My dearest followers, thank you very much for supporting me.

Sunday, 2 December 2012

Selamat Tinggal Cinta


Di pinggir Pantai Tanjung Sedeli, Feruz sedang melayan perasaannya sendirian. Air mata  saja yang menemaninya ketika ini. Kesedihan atas keputusan yang dibuatnya sangat menganggu emosi lelaki itu. Rasa kecewa dan kesal masih menghantui dirinya. Kini, dia harus menerima hakikat bahawa dia sudah menjadi kebencian di mata keluarga Dyana.
     Telefon bimbitnya berdering. Julia yang menelefon. Tlian diputuskan. Hatinya masih sakit dengan tindakan ibu kepada gadis itu. Kerana mereka, Feruz kini mencoret nama yang buruk di mata keluarga kekasihnya, Dyana.
     Feruz mengeluarkan sekeping kad undangan perkahwinan yang tercatat nama pengantin dengan namanya dan Dyana. Dia mengoyakkan kad itu dan dicampakkan di balik pokok besar yang tumbuh di pantai itu. Dia tidak dapat melupakan kekasihnya Dyana yang sengaja dia tinggalkan atas alasan yang membuatkannya rasa kesal. Bayangan tangis rayuan bakal isterinya itu masih memenuhi ruang fikirannya.
         
                                              *************************
    
     Malam sebelum pernikahannya dan Dyana, Feruz mendapat panggilan  daripada Dania, iaitu ibu kepada Julia, wanita yang sangat dibencinya.
“Saya tak mungkin buat macam tu, aunty. Dan saya takkan pernah buat macam tu,” tegas Feruz ketika dia digesa untuk membatalkan pernikahannya yang tinggal sehari saja dengan Dyana.
“Baiklah kalau kamu berdegil. Tapi jangan  menyesal kalau baru seminit kamu diijab kabul, kamu dah jadi duda,” Dania dengan nada tegas mengancam lelaki itu.
“Apa maksud aunty ni? Jangan berani buat macam-macam,”
“Kalau kamu tak nak batalkan perkahwinan kamu esok dan tak nak bertunang dengan Julia, anak aunty, aunty akan upah orang untuk tembak isteri kamu esok betul-betul lepas kamu sah ijab kabul,”
    Feruz sangat terkejut mendengar ancaman Dania. Dia sama sekali tidak menyangka wanita itu sanggup membunuh untuk memenuhi keinginan anaknya sendiri.
   Dania terus memutuskan talian. Feruz menjadi serba salah. Dia tidak mungkin membiarkan wanita itu membunuh kekasihnya tetapi dia juga tidak mahu membatalkan pernikahannya.

     Pagi itu selepas pengantin perempuan tiba di rumahnya untuk bersiap, Feruz masih tidak tahu untuk membuat keputusan. Dyana sudah menuju ke bilik solekan untuk bersiap. Sedangkan Feruz masih belum bersiap sama sekali.
    Feruz menjengah keluar jendela dan melihat beberapa orang lelaki yang tidak dikenali sedang berdiri memerhati rumahnya dari luar pagar. Dia mulai risau tentang ancaman Dania semalam.
     Dia cuba untuk menghubungi Julia di bilik solekan tetapi talian tidak bersambung kerana telefon bimbit gadis itu dimatikan.
     Dalam keadaan bersalah, dia mengemas pakaian lalu memasukkannya ke dalam beg pakaian. Dengan sengaja dia berjalan di hadapan bilik solekan Dyana supaya gadis itu melihat dia keluar. Apabila salah satu penyolek melihat Feruz beredar, dia terus memberitahu Dyana. Dyana terus mendapatkan Feruz yang sedang menuju ke luar pagar rumah itu.
“Feruz, awak nak ke mana ni?” soal Dyana cuba menghalang lelaki itu.
Feruz melihat kelibat beberapa lelaki yang sedari tadi memerhatikannya sedang memberi isyarat. Feruz akur dan terpaksa meninggalkan perkahwinannya.
“Maafkan saya. Saya tak nak nikah dengan awak,” Feruz bercakap dengan keras sekali namun hati kecilnya sangat berat untuk melakukannya.
“Apa awak cakap ni?”
“Saya tak nak nikah dengan awak. Saya tak cintakan awak,” sekali lagi lelaki itu bertegas.
“Apa awak cakap ni? Kenapa awak amcam ni? Baru semalam awak janji awak akan jaga saya, sayang saya. Kenapa ni? Apa salah saya?” Dyana mulai menangis. Dia sangat sedih dan terkejut atas tindakan bakal suaminya itu.
“Jangan buat saya macam ni, Feruz. Awak kata awak cintakan saya,”
No! I said no! Saya baru sedar tadi, kalau saya tak mencintai awak langsung. Saya tak nak kahwin dengan awak,”
    Dyana masih menghalang lelaki itu dari terus pergi. Tangan Feruz ditarik dan tidak dibenarkan untuk beredar. Tangisan gadis yang dicintainya itu sangat menyakitkan hati Feruz namun dia tidak mahu Dania membunuh orang yang sangat dicintainya.
Please jangan tinggalkan saya. Kalau saya buat salah, saya minta maaf. Tolong jangan pergi Feruz. Awak kenapa macam ni?” tangis gadis itu. Kerana tidak sampai hati, Feruz terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati gadis itu agar kepergiannya tidak dirasai Dyana. Feruz menolak Dyana ke belakang dan membentaknya.
“Awak ni tak faham ke? Saya tak cintakan awak. Tak malu ke merayu-rayu macam ni? Perigi cari timba! Awak nak saya buat apa baru awak faham?” bentak Feruz dengan sangat kasar.
“Kenapa awak macam ni? Saya memang tak faham. Tolonglah jangan tinggalkan saya,” Dyana terus merayu-rayu tanpa mempedulikan semua orang di rumah itu sedang memerhatikannya. Ibu Dyana yang cuba menenangkan anaknya turut tidak diendahkan.
     “Awak faham ke tidak yang saya tak cintakan awak. Hati mana boleh paksa-paksa! Awak ni kan memang dasar perempuan murahan!”
     Kata-kata Feruz sangat menyakitkan hati Dyana. Dia sangat terkilan dengan kata-kata itu. Feruz sendiri tidak menyangka dia akan mengeluarkan kata-kata seperti itu kepada orang yang dicintainya.
“Jaga mulut kau!” tengking Maria, ibu Dyana. “Apa salah anak aku pada kau? Apa yang kau cari sebenarnya?!”
“Tak apa ibu,”
     Dyana bersuara. Tapi kali ini, tanigsannya sudah berhenti. Dan nada suaranya agak serak.
“Saya bukan perempuan murahan. Saya akan buktikan itu pada awak. Kalau awak...awak nak pergi, pergilah. Saya..saya takkan kejar awak lagi. Selamat tinggal,”
Dyana terus kembali ke rumah lelaki itu dan duduk sendirian di dalam bilik solek. Hana, ibu kepada Feruz berasa sangat malu atas perbuatan anaknya.
    Feruz terus beredar dan meninggalkan rumahnya tanpa bercakap sepatah pun. Hana memasuki bilik solekan dan mendapatkan Dyana.
“Mama minta maaf, sayang. Mama tak sangka Feruz sanggup buat macam tu. Kamu sendiri kenakl dia mcam mana kan. Mama pun tak faham kenapa semua ni terjadi,” Hana meminta maaf kepada Dyana kerana berasa sangat malu kepada gadis itu dan seluruh keluarganya.
    Pernikahan yang selama ini dirancang berbulan-bulan akhirnya terbatal juga tanpa alasan yang munasabah dari Feruz.
It’s ok mama. Tak ada jodoh. So, lepas ni you’re not my mama anymore,” ujarnya dan dia mulai menangis lagi. Air matanya tidak tertahan. Hana terus mendakap gadis itu.
No, sayang. You are still my daughter what ever happened.” Pujuk Hana. Dia sendiri tidak dapat menahan kesedihan walaupun dia tidak berada di tempat Dyana. Dia mengusap-usap kepala gadis itu.
“Jangan risau ya. Mama yakin Dyana akan dapat jodoh yang lebih baik dari anak mama tu. Mama tak sangka dia jadi macam ni. Entah apa dah sampuk dia. Mama faham kalau lepas ni, kamu nak benci mama sekeluarga pun tak apa. It’s my fault. Mama sepatutnya cari tahu dulu apa masalah dia sebelum semua ni terjadi,”
No, mama. Dyana takkan benci mama. Dayana cuma terlalu sedih atas apa yang dia buat. Dan apa yang dia cakap tadi. Dia cintakan saya sebelum ni. Dia takkan benarkan sesiapa pun sakiti saya. Tapi kenapa sekarang dia yang sakiti saya, ma? Apa salah saya?”

