My dearest followers, thank you very much for supporting me.

Saturday, 28 July 2012

Cinta Tak Harus Memiliki


Hari ini, dia sedar tentang perasaannya terhadap seorang lelaki. Hari ini, dia sedar betapa laju degupan jantungnya tiap kali berhadapan dengan lelaki itu. Fara, dialah gadis yang tanpa disedari telah jatuh hati pada pensyarahnya sendiri.
        
       Hafizi, itulah lelaki yang mengisi kekosongan di hati gadis manis itu. Setiap kali hadir ke kampus, dia akan mencari-cari Hafizi. Sehari tanpa melihat Hafizi, seperti setahun tanpa hujan. Senyumannya akan meleret hingga ke telinga andai dia melihat kelibat lelaki segak itu.
     
       Hari ini Fara menghadiri seminar di kampusnya. Setibanya dia di dewan, rakan-rakannya sudah menunggu di tempat duduk masing-masing.
“Fara !” panggil Hanis sambil mengangkat tangan untuk memberi isyarat kepada Fara. Gadis berwajah timur tengah itu segera menghampiri rakan-rakannya, Hanis, Farahin, dan Hazimah. Mereka memang rakan baik sejak di sekolah menengah lagi. Tanpa disangka, mereka ditempatkan di kampus yang sama.
“Nis, kau nampak Fizi tak?”
“Fizi? Tu...” Hanis menunjuk ke arah Hafizi yang sedang mengurus pembesar suara di hadapan tempat penceramah. Fara tersenyum puas setelah melihat pensyarah itu berada bersama di seminar itu.

      “Fara, apa yang kau pada Fizi tu ha?” tanya Hanis .
“Dia kan...segak, bergaya and...” Belum sempat Fara menghabiskan perbualan, Hafizi menegur sekumpulan penuntut perempuan itu.
“Awak semua, boleh tolong saya? Ambilkan fail-fail yang ada kat bilik saya. Bawa ke sini ya,” pinta Hafizi. Faralah orang pertama yang bangun dari tempat duduk dan mendahului rakan-rakannya.

      Setelah tiba di bilik bertugas Hafizi, Fara mengambil semua fail yang terletak di atas meja pensyarah itu. Sambil itu, Fara melihat gambar-gambar Hafizi bersama isterinya di sisi meja tersebut. Fara hanya tersenyum hambar.
“Fara, dah lah tu. Forget it ok,” ujar Hanis sambil menarik Fara keluar dari bilik Hafizi.
       Fara dan yang lain memberi fail-fail kepada Hafizi. “Terima kasih ya awak semua,” ucap Hafizi sebaik fail bertukar tangan. Fara hanya mengangguk manakala rakan-rakannya membalas ucapan pensyarah itu.

     
     Fikirannya mengelamun jauh. Benaknya masih memikirkan gambar Hafizi dan isteri lelaki itu tadi. Fara seolah-olah dihiris sembilu ketika melihat gambar tersebut.
Hanis menegur, “Fara, jangan lah fikir sangat,”
“Apa? Fikir apa?”
“Kau ingat aku tak tahu kau fikir pasal Fizi tu,”
“Biarlah. Bukan aku suruh kau yang fikir,”
“Ingat Fara, dia tu laki orang. Aku tak nak kawan aku kena masalah nanti,”
“Nis, aku suka je lah. Salah ke? Bukannya aku goda dia,”
“Ya, memang tak salah. Tapi beringat sebelum terkena, Fara.”
         Farah segera meninggalkan Hanis di ruang tamu dan dia menuju ke bilik tidur.
“Apahal ni Fara?” tanya Hazimah sebaik dia masuk di bilik tidur. Fara hanya menggeleng lalu merebahkan diri di atas katil. Matanya meliar melihat kipas berpusing-pusing yang menambahkan lagi kekusutan di fikirannya. Huh ! Keluhnya lalu melelapkan mata yang masih belum mengantuk.
“Fara kau dah tidur ke?” soal Hazimah lagi sambil membaca novel.
“Belum,” jawab Fara lemah. “Kenapa?”
“Tanya je. Kau ok tak?”
“Hmmm...” jawab Fara ringkas lalu cuba masuk ke alam mimpi walaupun matanya masih  cuba untuk dilelapkan.

