Marni menyapa anak
saudaranya itu. Sayu hatinya melihat gadis tabah itu mengharungi hidup singkat
sendirian. Tiada berteman. Hanya dia dan suami yang menjaga gadis itu.
“Mak Su dah sediakan
sarapan. Nia makan ya, nak.”
“Terima kasih Mak Su.”
Rania dan Marni menuju
ke ruang makan. Di meja makan, kelihatan Zamri sedang bersarapan. Mereka duduk
bersama dan mengisi peurt yang masih kosong.
“Mak Su, lepas ni Nia
keluar kejap eh. Nak jalan-jalan,” ujar Rania.
Marni dan suaminya
saling berpandangan. Mereka bukan keberatan, tetapi hanya risau akan keadaan
kesihatan anak saudaranya itu.
“Mak Su, Pak Su. Boleh
kan?” ujar gadis itu lagi apabila mereka tidak menjawab.
“Nia jangan jalan jauh
sangat. Nanti kalau tiba-tiba sakit, tak ada sesiapa yang tolong. Ambil angin
dekat-dekat sini aje ya,” balas Marni risau.
Rania tersenyum dan
mengangguk. Dia tahu wanita itu tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada
dirinya. Begitu juga Zamri.
Qayum
mengemas bagasi pakaiannya tergesa-gesa. Jam sudah menunjukkan pukul 10 tetapi
dia masih belum bertolak. Dia perlu menghadiri sebuah mesyuarat di pejabat
sebelum bertolak ke Cameron Highlands.
“Que tak balik lunch ke
nanti?” soal Farhana.
“Tak mama. Que terus
pergi sana. Que tak nak sampai sana malam. Ok mama. Bye!”
Qayum terus
mencampakkan bagasi pakaiannya ke dalam boot kereta dan memecut laju keretanya.
Setibanya di pejabat,
Qayum terus memakai kot dan mengenakan tali leher. Terus dia mematikan enjin
dan berlari memasuki pejabat.
“Where have you been,
Que?” bisik Karina sebaik majikannya itu muncul.
“Where’s the rest?”
soal Qayum pula.
“I tanya you, you soal
I balik. mereka ada kat meeting room. Tunggu you lah.”
“Ok.”
Tanpa mempedulikan
pembantu peribadinya, Qayum terus mengetuk pintu bilik mesyuarat. Kelihatan
sebuah lembaga pengarah sudah duduk untuk memulakan mesyuarat.
“I’m sorry, gentlemen.
Ok, let’s begin.”
Rania
berjalan
sendirian. Inilah aktivitinya yang akan dia lakukan dua hari sekali. Dia tidak
dapat berjalan keluar seperti orang lain kerana risau penyakitnya menyerang
mendadak.
Setelah 20 minit
berjalan sambil menghirup udara segar pergunungan, akhirnya gadis berusia 20
tahun itu tiba di lembah tanaman teh.
Permandangan hijau yang
meluas itu memikat hati Rania. Dia tersenyum lebar menikmati permandangan indah
itu. seketika dia memerhati beberapa orang yang sedang berjalan di situ. Ada yang
bersama keluarga dan rakan, suami,isteri dan anak-anak.
Tiba-tiba wajahnya pucat. Hidungnya terasa
panas. Sebaik dia menyentuh hidungnya, darah merah menitis ke bibirnya. Segera
Rania mengeluarkan sapu tangan dan pantas mneghilangkan darah itu. badannya
terasa snagat lemah.
“Ya Allah! Kuatkan aku
hingga aku pulang nanti. Jangan aku menyusahkan orang lain. Biarlah sakit ini
aku sendiri yang rasa,” bisiknya sambil menahan kesakitan di bahagian belakang
tubuhnya.
Dia perlu berehat.
Rania terus menghampiri batu-batu untuk duduk sebentar. Dia tidak kuat untuk
pulang sekarang.
Setelah hampir 10 minit
berehat, barulah dia berasa sedikit kuat. Dengan segala tenaga yang ada, Rania
memulakan perjalanan pulang ke rumah.
“Habis
tu bila you balik JB?” soal Karina sambil mengiringi Qayum ke kereta.
“Tak sure. Mungkin I
kat sana around two or three weeks. I dah urus semua masa meeting tadi so kalau
ada masalah sepanjang I tak ada, refer Encik Hamdan. Dia akan ambil alih tugas
I sepanjang I kat Cameron.”