                                        ********************

      Peristiwa itu masih membayangi Feruz. Dia sangat merindui Dyana. Namun, dia terpaksa bertunang dengan Julia malam tadi dengan hati yang berat.
     Telefonnya berdering lagi tetapi tidak dijawab. Tidak lama kemudian, satu pesanan masuk ke peti mesej telefon bimbitnya.

Aku tahu kau sakit hati. Tapi ingat kau sekarang tunang anak aku. Kau kena   pentingkan dia. Kalau dia sampai sakit hati, kau akan menyesal !

     Feruz segera mematikan telefon bimbitnya. Dia berjanji dia akan menebus kesalahannya terhadap Dyana suatu hari nanti.


5 Tahun kemudian...

     Dyana sedang menyiapkan kerjanya di pejabat. Banyak kerja yang perlu disiapkannya sebelum pulang ke rumah hari ini. Tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk. Fitri yang berada di muka pintu. Dia tersenyum sebaik Dyana memandangnya.
“I ganggu you ke?”
    Dyana menggeleng. “Masuklah,” pelawa gadis itu.
“Tak keluar lunch ke?” tanya lelaki berkulit putih itu. Fitri, seorang lelaki kacukan Belanda dan Melayu itu sangat bergaya dan memikat mana-mana gadis pun yang mengenalinya.
“Tengoklah ni,” balas Dyana sambil mengangkat beberapa helai kertas kerja yang sedang disiapkan. “Banyak lagi ni kena siapkan. You pergi sorang-sorang ok kan?”
“You anak pemilik syarikat. Apasal busy sangat. Tak lama lagi kita akan kahwin. I tak nak lah you busy sangat nanti I yang diabaikan pulak,”
“I know, tapi I memang busy sangat ni. Ha, kalau tak, you belikan I food then kita makan sama-sama kat ofis I, nak?”
“Alright.”
      Fitri terus bangkit dan beredar dari situ. Dyana menyambung pekerjaanya. Gadis muda yang rajin bekerja itu memang menjadi ikon di pejabatnya. Tambahan pula, dia merupakan anak pemilik syarikat tempatnya bekerja.
     Sudah hampir 5 tahun Dyana bertunang dengan Fitri. Dan mereka merancang untuk bernikah bulan hadapan.

                                            ****************

      Dyana dan Fitri sedang menuju ke sebuah kedai berlian di pusat beli belah. Mereka akan memilih sendiri cincin pernikahan pilihan mereka.
     Dyana cuba menyarung sebentuk cincin yang disarankan oleh tunangnya. Cincin berlian bertahtakan emas putih itu bertambah serinya apabila dikenakan di jari manis gadis itu.
“Makan hatilah I lepas ni, sayang!” ujar Fitri selepas mereka bersetuju untuk membeli cincin itu sebagai cincin pernikahan.
“Kenapa pulak?” Dyana agak hairan dengan kata-kata tunangnya itu.
“Yalah. You ni kan cantik, tak lama lagi you akan jadi isteri I. I jealous tau ramai lelaki kat luar tu asyik tengok you aje. Untung I dapat isteri cantik macam you, tapi rugilah I sebab lelaki ramai jugak yang berkenan kat you. Kalau I salah sikit je, mesti you terlepaslah dari I,”
    Dyana tergelak mendengar kata-kata Fitri. Dia tidak menyangka tunangnya itu seorang yang cemburu. Selama ini, hubungan mereka hanya dari jarak jauh saja. Baru beberapa bulan ini, Fitri pulang ke Malaysia untuk mengurus pernikahan mereka. Dan selepas mereka berkahwin, Dyana akan menetap di Paris bersama Fitri.
    Dyana segera membelai wajah lelaki itu dan mencubit-cubit pipinya.
“Apalah you ni? Ke situ pulak you fikir? Anyway dear, I sayang you. Bukannya I sayang pun lelaki yang tengok I kat luar tu. Yang penting I cantik pada you kan. Lagipun, you tu  apa kurangnya. Ramai girls dekat ofis you tu asyik tergedik-gedik depan bilik kerja you kan, duk tayang muka. You tu pun handsome jugak, I pun makan hati. Isn’t fair, darling?”
     Fitri menarik tangan gadis itu menghampirinya. “So, kira ni balas-balaslah ni. Lepas ni I operate muka I biar hodoh,”ujar lelaki itu.
“Ewww, tak nak lah. Kalau macam tu, I pun cabut tinggalkan you tau,”
“Amboi, suka-suka dia aje eh. Dah, jom. Kita lunch dulu, lepas tu kita ke butik tempah baju,”

