My dearest followers, thank you very much for supporting me.

Wednesday, 18 July 2012

Sepi Itu Indah


Aris segera menghampiri doktor yang baru saja keluar dari bilik bersalin. Mukanya kelihatan tegang dan risau. Tiada sedikit senyuman pun di wajahnya. Aris terlalu khuatir tentang keadaan isterinya yang sedang menghadapi masa-masa sulit untuk melahirkan anak sulung mereka. Namun, Aris tidak dibenarkan masuk tadi membuatkan Aris semakin resah.
“Doktor, macam mana isteri saya? Anak kami macam mana?” tanya Aris pantas.
“Anak encik telah selamat dilahirkan. Anak perempuan, encik.” Doktor itu berhenti seketika.
           Barulah kelihatan sedikit senyuman di wajah kacak lelaki itu. Namun senyuman itu kembali hambar apabila doktor itu kembali berkata-kata, “Tapi...” doktor itu berhenti sekali lagi. “ Isteri encik tidak dapat kami selamatkan. Kami minta maaf encik,”
          Kali ini Aris tidak dapat menahan sebak. Inilah kali pertama Atikah melihat sahabatnya itu menumpahkan airmata. Selama 2 tahun menjadi sahabat Aris, Atikah belum pernah melihat Aris menangis. Aris yang dikenalinya ialah seorang yang periang dan ceria. Tetapi, kerana seorang isteri, Aris menumpahkan airmatanya sehingga suaranya kedengaran serak. Marisa, ibu Aris cuba menenangkan anaknya itu tetapi gagal apabila Aris segera menerpa pintu masuk bilik bersalin dan mendapati isterinya sudah terbujur kaku di atas katil. Kedengaran nyaring suara seorang bayi menangis ketika jururawat sedang membersihkan bayi tersebut.
         Aris merapati katil isterinya lalu dia mendakap erat tubuh kaku isterinya itu sambil memanggil-manggil nama wanita itu. Aris tidak pernah sesedih ini. Atikah turut menangis melihat Hana yang sudah tidak bernyawa lagi. Mereka merupakan sahabat sejak 2 tahun yang lalu ketika mereka masih di universiti.


        Setelah selesai pengebumian Hana, Aris masih melutut memeluk batu nisan arwah isterinya itu. Airmatanya masih belum kering sejak di hospital. Wajah kacaknya kini dibasahi airmata kesedihan. Atikah cuba menenangkan Aris dan cuba memujuknya untuk pulang. Setelah hari hampr senja barulah Aris pulang. Setibanya dirumah, Aris mengurung dirinya di dalam bilik. Walaupun tidak berkunci, namun tiada sesiapa pun yang berani memasuki bilik Aris kerana takut Aris akan bertindak diluar dugaan memandangkan emosinya masih tidak stabil. Tetapi, setelah tiba waktu makan malam Atikah memaksa dirinya untuk menemui Aris. Marisa juga turut risau dengan keadaan anak tunggalnya itu.
        Tanpa berfikir panjang, Atikah membawa masuk anak Aris ke dalam bilik untuk menemui bapanya. Aris sedang duduk dengan wajah yang murung di atas katil sambil menatap foto arwah Hana. Kelihatan airmatanya masih lagi membasahi pipi. Atikah duduk di birai katil sambil mengendong bayi yang comel itu.
“Aris, awak tak boleh terus macam ni. Tak baik buat macam ni, nanti arwah tak tenang. Allah lebih sayangkan dia,” pujuk Atikah.
    “Saya rindu Hana sangat. Saya tak pernah terfikir dia akan tinggalkan saya,” kedengaran sebak suara Aris.
“Ya Aris. Saya faham. Tapi awak tengok ni. Hana pergi tinggalkan awak, tapi dia tinggalkan seorang anak. Allah lebih tahu. Allah tahu awak boleh jaga dan didik anak ni sendirian. Mungkin sebab tu Allah ambil Hana tetapi Dia tinggalkan seorang anak untuk awak jaga sebagai amanah.”
     Aris terus memandang bayi yang ada ditangan Atikah lantas hatinya terpanggil untuk mengendong mahluk kecil itu. Wajah Aris membuahkan senyuman manis ketika melihat bayi comel itu. “Tengok budak ni, ada tak macam muka Hana?” Aris bertanya sambil mengusap-usap kepala bayi itu.
“Mestilah ada. Kan tu anak korang. Mesti ada sikit iras muka awak dan sikit iras muka Hana,” Atikah menjawab dengan yakin walaupun sebenarnya dia turut bersedih.
      Aris mulai tertawa kecil. Senyuman semakin kelihatan di wajah muramnya.
“Papa janji akan jaga anak papa sampai besar ya. Anak papa jangan tinggalkan papa ya,”
Atikah terlalu gembira mendengar kata-kata Aris. Dia mulai yakin bahawa Aris akan mulai redha dengan pemergian isterinya yang tercinta.
“Malam ni ada jemaah nak datang buat tahlil. Awak turun kan?”
   Aris hanya mengangguk tanda setuju. Dia tidak berhenti-henti menguis hidung bayinya .