Karina mendengus. Benci
dengan sikap Qayum yang sama sekali tidak ambil endah pada dirinya. Padahal
Qayum tahu bahawa Karina menyimpan perasaan padanya.
“So, you nak tinggalkan
I sorang kat sini. You pergi seronok kat Cameron and left me here!” bentak
Karina.
“Don’t start it again.
Lagipun I pergi sana ada kerja, bukan saja-saja. And satu lagi, bukannya salah
pun I tinggalkan you.”
“You tak pernah faham
hati I. You tak pernah ambil endah pun perasaan I.”
“If you know that, then
why you are still waiting for me?”
“Cause I love you,
Que,” rayu Karina. Qayum mengeluh kesah.
“Dari universiti dulu I
dah cakap I cuma anggap you sebagai kawan aje. I ambil you jadi assistant I
sebab you kawan I and you’re qualified. That’s it.”
Qayum terus memasuki
kereta dan memecut. Sakit hati gadis itu apabila ditinggalkan begitu saja. Dia
terus memasuki semula pejabat.
Qayum berhenti di
sebuah stesen petrol. Dia menuju ke tandas untuk menukar pakaian. Tidak selesa
rasanya memakai kemeja selepas jam bekerja. Apalagi sekarang dia akan ke
Cameron Highlands.
Usai mengganti pakaian,
dia membeli beberapa snek untuk dimakan sepanjang perjalanan. Dia memulakan
semula perjalanan.
“Makan
ni,” ujar Zamri sambil menghulurkan dua biji ubat. “Nia rehat dulu. Tidurlah.
Nanti waktu Asar, Mak Su kejut,” sambung Zamri seraya memandang isterinya.
Marni mengangguk mendengar arahan suaminya.
Zamri meninggalkan
bilik gadis itu.
“Nia, esok tak payah
keluar ya. Lusa kalau nak pergi, Mak Su temankan,” ujar Marni.
Rania tersenyum hambar.
“Nia bosanlah Mak Su. Duduk dalam rumah aje.”
“Tak suka rumah Mak Su
ke?”
“Err tak. Bukan itu.
tapi bosan asyik baring, duduk, makan, makan ubat. Itu aje yang Nia buat
hari-hari.”
Marni membelai rambut
anak saudaranya itu. kasihan dia melihat keadaan gadis itu. masih muda tetapi
tidak dapat bergerak bebas.
“Mak Su tak nak apa-apa
jadi pada Nia. Dengar cakap Mak Su dan Pak Su ya.”
Rania terpaksa akur.
Dia tidak mahu melanggar arahan ibu saudaranya itu.
Rania bagun dari katil
sebaik Marni meninggalkannya. Dia membuka jendela bilik yang baru ditutup tadi.
Inilah saja cara gadis itu untuk merasai kenikmatan di Cameron Highlands. Tidak
mungkin baginya untuk bersiar-siar di luar seperti orang lain.
Rania menuju ke meja
soleknya. Diamati wajahnya yang pucat tidak bermaya. Sedih hatinya apabila
memandang wajah sendiri. Satu senyuman kecil terukir di wajahnya. Hanya itulah
cara Rania membangkitkan semangat juang hidupnya sendiri.
“Hai,”
Rania menoleh. Qayum
berada di sebelahnya sambil tersenyum.
“Hai,” balas gadis itu
sambil membalas senyuman.
“Dah makan ubat?” soal
Qayum.
“Dah.”
“Rindu aku tak?” soal
Qayum lagi. Kali ini mereka ketawa bersama.
“Setiap hari aku rindu
kau. Kau yang tak rindu aku,” bisik Rania seraya mencebik.
Qayum tersenyum. Dia
merapati Rania dan dengan perlahan menarik kepala gadis itu ke bahunya.
“Aku pun rindu jugak,”
balas Qayum. “Sebab tu aku datang.”
Rania melelapkan
matanya. Suasana menjadi senyap kembali. Apabila Rania membuka mata, Qayum
tiada lagi di sisinya. Dia sedang meletakkan kepalanya di jendela.
Rania tersenyum
sendiri. Sedikit demi sedikit air matanya berjuraian. Setiap hari apabila Rania
sedang sendirian, bayangan Qayum muncul untuk menemaninya. Dan setelah itu,
hilang sekelip mata.