      Dyana dan Fitri memasuki sebuah restoran di tingkat 4 pusat beli-belah itu. Mereka mengambil tempat duduk di meja makan paling hujung restoran.
“I nak pergi gents kejap. You order dulu apa-apa ok,”
      Fitri beredar menuju ke tandas. Sementara itu, Dyana memesan spageti dan jus tembikai untuk mereka berdua.
Sorry, bro.” Ujar Fitri sebaik memasuki tandas dan hampir berlanggar dengan Feruz yang ketika itu baru saja hendak keluar dari situ.
Never mind. It’s ok,” Feruz terus melangkah keluar. Tanpa dia sedari, wallet kulit miliknya terjatuh ke di lantai tandas.
Bro, wallet kau ke tu?” soal Fitri lalu menunjukkan wallet yang terjatuh di atas lantai.
“Ya, it’s mine. Terima kasih,”
        Feruz melangkah keluar dari tandas. Dia sedang menuju ke meja makan Julia. Mereka sedang makan tengahari bersama di restoran itu. Langkahnya terhenti apabila dia melihat Dyana berada di restoran itu.
      Dengan penuh yakin, lelaki itu menghampiri meja Dyana. Gadis yang sedang menanti tunangnya itu tidak sedar adanya Feruz di situ.
“Dyana,” Feruz menegur. Alangkah terkejutnya Dyana sebaik mengangkat muka, kelihatan Feruz dihadapannya. Rasa sakit hati yang selama 5 tahun dikuburkan, kini menyemarak lagi. Kebenciannya terhadap lelaki itu jelas keliahtan di matanya.
What are you doing here? Get lost!” usir Dyana.
I need to talk to you. Saya perlu jelaskan semuanya,” balas lelaki itu lalu duduk di sebelahnya. Dyana terus bangun dari kerusi dan memrahai lelaki itu.
“Tak ada apa yang perlu awak jelaskan! Pergi dan jangan muncul depan saya lagi. I hate you!” bentak Dyana. Suaranya yang agak keras didengari semua pelanggan di restoran itu. Julia yang melihat kejadian itu, terus menemui Feruz dan Dyana.
I need...,” Belum sempat Feruz menghabiskan kata-kata, Julia menegur.
Dear.  Kenapa ni? Who’s this?” soalnya sebaik melihat Dyana.
“Oh, jadi perempuan ni lah yang buatkan kau jadi macam dulu. Patutlah,” panats Dyana menerjah pertanyaan Julia dengan selamba.
“Eh! Kau ni siapa? Jangan biadab eh,” bentaK Julia pula. “Dear, siapa perempuan ni?” soal Julia lagi.
“Kau orang berdua tolong pergi dari sini!” bentak Dyana. Gadis ayu itu semakin hilang kawalan diri.
“Kau siapa nak halau kami? Ini tempat umum,” balas Julia yang masih tidak tahu masalah antara mereka.
      Fitri tiba di meja. “Apahal ni?” soalnya kepada Dyana.
Dyana segera menarik tunangnya keluar dari restoran. Tanpa mengendahkan Julia, Feruz terus mengejar mereka hingga ke luar restoran.
“Dyana, please dengar dulu. I need to explain everything,” rayu Feruz. Fitri yang mula hilang kesabaran, menghalangi Feruz dari terus mengikuti mereka. “Bro, jangan macam ni lah. Jangan paksa dia,”
“Kau diam! Ini bukan urusan kau!” bentak Feruz.
“Kau yang diam! Apahal kau ni kejar-kejar tunang aku! Tak ada perempuan lain ke?”
      Feruz terkejut mendengar kata-kata Fitri. Dyana tidak berkata sepatah pun. Dia hanya berdiam kerana dfia sendiri tidak mahu bercakap dengan lelaki yang pernah menyakiti hatinya. Dia hanya membiarkan Fitri yang menyelesaikan masalah antara mereka walaupun lelaki itu tidak pernah tahu apa masalah mereka berdua.
“Tunang kau?” Feruz kecewa dengan pengakuan itu. Dia masih berharap Dyana tidak akan melupakannya. Tapi, harapannya kosong kerana kini Dyana sudah bertunang dengan lelaki yang berada di hadapannya itu.
     Fitri terus membawa Dyana beredar dari pusat beli-belah itu. Se karang, Fitri yang berasa risau tentang tunangnya.
“Siapa dia?” soal Fitri sebaik mereka masuk ke dalam kereta. Dyana masih berdiam dan tidak menjawab.
“I tanya you, siapa dia?” Fitri mengulangi pertanyaannya. Dyana tergagap-gagap untuk menjawab pertanyaan itu. Dia tidak mahu lagi mengakui pernah berhubungan dengan Feruz kerana dia terlalu sakit hati dengan lelaki itu.
Who is he?!” Kali ini Fitri membentak.
“Dia...my ex...ex fiancee,” jawab Dyana perlahan. Suaranya tenggelam dan hampir tidak kedengaran.
Why don’t you tell me you ada bekas tunang?”
“I sendiri tak nak ingat lagi yang I pernah bertunang dengan dia. I hate him,”
“Apa maksud you?”
    Dyana bersedia menceritakan kisah hubungannya dengan Feruz 5 tahun yang lalu kepada tunangnya. Meskipun berat, dia cuba untuk mengungkap kembali kisah masa lalunya yang sangat menyakitkan hati.
“Kami saling mencintai dulu. Kami dah nak kahwin pun. But...” Dyana mulai menangis. Air matanya yang sudah dihapuskan bertahun-tahun lalu, kini mencurah kembali.
But what?”
“Pagi sebelum majlis nikah tu, I tengah bersiap dalam bilik solekan  kat rumah dia. Then, mak andam I nampak dia bawa beg pakaian keluar rumah. I kejar dia sampai luar rumah,”
Then, what happened?”
“Dia batalkan perkahwinan and tinggalkan I. I tak tahu kenapa dia buat macam tu. Dia kata dia tak cintakan I padahal baru malam tu dia cakap dia akan jaga I, sayang I sampai mati. Dan dia tak sabar nak tunggu ijabkabul esoknya. But, suddenly... that thing happened. Dia hina I, dia kata I perempuan murahan sebab kejar orang yang dah tak nak dekat I,”
     Feruz bersimpati dengan kejadian yang menimpa tunangnya. Dia sama sekali tidak menyangka gadis yang berada di sisinya ini pernah mengalami peristiwa sedih seperti itu.
    Tangannya pantas mengusap air mata yang masih berjuraian di pipi Dyana. Dyana bersuara,  “I’m sorry. I bukan... tak nak cerita pada you. It’s just...”
“Shhh,” Fitri meletakkan jari telunjuknya di bibir gadis itu. Lelaki itu memandang tepat ke dalam mata bakal isterinya itu. Dyana tidak dapat menahan sebak. Dan terus mendakap tubuh lelaki di sampingnya itu.
“I takkan biarkan you rasa macam tu lagi. I really love you and I’m not going to let it happen again,” Fitri berjanji kepada Dyana. “Mulai hari ni, dia masa lalu you. And I tak nak you ingat dia lagi. You milik I, from now until we die,” janjinya lagi.