        



          Hafizi sedang menuju ke kelas mereka untuk memulakan kuliah. Fara sudah siap-siap meletakkan buku di atas meja sebelum Hafizi masuk.
         Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar dari dalam saku seluar. Fara segera mengangkat panggilan yag diterima.
“Helo?”
“Fara, kau kat mana?”
“Siapa ni?”
“Akulah, Bella. Aku rindu lah dekat kau. Jom jumpa,”
“Bella ! Err...kau dah balik dari Paris. Ok, ok. Lepas kelas, aku jumpa kau kat tempat dulu yang selalu kita lepak tu,”
“Ok. See you there.”
        Fara segera memutuskan talian apabila melihat Hafizi sudah muncul di pintu masuk kelas. Fara menumpukan sepenuh perhatian ketika Hafizi sedang memberi penerangan di hadapan.
       Setelah selesai menghabiskan assignment, Fara segera menghantar assignmentnya kepada Hafizi. Rakan-rakannya yang lain juga sudah menyelesaikan tugasan itu tetapi masih belum menghantarnya.
“Encik, saya dah siap. Nah,”
“Bagus, saya tengok awak ni rajin ya. Tugasan selalu siap. Cerah masa depan awak nanti,”
       Fara hanya tersenyum.
Keep it up ok. Untung siapa pilih awak jadi bakal isteri nanti. Bijak, cantik, rajin pula tu,”
Fara sangat tersentuh dengan pujian Hafizi. “Encik ni merepek lah. Tugasan tu kan tanggungjawab, mestilah saya siapkan. Tak ada kena mengena dengan bakal suami,”
“Err, betullah saya cakap. Lelaki zaman sekarang bukan cuma tengok dari segi luaran dan dalaman je. Mereka pun akan tengok IQ juga tau.”
“Eleh, mana encik tahu? Pandai-pandai je,”
“Saya lelaki, saya tahu lah. Kalau tak, buat apa saya cakap,”
     Fara hanya tersenyum malu. Dia sememangnya gembira jika dipuji apatah lagi Hafizi yang memujinya. Hanis hanya melihat dari jauh keakraban rakannya itu dengan Hafizi. Bukannya dia tidak membenarkan rasa cinta Fara terhadap Hafizi tetapi dia risau jika rakannya itu akan bertindak mengikut rasa hati apabila sudah terlalu lama menyimpan perasaan itu.
   
       Mereka makan di kantin setelah selesai waktu kuliah pada hari itu. Fara masih tersenyum manis walaupun sudah beberapa jam perbualannya dengan Hafizi berakhir. Ketika Hazimah dan Farahin sedang membeli makanan, Hanis menegur Fara,
“Fara, lain macam je aku tengok kau dengan Fizi tadi?” soal Hanis.
“Maksud kau?”
“Kau ni sure ke suka kat dia? Dia tu laki orang la weyh...”
“So, aku bukan buat apa pun. Tak salah aku rasa suka dia,”
Yes, tak salah. Itu hak manusia untuk suka pada seseorang. But don’t be to close with him. Aku takut nanti ada fitnah. Lepas tu sampai ke mulut isteri dia. Susah kau nanti,”
“Ok juga kan. Boleh isi kekosongan di nombor dua. Dia kan ada lagi tiga kekosongan, apa salah aku isi yang kedua?”
“Fara ! I’m serious ok.”
“Betullah. Tadi dia puji aku. Dia kata aku ni rajin, cantik, pandai. Dia kata untung siapa jadi laki aku. So, kalau dia jadi laki aku, dialah yang untung kan?”
      Hanos putus asa memberitahu Fara tentang kerisauannya. Jika Fara tidak dapat mengendahkan nasihatnya, Fara akan mencari akal untuk membela perasaannya terhadap Hafizi.