Qayum
mendepakan tangannya. “Here I am! Cameron Highlands!” teriak Qayum sebaik tiba
di sana.
“Alamak! Solat Asar!”
Qayum terus memasuki
keretanya kembali dan menuju ke chalet yang sudah ditempahnya minggu lepas
melalui panggilan. Lelaki itu bergegas untuk solat Asar memandangkan tinggal
setengah jam lagi sebelum masuk waktu Maghrib.
Usai solat, Qayum
baring di atas katil. Dia menarik selimut hingga ke paras perut. Akalnya sedang
ligat berfikir tempat-tempat yang bakal dia kunjungi di Cameron Highlands mulai
esok. Malam ini dia akan ke pasar malam di Brinchang.
___________________________________
Rania
menuju
ke Kea Farm. Sementara menunggu Marni membeli bunga hiasan, Rania membelek-belek
beberapa bunga yang lain. Dia juga ingin membeli untuk menghiasi bilik
tidurnya.
Qayum asyik mengambil
gambar permandangan di sekitar Kea Farm. Namun dia terpandang susuk tubuh
seorang gadis.
“Beri bunga ni sejambak
ya kak,” ujar gadis itu.
Tidak salah lagi.
Mendengar suara gadis itu, Qayum yakin dia memang mengenali gadis ayu itu.
“Bunga untuk siapa?”
celah Qayum.
Rania menoleh. Alangkah
terkejutnya gadis itu melihat Qayum sedang berdiri di belakangnya. Adakah ini
khayalannya atau Qayum benar-benar di belakangnya?
Rania tidak bersuara.
Dia masih termangu. “Nia?” panggil Qayum. Rania masih terkebil-kebil.
“Nia... kenapa ni?”
soal Qayum yang hairan melihat reaksi gadis itu.
Rania tersentak.
Ternyata benar itu Qayum dan bukan sekadar khayalannya.
“Err... Que. Kau buat
apa kat sini?” soal Rania. Tidak tahu dia perlu berasa gembira atau sedih.
“Aku ada kerja. Kau?”
“Aku...” Rania tidak
mahu memberitahu Qayum tentang penyakitnya. “Aku...”
“Nia... kau ok tak ni?”
soal Qayum.
“Ok, ok. Aku ok.”
Qayum tersenyum.
Gembira dapat bertemu rakan lamanya. “So, kau buat apa kat sini?” soalnya lagi.
“Aku tinggal sini.
Dengan mak cik, pak cik aku.”
“Oh. Aku ingat kau
masih kat JB. No wonder lah aku langsung tak nampak kau kat sana.”
Rania cuba berlagak
biasa di hadapan Qayum. Lelaki itu tidak perlu tahu keadaan sebenar dirinya.
“Aku dah lama kat sini.
Dah dua tahun aku pindah,” balas Rania.
“Nia. Mak Su dah...”
Marni tersenyum sebaik
melihat ada seseorang bersama anak saudaranya. Qayum turut tersenyum.
“Mak Su, kenalkan ni
kawan Nia masa sekolah. Qayum, ni Mak Su aku,” ujar Rania memperkenalkan dua
orang itu.
“Oh, Qayum. Buat apa
sini?”
“Ada kerja sikit
aunty.”
Marni tersenyum. “Tak
payahlah panggil ‘aunty’. Panggil ‘Mak Su’ aje. Ya?”
“Ok Mak Su. Terima
kasih.”
“Qayum duduk mana kat
sini?”
“Kat chalet. Nak sewa
hotel mahal sebab duduk sini dalam dua, tiga minggu. Itu yang duduk chalet aje,
murah sikit.”
Marni memandang Rania.
“Lah! Dah jumpa kawan kat sini kan. Tinggal rumah Mak Su ajelah. Free tak payah
bayar.”
Rania agak terkejut
dengan pelawaan ibu saudaranya itu. Qayum tersenyum namun agak keberatan kerana
enggan menyusahkan wanita itu.
“Boleh Qayum?” soal
Marni lagi.
“Tak apalah Mak Su.
Lama saya tinggal sini, nanti menyusahkan Mak Su pula.”
“Mana ada susah. Adalah
jugak si Nia kawan. Dia mana ada kawan-kawan kat sini,” balas Marni. Dia
kelihatan bersungguh. “Tinggal rumah Mak Su ya.”
