Zaara menangis sebaik sahaja memasuki teksi. Dia meminta pemandu
itu menghantarnya ke rumah. Pemandu teksi itu hanya menurut sahaja. Zaara tidak
menjawab sebarang panggilan pun dari Azrul. Dia benar-benar kecewa dengan teman
lelakinya itu.
Dia sudah banyak kali
mendengar dari teman-temnannya bahawa Azrul mempunyai perempuan lain, tetapi
demi cintanya dia hanya mempercayai Azrul. Tetapi takdir tuhan menunjukkan
segalanya malam ini.
Zaara dan Azrul
sudah berjanji untuk bertemu malam ini di sebuah restoran. Namun apabila Zaara
tiba, dia melihat seorang gadis sedang duduk mesra bersama Azrul. Zaara memang
sengaja datang awal kerana ibu bapanya tiada di rumah. Kerana bosan, Zaara
memutuskan untuk menemui Azrul lebih awal. Tetapi hatinya sangat hancur melihat
kejadian itu.
“Sepatutnya dari dulu aku percaya cakap kawan-kawan aku. Sebab
cinta aku jadi buta. Sampai hati kau buat aku macam ni !” Hanya kata-kata itu
saja yang terluah di hatinya ketika itu.
Jam menunjukkan pukul
12 malam tetapi Zaara belum tidur. Dia masih menangis memikirkan Azrul yang
berlaku curang di belakangnya. Kelihatan di telefon bimbitnya tertulis 10 mesej
dari Azrul yang belum dibaca. Sudah berpuluh-puluh kali Azrul menelefon, masih
tidak berjawab.
Zaara mulai hilang
kesabaran apabila telefon masih berdering hingga ke jam 2 pagi. Dengan sangat
marah, dia menjawab panggilan dari Azrul.
“Apa kau nak?” Zaara bertanya dengan kasar sekali. Tidak seperti
Zara yang biasanya periang dan manis orangnya.
“Sayang, dengar cakap I dulu. Jangan buat I macam ni,” rayu
Azrul dengan nada suara yang lembut.
“Apa sayang-sayang? Kalau kau sayang aku, kau takkan dengan
perempuan tu lah !”
“She’s just my friend.
Tak lebih dari tu, sayang. Percayalah,” rayu Azrul lagi untuk meraih
kepercayaan Zaara.
“Dah lah ! Kalau kawan, takkan sampai kau suapkan mulut dia.
Mesra bagai apa ! Patutnya aku percaya cakap kawan-kawan aku yang kau ni memang
lelaki tak guna. From now on, kita
tak ada hubungan apa-apa lagi, faham !” Zaara segera memutuskan talian dan
mematikan telefon bimbitnya.
Zaara baru saja selesai solat Subuh apabila ibunya, Maznah
mengetuk pintu biliknya.
“Masuklah,”
Maznah duduk di samping anak bongsunya lalu memeluk gadis
berusia 17 tahun itu. Zaara kembali menangis seperti malam tadi.
“Sabarlah sayang. Inilah dugaan kita orang perempuan. Kita
lemah, itu sebab lelaki selalu permainkan kita. Berdoalah pada Allah agar Dia
beri petunjuk, nak.”
Kelihatan abang
sulungnya, Azhar sedang berada di muka pintu biliknya.
“Dah lah. Pergi mandi, siap-siap. Pergi sekolah ya,”
Zaara mengangguk lalu beredar ke bilik mandi.
Seri
segera mendapatkan Zaara. Zaara kelihatan sangat kusut dan tak berdaya.
“Za, are you ok?”tanya
Seri. Zaara hanya mengangguk lemah. “Kau ada masalah ke ni?”
“Azrul ada perempuan lain. Sampai hati dia buat aku macam ni,
Seri?” tangis Zaara.
“Dah lah tu. Dari dulu dah aku bagitahu kau yang dia memang ada
hubungan dengan perempuan lain, kau tak percaya. Sudah-sudah lah tu. Ramai lagi
lelaki kat luar sana tu,”
“Tapi aku sayang dia, Seri. Dia cinta pertama aku,” tegas Zaara.
“Cinta pertama bukan bererti cinta terakhir juga kan,”
Zaara hanya diam
mendengar kata-kata Seri kali ini. “Maksud kau?” Zaara mengesat airmatanya.
