My dearest followers, thank you very much for supporting me.

Wednesday, 11 July 2012

Kau di Hati

Malam ini hatinya tidak tenang. Fikirannya terganggu oleh peristiwa siang tadi. Dalam  perasaan suka, Farah tetap berasa hairan dengan kelakuan adiknya yang bertindak mengenalkannya dengan seorang lelaki bernama Adam.
      Semakin malam menjelang semakin Farah berusaha untuk menjawab semua tanda tanya itu. “Adam ? Kenapa dia kenalkan aku dengan bekas kekasih kawan dia?”. Farah semakin buntu dan akhirnya mengambil keputusan untuk tidur agar dia tidak mengantuk untuk bangun ke kampus pada esok pagi.

        Fikirannya masih melayang memikirkan Adam sejak malam tadi. Sebelum berangkat ke kampus, Farah cuba bertanya kepada adiknya, Fatin tentang perkara merunsingkan ini.
Fatin, kenapa kau kenalkan akak dengan Adam?”
Namun, Fatin hanya berdiam diri lalu segera ke meja makan meninggalkan kakaknya seorang diri di ruang tamu. Farah akur dengan kelakuan adiknya itu. Farah cuba menceritakan perkara ini dengan sahabatnya, Hanis. Seperti biasanya, Hanis hanya mampu memberi nasihat yang terbaik untuk Farah. Mereka sudah lama berkawan dan mereka juga sudah dianggap adik-beradik oleh keluarga masing-masing.

       Farah mengambil telefonnya di dalam beg. Terdapat satu pesanan ringkas.
Salam Farah, ni Adam. Tadi Adam call tapi tak angkat. Farah ada kelas ye? Maaf ganggu,”
  Setelah membaca pesanan tersebut Farah segera membalas. “Salam Adam, ya tadi Farah kelas. Ada apa ye Adam call Farah ?”.  Beberapa saat kemudian Adam membalasa pesanan Farah.
“Adam saja je telefon Farah. Adam ganggu ke ?”
“Tak lah. Baru je balik  ni,”
       Adam menelefonnya. “Farah, sihat ?”
“Alhamdulillah. Adam sihat ?”
“Alhamdulillah. Maaflah Adam ganggu Farah baru balik kelas. Adam Cuma nak berkenalan dengan Farah. Tu pun kalau Farah sudi lah nak kenal Adam,”
“Oh, boleh. Apa salahnya.”
 Sejak hari itu Farah dan Adam menjadi kawan yang rapat. Setiap masalah yang mereka hadapi pasti mereka akan berkongsi satu sama lain. Namun, adiknya, Fatin menjadi tidak puas hati dengan persahabatan kakaknya dengan Adam.  Dengan penuh rasa dengki, Fatin menghubungi rakannya,Yana iaitu bekas kekasih Adam.  
Hello Yana. Aku ada benda nak cakap ni. Penting. Jumpa aku kejap,”
“Ok,” jawab Yana bersetuju untuk menemui Fatin di taman. Mereka bertemu di taman satu jam kemudian.
Apahal Fatin?”
“Kakak aku tu. Dia dah rapat dengan Adam,”
“Adam? Macam mana pula boleh jadi gini?”
“Aku pun tak tahu lah,”
“Tak apa. Biar aku handle benda ni. Relax ok ?”

                    **************************************************

           Fatin menerpa masuk ke dalam bilik Farah dan menengkingnya.
Kak, kau dengan Adam ni ada hubungan apa ?”
“Apa ni Fatin? Kita kawan je lah,”
“Tak payah nak tipu la. Kau fikir aku tak tahu setiap malam dia telefon kau? Yana masih sayang kat Adam faham?”
“Kau ni kenapa? Kau kan yang kenalkan dia kat aku.”
“Itu bukan alasan kau pikat dia !”
                     Fatin meluru keluar dari bilik Farah. Farah sangat terkilan dengan kelakuan adiknya. Dia begitu hairan dengan tindakan Fatin yang telah mengenalinya dengan Adam tetapi memarahinya kerana berkawan dengan lelaki itu. Farah menangis dan menceritakan perkara itu kepada Adam.
Farah, kenapa menangis ni?”
“Tak ada apa lah Adam,”
“Farah, please. Bagitahu Adam. Jangan buat Adam risau Farah,”
“Tadi,” Farah masih teresak-esak. “Fatin marah Farah. Dia marah sebab Farah kawan dengan Adam,”
“Apa ? Kenapa pula? Farah jangan nangis ye. Biar Adam cakap dengan dia,”
“Adam, dia kata Yana masih sayang Adam. Adam masih sayang Yana tak?”
“Adam...sayang Farah je sekarang,”
          Farah segera memutuskan talian kerana terlalu sebak. Farah tidak mampu menahan rasa sedih. Dia tidak pernah menyangka hal ini akan berlaku kepada dirinya. Dia memang menyayangi Adam tetapi jika dia hanya menganggu hubungan Adam dan Yana, pastinya dia akan merasa bersalah. Farah sudah dididik dari kecil oleh neneknya agar tidak  mengambil hak milik orang lain. Apatah lagi mengambil seseorang yang sebaik Adam.