       Fara, Hanis, Farahin dan Hazimah menemui Bella yang baru pulang dari Paris. Bella yang menuntut course pengurusan bisnes, kini telah kembali ke Malaysia dan berhajat menemui rakan-rakannya.
Salut, mes amis. Envie l'intervalle que vous !” ujar Bella apabila bertemu dengan mereka. Fara dan yang lain terkebil-kebil, cuba untuk memahami bahasa Perancis.
“Oppss...sorry girls. Dah biasa cakap Perancis, lupa pula aku dah kat Malaysia,”
       Mereka saling berpelukan dan berjabat tangan. Sudah 3 tahun mereka tidak berjumpa dengan Bella kerana melanjutkan pelajrannya ke Paris.
       Mereka saling bertukar-tukar pengalaman. Sesekali mereka mengimbas waktu-waktu seronok ketika di bangku sekolah. Ketika rakan-rakan Fara sedang bersiar-siar di sekitar kawasan itu, Fara mencuri masa untuk berbual berdua dengan Bella.
“Bella, kau ada boyfriend?” soal Fara.
“Hei, of course lah. I’m engaged ok,”
“Betul? Wah ! Congrates Bella,”
So, anyway. How about you?” soal Bella pula. Fara hanya mencebikan bibir sambil menggelengkan kepala.
“Takkan tak ada yang berkenan kot?”
“Ada, memang ada. Tapi dia tu...ermm...laki orang,”
What?! Serious?”
“Ok, ok. Tukar topik. Malas lah cerita topik ni,”
Relax Fara. Perasaan kita ni tak boleh nak halang. Anyway, kita berhak mencintai sesiapa pun dalam dunia ni. Manusia boleh halang kita daripada memiliki seseorang itu, tapi tak ada seorang manusia pun yang boleh halang kita dari mencintai seseorang. Sebab cinta itu rasa hati. No one can stop your feeling,”
“Tapi ramai yang macam tak suka dengan perasaan aku pasal lelaki tu. I’m sad, Bella.”
“Fara, listen here. La mesure dans laquelle nous allons poursuivre, s'il ne nous est pas dans les fréquentations, il ira trop. Faham?”
“Apa tu?”
“Sejauh mana pun kita kejar seseorang tu, kalau dia bukan jodoh kita, dia tetap akan pergi juga. Pegang kata-kata aku ni,”

               Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi tetapi Fara masih belum melelapkan mata sama sekali. Fikirannya masih melayang memikirkan kata-kata Bella.
“Betul juga Bella cakap. Hmmm...”
Fara menunaikan solat tahajud dan solat hajat serta solat istikharah untuk memohon petunjuk.

            Hari ini adalah hari graduasi penuntut tahun akhir di kampus tempat Fara belajar. Kehadiran Hafizi membawa seribu makna kepada gadis itu. Sebagai pensyarah, Hafizi hadir untuk memberi sokongan kepada mahasiswanya.
“Fara, tahniah. Awak dah graduate,
“Thanks Encik Hafizi. Alhamdulillah,”
           Tiba-tiba, kedengaran suara seorang wanita memanggil pensyarah itu dari jauh.
“Abang ! Abang Fizi !”
Fara melihat isteri Hafizi sedang berjalan menuju ke suami tercintanya. Bersama seorang anak, wanita itu menghampiri mereka.
“Ni, abang kenalkan. Pelajar contoh dalam kelas yang abang ajar,” Hafizi memperkenalkan isterinya dengan Fara.
“Tahiniah, dik. Semoga berjaya di masa depan ya.”
     Fara hanya tersenyum sebagai balasan. Dia segera beredar dari kampus setelah tamat majlis graduasi. Tanpa bertemu dengan rakan-rakannya, dia memandu kereta pulang ke rumah.
“Adik, cepat balik?” soal ibunya.
“Adik nak siap pack baju dulu ma,” balasnya.
“Nak pergi mana? Konvokesyen macam mana?”
“Semua ok. Adik success.”
“Habis tu, nak pergi mana?”
           Fara menatap wajah ibunya dengan penuh hiba.


                                  ~********************************~

Pesawat yang dinaiki Fara telah selamat tiba di Sweden. Fara menghirup udara dingin negara itu. Dia segera menuju ke asrama di pusat pengajian di sebuah universiti di situ.
    Dalam perjalanan, dia terlanggar seorang lelaki berkulit putih dan tinggi. Semua buku lelaki itu jatuh ke lantai.
“Aduh,” keluh lelaki itu perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Fara,
I’m sorry. Wait, are you Malaysian?”
Yes, can I help you?”
Sure, I’m going to that univercity. Could you please show me the way?” pinta Fara sambil menunjukkan bangunan universiti yang kelihatan jauh dari bandar itu.
Of course.” Lelaki itu menghantar Fara ke arah universiti itu. “What are you doing here?”
Actually, I’m from Malaysia. I come to continue my study,” balas Fara.
“Malaysia. Patutlah awak tanya saya tadi.”
     Mereka tergelak kerana masing-masing merupakan warga dari Malaysia.
So, my name is Fara. What’s your name?”
Just call me Zie.”
“Zie?” tanya Fara. Dia terkejut dengan jawapan terakhir dari lelaki itu apabila dia menyatakan nama sebenarnya.
Yup. My name is Hafizi. Just call me Zie.”    
                                          TamaT

