya ke arah Atikh.
“Maksudnya, dia dah kahwin dengan orang lain? Dia tahu tak
tentang perasaan awak?”tanya Aris membuatkan sekali lagi Atikah menggeleng. “
Kenapa tak bagitau dia?”
Atikah hanya
tersenyum lalu mengangkat bahu.
“Maaf lah saya tanya macam-macam. Jom join Putri dengan mama,” ajak Aris bersungguh-sungguh. Atikah hanya
mengikuti langkah Aris.
Sandra sudah
menanti mereka di halaman rumah apabila mereka pulang. “Sandra? Dia buat apa
kat sini?” bisik hati Atikah.
“Sandra? Tunggu kamu ke, Aris?” tanya Marisa.
“Entah, mana Ris tahu. Apa dia nak?”
Sandra segera
menegur mereka begittu mereka keluar dari kereta.
“Sandra,what are you doing here? Are you waiting for
us?” tanya Marisa.
“Yes, aunty. Actually I
want to see Aris,” jawab Sandra sambil melihat Aris. Atikah segera masuk ke
rumah.
“Sandra, actually we’re
all very tired. I’m really sorry,” Aris segera masuk membawa Putri ke
dalam. Sandra masih berdiri di luar dan meminta izin pulang dahulu dari Marisa.
“Sandra mana?”
tanya Atikah setelah melihat Aris masuk.
“Balik kot. Kenapa?” giliran Aris yang bertanya.
Atikah hanya mengangguk
lalu menuju ke dapur. Aris menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Atikah
kembali ke ruang tamu apabila terdengar Marisa masuk ke rumah.
“Aunty, Aris, Putri.
Tikah ada benda sikit nak cakap,” ujarnya lalu duduk berhampiran Marisa.
“Cakaplah,” kata Aris serentak dengan ibunya.
“Tikah... nak balik Malaysia,” Kenyataan Atikah itu membuat
mereka terkejut dan suasana berubah menjadi tegang. “Tikah nak kembali ke
tempat asal,” ujarnya lagi.
Aris bersuara, “Kenapa pula? Awak ada masalah ke kat sini?”
Atikah menggeleng lalu
menjelaskan perkara tersebut. “Saya cuma nak pulang ke tanah air je. Dah dekat
8 tahun saya duduk sini. Saya rindu tempat lahir saya,”
“Kalau rindu, saya boleh bawa awak melancong ke Malaysia. Tak
perlu balik sana,” ujar Aris.
“Saya minta maaf tapi saya dah jaga amanah Hana. Rasanya Putri
dah cukup besar. Masa saya dah habis di sini. Inilah masa untuk saya pulang.
Dah masanya pula saya jaga kubur arwah ibubapa saya dan Hana. Saya harap awak
faham , Aris,”
“Tak ! Saya tak faham. Kalau awak ada masalah, ceritalah pada
kami semua. Kami ni kan keluarga awak juga. Tolonglah jangan tinggalkan kami,”
“Saya tak ada masalah. Saya
just nak balik. Awak tak boleh larang saya,”
Aris berdiri, “Ok, fine. Awak nak balik, pergi balik.”
Marisa dan Putri hanya melihat. Mereka tidak mahu berkata apa-apa
takut akan membangunkan‘singa yang sedang tidur’.
Atikah akur dan segera
ke bilik tidurnya untuk mengemas pakaian. Marisa dan Putri mengikuti
langkahnya.
“Atikah pasti nak balik ni?” tanya Marisa dengan harapan gadis
itu akan mengubah keputusannya.
Atikah mengangguk sambil memasukkan pakaian ke dalam begnya.
“Aunty, kenapa nak
pergi? Aunty tak suka ke tinggal
dengan Putri dengan papa?”
“Tak sayang. Bukan macam tu. Tapi Aunty pun ada tugas sebagai anak kat Malaysia untuk jaga kubur
arwah ibubapa aunty. Ada masa nanti,
kita jumpa lagi ok,” Atikah mengusap-usap kepala kanak-kanak itu.