                                       *******************************************

     Atikah menghampiri Aris yang sedang duduk bersama anaknya di beranda rumah. Atikah memang selalu ke rumah Aris memandangkan mereka tinggal bersebelahan. Aris sedang merenung anaknya yang baru saja berusia sehari. Dia menyuruh Atikah duduk bersama mereka.
“Ris, apa nama anak awak? Dah fikir?”
“Saya tak tahu lah Tikah. Tak fikir lagi. Awak ada cadangan?”
“Hmm...ha ! Awak ingat tak dulu masa Hana baru-baru pregnant, kan dia ada cakap pasal nama anak yang dia nak bagi. Ingat tak?”
“Aah ya. Dia kata kalau anak dia lelaki dia nak letak pangkal nama Putra kan. Kalau anak perempuan pangkal nama Putri. So,”
“Ok, itu kan kemahuan Hana. Apakata awak tunaikan sebab saya rasa inilah permintaan terakhir Hana kan,” terang Atikah. Aris mengangguk.
“Ya. Nama anak saya Putri Nur Hananiah. Dan saya akan panggil dia Putri,”


           Atikah berjalan menuju ke kubur arwah Hana. Dia membawa sebakul bunga kemboja dan satu jag air. Berbekalkan surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi dia melutut di sisi kubur itu. “Aris bagi nama anak kau Putri. Sama macam yang kau nak kan. Aku janji aku akan jaga anak kau macam anak aku sendiri. Aku akan didik dia dari kecil sampai besar. InsyaAllah dia takkan kurang kasih sayang walaupun kau tak sempat curahkan sayang kau sebagai seorang ibu. Aku janji...demi persahabatan kita,” bisik hati Atikah setelah membaca surah untuk arwah Hana.
           Aris baru saja keluar dari kereta ketika Atikah baru sahaja tiba di rumah. Mereka bertukar senyuman dan Aris segera menghampiri Atikah.
“Tikah, saya dah fikir masak-masak. Saya nak pindah ke luar negara,” ujar Aris pantas sambil menunjukkan senyuman manis di wajahnya. Riak wajah Atikah mulai berubah. Dia seperti mendapat suatu berita buruk apabila mendengar kata-kata Aris. Namun dia tetap memberi riaksi yang positif  kepada Aris walaupun mukanya sedikit menunjukkan rasa terkilan.
“Oh...pindah mana?” Atikah bertanya ingin tahu.
“Tengok ni.” Aris menunjukkan sekeping peta negara Switzerland. Atikah benar-benar terkejut.
“Serius? Switzerland? Awak biar betul Ris. Takkan lah. Jauh tu,”
“Ya, saya dah buat keputusan untuk pindah sana. Semua urusan kerja saya dah transfer ke cawangan pejabat saya di Switzerland.”
         Atikah hanya mengangguk tanpa bersuara.
“Dah lah. Awak tunggu apa lagi. Pergilah siap-siap,” tiba-tiba Aris bersuara membuatkan Atikah berfikir.
“Ha? Nak pergi mana?”
“Jom lah buat pasport. Lepas tu ikut saya pergi airport beli tiket. Lagi cepat kita pergi, lebih cepat kita ke Switzerland,” Atikah semakin keliru.
“Kita? Maksud awak?”
“Yalah. Takkan saya nak pindah then tinggalkan awak sorang kat sini kan. Awak akan ikut saya dan mama pindah ke sana. Cepat lah jom, mama dah siap pack baju tu. Balik nanti awak siap-siap kemas baju pula ok,”
                    
             Atikah menarik tangan Aris. “Awak betul ke ni nak bawa saya sekali?” Sambil menunjukkan reaksi risau kepada lelaki itu.
“Ya Allah, takkan lah saya main-main pula. Jom lah pergi airport.” Aris kembali berjalan sambil menarik Atikah bersama.