                                  *****************************

       Dyana melangkah keluar dari rumah Hana. Dia sudah lama tidak mengunjungi wanita itu. Dia ke sana untuk memaklumkan tentang pernikahannya dengan Fitri esok. Sekali gus menjemput wanita itu.
“Dyana,” Kedengaran suara Feruz menegurnya. Lelaki itu berada di luar rumah. Dyana termangu melihat lelaki itu.
“Buat apa datang sini? Dah bertahun tak balik, apasal balik pulak? Aku ni bukan mak kau kan,” Hana menengking anaknya itu. Rasa sakit hatinya terhadap Feruz masih menular dan semakin berbisa sebaik melihat kepulangan anaknya. Meskipun hati seorang ibu merindui kepulangan anaknya, tapi rasa malunya terhadap keluarga Dyana terlalu besar kerana tindakan Feruz 5 tahun yang lalu.
“Mama, ampunkan Feruz. Feruz ada alasan buat semua ni. Dyana, maafkan saya,” pinta Feruz sambil melutut di hadapan dua orang perempuan yang sangat dicintainya.
Hana terus meninggalkan Feruz di luar bersama Dyana. Dia masuk ke dalam dan menghempas kuat pintu.
Just go. No one need you,” ujar Dyana. Dia terus melangkah menuju ke keretanya.
“Saya cintakan awak dari dulu. Dan saya tak pernah lupakan awak. Tapi sekarang awak dah bertunang. Saya ikhlas lepaskan awak,” Kata-kata lelaki itu menghentikan langkah Dyana.
“Saya nak balik. Dah selesai cakap?”
“Saya faham kalau awak sakit hati dengan saya. Tapi saya harap awak nak dengar penjelasan saya,”
    Dyana tidak mengendahkan kata-kata Feruz. Dia terus memandu kereta menuju ke rumahnya. Dia perlu bersiap-siap untuk majlis pernikahannya esok.

                                       *********************

     Dyana sudah cantik berpakaian baju pengantin. Fitri juga sudah bersiap di rumahnya. Mereka akan menuju ke masjid dengan tiga kereta. Tiba-tiba, telefon bimbit Dyana berdering ketika mereka sedang dalam perjalanan ke masjid. Dyana berada di kereta paling belakang manakala Fitri berada di kereta yang pertama.
“Hello, Dyana. Dyana kat mana ni?” Kedengaran suara Hana yang cemas. Hatinya serta-merta tidak tenang.
“Dyana on the way to masjid. Kejap lagi nak akad nikah. Kenapa mama?”
“Maaf mama ganggu kamu. Feruz...Feruz kat hospital sekarang. Dia accident teruk,”
“What?!”
     Dyana tersentak. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dikatakan Hana.
“Mama, Dyana datang sekarang. Mama tunggu,”
      Gadis itu terus menghubungi Fitri dan memberitahu bahawa Feruz berada di hospital. Fitri pada mulanya tidak mengizinkan bakal isterinya untuk menemui Fitri tetapi setelah Dyana merayu berkali-kali, akhirnya Fitri memberi izin. Dia juga turut mengikuti Dyana ke hospital.
     Setibanya di sana, mereka semua terus menuju ke wad kecemasan apabila seorang misi memberitahu tempat Feruz dirawat. Kelihatan Hana dan Julia sedang menunggu Feruz diluar wad kecemasan.
“Mama!” panggil Dyana.
    Hana terus memeluk Dyana sebaik melihat gadis itu tiba. Air matanya bergenangan. Tidak lama selepas itu, seorang doktor keluar dari wad kecemasan.
“Doktor?”
“Maafkan saya. Ajalnya sudah sampai. Saya tidak dapat menyelamatkan dia,”
     Dyana terduduk di kerusi. Dia tidak dapat sempat menemui Feruz sebelum ajal lelaki itu. Hana sudah menangis teresak-esak. Dyana tidak dapat menahan sebak. Dengan berpakaian pengantin dia masuk ke wad kecemasan untuk bertemu dengan Feruz yang sudah terbujur kaku di atas katil.

    Dia melihat jenazah lelaki itu sudah dilitupi kain putih. Dia menyelak kain itu dan melihat wajah Feruz yang sangat dirinduinya. Seorang jururawat datang menghampiri Dyana lalu menghulurkan sepucuk surat berwarna biru muda kepada gadis itu. Tertulis nama Dayan di atas surat itu.
“Kami temui surat ini dari dalam saku seluar beliau,” ujar misi itu.
   Dia membuka lipatan surat itu dan membaca isinya. Semua orang di situ turut membaca surat itu. Termasuk Fitri.

         Dyana...
         Saya takkan masuk lagi dalam kehidupan awak lepas ni. Saya akan pergi jauh dari sini. Saya dah putuskan untuk ke luar negara dan memulakan kehidupan saya yang baru di sana. Saya sekarang dalam perjalanan nak pos surat ni pada awak. Mungkin masa awak dapat surat ni, saya dah tak ada di Malaysia.
        Saya sayang wak sampai akhir hidup saya. Demi Tuhan, saya tak pernah cintakan Julia, wanita yang buat saya tinggalkan awak. Saya dipaksa oleh ibunya untuk bertunang dengannya. Dan saya terpaksa tinggalkan awak pagi tu sebab dia dah upah orang depan rumah saya untuk tembak oleh kalau saya lafaz ijab kabul awak.
        Saya tak sanggup tengok awak mati Saya terlalu sayangkan awak. Jadi, saya putuskan untuk tinggalkan awak dengan cara yang kejam supaya awak tak rasa sakit bila saya pergi. Tapi, saya yang sakit. Saya hidup menderita sebab buat awak macam tu. Saya cari awak tapi saya selalu diancam oleh ibu Julia. Julia adalah perempuan yang dengan saya masa saya jumpa wak di restoran tempoh hari.
        Saya tahu awak akan benci saya. Dan mungkin takkan maafkan saya langsung. Tapi sebagai pesalah, saya akan tetap minta maaf walaupun awak takkan maafkan saya. Saya janji saya takkan muncul lagi depan awak. Dan selamamnya awak akan bahagia dengan tunang awak. I love you till the end of my life. Selamat tinggal wahai cintaku.

Love, Feruz.

      Dyana sekali lagi menangis. Dia merasa sangat menyesal kerana tidak pernah memberi peluang kepada Feruz untuk menerangkan keadaan sebenar.
     Julia yang turut membaca isi surat itu merasa bersalah atas semuanya. Dia memang mencintai Feruz tetapi tidak pernah menyangka ibunya sanggup membunuh untuk memenujhi keinginannya. Dia terus meminta maaf kepada Dyana atas apa yang terjadi.