Tuesday, 24 July 2012

Bila Aku Jatuh Cinta


              Zaara menangis sebaik sahaja memasuki teksi. Dia meminta pemandu itu menghantarnya ke rumah. Pemandu teksi itu hanya menurut sahaja. Zaara tidak menjawab sebarang panggilan pun dari Azrul. Dia benar-benar kecewa dengan teman lelakinya itu.
     Dia sudah banyak kali mendengar dari teman-temnannya bahawa Azrul mempunyai perempuan lain, tetapi demi cintanya dia hanya mempercayai Azrul. Tetapi takdir tuhan menunjukkan segalanya malam ini.
      Zaara dan Azrul sudah berjanji untuk bertemu malam ini di sebuah restoran. Namun apabila Zaara tiba, dia melihat seorang gadis sedang duduk mesra bersama Azrul. Zaara memang sengaja datang awal kerana ibu bapanya tiada di rumah. Kerana bosan, Zaara memutuskan untuk menemui Azrul lebih awal. Tetapi hatinya sangat hancur melihat kejadian itu.
“Sepatutnya dari dulu aku percaya cakap kawan-kawan aku. Sebab cinta aku jadi buta. Sampai hati kau buat aku macam ni !” Hanya kata-kata itu saja yang terluah di hatinya ketika itu.

     Jam menunjukkan pukul 12 malam tetapi Zaara belum tidur. Dia masih menangis memikirkan Azrul yang berlaku curang di belakangnya. Kelihatan di telefon bimbitnya tertulis 10 mesej dari Azrul yang belum dibaca. Sudah berpuluh-puluh kali Azrul menelefon, masih tidak berjawab.
     Zaara mulai hilang kesabaran apabila telefon masih berdering hingga ke jam 2 pagi. Dengan sangat marah, dia menjawab panggilan dari Azrul.
“Apa kau nak?” Zaara bertanya dengan kasar sekali. Tidak seperti Zara yang biasanya periang dan manis orangnya.
“Sayang, dengar cakap I dulu. Jangan buat I macam ni,” rayu Azrul dengan nada suara yang lembut.
“Apa sayang-sayang? Kalau kau sayang aku, kau takkan dengan perempuan tu lah !”
She’s just my friend. Tak lebih dari tu, sayang. Percayalah,” rayu Azrul lagi untuk meraih kepercayaan Zaara.
“Dah lah ! Kalau kawan, takkan sampai kau suapkan mulut dia. Mesra bagai apa ! Patutnya aku percaya cakap kawan-kawan aku yang kau ni memang lelaki tak guna. From now on, kita tak ada hubungan apa-apa lagi, faham !” Zaara segera memutuskan talian dan mematikan telefon bimbitnya.

        Zaara baru saja selesai solat Subuh apabila ibunya, Maznah mengetuk pintu biliknya.
“Masuklah,”
Maznah duduk di samping anak bongsunya lalu memeluk gadis berusia 17 tahun itu. Zaara kembali menangis seperti malam tadi.
“Sabarlah sayang. Inilah dugaan kita orang perempuan. Kita lemah, itu sebab lelaki selalu permainkan kita. Berdoalah pada Allah agar Dia beri petunjuk, nak.”
      Kelihatan abang sulungnya, Azhar sedang berada di muka pintu biliknya.
“Dah lah. Pergi mandi, siap-siap. Pergi sekolah ya,”
Zaara mengangguk lalu beredar ke bilik mandi.

      Seri segera mendapatkan Zaara. Zaara kelihatan sangat kusut dan tak berdaya.
Za, are you ok?”tanya Seri. Zaara hanya mengangguk lemah. “Kau ada masalah ke ni?”
“Azrul ada perempuan lain. Sampai hati dia buat aku macam ni, Seri?” tangis Zaara.
“Dah lah tu. Dari dulu dah aku bagitahu kau yang dia memang ada hubungan dengan perempuan lain, kau tak percaya. Sudah-sudah lah tu. Ramai lagi lelaki kat luar sana tu,”
“Tapi aku sayang dia, Seri. Dia cinta pertama aku,” tegas Zaara.
“Cinta pertama bukan bererti cinta terakhir juga kan,”
     Zaara hanya diam mendengar kata-kata Seri kali ini. “Maksud kau?” Zaara mengesat airmatanya.
“Belum tentu kau jatuh cinta dengan orang tu, kau akan kahwin dengan dia kan. Azrul adalah cinta pertama kau. Tapi Allah tahu, dia bukan cinta sejati kau. Bukan cinta terakhir kau. Mungkin sebab tu Allah tunjukkan sikap dia yang sebenarnya selama ni,”
     Zaara diam sekali lagi memikirkan kata-kata rakannya itu.