           Gelap semakin menyelubungi malam namun Atikah masih belum tidur. Dia masih berfikir tentang kejadian siang tadi. Apakah benar Aris mengajaknya pindah bersama ke Switzerland? Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Ada perasaan gembira di dalam hatinya kerana Aris adalah lelaki yang dicintai sejak di universiti lagi. Namun impiannya untuk memiliki Aris tidak kesampaian apabila Aris mencinta Hana, teman sekuliah mereka. Dan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin membuatkan Atikah hanya menyimpan hasrat hatinya itu.
           Atikah menelefon Aris untuk mendapatkan kepastian yang terakhir. Talian disebelah sana diangkat.
“Hello Aris. Saya nak tanya sesuatu boleh?” suara Atikah putus-putus.
“Ya?”
“Kenapa awak ajak saya ikut awak pindah sekali? Kan dah ada Putri dan mama awak,”
“Sebab saya dah kehilangan Hana. Saya dah kehilangan seorang isteri dan sahabat. Saya tak nak kehilangan seorang lagi sahabat saya. Awak sahabat saya yang tinggal sekarang. Lagipun saya perlukan awak untuk tolong jaga saya dan Putri,”
“Sahabat?”nada suara Atikah hambar
“Yalah. Kenapa, selama ni awak anggap saya musuh ke?”
“Err... tak lah. Tak sangka pula awak akan anggap saya best friend. Anyway thank you sebab jadikan saya sahabat awak. Kita berangkat bila?”
“Esok petang, insyaAllah.” Jawab Aris sambil menguap dari nada suaranya. Atikah memutuskan talian setelah masing-masing mengucapkan salam.


           Tepat jam 5 petang, mereka berempat telah siap untuk penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Zurich. Di sana mereka akan menetap di sebuah rumah yang dibeli oleh Aris di kaki pergunungan di Grindelwald.

           Suasana dingin terus menampar wajah mereka apabila mereka melangkah kaki keluar dari pesawat. Perjalanan yang lama itu membuat Atikah merasa mengantuk dan lesu. Udara sejuk di Zurich seolah-olah mengejutkan Atikah dari kelesuannya. Aris hanya memeluk tubuh menahan udara dingin bumi Eropah itu.

Manakala Marisa mengendong Putri dengan kuat agar bayi itu tidak merasa dingin.
          “Terima kasih Aris,” itulah perkataan pertama yang Atikah nyatakan kepada Aris begitu mereka menuruni pesawat. Aris hanya tersnyum lalu membawa mereka semua menaiki teksi ke Bandar Zurich.

           Meskipun matahari terik di atas kepala, namun tidak sedikit pun kehangatan yang dirasakan. Hanya hembusam bayu sejuk yang mereka rasakan selama di Bandar Zurich.
           Aris menahan teksi dan meminta pemandu teksi itu ke Grindelwald. Aris memang tidak pernah berengang dengan kameranya sejak di universiti lagi. Malah akan menjadi satu tanda tanya jika sehari pun Aris tidak membawa kameranya ke dewan kuliah. Aris mengambil gambar-gambar menarik di sekitar Bandar Zurich. Setibanya di Grindelwald, suasana dingin menghembuskan bayunya dengan lebih kuat lagi memandangkan kawasan itu terletak di kaki pergunungan.

            Rumah yang dibeli oleh Aris sangat cantik dan luas. Ruang tamunya dilengkapi dengan sofa, televisyen, meja, fireplace dan sebagainya. Terdapat 4 buah bilik di rumah itu. Dapurnya juga dilengkapi dengan tempat memasak yang berkualiti tinggi dan kemas. Terdapat dua jenis dapur iaitu dry kitchen dan wet kitchen. Bilik mandi di rumah itu juga dilengkapi dengan shower yang dapat memanaskan air.
            Atikah memang sangat mengidamkan kediaman seperti itu ketika di Malaysia namun dia hanya mampu membeli rumah teres bersebelahan rumah Aris kerana Atikah merupakan anak yatim piatu sejak kecil lagi. Ibu bapanya meninggal kerana kemalangan jalanraya dan ketika itu Atikah baru saja berusia 2 tahun.
            Fikirannya melayang apabila membuka jendela melihat persekitaran rumah yang dipenuhi rumput yang tumbuh menghijau. Bunga-bunga yang mekar berwarna-warni. Ketika inilah Aris menegurnya.
“Tikah ! Apasal, tak suka ke tempat ni?” tanya Aris sambil menghirup udara segar pergunungan itu.
“Err, tak lah. Mestilah saya suka. Cuma tak sangka saya dapat jejakkan kaki kat tempat impian saya ni. Dapat menetap lagi. Terima kasih banyak-banyak Aris,”
            Dia dapat merasakan kebahagiaan yang tidak dapat dia gambarkan dengan kata-kata. Dia dapat menjalani hidupnya di Switzerland bersama Aris, lelaki idamannya.
“Hana, aku akan jaga anak dan suami kau. Aku janji,” bisik hati kecilnya.