      Akad nikah Fitri dan Dyana berjalan lancar. Pengebumian Feruz dilakukan selepas Dyana dan Fitri diijab kabulkan. Dyana kini sah menjadi isteri kepada Fitri. Dan rasa bencinya kepada Feruz sudah padam dengan pengakuan Feruz dari surat itu.
      Pasangan pengantin baru itu menghadiri pengebumian Feruz. Mereka turut berduka cita atas kepergian Feruz. “Aku janji akan jaga Dyana untuk kau, Feruz,” bisik Fitri sendirian. “Aku janji,”

Tuesday, 27 November 2012

Cintaku Padamu

Tepat jam 9 pagi, semua bakal graduan universiti sudah berkumpul di dewan utama untuk menerima ijazah masing-masing. Erina menunggu Fazhan di luar dewan kerana rakannya itu bakal membawa pulang segulung ijazah di dalam jurusan perakaunan. Walaupun Erina masih belum menamatkan pengajiannya di dalam bidang bisnes, dia tetap meraihkan kejayaan rakannya itu. Mereka sudah berkawan sejak semester pertama Erina di situ dan ketika itu Fazhan sudah berada di semesta dua.
        Fazhan yang sangat dikenali di universiti kerana bakatnya dalam sukan bola sepak merupakan mahasiswa yang cemerlang dalam bidang akademik dan sukan. Lelaki berkulit hitam manis itu juga menjadi kegilaan mahasiswa perempuan kerana ketampanan dan kekacakannya. Tidak dinafikan, Erina sendiri pernah menaruh perasaan terhadap lelaki itu ketika mula-mula memasuki universiti itu. Tetapi setelah sekian lama, perasaan itu mula pudar kerana persahabatan yang terjalin lebih kuat.
       Erina masih mencari-cari kelibat rakannya itu. Di balik ramai orang, akhirnya Fazhan kelihatan. Dia kelihatan sangat segak mengenakan pakaian graduasi berwarna merah gelap. Sebaik melihat Erina berada di luar dewan, Fazhan segera mendapatkan gadis itu.
“Rin, kenapa tak masuk?” soal Fazhan sebaik tiba di hadapan Erina.
“Tak apalah. Saya tunggu sini aje. Awak masuklah. Majlis dah nak mulakan?”
“Ok, tapi nanti lepas ni kita jumpa kejap eh. Bye,”
      Fazhan terus memasuki dewan semula. Erina hanya melihat sahabatnya itu dari jauh sahaja. Pintu masuk semakin dipenuhi mahasiswa perempuan kerana mereka ingin melihat Fazhan di atas pentas. Dan pastinya, ingin bergambar dengan lelaki itu.

     4 jam kemudian, majlis gradusi sudah pun selesai. Fazhan berjalan pantas mencari Erina di sekitar universiti. Akhirnya, Fazhan menemui gadis itu sedang duduk menunggunya di kantin. Dia terus menghampiri Erina yang sedang duduk sendirian.
“Hai,” tegur Fazhan lalu mengambil tempat duduk di samping Erina. Gadis itu terus tersenyum.
“Dah?” tanya Erina melihat Fazhan yang sudah tidak memakai pakaian graduasi lagi.
“Dah. Saya akan keluar lepas ni. Sorang-soranglah awak lepas ni,”
“Tak hairan! Untunglah awak. Dah tamat. Saya ni, ada setahun lagi. Bilalah nak habis?”
“Awak belajar betul-betul. Jangan sia-siakan peluang belajar ni. Ramai orang yang nak belajar tapi tak kesampaian. Awak yang dah dapat ni, appreciate it,”
“Yalah boss. Awak lapar tak? Pergilah pesan makanan,”
      Fazhan terus ke kaunter makanan dan memesan dua bungkus burger keju. Dia turut membeli minuman fresh orange.


                                 ************************

      Selepas setahun berlalu, Erina kini tamat pengajian. Hari ini dia akan mencari pekerjaan untuk menyara kehidupannya.
      Erina tiba di pejabat syarikat kakaknya, Eyra. Kakaknya yang sudah berkahwin bekerja sebagai pengarah urusan di syarikat suaminya sendiri. Erina cuba memohon pekerjaan di situ. Namun, sebelum sempat dia melangkah masuk ke dalam bangunan Nian Putera Holdings, telefon bimbitnya berdering. Kelihatan di skrin, Fazhan yang menelefon. Walaupun sudah tidak selalu berjumpa, mereka masih saling berhubungan melalui telefon.
“Hello,” Kedengaran suara Fazhan yang agak terburu-buru.
“Hello. Kenapa call?”
“Kau dah habis study kan. I need your help, Rin. No. Actually, my boss need your help,”
“Ya. What kind of help?”
He needs a model. Model tambahan. Designer banyak sponsor so he needs an extra model,”
“Model? Tapi...” Belum sempat Erina menghabiskan kata-kata, Fazhan terus memotong.
I need to see you. Kita jumpa kat Suria KLCC  tengahari nanti. Saya tunggu awak masa lunch kat Pizza Hut,”
     Talian terus dimatikan. Erina masih bingung dengan tawaran Fazhan. Dia baru sahaja ingin bekerja berteraskan jurusannya. Tapi, Erina tetap memutuskan untuk bertemu dengan Fazhan dahulu. Dia terus membatalkan niatnya untuk bertemu Eyra.

       Fazhan terus menghampiri Erina yang sedang menunggunya di Pizza Hut. Reaksi Fazhan ketika itu kelihatan risau.
“Hai, Rin. Sorry saya lambat,” ujar lelaki itu seraya duduk berhadapan dengan Erina. Gadis itu menyambut kehadiran rakannya itu dnegan senyuman.
It’s ok. So, what can I do for you?
“Lepas saya keluar dari universiti, saya try apply kerja tapi tak dapat. Then, one day I meet my cousin. Dia pengurus syarikat modelling. At the same time, dia tawarkan saya sebagai model. And now, I’m one of the model. Fashion model,”
    Erina mendengar kata-kata Fazhan dengan penuh perhatian. Dia tidak menyangka rakannya yang dulu sangat terkenal dengan kelincahan bermain bola sepak, kini bekerja sebagai seorang model. Fazhan menyambung kata-katanya. “Tapi sekarang syarikat modelling ni tengah top, ramai designer nak sponsor. Tapi, kekurangan model. Model ada lebih kurang 50 orang tapi semua dah ada job sendiri and designer sendiri. Boss saya nak ambil model baru. Saya dah recommand awak kat dia. Saya harap awak nak,”
“What? Me as a model? No way, Fazhan!”
“Rin. Please. I’m begging you. Saya tahu ini bukan jurusan awak. And not mind too. Tapi ini rezeki dah depan mata. Apa salahnya terima kan? Don’t worry. Saya akan jaga awak macam dulu. You’ll be alright,”
     Erina memikirkan tawaran Fazhan berkali-kali. Akhirnya, dia menerima tawaran itu. Inilah masaya untuk bekerja. Erina dan Fazhan menemui pemilik syarikat peragaan tempat Fazhan bekerja. Setelah agak lama berbincang, Erina diminta memulakan kerjanya esok.