Qayum akur. Dia
bersetuju.
“Baiklah Mak Su. Terima
kasih banyak. Kalau macam tu, Qayum hantar Mak Su dan Rania ya.”
Setibanya di rumah,
Rania dan Marni menuju ke dapur sementara Qayum menuju ke chalet untuk membawa
keluar barang-barang miliknya.
“Kenapa Mak Su minta
dia duduk sini? Nanti dia tahu Nia sakit. Nia tak nak dia tahu. Nia malu.”
“Nia,” Marni
menghampiri anak saudaranya itu. “Mak Su tahu Qayum tu adalah lelaki yang sama
dalam gambar yang Nia bawa tidur tiap-tiap malam kan. Mak Su dapat lihat Rania
gembira. Mak Su nak yang terbaik untuk kamu. Jadi Mak Su rasa mungkin dengan
kehadiran lelaki tu, kamu lebih kuat dan bersemangat untuk terus sihat.”
Zamri
dan Qayum menghabiskan masa makan malam dengan berbual. Marni seronok melihat
hubungan dua lelaki itu. dia turut gembira kerana Qayum di sini. Setidaknya
dapatlah membantu menguatkan Rania.
“Pak Su ni tergesa-gesa
balik tadi. Mak Su telefon cakap ada tetamu istimewa. Kawan Rania rupanya,”
ujar Zamri.
Qayum sangat gembira
berada di situ. Kehadirannya disambut baik oleh keluarga Rania. Namun sedari
tadi, Rania tidak bersama mereka. sesekali mata Qaym melihat bilik tidur Rania
yang bertutup rapat. Mungkinkah dia di dalam? Qayum memberanikan diri untuk
bertanya.
“Pak Su, kenapa Rania
tak makan sekali?” soal Qayum perlahan.
“Dia memang jarang
makan malam. Biasanya lepas Isyak dia terus tidur. Qayum bosan ya dengan Pak
Su? Kalau nak borak dengan Rania, pergi aje panggil dia,” balas Zamri sekadar
mengusik rakan anak saudaranya itu.
Qayum ketawa kecil.
Manis wajahnya apabila melemparkan senyuman.
“Saya seronok berbual
dengan Pak Su. Tak apalah. Biarlah Rania tidur. Tak naklah saya ganggu pula.”
“Ha yalah.
Tambah-tambah lagi. Habiskan lauk-lauk ni.”
Rania
mencapai baju sejuknya sebelum melangkah keluar. Setibanya di luar rumah,
kelihatan Qayum sedang duduk di kerusi rehat di halaman rumah. Gembira hatinya
melihat Qayum berada dekat bersamanya. Namun, dia perlu sedar dia tidak mungkin
memiliki lelaki itu. Dia hanyalah seorang gadis berpenyakit yang hanya menunggu
masa untuk pulang ke rahmatullah.
“Que!” panggil Rania
seraya menuju ke arah lelaki itu.
“Hai. Good morning,”
balas Qayum tersenyum. Dia segera mengajak Rania duduk di sampingnya untuk
melihat gambar-gambar yang diambilnya di Kea Farm semalam.
“Pandai kau ambil
gambar kan.”
“Aku memang minat
fotografi dan seni. Aku...”
Belum sempat Qayum
meneruskan kata-kata, dia tersentak. Ada darah yang mengalir keluar sedikit
demi sedikit dari hidung Rania.
“Nia...hidung kau...”
Rania segera
mengeluarkan sapu tangan dari saku baju sejuknya lalu ditekap di hidungnya.
“Rania, kau ok tak?
Kenapa kau...”
Rania segera memintas.
Dia tidak mahu lelaki itu tahu tentang penyakitnya.
“Aku oklah. Memang
biasa macam ni. Udara sini kan sejuk, hidung aku memang biasa keluar darah.”
“Betul ni? Kau tak tipu
kan,” cemas Qayum.
“Betul. Nak tipu apa
pula, jangan risau ok.”
Qayum sangat cemas
melihat keadaan Rania. Hidungnya berdarah dan serta-merta wajahnya menjadi
pucat. Banyak persoalan yang bermain di fikiran Qayum sekarang mengenai
kejadian tadi.
“Nak tengok gambar kau
tadi. Cantik,” ujar Rania.