       Adam segera menelefon Fatin. “Fatin, apa semua ni?”
“Semua apa?”
“Sebenarnya apa sebab kau kenalkan aku dengan kakak kau?”
“Tak ada apa,”
“Dah tu kenapa kau marah dia kawan dengan aku?”
“Aku Cuma kesian kat Yana. Dia masih sayangkan kau.”
“Dengar sini baik-baik. Sekarang aku Cuma sayang kakak kau sorang je. Yana bukan siapa-siapa lagi di mata aku. Tak lama lgi aku akan melamar Farah, faham ?”
      

                Farah tidak dapat tidur nyenyak malam tadi.  Hatinya tidak tenang. Akhirnya dia memutuskan untuk mematikan telefon bimbitnya sebelum berangkat ke kampus. Farah menceritakan segalanya kepada Hanis.
Habis tu kau diam je?”. Hanis kelihatan marah.
“Entahlah, sekarang aku tutup telefon. Aku belum sedia dengar suara Adam,”
“Dengar sini Farah. Kau kena kuat. Takkan kau nak biarkan adik kau halang cinta kau hanya untuk bela kawan dia. Please lah buat sesuatu,”
“Nantilah aku fikir dulu. Anyway thanks Nis,”

          Farah semakin bingung. Setibanya dia di rumah, dia mendapati sebuah sampul berwarna coklat berada di atas katilnya. Terdapat sepucuk surat di atas sampul itu yang bertulis,
        Saya ada hadiah untuk awak. Mungkin tak seberapa, tapi ini hasil buatan saya sendiri. Saya harap awak sudi terima. -Adam- J
       Farah membuka sampul itu dan melihat seutas jam tangan berwarna ungu dan sebuah lukisan yang sangat cantik. Ada satu lukisan hati yang besar berwarna merah dan anak panah yang menembusi hati itu tertulis nama ‘Adam’ di hujung anak panah itu. Lukisan itu cukup indah.
      Akhirnya, Farah menghidupkan kembali telefon bimbitnya. Terdapat banyak panggilan tidak dijawab dari Adam sejak semalam. Dengan hati yang berat, Farah menelefon Adam.
Tiba-tiba kedengaran suara lelaki bernyanyi untuknya,
      “Saat kau jauh disana,kau ada di hatiku. Saat kau dekat padaku, masih terasa jauh. Ooo....Ku tak ingin rasa ini mengangguku, ku ingin bersamamu... Di hatimu...,”
        Farah sangat terharu mendengar lagu yang dinyanyikan untuknya. Adam begitu menyayanginya. Dia tidak sanggup membuat Adam tertunggu-tunggu.  “Adam,”
       “Farah, dengar cakap Adam dulu. Adam sayang Farah. Hati yang Adam lukis tu hati Farah dan anak panah tu anak panah cinta Adam. Adam nampak keikhlasan dalam diri Farah yang tak ada pada Yana. InsyaAllah Adam janji lepas Farah tamat pengajian, Adam nak bawa Farah jumpa mama Adam dan Adam...nak melamar Farah,”
Akhirnya mereka memutuskan untuk menjalinkan hubungan sebagai kekasih. Hari itu merupakan hari yang sangat membahagiakan untuk Farah dan Adam.