                            ***************************************


      Fazhan dan Erina sedang bersenam di sebuah taman rekreasi. Sebagai model, mereka harus menjaga kesihatan dan berat badan supaya dapat mengekalkan badan yang ideal. Berbekalkan sebotol air mineral, mereka jogging selama 2 jam.
“Study dengan awak. Kerja pun dengan awak,” ujar Erina yang semakin mendahului pergerakan Fazhan.
“Itulah namanya jodoh,”balas Fazhan sambil tersenyum melihat gadis di hadapannya.
“Jodoh?” Erina agak tersentak tetapi menyembunyikan rasa itu. “So funny,” ujarnya lagi.
What funny? Awak pernah dengar tak, mula-mula kawan, lepas tu kahwin? Itulah maksud saya,” tambah lelaki itu lagi. Erina mulai malu.
“Tak ada maknanya. Awak tu perfect, saya ni apalah sangat.”
Perfectlah sangat kan. Err, lepak sana kejap. Penat,” Fazhan menunjukkan satu kerusi di taman itu.
    Mereka duduk berdua di taman itu setelah penat bersenam sejak jam 7 pagi tadi. Sambil meneguk sebotol air mineral, mereka berbual-bual kosong.
“Lama tak jogging. Bengkak semua otot,” ujar Erina sambil mengurut-urut lututnya yang lenguh. Fazhan hanya tergelak.
“Apa gelak-gelak? Sakit tau,”
“Saya ni tiap-tiap pagi jog. Ok aje,”
“Yalah. Awak tu dari dulu atlit. Saya ni duduk dalam hall aje kan,”

      Fazhan menjemput Erina di rumah gadis itu setelah makan tengahari. Mereka akan berangkat ke studio untuk berlatih.
     Ramai model sudah pun menunggu masa berlatih di sana. Ketibaan Erina sebagai model baru disambut baik oleh semua orang di situ. Erina kelihatan gembira bekerja.
     Erina diarahkan untuk ke bilik persalinan untuk mengganti pakaian untuk latihan di pentas. Setelah setengah jam gadis itu ditacap, dia keluar dan menuju ke pentas. Gaun labuh bertemakan Inggeris rekaan dari pereka fesyen luar negara itu sungguh cantik diperagakan oleh Erina. Dia kelihatan sangat anggun di atas pentas.
    Erina memperagakan pakaian itu dengan baik. Selain mengikut arahan, dia turut menjadikan dirinya selesa di atas pentas supaya dia tidak gemuruh apabila berhadapan dengan ramai penonton nanti.
So pretty of you!” sapa Fazhan sebaik Erina menuruni pentas.
Pretty lah sangat. Lepas ni saya ada photoshoot pulak. Awak?”
“Untuk cover eh?” soal Fazhan.
   Erina mengangguk. Fazhan menawarkan diri untuk menunggu sehingga rakannya itu selesai. “Saya tunggu awak ajelah. Saya dah habis dah,”
“No, it’s ok kalau awak nak balik dulu. Saya boleh naik teksi,”
“Tak apa. Saya tunggu awak,”

     Setelah tiba di rumah pada jam 6 petang, Erina terus membersihkan diri. Hari pertamanya bekerja, dia sangat keletihan. Dia tidak menyangka dia akan mendapat pengalaman bekerja sebagai model. Ketinggian dan bentuk badan yang dimilikinya cukup sesuai sebagai model, tapi dia tidak pernah berfikir untuk memperagakan pakaian.
    Erina menuju ke meja maka dan melihat makan malam sudah terhidang di atas meja. Sebelum keluar, rakannya Isma sudah memasak untuknya seperti biasa. Dia menagmbil pinggan di rak dan mencapai gelas kosong. Duduk di meja lalu mengambil nasi dan beberapa satu jenis lauk saja beserta jus oren daripada peti sejuk.
    Telefon di sebelahnya tiba-tiba berdering ketika Erina sedang makan. Eyra yang menelefon.
“Hello,” Kedengaran suara Eyra.
“Hello, kak. Ada apa?” soalnya seraya menghabiskan sisa makanan dalam mulutnya.
“Hari tu kata nak datang ofis. Dah dua hari kakak tunggu. Tak datang pun,”
“Alamak, lupalah kak. Erin dah kerja dah. Kat tempat lain,”
“Lah pulak. Kerja kat mana? Jawatan apa?”
Erina agak risau untuk menjawab. Dia takut jika kakaknya akan menghalang kerjayanya.
“Erin...model sekarang. Baru aje kerja hari ni. Syarikat modelling tempat Fazhan kerja,”
“Model? Apa mabuk kau kerja model pulak? Tak ada kena mengena langsung dengan pengajian kau dulu,”
“Erin pun tak sangka juga. Tapi dah rezeki kan, nak buat macam mana. Kakak tak kisah kan?”
Suasana diam sebentar sebelum Eyra kedengaran menghela nafas yang agak kasar. Erina semakin risau.
“Tak apa lah. Dah rezeki kan. Oklah tu. Janji jangan buat benda tak elok pulak. Dah jadi model tu, tahu-tahu ajelah ‘adat’nya,”
“Ok, don’t worry. I’ll take care myself. Bye kak,”
      Talian diputuskan. Erina menghembus nafas lega. Dia gembira kakaknya tidak menghalang kerjayanya sekarang.

     Pintu rumah dibuka ketika Erina sedang menonton televisyen di ruang tamu. Isma baru saja pulang dari pejabat.
    Gadis yang berbadan gempal itu terus melabuhkan diri di sofa tempat Erina duduk. Beberapa kali dia menghembus nafas. Kedengaran kasar. Mungkin gadis itu penat dan keletihan.
“Lambat balik hari ni. Dah makan?” soal Erina sambil melihat rakannya itu. Isma mencapai air kosong milik Erina di atas meja lalu meneguknya. “Hei, air aku. Dahlah, pergi mandi. Lepas tu makan. Aku ada tinggalkan lauk tu,”
“Aku penatlah hari ni. Boss aku tu buat hal pulak. Dia nak proposal projek tu esok pagi sedangkan hari tu dia kata ‘take your time’. Sekarang, nak esok pulak. Aku tak settle satu apa pun ni,” rungut Isma.
Anything I can help for you?” tawar Erina.
“Ha? Betul kau nak tolong aku? Ya ALLAH, Alhamdulillah aku ada kawan macam kau. Ok, lepas mandi nanti aku letak proposal tu dalam bilik kau. Tapi make sure jangan hilang. Aku settle kerja yang lain jugak,”

     Erina membantu Isma menyelesaikan kerjanya hingga lewat malam. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi dan Erina masih belum tidur. Begitu juga dengan Isma yang masih sibuk menyelesaikan kerjanya di biliknya sendiri. Bertemankan lampu meja, Erina meneliti satu per satu kertas cadangan itu. Erina dapat membantu rakannya kerana Isma bekerja di bahagian jurusan yang diambil Erina semasa di universiti dahulu.
     Isma mengetuk pintu bilik rakannya. “Masuk,” ujar Erina. Isma melangkah masuk.
“Kalau kau dah ngantuk, tidurlah. Kesian kau pulak kena buat kerja aku,”
“Err, tak apalah. Esok aku free. Latihan aku esok pukul 2 petang. Don’t worry lah,”
“Ok, tapi kalau kau dah tak larat, stop tau. Aku tak nak lah menyusahkan kau. Aku sambung kerja eh,”
      Isma melangkah keluar dari bilik Erina. Erina masih mengerjakan kertas cadangan rakannya itu. Menyiapkan kerja ini membuatkan dia merasa ingin untuk bekerja di pejabat seperti cita-citanya dahulu. Dia sangat ingin duduk di sebuah meja dan menyiapkan tugasan hingga larut malam seperti ini. Tapi, rezekinya tidak mengarah ke situ. Erina tetap redha dan menerima kerjayanya kini dengan terbuka.