“Rania, kenapa kau
pindah sini?” soal Qayum sambil Rania melihat foto-foto di dalam gambar Qayum.
“Aku nak tukar
surrounding. Duduk sini sejuk, best. Aku duduk sini boleh jaga neseri strawberi
Pak Su aku. Jom aku bawa kau pergi
sana.”
Qayum bersetuju dan
mengikuti Rania ke neseri strawberi milik Zamri. Setibanya di sana, Qayum
teruja melihat begitu banyak strawberi ditanam di situ. Qayum segera mengambil
gambar dari pelbagai sudut agar kelihatan cantik. Mereka duduk di sebuah meja
batu.
“Sekarang aku yang jaga
neseri ni. Yang belah sana belah tangga tu, aku yang tanam. Tapi tak tumbuh
lagi,” cerita Rania.
Qayum gembira dapat
melawat tempat itu. terutama bersama Rania. Entah mengapa sejak bertemu Rania
di sini, dia merasakan getaran di jiwanya. Padahal dia hanyalah sahabat lama
kepada gadis itu.
Sambil Rania bercerita
mengenai Cameron Highlands, Qayum mengambil gambar Rania tanpa disedari gadis
itu.
Qayum
menolak pintu bilik tidur Rania perlahan. Gadis itu segera menyembunyikan
bekas-bekas ubat miliknya di bawah selimut.
“Que... ada apa?” soal
Rania cuba berlagak tenang.
“Mak Su dan Pak Su
cakap kau tak makan malam. Tapi hari ni kau kena makan.”
Rania keberatan. Dia
sangat menjaga pemakanannya kerana perlu menitikberatkan masalah kesihatannya.
Namun dia memberi alasan lain kepada Qayum.
“Que, aku memang tak
makan malam.”
“Please makan malam ni
aje. Penat aku masak,” rayu Qayum. Tersentuh Rania mendengar pujukan lelaki
itu.
“Kau masak? Ya ke?”
“Betul! Tanyalah Mak Su
kalau kau rasa aku tipu. Makan, please!”
“Oklah,” balas Rania.
Dia mencapai sudu. Namun Qayum segera menghalang.
“Aku suapkan kau. Lagi
sedap makanan tu kalau kita disuap. Ok. Buka mulut cepat!”
Rania akur saja. Dia
sangat bahagia bersama Qayum hari ini. Selama menjalani hidupnya dia tidak mahu
makan makanan selain daripada yang disarankan Zamri tapi entah mengapa hari ini
dia bersedia makan apa yang dimasak oleh Qayum.
“Sedap kan?” ujar
Qayum. Rania mengangguk.
“Kenapa kau masak untuk
aku?” soal Rania. Qayum tersenyum nakal.
“Aku masak untuk semua
oranglah. Bukan untuk kau aje.”
Rania termangu, malu
dengan pertanyaannya sendiri. Qayum ketawa besar. Geli hatinya mengusik Rania.
“Ok fine!”
“Alah... merajuk pula
dia! Sini makan lagi. Habiskan!”
Qayum menyuap lagi.
“Nia, aku rasa lainlah
bila dengan kau.”
Rania tersedak.
Kata-kata Qayum seolah menyergahnya. “Lain apa?” soalnya.
“Entah. Aku rasa macam
aku dah suka kau lah. Dulu masa sekolah taklah rasa macam ni tapi sejak jumpa
kau kat Kea Farm hari tu, aku rasa happy sangat. Aku rasa macam...”
Rania segera memintas.
Dia tidak mahu Qayum jatuh cinta padanya.
“Merepeklah kau, Que.
Dah keluar sana. Aku ngantuk, nak tidur.”
Rania menarik Qayum
berdiri dan menolak lelaki itu keluar dari biliknya. Qayum termangu. “Err
betullah! Aku suka kau. Betul!”
“Bye. Bye. Bye!”
Rania terus menutup
pintu. Dia kembali ke katil. Menarik keluar semula bekas ubat di bawah
selimutnya. Sedikit demi sedikit air matanya menitis di pipi. Dia sangat
tersentuh mendengar kata-kata Qayum walaupun lelaki itu kedengaran tidak serius
semasa mengatakan hal tadi.
Rania memandang bekas
ubatnya. “Aku sakit, Que. Kau tak boleh suka aku. Kau takkan bahagia,” bisiknya
sendiri. Air matanya terus berlinangan.