“Belum tentu kau jatuh cinta dengan orang tu, kau akan kahwin
dengan dia kan. Azrul adalah cinta pertama kau. Tapi Allah tahu, dia bukan
cinta sejati kau. Bukan cinta terakhir kau. Mungkin sebab tu Allah tunjukkan
sikap dia yang sebenarnya selama ni,”
Zaara diam sekali
lagi memikirkan kata-kata rakannya itu.
**********************************
Zaara sedang jalan sendirian di deretan rumah kedai berhampiaran
rumahnya. Dia melihat beberapa orang
lelaki sedang keluar masuk dari gym
yang ada di situ. Untuk sampai ke kedai menjual jam tangan, dia harus melalui
gym tersebut. Tiba-tiba seorang lelaki yang baru saja keluar dari tempat itu
berlanggar dengannya menyebabkan mereka berdua terjatuh ke lantai.
“Aduh, jalan tengok-tengok boleh tak?” marah lelaki itu.
“Kau yang main langgar, apasal nak marah pula,” Giliran Zaara
pula yang membentak. Mereka berdua segera bangun.
“Kau yang langgar aku. Minta maaf pun ke susah ke ha?”
“Tak gentleman
langusung kau ni. Kau lah minta maaf. Dah salah kau kan,”
“Apa masalah kau? Kau tu perempuan, sopan lah sikit !”
Mereka saling
berperang mulut. Akhirnya lelaki itu meninggalkan Zaara sendirian.
“Minta maaf pun susah ke?! Dasar jantan ego tinggi !” jerit
Zaara membuatkan lelaki itu tertoleh-toleh ke arahnya.
Kelihatan Maznah sedang menyiram bunga-bunga di halaman rumah
apabila Zaara pulang. Dia segera mencium pipi ibunya itu lalu masuk ke rumah
dan duduk di dalam bilik sambil membelek-belek jam tangan yang baru dibelinya.
Jam itu berwarna hitam dan rekaannya sangat cantik. Zaara segera mencapai jam
tangan yang diberi Azrul dari atas meja solek lalu di campak ke bakul sampah.
Dia mengenakan jam tangan yang baru di pergelangan tangannya.
“Aku tak perlu jam kau lagi, Azrul.” desirnya yang hanya
menjeling ke arah jam yang berada di dalam bakul sampah.
Seminggu berlalu,
Zaara sudah dapat melupakan Azrul. Dia kelihatan ceria dan periang seperti
biasanya dahulu. Seri juga lega melihat sahabatnya itu. Kelasnya mendapat guru
baru bagi mata pelajaran Matematik. Guru
itu merupakan graduan universiti beberapa bulan yang lalu. Dia baru saja
diterima bekerja di sekolah tempat Zaara belajar.
Zaara sangat
terkejut apabila melihat guru itu adalah lelaki yang dilanggarnya minggu lepas.
Dia menunduk-nundukkan mukanya.
Setelah melihat Zaara ada di situ, lelaki itu seolah-olah sedang
berfikir. Mungkin dia sedang cuba mengingati gadis itu.
“Baiklah, nama saya Shahir. Panggil saya Cikgu Shahir. Saya akan
mengajar kamu semua Matematik. Saya harap kamu semua boleh ikut peraturan
semasa berada dalam kelas saya,”
Semua pelajar
memandang guru itu kerana guru itu kelihatan garang walaupun baru saja memasuki
sekolah itu.
“Faham semua ?” tanya Shahir.
“Faham, cikgu !” kedengaran suara pelajar-pelajar.
Sewaktu rehat,
Zaara duduk sendirian di perpustakaan. Sambil mencari buku matapelajaran
Sejarah, dia terlihat Shahir sedang masuk ke dalam perpustakaan. Mata lelaki
itu meliar-liar seolah-olah mencari sesuatu di situ. Apabila terpandang Zaara,
dia segera menghampiri gadis itu. Zaara mulai cemas.
“Assalamualaikum,” ucap Shahir.
“Waalaikumsalam, cikgu.”
“Saya rasa saya dah ingat awak. Awak yang langgar saya hari tu
kan. Ermmm...yang sound saya kan?”
Zaara menggaru-garu
kepalanya yang tidak gatal kerana memikirkan cara untuk mengelak dari guru itu.
Zaara memberanikan diri.
“Aah, memang saya. Kenapa?”
“Awak tak rasa bersalah langsung ke? Saya ni kan cikgu awak,”
“Bersalah? Masa saya langgar tu, awak bukan cikgu saya. Baru
hari ni awak jadi cikgu saya,”
“Oh, ok. Kalau macam tu, sekarang awak dah jadi anak murid saya
lah. Maknanya kalau saya hukum awak pasal kesalahan awak hari tu boleh lah
kan?”