         Aris sedang mengemas bilik tidurnya sebelum membaringkan Putri di atas katil. Gambar-gambar Putri dipakukan di dinding bilik. “Aris janji akan jaga anak kita sampai besar. Sampai jadi pandai, cantik dan baik macam Hana,” desir Aris lalu mencium dahi anaknya.
         Atikah dan Marisa sedang mengemas bilik masing-masing. Atikah menoleh apabila kedengaran pintu bilik diketuk. Aris muncul di muka pintu.
“Aris, kenapa?” tanya Atikah.
“Awak tak kisah kan tinggal dengan saya?”kali ini Aris yang bertanya.
“Tak pe. Bukan tinggal berdua dengan awak. Kan ada aunty Marisa dengan Putri. Kenapa?”
“Tak ada lah. Saya takut je awak rasa susah tinggal dengan saya. Saya cuma tak nak Putri kurang kasih sayang. Mungkin dia takkan dapat kasih sayang dari ibu kandungnya tapi sekurang-kurangnya dia dapat kasih sayang dari sahabat ibunya. Awak tak kisah kan jaga Putri dengan saya?”
         Atikah tersenyum lalu menjawab, “Saya dah janji dengan Hana depan kubur dia saya akan jaga Putri macam anak saya sendiri. Saya akan jadi sahabat awak dan Putri,” Aris tersenyum lega. Hatinya kini tenang dengan jawapan Atikah.
                          
8 tahun kemudian...


            Atikah baru sahaja mengunci butik pakaian miliknya ketika kereta Aris tiba di hadapan Boutique of Asia milik Atikah. Aris tersenyum-senyum malu kerana terlambat menjemput Atikah pulang.
“Tikah, sorry. Saya meeting tadi lepas tu pergi tea kejap. Terlupa kena ambil awak pukul 5. Tak marah kan?”
“Tak apa. Lagipun baru sekali awak lambat ambil. Bukan selalu. Lagipun saya yang susahkan awak tiap hari kena ambil saya kan. Jom,” ujar Atikah.
“Mana ada susahkan. Dah kita tinggal sama-sama mestilah saya ambil awak sekali. Tak marah kan?”
“Tak...” Atikah tersenyum.
               Mereka berdua menaiki kereta yang dipandu Aris untuk pulang ke rumah. Aris memarkir kereta di garaj. “Aris !” kedengaran suara Sandra memanggil dari jauh. Wanita Perancis itu sedang menghampiri mereka. Mereka menoleh lalu wajah Atikah berubah tetapi dia tetap menjaga emosi di depan Aris dan Sandra.

Aris, you’re home. I’ve cooked something for you. Here,” ujar Sandra sambil menghulur semangkuk ikan masak lemak cili api.
Thank you Sandra. Anyway where did you learn to cook cili api?
Actually, Atikah taught me last week. But I just get the things to cook yesterday,
               Aris memandang Atikah sambil mengerutkan dahi. Atikah tersipu malu namun menahan rasa itu. Marisa keluar sebaik melihat Sandra di luar rumah.
Hi, Sandra. What are you doing here?” tanya Marisa.
Hi, aunty. I’m just wanna send this dish to Aris.
Oh, just for Aris? Nothing for me?
No,no. This is for all of you,” Sandra segera menjawab. Marisa hanya tergelak kecil.
Sandra, relax. I’m just joking. Anyway, Thanks,”
             Aris meminta diri untuk masuk ke rumah dahulu. Sandra pula meminta Atikah untuk menemuinya di luar rumah.