Qayum menuju ke dapur.
Membersihkan bekas pinggan makan Rania. Dia tersenyum sendiri. “Betul ke aku
yang cakap tadi?” desisnya. Dia ketawa sendiri apabila memikirkan caranya
meluahkan perasaan terhadap Rania. “Tapi aku yakin, aku memang suka dia. I love
her.”
Qayum
mengusapkan sisa air wudu di wajahnya. Usai menunaikan solat Subuh dia menadah
tangan. Entah mengapa pagi ini dia merasakan satu perasaan yang berbeza. Rasa
keyakinan untuk meluahkan perasannya sekali lagi.
“Ya Tuhan. Aku tak tahu
mengapa perasaan ini muncul. Aku tak tahu bila dan bagaimana aku mula mencintai
dia. Bahkan aku sendiri tidak tahu inikah cinta atau nafsu. Tapi pagi ini aku
ingin meminta daripada Mu ya ALLAH. Jika dia adalah jodohku maka dengan izin
Mu, satukanlah kami dalam keadaan yang Engkau redhai. Jika dia adalah jodoh
dari Mu untukku, aku ingin sehidup semati dengannya. Tunjukkanlah makna
perasaan aku ini ya ALLAH Tuhan yang Maha Mengetahui. Aamin ya Rabb.”
Pintu biliknya diketuk
usai dia melipat sejadah. Rania muncul.
“Sorry kacau pagi-pagi.
Pak Su ajak pergi neseri. Dia suruh tanya kau nak ikut tak?” soal Rania yang
sudah bersiap.
“Pagi-pagi? Baru pukul
6.30?”
“Aku dengan Pak Su memang
suka pergi sana waktu Subuh. Baru seronok nak bercucuk tanam.”
Qayum setuju. Dia
meminta masa untuk bersiap.
Setibanya di neseri,
kawasan pergunungan yang berada di belakang neseri kelihatan kabur. Dipenuhi
kabus tebal. Udara terlalu sejuk.
Zamri dan Rania
memulakan aktiviti paginya dengan memeriksa strawberi dahulu. Qayum tidak lupa
membawa kameranya.
“Rania. Aku sebenarnya
cintakan kau.”
Kata-kata itu terbit
dari mulutnya. Qayum berasa yakin untuk meluahkan lagi tetapi kali ini dalam
nada yang lebih serius.
Rania tergelak kecil.
Dia cuba menolak walaupun jauh di sudut hatinya sangat terharu dengan pengakuan
lelaki itu.
“Kau ni tak habis-habis
merepek. Aku...”
“Dengar dulu. Aku
cintakan kau, Nia. Mungkin aku dah lama sukakan kau tapi aku baru sedar sekarang.
Aku pun tak tahu.”
“Que...”
“Aku nak jadikan kau
isteri aku. Isteri aku, dunia akhirat. Aku mencintai kau, Rania.”
Wajah Rania berubah.
Dia perlu menidakkan keinginan Qayum. Dia merasakan sangat kecil untuk bersama
lelaki itu.
“Qayum, kau pernah
dengarkan kata-kata pujangga ni. Cinta tak semestinya memiliki. Maafkan aku.”
Qayum hampa. Namun dia
perlu menerima balasan Rania. Gadis itu juga sangat berat hati melepaskan cinta
Qayum tapi apakan dayanya. Dia merasakan tidak layak berdampingan bersama
lelaki itu. dia hanya akan menyusahkan Qayum kerana penyakitnya.
Tiba-tiba Rania berasa
sakit. Tulang belakangnya terasa sangat perit. Kali ini dia tidak dapat menahan
kesakitan. Rania menjerit sekuat hati.
Zamri dan Qayum
terkejut dan segera mendapatkan gadis itu.
“Nia! Nia, kau ok tak?
Nia?” ujar Qayum.
Rania terus menjerit.
Tidak dapat mengawal rasa sakitnya lagi. Dia tidak peduli Qayum berada
dengannya ketika itu.
Namun Zamri kelihatan
biasa dan tidak tegang. “Qayum, bawa Rania ke rumah. Cepat,” arahnya.
Qayum yang cemas terus
mengangkat Rania. Gadis itu sudah pucat dan hidungnya mula berdarah lagi. Dia
bergegas pulang ke rumah.