“Mana boleh ! Time tu saya belum jadi murid awak lagi lah,”
Zaara bersuara kurang sopan. Beberapa orang pelajar memandang ke arahnya.
Shahir hanya
tersenyum melihat gelagat anak muridnya itu. Zaara meninggalkan perpustakaan
sebaik saja loceng berbunyi.
Zaara duduk sendirian di birai katil sambil fikirannya melayang
memikirkan Shahir. Wajah guru muda itu bermain-main di fikirannya. Tiba-tiba
dia menampar pipinya sendiri.
“Astaghfirullah, apa aku fikir ni? Apasal aku fikir cikgu tu?”
desirnya. “Kenapa ni Zaara? Apasal kau fikir cikgu ni pula?” resah hatinya.
Zaara segera bersiap
untuk menunaikan solat Maghrib. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30. Zaara turun setelah selesai dan terus
ke meja makan. Spageti goreng dan sambal sotong sudah siap terhidang di atas
meja hanya tinggal menunggu untuk dimakan.
“Wow ! Sedapnya, ibu. Dah lama tak makan spageti,”
Maznah sedang membasuh tangan apabila ditegur oleh anak
bongsunya itu. “Ayah beli spageti tadi pagi. Tu yang ibu masak. Zaara kan
suka,”
Zaara hanya
tersengih lalu duduk untuk menjamu makanan.
“Tunggulah ayah sekali,”
“Err...lupa pula. Hehe,”
Apabila ayahnya,
Idris tiba di meja makan bersama Azhar, mereka mula makan.
Tiba-tiba telefon bimbit Zaara berdering dan kelihatan di skrin
telefon tertera nama ‘Azrul’. Zaara segera memutuskan talian, namun panggilan
itu tidak henti-henti masuk ke telefon Zaara.
“Pergi angkat sana telefon tu. Ganggu orang tengah makan.
Pergi,” arah Idris apabila dia mulai semak dengan deringan telefon bimbit
anaknya itu.
Zaara bangkit dari kerusi dan menjawab panggilan tersebut di
dalam biliknya.
“Kau nak apa lagi? Aku dah cakap jangan ganggu aku. Tak faham
ke?” bentak Zaara.
“Sayang jangan buat I macam ni please. I rindu sangat dekat you.
Don’t do this to me, sayang.” Azrul
cuba memujuk hati gadis itu.
“Tak payah lah kau nak sayang-sayang dengan aku. Bosan lah layan
kau !”
Zaara segera
memutuskan talian dan mematikan telefon bimbitnya. Hatinya bagai dibakar oleh
api kemarahannya terhadap Azrul. Zaara kembali ke meja makan apabila hatinya
sudah mulai tenang.
“Zaara, ayah tak suka dia
call kamu lagi. Ayah nak mulai esok, kamu tukar nombor telefon. Faham?”
Idris tiba-tiba bersuara membuatkan semua yang berada di meja makan tertumpu
kepada Zaara sebentar. Gadis ayu itu hanya mengangguk tanda patuh dengan arahan
ayahnya.
Zaara pulang lambat hari ini kerana menghadiri kelas tambahan di
sekolah.
“Kau balik pukul berapa Za?” tanya Seri sambil menghabiskan sisa
makanan di mulutnya.
“Entah, tengoklah nanti. Bas datang, aku baliklah. Kau balik lah
dulu,”
Mereka berpisah di
perhentian bas di hadapan sekolah mereka. Kereta yang menjemput Seri sudah pun
tiba tetapi bas yang akan dinaiki Zaara masih belum tiba lagi.
“Lamanya bas ni ! Dah lah aku sorang-sorang hari ni,” bisiknya
sambil melihat kalau-kalau bas sudah tiba.
Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta di belakang Zaara. Dia
sedikit terkedu apabila melihat Shahir yang sedang membunyikan hon di
belakangnya.
“Lambat balik?” tanya Shahir. Zaara hanya mengangguk. “Jomlah,
saya hantar awak. Dah petang ni,”
“Takpe lah. Saya tunggu bas tambang je. Kejap lagi sampailah,”
“Awak ni kan memang degil eh? Dah petang ni, cepat lah.”
“Kalau nak marah-marah tak payah lah kasi tumpang,”
Shahir menggaru-garu
kepalanya. “Bila masa pula saya marah? Cepatlah saya hantar awak,”
Zaara segera masuk ke dalam kereta Shahir lalu kereta itu
menyusur laju menuju ke rumah Zaara.