                                  **********************************

Zaara sedang jalan sendirian di deretan rumah kedai berhampiaran rumahnya.  Dia melihat beberapa orang lelaki sedang keluar masuk dari gym yang ada di situ. Untuk sampai ke kedai menjual jam tangan, dia harus melalui gym tersebut. Tiba-tiba seorang lelaki yang baru saja keluar dari tempat itu berlanggar dengannya menyebabkan mereka berdua terjatuh ke lantai.
“Aduh, jalan tengok-tengok boleh tak?” marah lelaki itu.
“Kau yang main langgar, apasal nak marah pula,” Giliran Zaara pula yang membentak. Mereka berdua segera bangun.
“Kau yang langgar aku. Minta maaf pun ke susah ke ha?”
“Tak gentleman langusung kau ni. Kau lah minta maaf. Dah salah kau kan,”
“Apa masalah kau? Kau tu perempuan, sopan lah sikit !”
      Mereka saling berperang mulut. Akhirnya lelaki itu meninggalkan Zaara sendirian.
“Minta maaf pun susah ke?! Dasar jantan ego tinggi !” jerit Zaara membuatkan lelaki itu tertoleh-toleh ke arahnya.

Kelihatan Maznah sedang menyiram bunga-bunga di halaman rumah apabila Zaara pulang. Dia segera mencium pipi ibunya itu lalu masuk ke rumah dan duduk di dalam bilik sambil membelek-belek jam tangan yang baru dibelinya. Jam itu berwarna hitam dan rekaannya sangat cantik. Zaara segera mencapai jam tangan yang diberi Azrul dari atas meja solek lalu di campak ke bakul sampah. Dia mengenakan jam tangan yang baru di pergelangan tangannya.
“Aku tak perlu jam kau lagi, Azrul.” desirnya yang hanya menjeling ke arah jam yang berada di dalam bakul sampah.
       


       Seminggu berlalu, Zaara sudah dapat melupakan Azrul. Dia kelihatan ceria dan periang seperti biasanya dahulu. Seri juga lega melihat sahabatnya itu. Kelasnya mendapat guru baru  bagi mata pelajaran Matematik. Guru itu merupakan graduan universiti beberapa bulan yang lalu. Dia baru saja diterima bekerja di sekolah tempat Zaara belajar.
        Zaara sangat terkejut apabila melihat guru itu adalah lelaki yang dilanggarnya minggu lepas. Dia menunduk-nundukkan mukanya.
Setelah melihat Zaara ada di situ, lelaki itu seolah-olah sedang berfikir. Mungkin dia sedang cuba mengingati gadis itu.
“Baiklah, nama saya Shahir. Panggil saya Cikgu Shahir. Saya akan mengajar kamu semua Matematik. Saya harap kamu semua boleh ikut peraturan semasa berada dalam kelas saya,”
        Semua pelajar memandang guru itu kerana guru itu kelihatan garang walaupun baru saja memasuki sekolah itu.
“Faham semua ?” tanya Shahir.
“Faham, cikgu !” kedengaran suara pelajar-pelajar.
         Sewaktu rehat, Zaara duduk sendirian di perpustakaan. Sambil mencari buku matapelajaran Sejarah, dia terlihat Shahir sedang masuk ke dalam perpustakaan. Mata lelaki itu meliar-liar seolah-olah mencari sesuatu di situ. Apabila terpandang Zaara, dia segera menghampiri gadis itu. Zaara mulai cemas.
“Assalamualaikum,” ucap Shahir.
“Waalaikumsalam, cikgu.”
“Saya rasa saya dah ingat awak. Awak yang langgar saya hari tu kan. Ermmm...yang sound saya kan?”
     Zaara menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal kerana memikirkan cara untuk mengelak dari guru itu. Zaara memberanikan diri.
“Aah, memang saya. Kenapa?”
“Awak tak rasa bersalah langsung ke? Saya ni kan cikgu awak,”
“Bersalah? Masa saya langgar tu, awak bukan cikgu saya. Baru hari ni awak jadi cikgu saya,”
“Oh, ok. Kalau macam tu, sekarang awak dah jadi anak murid saya lah. Maknanya kalau saya hukum awak pasal kesalahan awak hari tu boleh lah kan?”
“Mana boleh ! Time tu saya belum jadi murid awak lagi lah,” Zaara bersuara kurang sopan. Beberapa orang pelajar memandang ke arahnya.
     Shahir hanya tersenyum melihat gelagat anak muridnya itu. Zaara meninggalkan perpustakaan sebaik saja loceng berbunyi.