“Baringkan dia,” ujar
Zamri sebaik mereka memasuki bilik Rania. Qayum duduk sambil tangannya
digenggam erat oleh gadis itu.
“Nia, kau kenapa ni?
Nia. Nia.”
Marni segera melepaskan
pegangan tangan Rania dari Qayum. “Qayum, mari kita keluar dulu. Biar Pak Su
uruskan Nia.”
Zamri
melangkah
keluar. Marni segera mendapatkan suaminya dan bertanya tentang keadaan Rania.
“Dia dah ok. Biar dia
berehat.”
“Pak Su, Mak Su. Kenapa
dengan Rania? Dia sakit ke?” soal Qayum cemas.
Marni dan Zamri saling
berpandangan. Mereka kelihatan berat untuk memberitahu Qayum tentang penyakit
Rania.
“Pak Su rasa, baik
Qayum dengar dari Nia sendiri bila dia sedar nanti. Pergilah tunggu dia kat
bilik,” balas Zamri seraya membawa isterinya ke ruang tamu.
Qayum memasuki bilik
Rania dan melihat gadis itu sedang lelap. Tidak tahu sama ada gadis itu tidur
atau tidak sedarkan diri. Sedih hatinya melihat Rania dalam keadaan begitu.
Jam hampir menunjukkan
pukul 8 pagi. Qayum menuju ke jendela dan membuka bidai supaya cahaya dapt
memasuki bilik suram itu. pandangannya beralih ke arah meja solek apabila
terlihat sekeping gambar.
“Gambar aku!”
Qayum melihat ada
sekeping gambarnya di atas meja solek gadis itu. Lelaki itu menjadi bingung.
Qayum melihat di meja sisi katil terdapat tiga botol ubat yang tersusun cantik
bersama sebotol besar air mineral.
“Mak Su... Mak...”
Rania mulai sedar. Wajahnya masih pucat tetapi kelihatan sedikit bermaya.
“Nia. Kau dah bangun?”
Rania terkejut melihat
Qayum berada di bliknya. “Kau buat apa sini?” soalnya lalu duduk.
Qayum benar-benar ingin
tahu. Dia menghampiri Rania lalu menentang mata gadis itu. rania menjadi cemas.
Tidak dapat membaca fikiran lelaki itu.
“Kau tak ada kawan,
hidung kau berdarah, ada bekas ubat atas meja kau. Kau sakit kan?” soal Qayum
perlahan.
Rania menjadi serba
salah. Dia segera menukar topik perbualan.
“Mana ada! Jom sarapan,
aku laparlah.”
Qayum mengenggam kuat
lengan gadis itu. “Jangan tipu aku Rania! Kau sakit kan! Kau sakit apa?”
“Tak, aku sihat! Tengok
ni! Aku sihat kan.”
“Aku tengok dengan mata
aku sendiri kau mengerang kesakitan tadi. Muka kau pucat sangat, hidung kau
berdarah lagi! Cakap Nia, cakap!”
“Aku... aku...”
Sekali lagi Qayum
mendesak. “Aku tak faham kenapa gambar aku ada pada kau. Ada apa sebenarnya ni?
Kenapa kau sembunyikan semua ni dari aku? Kau sakit apa Nia!”
“Que!”
Rania menolak tangan
Qayum yang semakin keras mengenggam lengannya. Qayum tersentak. Dia tidak dapat
mengawal emosinya.
“Memang aku sakit! Aku perempuan
yang berpenyakit! Dan tak lama lagi aku dah nak mati. Puas!”
Qayum benar-benar
terkejut. “Kenapa kau tak cakap?” soal Qayum.
“Macam mana aku nak
cakap yang aku sakit pada lelaki yang aku cintai?” balas Rania perlahan. Qayum sekali
lagi terkejut.
“Cintai? Tapi kau...”
Kali ini giliran Rania
memintas. “Aku cintakan kau Que. Sebenarnya dari sekolah aku dah mula jatuh
cinta pada kau. Tapi aku sakit! Aku berpenyakit. Aku tak layak untuk kau! Hidup
aku dah tak lama. Aku tak boleh bahagiakan kau. Aku malu dengan penyakit ni. Especially
dengan kau.”
Qayum terdiam. Dia tidak
mampu berkata apa-apa.