                                    *************************

       Hari ini Fazhan tidak menjemput Erina di rumah. Erina ke studio latihan menaiki teksi. Setibanya di sana, Erina melihat Fazhan sedang berjalan keluar dari studio. Mukanya kelihatan sedih dan hampa.
       Erina terus mendapatkan Fazhan. Tetapi sebaik melihat gadis itu, Fazhan terus melarikan diri. Fazhan menaiki keretanya dan memecut laju. Erina tertanya-tanya dengan tindakan Fazhan itu.
“Kenapa dia ni?”
     Erina memasuki studio dan mendapati pihak polis baru saja berjabat tangan dengan pemilik syarikat itu, Encik Rafi.
“Polis? Ada apa ni?” soal Erina kepada salah seorang model di situ.
“Semalam Fazhan curi barang-barang kat studio. Hari ni dapat tangkap sebab dia pegang kunci stor. Dah jadi kes polis dah. Tapi, nasib baik Encik Rafi dah baik hati lepaskan dia. Cuma sekarng ni nama dia dah kotorlah. Rekod berhenti dia pun blacklisted,” jawabnya.
     Erina sangat terkejut mendengar penjelasan gadis itu. Dia masih berpendapat Fazhan tidak bersalah dan rakannya itu tidak mungkin melakukan perkara itu. Mereka sudah lama kenal dan Erina tahu siapa rakannya itu. Erina cuba untuk bercakap dengan Encik Rafi.
“Encik, dah siasat ke semua perkara ni? Saya rasa ada salah faham ni. Saya kenal Fazhan. Dia takkan buat macam tu,” tegas Erina cuba untuk membela Fazhan.
“Kunci stor ada pada dia. Banyak baju mahal-mahal dah hilang. And dia orang terakhir masa saya jumpa pagi tadi kat stor,”
“Yala. Takkan terus jadi kes polis. Siasat dulu, encik.”
“Saya dah lepaskan dia dah cukup baik dah. Banyak kerugian yang perlu saya tanggung sekarang,”
“Tak perlu nak berhentikan dia sampai nak blacklisted nama dia. Macam mana dia nak cari kerja kat luar sana?”


     Erina berkali-kali menghubungi Fazhan. Tetapi lelaki itu tidak menjawab panggilannya. Erian akhirnya menghantar mesej kepada Fazhan.

       I trust you. Saya tahu awak tak buat semua tu. I know you. Semua ni dugaan, bersabarlah. Saya tak tahu pasal semua ni. You should tell me before. If you get this message, then call me. Please

     Erina masih tidak tenang memikirkan rakannya itu. Dia sangat yakin bahawa Fazhan tidak bersalah. Erina bertekad untuk membantu Fazhan membersihkan namanya.

Beberapa bulan kemudian...

      Fazhan cuba menghubungi Erina tetapi panggilannya tidak pernah dijawab.  Erina kini sudah menjadi model terkenal dan diminati ramai. Jadualnya semakin padat dan dia tidak sempat berhubung dengan dunia luar. Setiap panggilan yang diterima tidak berjawab kerana telefonnya sentiasa berada di tangan pengurusnya.
       Selepas berkali-kali  melihat kemunculan Erina di majalah dan media, Fazhan berhenti menghubungi Erina. Dia tidak mahu menganggu rakannya yang sedang mencipta nama sekarang.

      
       Tanpa disangka-sangka, syarikat peragaan milik Encik Rafi mengalami kemunduran yang sangat teruk. Banyak model yang telah dikeluarkan. Termasuklah Erina. Namanya terus lenyap dari persada.
      Kini, Erina kembali ke zamannya untuk mencari pekerjaan. Dia tidak mahu mendapatkan kerja dari syarikat kakaknya kerana malu. Dia merasa serba salah kerana dulu pernah melepaskan peluang yang diberi oleh kakaknya.
      Erina akhirnya mendapat pekerjaan sebagai akauntan di sebuah syarikat perkapalan yang bekerjasama dengan syarikat kakaknya, Eyra. Kerana Erina menunjukkan prestasi yang sangat baik dan kerja yang cemerlang, dia telah dinaikkan pangkat sebagai pegawai tinggi akauntan.
      Hidupnya kini semakin mewah. Perubahan yang berlaku mengajarnya satu pengalaman baru. Tapi, dia sudah lama tidak berjumpa Fazhan sejak kejadian itu. Fazhan seumpama hilang tanpa jejak. Pernah beberapa kali sebelum dikeluarkan dari syarikat peragaan, dia menelefon Fazhan. Tetapi nombor yang dihubungi sudah tidak ada perkhidmatannya.

      Rakan sepejabatnya, Kamal sudah mulai memerhatikan Erina sejak dia dinaikkan pangkat. Sebenarnya, dia menaruh hati kepada Erina dalam diam. Dan sedang cuba mendekati Erina tanpa gadis itu sedari.
      Lelaki itu menghampiri meja kerja Erina ketika gadis itu sedang leka membuat kerjanya.
Lunch?” ajak Kamal ringkas. Erina melihat ke arah jam dan mendapati jam sudah pun menunjukkan pukul 12.30 tengahari.
“Dah lunch rupanya. Tak perasan. Tak apalah. Awak pergi dulu. Saya nak siapkan ni,” Erina menolak ajakan Kamal kerana dia sedang menyiapkan kerjanya.
“Makan dulu. Baru ada tenaga nak sambung kerja lepas ni,”
    Erina akur. Dia mengikut Kamal ke kantin dan makan tengahari bersamanya. Dalam pada itu, Kamal cuba memikat Erina.
So, hope boyfriend awak tak marah saya ajak awak lunch,” ujar lelaki itu selamba.
Boyfriend? Mana ada,” baals Erina sambil tergelak kecil.
“Mana ada marah ke, mana ada boyfriend?”
“Saya tak ada boyfriend lah. Siapalah nak dekat saya,” balas Erina lagi.
“Mesti ada punyalah,” celah Kamal lagi. Erina hanya tersenyum.