“Awak tinggal mana?” tanya Shahir.
“Taman Bukit Dahlia,” jawab Zaara ringkas.
“Laa, dekat je. Ingat jauh sangat,”
“Memanglah dekat. Saya tak cakap pun jauh,”
“Awak ni memang kuat melawan eh Zaara?”
Zaara hanya berdiam
diri. Shahir masih menunggu jawapan anak muridnya itu. “Helo, saya tanya ni,”
“Cikgu, ada ke orang nak jawab pertanyaan macam tu? Cuba kalau
saya tanya cikgu ‘Cikgu ni memang kuat melawan eh?’ , agaknya apa cikgu jawab
ya?” Zaara sedikit meninggikan suara lembutnya.
“Kalau saya, saya akan jawab ‘ya’. Sebab saya ni memang kuat
melawan,”
“Ya lah tu,” Zaara mengalah daripada terus berperang mulut
dengan Shahir.
Mereka tiba di
selekoh perumahan Zaara. Tiba-tiba sebuah motosikal sedang menunggu di situ.
“Azrul?” bisik Zaara. “Apa dia nak?”
Zaara meminta Shahir untuk berhenti di selekoh tersebut.
“Apa kau buat kat sini?” tanya Zaara sambil melihat Azrul seperti
harimau melihat rusa.
“Sayang, I datang sini nak jumpa you. I rindu sangat dengan you.
Kita keluar kejap eh?” Azrul memegang tangan Zaara dan mengajaknya keluar
berdua.
“Apa masalah kau ni sebenarnya? Kau nak apa lagi?” bentak Zaara
kali ini. Azrul tetap berkeras menarik Zaara menaiki motorsikalnya. Mereka
seperti sedang bergelut membuatkan Shahir cuba masuk campur.
“Dik, kalau budak ni tak nak. Dah lah. Jangan paksa,” ujar
Shahir apabila dia keluar dari tempat duduk keretanya.
“Kau siapa? Kau jangan sibuk dengan masalah kita orang !”
“Dia anak murid saya. Saya rasa saya berhak sebab saya yang
hantar dia sekarang. So, saya mesti
pastikan dia selamat,”
Kedua-dua lelaki itu
mulai bergaduh. Azrul mulai menyerang Shahir. Mereka berkelahi seperti anjing
dan kucing.
“Woi, dah lah tu !” teriak Zaara. Azrul mula sakit apabila dia
dipukul teruk oleh Shahir. Wajah Shahir bengkak-bengkak akibat dia juga sempat
dipukul oleh Azrul. Namun, akhirnya Azrul mengalah dan segera menaiki
motosikalnya lalu meninggalkan mereka. Shahir lemah hingga terduduk di atas
jalan raya yang lengang.
“Cikgu ok ke?” tanya Zaara.
“Betul tak saya kata? Saya kuat ‘melawan’,”
Zaara tergelak kecil diiringi gelak Shahir. Shahir segera
beredar meninggalkan Zaara. Kereta dipandu keluar dari kawasan perumahan
tersebut.
‘Saya kuat
melawan’. Kata-kata itu masih bermain di fikiran Zaara walaupun malam sudah
larut. Gelak Shahir masih terbayang-bayang di legar fikirannya.
“Kenapa aku fikir dia pula?” desis kalbu Zaara sambil memeluk
erat bantal kepalanya.
Pintu bilik diketuk dan Maznah muncul di nuka pintu. “Tak tidur
lagi, nak?”
Zaara menggeleng.
“Tidur lah. Dah malam ni. Esok nak sekolah,”
“Ibu...Zaara nak tanya sikit boleh?”
“Tanyalah. Banyak pun tak apa,”
“Ibu, apa tanda orang tu suka kita?”
“Tanda? Hmm, dia ambil berat pasal kita, sibuk nak tahu masalah
kita, macam-macam lagi lah. Kenapa?”
“Tak ada lah. Tanya je, dah lah. Zaara tidur dulu eh,”
“Baik bagi tahu ibu. Kantoi nanti,”
“Taklah bu,”
Zaara menutup
mukanya lalu baring mengiring membelakangkan ibunya.
“Dahlah. Tak nak cerita dengan ibu. Ibu pergi lah,”
******************************************
“Baiklah, hari ni cikgu akan ajar tajuk Quadratic Equation.
Tajuk ni simple saja kalau awak semua
tumpukan perhatian,”
Shahir mula
mengajar di kelas Zaara. Gadis yang duduk di bahagian belakang kelas hanya
tersenyum-senyum melihat gelagat gurunya itu.