Zaara duduk sendirian di birai katil sambil fikirannya melayang memikirkan Shahir. Wajah guru muda itu bermain-main di fikirannya. Tiba-tiba dia menampar pipinya sendiri.
“Astaghfirullah, apa aku fikir ni? Apasal aku fikir cikgu tu?” desirnya. “Kenapa ni Zaara? Apasal kau fikir cikgu ni pula?” resah hatinya.
    Zaara segera bersiap untuk menunaikan solat Maghrib. Jam sudah menunjukkan pukul  7.30. Zaara turun setelah selesai dan terus ke meja makan. Spageti goreng dan sambal sotong sudah siap terhidang di atas meja hanya tinggal menunggu untuk dimakan.
“Wow ! Sedapnya, ibu. Dah lama tak makan spageti,”
Maznah sedang membasuh tangan apabila ditegur oleh anak bongsunya itu. “Ayah beli spageti tadi pagi. Tu yang ibu masak. Zaara kan suka,”
      Zaara hanya tersengih lalu duduk untuk menjamu makanan.
“Tunggulah ayah sekali,”
“Err...lupa pula. Hehe,”
      Apabila ayahnya, Idris tiba di meja makan bersama Azhar, mereka mula makan.
Tiba-tiba telefon bimbit Zaara berdering dan kelihatan di skrin telefon tertera nama ‘Azrul’. Zaara segera memutuskan talian, namun panggilan itu tidak henti-henti masuk ke telefon Zaara.
“Pergi angkat sana telefon tu. Ganggu orang tengah makan. Pergi,” arah Idris apabila dia mulai semak dengan deringan telefon bimbit anaknya itu.
Zaara bangkit dari kerusi dan menjawab panggilan tersebut di dalam biliknya.
“Kau nak apa lagi? Aku dah cakap jangan ganggu aku. Tak faham ke?” bentak Zaara.
“Sayang jangan buat I macam ni please. I rindu sangat dekat you. Don’t do this to me, sayang.” Azrul cuba memujuk hati gadis itu.
“Tak payah lah kau nak sayang-sayang dengan aku. Bosan lah layan kau !”
      Zaara segera memutuskan talian dan mematikan telefon bimbitnya. Hatinya bagai dibakar oleh api kemarahannya terhadap Azrul. Zaara kembali ke meja makan apabila hatinya sudah mulai tenang.
“Zaara, ayah tak suka dia call kamu lagi. Ayah nak mulai esok, kamu tukar nombor telefon. Faham?” Idris tiba-tiba bersuara membuatkan semua yang berada di meja makan tertumpu kepada Zaara sebentar. Gadis ayu itu hanya mengangguk tanda patuh dengan arahan ayahnya.