     Seorang lelaki yang memakai baju staf sedang memesan makanan di kantin. Erina tersentak apabila mendengar suara lelaki itu. Suara Fazhan. Tanpa melihat wajahnya, dia yakin bahawa Fazhan yang berada di situ.
    Sebaik Erina menoleh, dia melihat Fazhan yang sedang berada di belakangnya di kaunter makanan.
“Fazhan?” tegur Erina. Fazhan menoleh dan dia turut terkejut melihat Erina. Fazhan hanya berdiam apabila melihat di leher gadis itu tergantung pas pegawai tinggi. Sedangkan dia hanya staf bawahan biasa.
     Erina terus bangkit dan menemui Fazhan. Dia sangat gembira kerana akhirnya mereka dapat bertemu lagi setelah sekian lama terputus hubungan. Fazhan hanya berdiam. Mungkin risau dengan taraf antara mereka sekarang. Erina menegur lelaki itu dengan ramah. Masih seperti dulu.
“Fazhan? Ya Allah. Saya tak sangka jumpa awak kat sini. Mana awak pergi selama ni? Dah lama saya cari awak,” sapanya. Kamal yang agak terkejut dengan pertemuan itu hanya melihat saja. Fazhan tersenyum melihat Erina.
“Saya...saya...” Fazhan serba salah untuk berkata-kata.
Anyway, come and join me. Saya tengah makan ni. Jom sekali,” pelawa Erina namun ditolak oleh Fazhan sebaik lelaki itu melihat adanya Kamal di situ.
No, it’s ok. Saya nak bungkus aje makanan, nak makan di locker,”
“Saya ikut awak. Banyak benda saya ak beritahu awak dan tanya awak,”
     Erina meminta diri dari Kamal lalu menacapai beg tangannya di atas meja dan mengikut Fazhan ke locker di stor staf. Kamal ditinggalkan begitu saja.

     Mereka berdua duduk di lantai. Erina memulakan perbualan. Agak lama juga perbualan mereka bermula. Masing-masing masih kekok dengan suasana. Seorang pegawai tinggi duduk di lantai bersama seorang staf bawahan biasa di stor. Fazhan serba salah membiarkan Erina duduk bersamanya.
“Awak tak nak cerita apa-apa pada saya tentang kes curi tu?” ujar Erina. Fazhan berubah wajah. Kelihatan air mukanya sangat malu kerana sudah dituduh sebagai pencuri.
“I’ve nothing to tell you,” balasnya ringkas. Erina masih cuba mendapatkan cerita yang sebenarnya. Erina sangat ingin membantu Fazhan untuk membersihkan namanya.
You have to tell me. I need to know because I know bukan awak yang buat semua tu. I know you, Fazhan. Saya kenal awak dari kampus,”
“Kenapa awak percaya sangat pada saya?”
“Sebab awak kawan saya. Now tell me what actually happened?
     Fazhan diam sebentar sebelum memulakan cerita. Rasa sedih untuk mengungkit kembali cerita lama. Apatah lagi, semua tuduhan terhadapnya salah sama sekali.
“Malam tu saya di stor pakaian. Encik Rafi suruh kunci sebab saya last person kemas stor masa tu,” Fazhan memulakan cerita. “Then, I saw someone. I think I know him. Orang tu macam ambil sesuatu dari situ. I don’t know what is it. Saya tegur orang tu. Bila dia nampak saya, dia terus tumbuk saya. Then, he took something heavy and campak atas kepala saya,”
    Fazhan menceritakan segala apa yang terjadi malam itu. “Saya tak sedar lepas tu. Bila saya sedar paginya tu, Encik Rafi tengah berdiri depan saya. Stor pulak dah bersepah. Macam kena rompak. Apalagi, dia tuduh saya sebab dia tahu saya orang terakhir yang tinggalkan stor tu. Masa tu gelap, lelaki yang curi tu, saya tak dapat cam,”
“Then, why you’re here now?” soal Erina.
I’m working. Saya tak dapat kerja bagus macam awak. Sekarang awak pegawai tinggi and me...” balas lelaki itu sambil menunjukkan pas pegawai di leher Erina. Erina serba salah. Dia terus menanggalkan pas itu dan memasukkannya ke dalam beg tangannya.
      Tanpa mereka sedari, Kamal sedang memerhatikan mereka. Kamal merasa cemburu terhadap mereka berdua.


                                          ******************

     Erina dan Fazhan sedang melangkah masuk ke bangunan pejabat Nian Putera Holdings. Walaupun Erina masih serba salah terhadap kakaknya, dia terpaksa menemui kakaknya untuk membantu Fazhan. Mereka menuju ke aras 3 di mana terletaknya bilik kerja Eyra.
     Erina bertemu dengan setiausaha Eyra dan meminta izin untuk menemui Eyra di pejabat.
Setelah Eyra memberi masuk, mereka duduk di hadapan meja Eyra.
“Ada apa ni?” soal Eyra.
“Kak, I’m really sorry pasal hal tu. If I know semua tu akan jadi, Erin takkan kerja tu dan menyusahkan masa depan sendiri macam ni,”
“Pengalaman mendewasakan kan? It’s ok. Lets bygone be bygone. So, kenapa ke sini and bawa this guy?”
Erina memperkenalkan Fazhan kepada kakakanya dan menyatakan hasrat mereka ke sana.
He is my friend. Fazhan Salam. Orang yang selalu Erin cerita tu,”
“Oh, so this is that guy.”
He needs a work. I know him kak. Dia tak pernah mencuri tetapi dia dituduh mencuri and now, dia susah untuk dapatkan kerja sebab nama dia dah blacklisted dari syarikat modelling tu. Tapi dia ada kelulusan dalam bidang akaun.”
“Kerja apa awak perlukan?” soal Eyra kepada Fazhan.
“Apa-apa saja asalkan halal.” balasnya lelaki itu ringkas. Dia tidak mahu meminta apa-apa kerana tahu bahawa dia sedang berdepan dengan seseorang yang dapat membantunya.
No! I mean...he can be an accoutant. Pity him,” sampuk Erina.
“Nasib baik kau ni apply kat company suami kakak sendiri. Ok, fine. So, he can start work next week lah. Kakak akan buat perjanjian gaji dan elaun. Kau tu, tak nak kerja sini ke?”
post signature    Erina gembira dengan keputusan kakaknya. Namun pertanyaan Eyra tidak dijawab. Perasaan serba salah masih menyelubunginya.
“Dah, kakak nak kau resign dari company tu. Kerja sini. Aku letak pangkat kau tinggi sikitlah. Lagipun kau ngam kan dengan abang ipar kau tu,”
“Terima kasih kak. So, Erin pun start next week ke?”

      Mereka gembira. Mereka akan memulakan kehidupan baru. Fazhan sangat gembira.

      Erina dan Fazhan keluar dari pejabat dengan penuh senyuman. Erina menghembus nafas lega. Fazhan juga sangat berterima kasih kepada rakannya itu.
Thank you sebab awak dah bantu saya,” ujar Fazhan.
Don’t mention. Itulah gunanya kawan,”
“Saya tak tahu macam mana nak balas bantuan awak dan Eyra tu,”
“Ala, tak payahlah susah-susah. Ikhlas ok,”
“Saya akan balas bantuan awak tapi dengan cara saya sendiri,”
“Oh ya? Apa cara awak agaknya tu?”
     Fazhan mendekati Erina. nTangan wanita itu di pegang erat. Tanpa disangka, kata-kata itu keluar dari mulutnya.
I’ll marry you, sayang.”
     Erina terkejut dengan kata-kata itu. Mulutnya seumpanma terkunci dan tidak mampu membalas-kata-kata Fazhan.
I’ll marry you cause I love you,”