“Aku sayang kau Que. Masa
kau cakap perasaan kau tadi, aku bahagia sangat! Tapi aku kena sedar diri. Aku dah
nak mati, aku tak nak dicintai. Biarlah aku simpan perasaan aku sendiri sampai
aku mati. Aku sakit, aku dah nak mati Que!”
Qayum terus memeluk
Rania. Dia berasa sangat sedih.
“Pergilah Que. Baliklah
ke tempat kau. Kalau kau terus kat sini, kau akan menyesal nanti.”
Qayum melepaskan Rania.
Dia merapati gadis itu.
“Aku takkan menyesal. Aku
cintakan kau sorang. Aku nak jaga kau,” ujar Qayum sambil air matanya menitis. Dia
tidak dapat menahan sebak berhadapan dengan Rania
“Aku sakit Que. Aku ada
kanser. Kanser tulang belakang. Apa lagi yang kau harapkan?”
“Aku harap kau sudi
jadi isteri aku. Kalau kau mati lepas ni pun, aku nak kau mati sebagai isteri
aku. Kalau aku terus hidup tanpa kau, aku nak bagitahu semua orang yang aku
adalah suami kepada seorang gadis tabah dan kuat. Aku nak nikahi kau, please!”
rayu Qayum bersungguh.
Rania terlalu sedih. Air
matanya berjuraian tanpa henti. Terharu mendengar kata-kata lelaki di hadapannya
itu.
“Aku nak hidup dengan
kau sampai akhir hayat kau. Untuk jaga kau, aku nak jadi suami kau. Lebih mudah
aku jalankan hidup dengan kau,” pinta Qayum lagi.
“Terima kasih, Que.
Terima kasih.”
_________________________________
Berwalikan
Zamri, akad nikah Qayum dan Rania selesai. Hari demi hari keadaan Rania semakin
lemah. Mereka tidak mengadakan sebarang majlis. Hanya menjemput jiran tetangga
untuk menghadiri majlis akad nikah.
“Arwah abah yang ada
kanser. Mak Nia sihat. Nia dapat tahu Nia ada kanser sejak tingkatan tiga. Lepas
SPM, Nia pindah sini. Pak Su doktor, jadi dia yang jaga Nia sampai sekarang.”
Rania meluangkan masa
dengan berbual dengan suaminya di ruang tamu. Qayum membiarkan Rania bersandar
dalam pelukannya.
“Kalau Nia pergi, abang
jaga diri ya.”
“Kalau sayang pergi,
abang nak ikut boleh?” ujar Qayum seraya mengucup dahi isterinya.
“Boleh, kalau ALLAH
izinkan. Tapi Nia nak abang terus hidup. Nia nak abang kahwin lagi, dapat anak,
dapat cucu. Kalau abang ikut Nia, abang tak dapat rasa semua tu.”
Rania
mengucup tangan Qayum usai solat Subuh. Qayum mengetuai bacaan doa. Dia memandang
isterinya yang kelihatan anggun dalam pakaian solat.
“Dah seminggu abang
demam panas. Abang rehat ya. Buat masa ni, abang tak payah imamkan Nia dulu,”
ujar Rania lalu menghampiri suaminya.
“Ambilkan bantal tu,”
pinta Qayum lembut. Wajahnya penuh senyuman. Sejak mengalami demam panas yang
teruk, wajahnya sering pucat di waktu pagi.
Qayum mengambil bantal
dari isterinya lalu diletakkan di hujang sejadah. “Baring sini.” Qayum meminta Rania
berbaring di sebelahnya di bantal itu. Beralaskan sejadah dan bantal mereka
baring bersama. Rania masih memakai telekung.
“Badan abang panas
sangat,” ujar Rania sambil meletakkan belakang telapak tangannya di leher
Qayum.
“Abang ok. Sayang ok
tak?” soal Qayum lembut. Rania mengangguk perlahan.
“Jangan tinggalkan
abang, sayang.”
Rania mengagguk. “ Tak.
Nia tak tinggal abang. Nia sentiasa bersama abang.”
Perlahan demi perlahan
mata mereka tertutup. Rapat dan semakinrapat. Pegangan mereka terlepas dengan
sendiri. Denyutan nafas semakin perlahan dan perlahan.
Mereka pergi. Kini dan
selamanya. Dan demi cinta, mereka pergi menemui Maha Pencinta.