            Sandra memastikan bahawa tiada sesiapa di situ kecuali dia dan Atikah. Tiba-tiba dia menyatakan sesuatu kepada Atikah yang membuatkan Atikah terkejut.
“Atikah, sekarang saya dah boleh cakap bahasa Melayu sikit-sikit,” ujar Sandra yang mentuturkan bahasa Melayu. Namun, masih terdapat bunyi loghat Inggeris. Atikah tersenyum.
“Awak belajar bahasa Melayu? Wow !”
Yes, saya belajar bahasa Melayu hanya untuk Aris. Masih belum betul tapi sikit-sikit ok?” Sandra masih gagap menuturkan bahasa Melayu.
           Atikah hanya tersenyum melihat usaha Sandra untuk mendekati Aris. Sejak mereka berpindah ke Grindelwald, Sandra merupakan jiran mereka dan banyak membantu mereka di kawasan perumahan itu. Namun setelah setahun hidup berjiran, Sandra mula menyukai Aris membuatkan Atikah sedikit tidak selesa bersama Sandra walaupun mereka berkawan.
            “But Atikah, please don’t tell this to Aris. I wanna make a suprise for him later. I’m sure he will be happy,” pesan Sandra kepada Atikah sebelum Atikah masuk ke rumah. Kelihatan Aris sudah menjenguk Atikah di muka pintu.

      Atikah masih memikirkan tentang Sandra yang semakin berusaha keras untuk menawan hati Aris. Perasaannya terhadap Aris semakin sukar untuk diluahkan kerana memikirkan tentang Sandra. Atikah tidak mahu Sandra dan dia putus kawan hanya kerana menyukai lelaki yang sama.
           Akhirnya, Atikah membuat keputusan untuk memberitahu persaannya kepada Aris esok. Setelah 10 tahun dia memendam persaan itu, Atikah bersedia meluahkan segalanya esok di hadapan keluarga Aris. 


          Atikah menemui Aris ketika dia sedang mencuci kereta di luar rumah. Atikah perlahan-lahan menghampiri Aris dan bersedia memberitahu segalanya. Aris yang menyedari kehadiran Atikah segera menoleh ke arah wanita itu. Aris melemparkan senyuman.
“Aris, saya ada sesuatu nak tanya. Awak sibuk tak?” tanya Atikah sambil melabuhkan punggungnya di sebuah bangku pendek di sebelah Aris.
“Tak sibuk pun. Cakap lah,” jawab Aris.
“Kenapa sampai sekarang awak tak cari pengganti Hana?”
           Aris berhenti dan duduk di lantai bersebelahan Atikah.
“Entahlah, saya rasa macam tak nak khianati dia,”
“Tapi dia dah meninggal. Saya rasa dia mesti tak kisah sebab ini kan demi kebahagian awak. Takkan awak tak ada suka sesiapa pun?”
“Saya dah bahagia sekarang. Cukup ada Putri, mama dan awak dalam hidup saya,”
“Saya?” Atikah menyoal. “Saya ni penting ke dalam hidup awak?”
“Apa awak cakap ni? Mestilah penting. Awak ni kenapa tanya  yang bukan-bukan?”
“Sandra?”Atikah bertanya lagi.
           Aris segera memandang Atikah.
“Sandra...saya senang dengan dia. Tapi saya tak cintakan dia,”
“Aris, saya rasa Sandra suka kat awak tau,” ujar Atikah sambil menyelak rambutnya ke belakang.
“Yalah, awak. Entah-entah awak yang suka saya tak,”
          Atikah terkejut. Aris hanya tergelak-gelak.
“Memang saya suka awak,” bisiknya dalam hati.
      Atikah akhirnya bersedia menyatakan semua isi hatinya kepada Aris.
“Aris, saya nak cakap sesuatu,”
“Apa?”
“Saya...sebenarnya...” Atikah cuba berterus-terang.
“Aris !” tiba-tiba kedengaran suara Sandra memanggil Aris.
               Kata-kata Atikah terhenti apabila mendengar panggilan itu dan melihat Sandra sedang menghampiri mereka.
“Aris,hye. I’m not disturbing you all right?” ujar Sandra
Of course not. Come and  join us,” ajak Aris.
I’m sorry. I think I have to cook for dinner first. It’s already evening,” Atikah segera meninggalkan Aris dan Sandra berdua di luar dan dia melangkah ke dalam rumah lalu menuju ke dapur.

        Harapannya untuk memberitahu segalanya kepada Aris gagal. Atikah segera mengesat airmata yang jatuh di pipinya. “Mungkin dia memang bukan jodoh aku. Mungkin Sandra untuk dia,” desirnya sambil membasuh muka di dapur.
                