     
Zaara pulang lambat hari ini kerana menghadiri kelas tambahan di sekolah.
“Kau balik pukul berapa Za?” tanya Seri sambil menghabiskan sisa makanan di mulutnya.
“Entah, tengoklah nanti. Bas datang, aku baliklah. Kau balik lah dulu,”
     Mereka berpisah di perhentian bas di hadapan sekolah mereka. Kereta yang menjemput Seri sudah pun tiba tetapi bas yang akan dinaiki Zaara masih belum tiba lagi.
“Lamanya bas ni ! Dah lah aku sorang-sorang hari ni,” bisiknya sambil melihat kalau-kalau bas sudah tiba.
Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta di belakang Zaara. Dia sedikit terkedu apabila melihat Shahir yang sedang membunyikan hon di belakangnya.
“Lambat balik?” tanya Shahir. Zaara hanya mengangguk. “Jomlah, saya hantar awak. Dah petang ni,”
“Takpe lah. Saya tunggu bas tambang je. Kejap lagi sampailah,”
“Awak ni kan memang degil eh? Dah petang ni, cepat lah.”
“Kalau nak marah-marah tak payah lah kasi tumpang,”
    Shahir menggaru-garu kepalanya. “Bila masa pula saya marah? Cepatlah saya hantar awak,”
Zaara segera masuk ke dalam kereta Shahir lalu kereta itu menyusur laju menuju ke rumah Zaara.
“Awak tinggal mana?” tanya Shahir.
“Taman Bukit Dahlia,” jawab Zaara ringkas.
“Laa, dekat je. Ingat jauh sangat,”
“Memanglah dekat. Saya tak cakap pun jauh,”
“Awak ni memang kuat melawan eh Zaara?”
       Zaara hanya berdiam diri. Shahir masih menunggu jawapan anak muridnya itu. “Helo, saya tanya ni,”
“Cikgu, ada ke orang nak jawab pertanyaan macam tu? Cuba kalau saya tanya cikgu ‘Cikgu ni memang kuat melawan eh?’ , agaknya apa cikgu jawab ya?” Zaara sedikit meninggikan suara lembutnya.
“Kalau saya, saya akan jawab ‘ya’. Sebab saya ni memang kuat melawan,”
“Ya lah tu,” Zaara mengalah daripada terus berperang mulut dengan Shahir.
        Mereka tiba di selekoh perumahan Zaara. Tiba-tiba sebuah motosikal sedang menunggu di situ. “Azrul?” bisik Zaara. “Apa dia nak?”
Zaara meminta Shahir untuk berhenti di selekoh tersebut.
“Apa kau buat kat sini?” tanya Zaara sambil melihat Azrul seperti harimau melihat rusa.
“Sayang, I datang sini nak jumpa you. I rindu sangat dengan you. Kita keluar kejap eh?” Azrul memegang tangan Zaara dan mengajaknya keluar berdua.
“Apa masalah kau ni sebenarnya? Kau nak apa lagi?” bentak Zaara kali ini. Azrul tetap berkeras menarik Zaara menaiki motorsikalnya. Mereka seperti sedang bergelut membuatkan Shahir cuba masuk campur.
“Dik, kalau budak ni tak nak. Dah lah. Jangan paksa,” ujar Shahir apabila dia keluar dari tempat duduk keretanya.
“Kau siapa? Kau jangan sibuk dengan masalah kita orang !”
“Dia anak murid saya. Saya rasa saya berhak sebab saya yang hantar dia sekarang. So, saya mesti pastikan dia selamat,”
      Kedua-dua lelaki itu mulai bergaduh. Azrul mulai menyerang Shahir. Mereka berkelahi seperti anjing dan kucing.
“Woi, dah lah tu !” teriak Zaara. Azrul mula sakit apabila dia dipukul teruk oleh Shahir. Wajah Shahir bengkak-bengkak akibat dia juga sempat dipukul oleh Azrul. Namun, akhirnya Azrul mengalah dan segera menaiki motosikalnya lalu meninggalkan mereka. Shahir lemah hingga terduduk di atas jalan raya yang lengang.
“Cikgu ok ke?” tanya Zaara.
“Betul tak saya kata? Saya kuat ‘melawan’,”
Zaara tergelak kecil diiringi gelak Shahir. Shahir segera beredar meninggalkan Zaara. Kereta dipandu keluar dari kawasan perumahan tersebut.


       ‘Saya kuat melawan’. Kata-kata itu masih bermain di fikiran Zaara walaupun malam sudah larut. Gelak Shahir masih terbayang-bayang di legar fikirannya.
“Kenapa aku fikir dia pula?” desis kalbu Zaara sambil memeluk erat bantal kepalanya.
Pintu bilik diketuk dan Maznah muncul di nuka pintu. “Tak tidur lagi, nak?”
Zaara menggeleng.
“Tidur lah. Dah malam ni. Esok nak sekolah,”
“Ibu...Zaara nak tanya sikit boleh?”
“Tanyalah. Banyak pun tak apa,”
“Ibu, apa tanda orang tu suka kita?”
“Tanda? Hmm, dia ambil berat pasal kita, sibuk nak tahu masalah kita, macam-macam lagi lah. Kenapa?”
“Tak ada lah. Tanya je, dah lah. Zaara tidur dulu eh,”
“Baik bagi tahu ibu. Kantoi nanti,”
“Taklah bu,”
       Zaara menutup mukanya lalu baring mengiring membelakangkan ibunya.
“Dahlah. Tak nak cerita dengan ibu. Ibu pergi lah,”