Atikah menemui Aris
di beranda luar rumah. “Saya tahu awak dah buat baik dengan saya. Saya minta
maaf, saya terpaksa tinggalkan awak semua di sini. I have to go back to where I belonged. Tempat saya bukan kat sini
bersama awak. Saya pergi dulu,”
Atikah memang berniat
meninggalkan Aris kerana dia tahu Sandra sangat menyukai Aris bahkan Sandra
sanggup belajar bahasa Melayu hanya untuk memikat hati Aris. Hanya dengan cara
berjauhan dari Aris yang boleh membuatkan dia melupakan lelaki itu.
Atikah tiba di
lapangan terbang tepat jam 2petang. Pesawat
akan berlepas tidak lama lagi. Marisa dan Putri yang menghantar Atikah ke
lapagan terbang. Aris hanya duduk di rumah.
“Saya pergi dulu aunty, Putri.
Jangan lupa aunty tau sayang. Solat
jangan tinggal ya sayang,” Titisan airmata Putri membuatkan Atikah berat hati
untuk meninggalkan mereka.
1 minggu kemudian...
Sandra menemui Aris yang sedang mengelamun sambil memegang foto
Atikah.
“Aris, awak ok tak?” Sandra bertutur dalam bahasa Melayu
walaupun masih tidak jelas untuk difahami.
Aris terkejut. “You can
speak Malay, Sandra?” Sandra mengagguk lalu tersenyum.
Dia memegang erat
tangan Aris. “Awak tahu tak? Saya suka pada awak. Sangat suka pada awak. Tapi
percayalah, Atikah lebih sukakan awak. Dia cintakan awak Aris,”
Aris terkejut sekali
lagi mendengar kata-kata Sandra.
“Yes Aris. She loves you
so much. Awak tak pernah tengok mata dia? Mata dia penuh dengan cintanya
untuk awak. She really loves you Aris.
Don’t you realise that?”
Aris segera masuk ke
rumah dan menemui Marisa yang sedang masak di dapur. “Mom, start packing your clothes now,”
Atikah
sedang menyiram bunga di halaman rumah yang baru disewanya. Dia baru saja
pulang dari membersihkan kubur Hana dan ibubapanya. Tiba-tiba kedengaran bunyi
hon kereta di luar pagar. Atikah menjengah dan kelihatah sebuah kereta mewah
sedang berada di luar pagar.
“Siapa eh?” bisiknya lalu beredar ke pagar.
Seorang lelaki
keluar dari kereta tersebut dan menghampirinya. “Aris?” desirnya.
Aris segera memeluk tubuh kecil Atikah. “Sampai hati awak
tinggalkan saya. Awak lupa yang awak dah janji dengan Hana akan jaga saya? Awak
ingat awak boleh mungkir janji ke? Saya takkan benarkan,”ujar Aris. Atikah
masih tergamam melihat Aris yang berada di hadapannya.
“Apa awak cakap ni Aris? Kenapa awak ada kat sini?” tanya
Atikah.
“Saya datang sini nak jumpa kekasih saya. Awak orangnya,”
“Apa awak cakap ni? Awak ok tak ni?”
“Saya cintakan awak macam mana awak cintakan saya. Selama ni
saya sedar sebab awak selalu ada dekat dengan saya. Bila awak dah jauh dari
saya,baru saya sedar yang saya perlukan awak. Saya cintakan awak...Atikah binti
Darul.”
Atikah tidak mampu
berkata apa-apa hanya titisan airmata yang mengalir deras di pipinya. Marisa
dan Putri akhirnya turun dari kereta dan menghampiri mereka berdua.
“Kami akan di sini dengan awak. Ini lah tempat awak dan saya.
Ini tempat asal kita,”
Mereka akhirnya mampu
menjadi bahagia. Impian yang disimpan Atikah selama 8 tahun akhirnya tercapai
pada hari ini.
Tamat










perempuan memang seorang setia tapi tetap tak semua!!
ReplyDeleteTHIS STORY NICE & BEST!!
i'm one of the loyal girl..hehe~ perasan plak... :) thank you for reading...
Delete