Mendengar perkara itu, Fatin segera bertemu Yana di rumahnya.
         “Apa? Jadi dia orang dah....,”
“Ya. Kau kena buat sesuatu Yana. Kakak aku cuma akan mainkan perasaan Adam je. Takkan kau nak biarkan kakak aku rampas cinta kau? You have to do something,”

       Bintang di langit kelihatan terang-benderang di mata Farah. Matanya tidak berkelip melihat jutaan bintang bersinar-sinar di langit tinggi. Hanya wajah Adam dalam fikirannya tika ini. Dia tidak menyangka semuanya akan berlaku secepat ini. Tidak pernah dia terfikir akan menjalinkan hubungan dengan orang sebaik Adam.
        Dia berdoa agar Adam akan terus menjadi jodohnya hingga ke akhir hayat. Telefon bimbitnya berdering membuatkan Farah berhenti mengelamun.
Hello,” ucap Farah lembut.
Aku nak kau jauhi Adam, faham? Dia milik aku,”
“Siapa ni?”
“Tak penting kau tahu siapa aku. Yang penting kau tinggalkan Adam,”
“Kalau macam tu, tak penting juga aku putuskan Adam semata-mata untuk orang yang aku tak kenal macam kau,”
                 Farah memutuskan talian dan merebahkan diri di atas katil. Dia sama sekali tidak menghiraukan kata-kata perempuan yang tidak dikenalinya itu. Tetapi dia yakin, yang menelefonnya tadi adalah Yana.
                 Yana semakin bingung memikirkan cara untuk memisahkan Adam dengan Farah. Dia semakin buntu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk menemui Farah.
                 Sebelum Farah sempat masuk ke kelas, Yana sudah menunggunya di hadapan kampus Farah. Dengan sombongnya Yana bersuara.
      “Kau tahu tak Adam tu bekas boyfriend aku?”
“Ya. Tapi bekas. Bukan boyfriend kau lagi sekarang,”
“Tapi aku sayang dia. Kau Cuma datang untuk rebut dia dari aku dan jangan harap aku akan biarkan perkara terjadi,”
“Cakaplah apa-apa pun suka mulut kau. Apa yang aku tahu, Adam sayang aku dan aku takkan biarkan dia jatuh ke tangan kau balik,”
        Dengan pantasnya tangan Yana cuba hinggap di pipi Farah namun gagal kerana Farah sempat mengelak dan meninggalkan Yana sendirian sehingga membuatkan dia hampir terjatuh. Yana sangat marah.
                    
                           **********************************************

         Farah tidak dapat menahan kesedihan setelah mendapat tahu berita dari keluarga Adam di Perak tentang kemalangan yang menimpa Adam. Farah tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia berada di Johor. Meskipun Farah sangat risau tentang keadaan Adam, dia tetap menghadiri kelasnya kerana dia masih menganggap Adam baik sahaja seperti sebelum ini. Setiap hari doanya tidak pernah putus mengiringi lelaki yang dicintainya itu.
     “Adam dah sedar mak cik?”
Belum lagi. Mak cik pun tak tahu bila. Dah masuk bulan ketiga dah ni. Mak cik risau sangat,”
“Mak cik sabar ye. Saya doakan Adam cepat sedar dan cepat sembuh,”

          Setelah 3 bulan koma, barulah Adam sedar. Kepalanya terasa amat pening. Pandangannya kabur melihat keadaan di wad itu. Dia seperti berada di suatu alam yang dipenuhi dengan orang yang tidak dikenalinya. Adam cuba mengingati wajah seorang wanita sepruh usia di hadapannya tetapi gagal.
Adam, ni mama”
“Mama? Mama?”
      Ibunya berasa kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya itu. Seorang gadis menegurnya,
            “Abang Adam, ini Mira. Ingat Mira tak ?”
“Mira?”
“Ya. Ini Mira, adik saudara abang. Abang ingatkan?”
        Mira cuba untuk mengmbalikan ingatan Adam namun Adam masih tidak mengenali mereka berdua. Berita ini telah sampai ke pengetahuan Farah. Dia sangat sedih.
     “Adam tak ingat apa-apa? Maknanya, dia dah tak ingat aku juga?”
     