                     



                     *************************************************************






Atikah dan Aris baru saja tiba di rumah pada jam 6 petang. Suasana rumah sangat sunyi seolah-olah tiada penghuni. “Mana Putri? Biasa dia sambut kita balik,” tanya Aris. Atikah hanya mengangkat bahu.
      Tiba-tiba kedengaran suara Marisa sedang menyanyi di bilik tidur Putri. Mereka merasa hairan dan terus menerpa bilik Putri.
       Kelihatan Putri sedang baring di atas pangkuan Marisa. Wanita separuh usia itu sedang mengusap-usap wajah Putri yang dipenuhi airmata. Begitu melihat Aris masuk ke bilik, Putri segera memeluk ayahnya sambil menangis.
“Kenapa ni, sayang?” tanya Aris lembut sambil mengusap-usap kepala anaknya itu. Putri hanya menggeleng, enggan menjawab. Atikah segera menarik Putri dan mendakapnya.
“Sayang, ceritalah dengan aunty. Kenapa nangis ni?”
Just now teacher asked me to write an essay,” jawab Putri sambil menangis.
Then, why are you criying?
“Tajuknya Mother, You are Queen of my heart. Tapi Putri Cuma tulis nama arwah mama je. Putri tak tahu nak tulis apa?”
          Mata Aris serta-merta berkaca. Luka di hatinya seolah-olah ditoreh kembali hingga mengalirkan darah pedih yang sangat menyakitkan. Atikah turut menitiskan airmata mendengar penjelasan Putri. Dia memeluk Putri dengan erat.
“Putri, nanti aunty tolong Putri buat esei tu ya. Lepas makan malam kita buat sama-sama ya sayang,” pujuk Atikah dan segera meninggalkan bilik Putri. Aris turut mengekori rakannya itu.
“Atikah tunggu !” Aris menarik tangan Atikah sebelum dia sempat masuk ke dalam bilik. “Atikah, awak jangan nangis,” pujuk Aris sambil mengesat airmata di wajah Atikah.
“Kesian Putri. Dia rasa apa yang saya rasa dulu. Saya ingat dia takkan dapat rasa kesedihan kehilangan ibu macam saya. Tapi akhirnya dia rasa juga. Kesian dia,”
        Aris menatap Atikah lalu mengusap-usap rambut wanita itu. “Malam ni kita sama-sama tolong dia buat esei pasal Hana ok,” Aris cuba menenangkan Atikah.


         Suasana di bilik tidur Putri menjadi senyap ketika Atikah memulakan cerita tentang sahabatnya, Hana. Sesekali Aris mengiakan kata-kata Atikah. Putri hanya mencatat kisah yang diceritakan tentang arwah ibunya dalam bentuk esei. Marisa sesekali mengusap-usap belakang badan cucu tunggalnya itu.  Namun, ketika tiba di satu kisah ketika saat-saat terakhir Hana bersama Aris dan Atikah, semua orang di situ kelihatan sedih terutama Aris.
          Setelah beberapa jam berlalu, barulah Atikah tamat bercerita dan Putri mulai mengantuk. Aris dan Atikah keluar dari bilik. “Terima kasih Tikah. Terima kasih atas segalanya,” ucap Aris sambil memandang tepat wajah rakannya itu. Atikah hanya mengangguk lalu beredar ke biliknya. Dia tidak menyangka cerita lama akan dibuka semula untuk diceritakan kepada Putri. Atikah mengeluarkan satu bingkai gambar yang terdapat fotonya, Hana dan Aris. Dia mengusap-usap gambar itu lalu menitiskan airmata. “Hana, kami semua rindu kau. Rindu sangat,” Air mata semakin deras mengalir di wajahnya. Walaupun dia mengesat, tetap saja air mata itu mengalir. Dia menyimpan semula gambar tersebut lalu menuju ke bilik air untuk mandi sebelum tidur.

       Atikah tersedar dari lena apabila mendengar bunyi benda jatuh dari arah dapur. Dia lekas menuju ke dapur dan mendapati Aris sedang menyiapkan sarapan.
“Buat apa Ris?” tanya Atikah sambil mengusap matanya yang masih mengantuk. Aris tersenyum.
“Buat sarapan. Pergilah mandi, nanti boleh makan sama-sama,”
“Tak pernah buat sarapan, hari ni ‘angin’ apa awak buat sarapan? Tak kerja?” tanya Atikah lagi.
“Saya ambil cuti hari ni. Nak bawa awak, Putri dan mama jalan-jalan hari ni. Putri kan cuti,”
     Atikah hanya mengangguk lalu menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri sebelum bersarapan.
“Putri, mama. Jom breakfast. Sarapan siap,” kedengaran Aris memanggil Putri dan Marisa dari dapur.