“Zaara, awak buat soalan pertama lepas saya terangkan tajuk ni,”
Zaara
terpinga-pinga. “Err...ya, cikgu.”
Shahir hanya tergelak di dalam hati melihat raut wajah Zaara
apabila dipanggil tadi. Walaupun gadis itu sedikit kasar terhadapnya, namun
Shahir sangat menyenangi Zaara yang pada pandangan matanya sangat berani.
Setelah memberi penerangan, dia memanggil Zaara untuk menjawab soalan.
“Zaara, ke depan. Buat soalan nombor satu,”
Zaara berjalan menuju ke papan putih sambil memerhati Shahir. “Marker, cikgu.” pinta Zaara.
“Oh. Nah, ambil ni,”
Zaara menjawab
dengan tenang walaupun dia sedang diperhatikan oleh Shahir dan rakan-rakan
sekelasnya.
“Woi, salah lah tu !” jerit Imran, rakan sekelasnya.
“Err...sorry, sorry.”
Zaara membetulkan jawapannya di papan tulis.
“Imran, tegurlah elok-elok.”
Zaara seperti berbunga-bunga hatinya apabila dibela oleh Shahir
di hadapan semua rakan-rakannya. “Siap, cikgu.”
“Bagus, terima kasih. Seterusnya, Imran. Awak buat soalan kedua
pula,” arah Shahir.
Zaara tidak
henti-henti menatap wajah gurunya itu. Sesekali Seri menegur, tetapi tidak
diendahkan oleh Zaara.
. ~ .
Shahir sedang
memasukkan barang-barangnya ke dalam boot
kereta ketika Zaara sedang berjalan menghampirinya di tempat letak kereta.
“Cikgu,” tegur Zaara.
“Ya. Ada apa?”
Zaara tersenyum
manis melihat Shahir. Shahir membalas senyuman itu dengan penuh keikhlasan.
3 tahun berlalu...
“Mak, saya dah buat keputusan nak lamar dia. Dia pilihan saya,”
Shahir sedang
menyatakan hasratnya untuk melamar Zaara sebagai isteri kepada ibunya, Hani.
Hani kurang bersetuju kerana Zaara hanyalah graduan universiti dan masih belum
bekerja.
“Tapi, dia belum kerja Sha. Takkan kamu nak tanggung dia seumur
hidup kamu?”
“Itulah tanggungjawab suami, mak. Sha tak kisah kalau dia tak
kerja. Lagi elok. Banyak masa dia boleh jaga Sha kat rumah, mak.”
Zaara sedang menunggu panggilan dari Shahir untuk mengetahui
jawapan dari ibu lelaki itu. Telefon berdering membuatkan penantian gadis itu
terhenti.
“Sayang, macam mana? Mak cakap apa?”
“Sayang. Jangan marah tau. Mak kata...dia...alhamdulillah,
setuju !” Shahir berteriak dari corong telefon membuat kan Zaara seperti berada
di puncak kebahagian.
“Alhamdulillah, sayang. I
love you so much dear !”
Setelah sebulan menyiapkan persiapan perkahwinan, akhirnya mereka
diijabkabulkan pada hari Jumaat, selepas Zohor di masjid jamek berhampiran.
Jam menunjukkan pukul
11 malam ketika Shahir masuk ke biik tidur untuk menemui isteri yang baru
dinikahinya beberapa jam lalu.
“Sayang, kisah cinta kita ni pelik kan?”
“Pelik? Maksud awak?”
“Yalah. Awak tu cikgu sekolah saya je. Tapi apalah yang saya
pandang dekat awak ni sampai saya terpikat dengan awak,” usik Zaara.
“Hei, itu maknanya saya ni handsome,
cute lah kan. Kalau tak, takkan awak
nak kahwin dengan saya ni kan.”
“Ha, saya baru perasan kenapa saya suka kat awak. Sebab awak
kuat melawan !”
Mereka berdua saling
bergurau lalu Shahir mengucup dahi isterinya, Zaara. Perkahwinan mereka
direstui oleh kedua-dua belah pihak keluarga. Zaara berasa sangat gembira
kerana dapat mempersuami seorang lelaki yang dianggapnya sempurna seperti
Shahir.
Sekian










cinta antara guru & pelajar, realiti ke imaginasi penulis semata???
ReplyDeleteWISH U SUCCESS!!!
realiti jgk... tp yg smpi khwin tu xlah... kisah sahabat yaya ni~
Delete