      Seminggu kemudian, ingatannya semakin pulih. Dia sedang melihat nombor-nombor telefon yang terdapat di telefon bimbitnya. Adam terlihat satu nama yang tertulis ‘mydear farah’. Adam cuba menghubungi nombor telefon itu.
         “Hello?”
“Hello. Boleh bercakap dengan Farah?”
“Adam ke ni? Ya Allah, Adam telefon Farah. Adam dah ingat semua?”
“Yana.....,”. Farah terkejut mendengar Adam menyebut nama Yana. Namun dia tetap menanti dan  mendengar suara Adam yang sudah lama dia rindui.
Ini Farah, bukan Yana.”
“Yana kata saya dah lama bercinta dengan dia. Tapi awak siapa? Dalam handphone saya ada nama awak,”
“Tak Adam. Saya Farah. Adam, ingat tak kita saling menyayangi? Adam janji nak lamar Farah lepas Farah belajar,”
“Habis tu Yana telefon Adam, dia cakap lain. Dia kata cuma dia perempuan yang Adam sayang. Tapi Adam seolah-olah tak percaya,”
“Tak apa lah. Adam sembuh dulu nanti Adam akan ingat semuanya balik ye. Buat masa ni anggaplah Yana orang yang Adam sayang,”
“Tak ! Farah....Adam tak ingat tapi  Adam rasa tenang berbual dengan Farah. Adam.....nak Farah,”
      Farah tidak dapat menahan air mata. Bergenangan airmatanya jatuh ke pipi. Farah segera mematikan talian dan berbaring di atas katil.
      “Kenapa semua ni jadi pada Adam?  Ya Allah, sembuhkanlah Adam. Dia lelaki yang baik,”

            
       Hari semakin hari ingatan Adam semakin pulih dan hubungan mereka berdua semakin rapat. Adam sudah mula mengingati siapa Farah di hatinya. Tanpa disedari, Farah sudah berada di tahun akhir di sesi pengajiannya.
       Namun, dalam kegembiraan ada juga seorang yang cuba memisahkan dua kekasih sejati itu. Tanpa putus asa, Yana tetap memikirkan cara untuk memisahkan mereka.
      Malam itu, Adam mengajak Farah untuk berjumpa. Farah sangat gembira dan telah bersiap-siap untuk menemui Adam. Tetapi takdir tidak menyebelahi mereka.
      Yana telah merancangkan suatu rancangan. Telefon Farah tiba-tiba berdering ketika dia baru sahaja hendak melangkah keluar dari rumah.
Kalau kau berani keluar jumpa Adam aku akan pastikan Adam takkan selamat. Kau jangan main-main dengan aku,”
“Apa yang kau nak buat dengan Adam ha ? Jangan kau apa-apakan dia, faham ?”
“Ok, aku takkan sakiti dia. Tapi kalau kau berani jumpa dia, kau takkan dapat tengok dia lagi lepas ni!”talian dimatikan.
       Farah mulai risau. Dia bingung. Apakah yang harus dia lakukan sekarang? Dia kembali masuk ke rumah dan menelefon Adam kerana risau. Tidak biasanya Adam tidak menjawab panggilan Farah tetapi malam itu panggilan Farah tidak dijawab.
       Ternyata Fatin telah menelefon Adam dan mengancamnya.
Adam, kalau kau berani jumpa kakak aku, kau akan menyesal. Aku akan buat kau dan dia menyesal seumur hidup.
“Apa kau nak buat dengan dia?”
“Kalau macam tu, esok kau kena jumpa Yana dan cakap kau nak kembali pada dia. Tinggalkan kakak aku. If not, kau akan tengok dia mati aku kerjakan!”
          Adam semakin buntu. Bagaimana dia hendak menjelaskan perkara ini dengan kekasihnya itu. Dia hanya akur. Sejak hari itu, dia hanya mendiamkan diri dan berfikir cara untuk kmebali kepada Farah tanpa Farah harus disakiti oleh adiknya sendiri. Namun sehingga sekarang, Adam masih tidak memilih siapa pun kerana risau keputusannya akan memakan dirinya sendiri.




2 comments:

  1. cerita ni agak tergantung!? kalau ada sambungannya lagi best!!!...
    WISH U LUCK, KEEP THIS UP!!

    ReplyDelete
  2. lah tak best lah macam ni,,, hermmmm...
    tapi nak cerpen yang baruyang best and awesome,,,, good luck, do your best ..

    ReplyDelete