       Mereka menuju ke satu kawasan rekreasi untuk berkelah sambil menikmati suasana segar bumi Eropah itu. Kelihatan ramai orang turut berada di situ. Kawasan lapang dan hijau menjadi tempat mereka berkelah. Atikah sedang mengeluarkan semua makanan yang dibawa dan meletakkannya di atas sebuah tikar.
“Ya Allah, tenangnya kat sini !” ujar Aris sambil menggeliat dan menghirup udara. “Hilang sekejap problem kt pejabat tu,”
“Memang tenang. Tapi tak buka lah butik saya hari ni,” ujar Atikah pula.
“Tak apa lah. Satu hari je. Dah telefon pekerja awak belum?”
      Atikah hanya mengangguk sambil menoleh ke arah Putri yang sedang berlari-lari bersama gadis-gadis seusianya.
“Tikah, kenapa awak tak nak kahwin? Tak ada ‘mat saleh’ yang awak berkenan ke kat sini?” tanya Aris. Wanita itu hanya menggeleng sambil mengambil sepotong buah epal.
“Saya pernah suka pada seseorang tapi sekarang orang tu dah hidup bahagia dengan keluarga dia,” Aris memalingkan mukanya ke arah Atikh.
“Maksudnya, dia dah kahwin dengan orang lain? Dia tahu tak tentang perasaan awak?”tanya Aris membuatkan sekali lagi Atikah menggeleng. “ Kenapa tak bagitau dia?”
     Atikah hanya tersenyum lalu mengangkat bahu.
“Maaf lah saya tanya macam-macam. Jom join Putri dengan mama,” ajak Aris bersungguh-sungguh. Atikah hanya mengikuti langkah Aris.


       Sandra sudah menanti mereka di halaman rumah apabila mereka pulang. “Sandra? Dia buat apa kat sini?” bisik hati Atikah.
“Sandra? Tunggu kamu ke, Aris?” tanya Marisa.
“Entah, mana Ris tahu. Apa dia nak?”
         Sandra segera menegur mereka begittu mereka keluar dari kereta.
Sandra,what are you doing here? Are you waiting for us?” tanya Marisa.
Yes, aunty. Actually I want to see Aris,” jawab Sandra sambil melihat Aris. Atikah segera masuk ke rumah.
Sandra, actually we’re all very tired. I’m really sorry,” Aris segera masuk membawa Putri ke dalam. Sandra masih berdiri di luar dan meminta izin pulang dahulu dari Marisa.

        “Sandra mana?” tanya Atikah setelah melihat Aris masuk.
“Balik kot. Kenapa?” giliran Aris yang bertanya.
      Atikah hanya mengangguk lalu menuju ke dapur. Aris menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Atikah kembali ke ruang tamu apabila terdengar Marisa masuk ke rumah.
Aunty, Aris, Putri. Tikah ada benda sikit nak cakap,” ujarnya lalu duduk berhampiran Marisa.
“Cakaplah,” kata Aris serentak dengan ibunya.
“Tikah... nak balik Malaysia,” Kenyataan Atikah itu membuat mereka terkejut dan suasana berubah menjadi tegang. “Tikah nak kembali ke tempat asal,” ujarnya lagi.
Aris bersuara, “Kenapa pula? Awak ada masalah ke kat sini?”
   Atikah menggeleng lalu menjelaskan perkara tersebut. “Saya cuma nak pulang ke tanah air je. Dah dekat 8 tahun saya duduk sini. Saya rindu tempat lahir saya,”
“Kalau rindu, saya boleh bawa awak melancong ke Malaysia. Tak perlu balik sana,” ujar Aris.
“Saya minta maaf tapi saya dah jaga amanah Hana. Rasanya Putri dah cukup besar. Masa saya dah habis di sini. Inilah masa untuk saya pulang. Dah masanya pula saya jaga kubur arwah ibubapa saya dan Hana. Saya harap awak faham , Aris,”
“Tak ! Saya tak faham. Kalau awak ada masalah, ceritalah pada kami semua. Kami ni kan keluarga awak juga. Tolonglah jangan tinggalkan kami,”
“Saya tak ada masalah. Saya just nak balik. Awak tak boleh larang saya,”
    Aris berdiri, “Ok, fine. Awak nak balik, pergi balik.”
Marisa dan Putri hanya melihat. Mereka tidak mahu berkata apa-apa takut akan membangunkan‘singa yang sedang tidur’.
    Atikah akur dan segera ke bilik tidurnya untuk mengemas pakaian. Marisa dan Putri mengikuti langkahnya.
“Atikah pasti nak balik ni?” tanya Marisa dengan harapan gadis itu akan mengubah keputusannya.
Atikah mengangguk sambil memasukkan pakaian ke dalam begnya.
Aunty, kenapa nak pergi? Aunty tak suka ke tinggal dengan Putri dengan papa?”
“Tak sayang. Bukan macam tu. Tapi Aunty pun ada tugas sebagai anak kat Malaysia untuk jaga kubur arwah ibubapa aunty. Ada masa nanti, kita jumpa lagi ok,” Atikah mengusap-usap kepala kanak-kanak itu.
       