                          ******************************************

“Baiklah, hari ni cikgu akan ajar tajuk Quadratic Equation. Tajuk ni simple saja kalau awak semua tumpukan perhatian,”
       Shahir mula mengajar di kelas Zaara. Gadis yang duduk di bahagian belakang kelas hanya tersenyum-senyum melihat gelagat gurunya itu.
“Zaara, awak buat soalan pertama lepas saya terangkan tajuk ni,”
      Zaara terpinga-pinga. “Err...ya, cikgu.”
Shahir hanya tergelak di dalam hati melihat raut wajah Zaara apabila dipanggil tadi. Walaupun gadis itu sedikit kasar terhadapnya, namun Shahir sangat menyenangi Zaara yang pada pandangan matanya sangat berani. Setelah memberi penerangan, dia memanggil Zaara untuk menjawab soalan.
“Zaara, ke depan. Buat soalan nombor satu,”
Zaara berjalan menuju ke papan putih sambil memerhati Shahir. “Marker, cikgu.” pinta Zaara.
“Oh. Nah, ambil ni,”
      Zaara menjawab dengan tenang walaupun dia sedang diperhatikan oleh Shahir dan rakan-rakan sekelasnya.
“Woi, salah lah tu !” jerit Imran, rakan sekelasnya.
“Err...sorry, sorry.”
Zaara membetulkan jawapannya di papan tulis.
“Imran, tegurlah elok-elok.”
Zaara seperti berbunga-bunga hatinya apabila dibela oleh Shahir di hadapan semua rakan-rakannya. “Siap, cikgu.”
“Bagus, terima kasih. Seterusnya, Imran. Awak buat soalan kedua pula,” arah Shahir.
      Zaara tidak henti-henti menatap wajah gurunya itu. Sesekali Seri menegur, tetapi tidak diendahkan oleh Zaara.

                                 . ~ .

     Shahir sedang memasukkan barang-barangnya ke dalam boot kereta ketika Zaara sedang berjalan menghampirinya di tempat letak kereta.
“Cikgu,” tegur Zaara.
“Ya. Ada apa?”
        Zaara tersenyum manis melihat Shahir. Shahir membalas senyuman itu dengan penuh keikhlasan.


3 tahun berlalu...

“Mak, saya dah buat keputusan nak lamar dia. Dia pilihan saya,”
     Shahir sedang menyatakan hasratnya untuk melamar Zaara sebagai isteri kepada ibunya, Hani. Hani kurang bersetuju kerana Zaara hanyalah graduan universiti dan masih belum bekerja.
“Tapi, dia belum kerja Sha. Takkan kamu nak tanggung dia seumur hidup kamu?”
“Itulah tanggungjawab suami, mak. Sha tak kisah kalau dia tak kerja. Lagi elok. Banyak masa dia boleh jaga Sha kat rumah, mak.”

      Zaara sedang menunggu panggilan dari Shahir untuk mengetahui jawapan dari ibu lelaki itu. Telefon berdering membuatkan penantian gadis itu terhenti.
“Sayang, macam mana? Mak cakap apa?”
“Sayang. Jangan marah tau. Mak kata...dia...alhamdulillah, setuju !” Shahir berteriak dari corong telefon membuat kan Zaara seperti berada di puncak kebahagian.
“Alhamdulillah, sayang. I love you so much dear !”

Setelah sebulan menyiapkan persiapan perkahwinan, akhirnya mereka diijabkabulkan pada hari Jumaat, selepas Zohor di masjid jamek berhampiran.
     Jam menunjukkan pukul 11 malam ketika Shahir masuk ke biik tidur untuk menemui isteri yang baru dinikahinya beberapa jam lalu.
“Sayang, kisah cinta kita ni pelik kan?”
“Pelik? Maksud awak?”
“Yalah. Awak tu cikgu sekolah saya je. Tapi apalah yang saya pandang dekat awak ni sampai saya terpikat dengan awak,” usik Zaara.
“Hei, itu maknanya saya ni handsome, cute lah kan. Kalau tak, takkan awak nak kahwin dengan saya ni kan.”
“Ha, saya baru perasan kenapa saya suka kat awak. Sebab awak kuat melawan !”
     Mereka berdua saling bergurau lalu Shahir mengucup dahi isterinya, Zaara. Perkahwinan mereka direstui oleh kedua-dua belah pihak keluarga. Zaara berasa sangat gembira kerana dapat mempersuami seorang lelaki yang dianggapnya sempurna seperti Shahir.

                                           Sekian