     Atikah menemui Aris di beranda luar rumah. “Saya tahu awak dah buat baik dengan saya. Saya minta maaf, saya terpaksa tinggalkan awak semua di sini. I have to go back to where I belonged. Tempat saya bukan kat sini bersama awak. Saya pergi dulu,”
     Atikah memang berniat meninggalkan Aris kerana dia tahu Sandra sangat menyukai Aris bahkan Sandra sanggup belajar bahasa Melayu hanya untuk memikat hati Aris. Hanya dengan cara berjauhan dari Aris yang boleh membuatkan dia melupakan lelaki itu.
     Atikah tiba di lapangan terbang tepat jam  2petang. Pesawat akan berlepas tidak lama lagi. Marisa dan Putri yang menghantar Atikah ke lapagan terbang. Aris hanya duduk di rumah.

“Saya pergi dulu aunty, Putri. Jangan lupa aunty tau sayang. Solat jangan tinggal ya sayang,” Titisan airmata Putri membuatkan Atikah berat hati untuk meninggalkan mereka.


    1 minggu kemudian...

Sandra menemui Aris yang sedang mengelamun sambil memegang foto Atikah.
“Aris, awak ok tak?” Sandra bertutur dalam bahasa Melayu walaupun masih tidak jelas untuk difahami.
Aris terkejut. “You can speak Malay, Sandra?” Sandra mengagguk lalu tersenyum.
    Dia memegang erat tangan Aris. “Awak tahu tak? Saya suka pada awak. Sangat suka pada awak. Tapi percayalah, Atikah lebih sukakan awak. Dia cintakan awak Aris,”
    Aris terkejut sekali lagi mendengar kata-kata Sandra.
Yes Aris. She loves you so much. Awak tak pernah tengok mata dia? Mata dia penuh dengan cintanya untuk awak. She really loves you Aris. Don’t you realise that?”

     Aris segera masuk ke rumah dan menemui Marisa yang sedang masak di dapur. “Mom, start packing your clothes now,”

    Atikah sedang menyiram bunga di halaman rumah yang baru disewanya. Dia baru saja pulang dari membersihkan kubur Hana dan ibubapanya. Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta di luar pagar. Atikah menjengah dan kelihatah sebuah kereta mewah sedang berada di luar pagar.
“Siapa eh?” bisiknya lalu beredar ke pagar.

       Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut dan menghampirinya. “Aris?” desirnya.
Aris segera memeluk tubuh kecil Atikah. “Sampai hati awak tinggalkan saya. Awak lupa yang awak dah janji dengan Hana akan jaga saya? Awak ingat awak boleh mungkir janji ke? Saya takkan benarkan,”ujar Aris. Atikah masih tergamam melihat Aris yang berada di hadapannya.
“Apa awak cakap ni Aris? Kenapa awak ada kat sini?” tanya Atikah.
“Saya datang sini nak jumpa kekasih saya. Awak orangnya,”
“Apa awak cakap ni? Awak ok tak ni?”
“Saya cintakan awak macam mana awak cintakan saya. Selama ni saya sedar sebab awak selalu ada dekat dengan saya. Bila awak dah jauh dari saya,baru saya sedar yang saya perlukan awak. Saya cintakan awak...Atikah binti Darul.”

      Atikah tidak mampu berkata apa-apa hanya titisan airmata yang mengalir deras di pipinya. Marisa dan Putri akhirnya turun dari kereta dan menghampiri mereka berdua.
“Kami akan di sini dengan awak. Ini lah tempat awak dan saya. Ini tempat asal kita,”
     Mereka akhirnya mampu menjadi bahagia. Impian yang disimpan Atikah selama 8 tahun akhirnya tercapai pada hari ini.
                           
                      Tamat 

2 comments:

  1. perempuan memang seorang setia tapi tetap tak semua!!
    THIS STORY NICE & BEST!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm one of the loyal girl..hehe~ perasan plak... :) thank you for reading...

      Delete